Salam,
Bila
berniaga nih kita akan berdepan dengan pelbagai ragam customer. Yes, we
know customer always right. Sebab i pon customer jugak. Sebab tu kita jugak
kena fikir hak kita. Tapi hak pembisnes kecil macam saya ni sapa yang nak
kesah. Waa. Aida sebagai delaer, dropship nih seboleh-bolehnya cuba
untuk berhubungan baik dengan customer. Kalau cust mesej ke wassap ke pm inbox
ke email ke kan , aida akan cuba
sebaik-baiknya jawab setiap pertanyaan mereka supaya dua-dua pihak jelas terang
lagi bersuluhkan. Semua strategi
digunakan dalam marketing supaya bisnes mantap. Haha. insyaAllah, korang tak
payah takut dan ragu-ragu nak bisnes dengan aida. aida tak sorok sikit pon
maklumat tentang aida, kalau ye pon aida menindas cust kan. by the way, aida
takdelah menindas cust sebab custlah periuk nasik aida kan. kita sama-sama nak
untung kan. korang dapat barang aida pon puas hati. Yeah!
Kisahnya bermula
pada jumaat lepas, adalah seorang hamba Allah nih mengorder dengan aida fellina
inchloss. Ok, tapi. Dia nak bayar hujung balik time dapat gaji. Opkoslah tak
boleh sebab aida buat bisnes cash tiada hutang-hutang and direct terus kepada
stokis aida. okelah, disebabkan kesian dan kenal dia, aida dahulukan duit aida untuk barang tuh. Dan sebab kenal jugaklah aida bagi murah dan tak amik
untung mana pon. Barang pon siap dipos petang jumaat tu jugak. Dan aida janji
nak bagi dia hari isnin. Ok fine.
Monday morning
semalam, aida remind die tentang barang akan sampai tengah hari, dan die jawab
insyaAllah. Masa tuh wonder jugak nape die tak jawab oke jek. tapela. then, die
datang partition aida dan cakap, ”akak nak cancella fellina tuh sebab anak akak
dah beli dah”. Aida pon cakaplah, ”aloorr orang dah order dah barang tuh, japgi
sampailah”. Die cakap anak die dah beli baru cakap. pastu die bla bla bla merepek citer pasal anak dia, aida langsung buat tak tahu. Huh..grrrr geram sangat
tau. Tanpa rasa bersalah tanpa say sorry kau buat aku begitu dengan
slumbernyerr. Dahla tengah bulan, dahla aku dahulukan duit aku, dahla bukan sepoloh hinggit, kalau sepoloh hinggit pon aku tak berkira, dahla kau tak
mintak maaf langsung, dahla aku dah habis baik tolak ansur dengan kau nak kasi
bayar hujung bulan, aahhhhhhh tension dengan orang yang macam nih. Oleh sebab
aida malas nak pertikai dah, ok fine,aida buat tak tahu dan memang malas nak layan. Sorry
to say, lepas nih memang tak dahla aku nak bisnes dengan kau!
Haahaa aida
takdelah nak marah-marah sebab aida memang tak suke. Kalau boleh nak jaga jugak
hati cust, dan cust pon kenalah jaga hati dealer macam aida nih (pssst kalau nak dapat harga murahlah). Bak orang kata,
buat baik dibalas baik. Itu yang aida pegang selama nih. Ingat buat jahat akan
dibalas jahat. Dan buktinya ada banyak kat depan mata aida. cuma malas aida nak
cakap dan aibkan orang. Biarlah, Cuma satu je aida mintak, jangan kacau hidup
aida. tolonglah. prinsipnya senang sajo "aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku. ada faham?
Dan semalam
jugak, berlaku hal yang tak diduga. Seolah-olah fellina tuh merajuk kot orang
tak jadik nak beli die. ngee, boleh pulak posmen hantar parcel aida tuh kat
kompleks D. What the? Salah alamat ke? Salah mata kah? iolls kompleks C hokey. tak pasal-pasal parcel
tuh sampai kat JPJ Blok D. dan nasiblah aida bagi nombor tepon kat stokis, jadi
pengurusan JPJ pon call aida bagitau parcel disalah hantar kat sana. Hadoii,
lepas satu satu. mungkin posmen tuh demam kot. kadang-kadang service pos laju
nih memang tip toplah, kadang-kadang macam nilah. hmmm, dan nasiblah jugak
kawan aida ada keje dekat blok D tuh, mintak die amikkan dulu untuk aida, dan
pacel masih ada pada die memandangkan orang yang nak beli dah cancel kan. ahaks.
Moral of the story,
aida kena lebih tegas dalam berbisnes. Kalau A aida dah tetapkan, A
jugaklah aida kena cakap dengan cust, neehee B or C. haha pahe dok? dok pahe
sudoh. hiks.
Xoxo.
biasa la tuh, fikri pon meniaga kecil-kecilan jugak. Kadang-kadang tensen gak. Bab penghantaran, skynet better dari poslaju.
ReplyDeleteItu pun kalau ada pejabat skynet berdekatan.
kita bisnes kecik2 ni kne bsediala hadapi mcmni..
Deletesabar yer dik...
ReplyDeletehehe..akak tadela marah sgt cume geram..
DeleteKalau dia x nak..i nak beli la aida hehe
ReplyDeletehehe, kalu anis nak boleh pm aida yer..:)
Deletesabo2..berniaga mmg mcm tu kan..niat kite baik dah..hehe
ReplyDeletei folo u k..:)
hehe..aida ni dahla xpndai nk marah orang..sekadar luahan..
Deletesebab tu malas nk cakap..