728 x 90

Friday, December 30, 2011

Peraduan Kebaya Kahwin by Red Ribbon Boutique and Blog


Salam all bloggers and B2Bs,
tengok banner saje dah tahu ape kan..terang2 tulis
"Peraduan Kebaya Kahwin by Red Ribbon Boutique & Blog". Thanks Ms Red Ribbon sebab organize dis GA. I really2 love it so muucchh.
So apelagi pada bakal2 bride dan groom diluar sana yang bakal menjadi raja sehari 2012
antara mac-sept dan juge pada para b2b yang teringinkan custom dari Red Ribbon Boutique & Blog nih untuk photoshoot anda, JOM pakat ramai2 kite meriahkan lagi peraduan ini. Mari kite update wall kite dengan entry peraduan ini. Ayuhh..

Hadiah dia sangat menarik. Nak tahu tengok dekat bawah ni. Rugi kalu xjoin. tak menang xape janji cube. am i rite?
Actually aida perasan contest ni dari blog seorang kawan. Tengok tajuk peraduan pon dah membuat aida teruja apatah lagi tengok set-set kebaya Red Ribbon. very awesome, nice dan pendek kate Canteek sangat. For kebaya lovers mesti menjerit giler2 la tengok.
Nak dijadikan cerita pula, aida dan cik tunang bakal punya majlis around Mei 2012. Absolutely kitorang memang layakla join this contest. Sambil gelak jahat. Haha.

1. Okela, bagi semua bakal pengantin mesti ada impian nak majlis yang macam mana kan. For me, aida teringin juga majlis yang simple dan santai yang berkonsepkan di kayangan xpon ditepi tasik yang mana orang yang datang tengok pon tenang dan bahagia.  Tak perlu terlalu mewah cukupla sekadar bersedarhana. InsyaAllah.

2. Untuk photoshoot, kitorang dah pon lepas pre wedding photoshoot aritu dekat Taman Tasik Titiwangsa. first experience berdepan dengan photographer but it really mean it to me. Seronok and of course lepas ni dah biasa dan ready untuk solemnization, reception, bertandang dan post wedding.

 3. Untuk belah aida, aida prefer pink/ purple, kalu takde kaler ni hilangla seri aida. hehe. Belah cik tunang pula silver/kelabu menjadi pilihan hati.

4. Tarikh 26 Mei 2011 (Ulu Kinta, Perak) bride side dan 27 Mei 2011 (Lenggong, Perak) groom side.

5.  Bride and groom to be



6. Pengantin perempuan: Tinggi = 156 cm Berat = 55 kg
Pengantin lelaki : Tinggi = 172 cm Berat = 80 kg

7. Aida really addicted to this Kebaya D. Sangat cantik design die dan warna merah tu sangat menawan dengan beads yang berat cantik terletak. 


Ha, macam mana korang tak teringin ke?
kalu macam tu jom kawan2 join.
 kawan laki boleh ? Yajid

untuk maklumat mengenai peraduan sila klik SINI

Thanks a lot to Mr and Ms Red Ribbon coz buat peraduan seumpama ini. 

Wednesday, December 28, 2011

E-day :Hantaran for tunangan


Salam,
today, wednesday baru masuk opis since petang khamis lagi dah cabut balik kampong. semngat berkobar2. penat drive tak hilang lagi. yela, orang tade hubby nak drivekan. ahak. ayat yang selalu aku sebut dekat cik tunang. ahak. dulu cik abang sekarang cik tunang secara official.

pepagi begini tengok gambar tunangan 3hari lepas buatku tersenyum sendiri. yelah, majlis yang sebelum ini xmungkin buat untuk kali ke2 tup tup buat jugak. thanks puan mak kerana berjaya merealisasikan impian tunangku walaupon secara sederhana.

mari kite review hantaran tunang yang dideco sendiri oleh aku, kakak, adik dan puan mak.

barang-barang mentah

semua bahan-bahan deco dibeli kat kedai bunga depan giant tu. ape ntah name kedai nya. idea nak buat bekas tu pon dicurik dari contoh-contoh yang ada. halalkan ideamu kedai.

bekas hantaran yang siap dideco-deco bersama eric akak

untuk majlis haritu, puan mak dah suh sekalikan saje hantaran untuk kawen jadi nanti kawen dah tak payah bawak hantaran. melenggang jela makcik2 yang datang cume bawak bunga telur ja. aku xmau. nanti kosongla majlisku. he. ketegaq nak mampos. dulu mase kakak2 sume macamtu, tapi kali ini aku bertegas, janji takkan susahkan puan mak. Promise! he. jadi untuk hantaran tunang hanya manisan sweet2 saja. sebagai pemanis mulut dan memaniskan darah yang sudah manis ni. nyamuk pon suka darah manis ni. keke.

memula aku dan cik tunang bincang nak bagi 5 berbalas 7..tutp tup jadi 11 berbalas 13. mau gelabah aku dibuatnya nak bagi cukup. pegi supermarket main capai ja apa yang boleh. bedalla sajalah.
balik umah deco cantek jugak. hah.

antara hantaran dari pihak perempuan kepada lelaki

hantaran dari cik tunang untuk belah perempuan

purple blue versus gold brown..cantik juge kan. cik tunangla orang yang paling relax semua kakak yang buatkan. hamboii bertuah badan ye. so, semua tu antara hantaran yang ditukar. banyaknya coklat, kek, bahulu dan puding. simple but so sweet. i like hasil dari tangan sendiri. jimat pon jimat.

haha..lepasni nak penin pale sambil hentuk pale kat dinding sebab nak fikir ape pulak idea untuk hantaran kawen yang akan menyusul. go aida go. take your good time untuk cari barang-barang serba satu.





 

Monday, December 26, 2011

E-day :My Engagement Day

Salam,

setelah berapa hari berhempas pulas, berpenat lelah siap semput lagi, tak tidur malam bersengkang mata
menyiapkan barang hantaran untuk pertunanganku dengan cik abang. Dan semalam, tanggal 25 Disember 2011 jam 1.30 petang, dengan ini aku sah menjadi tunangan cik abang ku. ehek. sambil tersipu-sipu malu dah macam kupu-kupu rupanya.

Actually, kami dah bertunang pada 19 March 2011, tapi disebabkan tiada majlis rasmi sekadar pertemuan
dua buah keluarga jadi kami tunda sampailah semalam. Dengan ini barulah saya dengan yakin dengan segala bukti yang kukuh, mengumumkan, im officially Ahmad Khairil Amry fiance. berlagak siot. bukan! kalu nak diikutkan perancangan keluarga yang dah ditetapkan, aku dah 9 bulan 6 hari menjadi tunang cik abang cume sebab tak buat kenduri jadi tak ramai yang tahu. Nak diceritain pula tiada bukti. Jadi majlis semalam sebagai bukti yang kami sudah bertunang.

Untuk tidak menjadi fitnah orang sekeliling, sebab sebelum ini ada jiran Puan Mak yang terkejut dengar aku dah bertunang. Dialognya berbunyi begini:

Makcik M: dah berisi ye siti (nama manjeku).
Puan Mak: yela, orang senang hati dah bertunang.
Makcik M: aik, bile bertunang, tak tahu pon, bile kendurinya?
Puan Mak: haritu, tak buat, diorang mai merisik terus bertunang.
Makcik M: ohhhhhh....

begitulah dialog yang berlaku antara Puan Mak dan Makcik M. disebabkan itu, kami semua terasa yang hal ini akan menjadi buah mulut orang. Jadi majlis ini sebagai penutup mulut orang sekalian. Wallahualam.

gemuk kan shaye

Setelah bergadoh berdebat bertumbuk berbincang dua buah keluarga, maka termeterailah tarikh yang ditetapkan. Maknanya aku dengan cik abang hanya ada beberapa bulan saja lagi untuk membuat persiapan. YaAllah, permudahkan urusan kami. Amin.


cik tunang dan me. cik tunang in brown me in purple
ikut kaler hantaran masing2..

Thursday, December 22, 2011

Duit baru buat mas kawen ye

Salam,

pagi khamis camni cam malas2 jer nak buat keje. mood dok teringat kat kampung pasai dis afternoon
nak balik kampung. dadaa putrajaya, ipoh here i come. tunggguuu. dah macam kl menjerit pulak. ahak.
maklumla banyak lagi preparation nak buat kat kampung tuh. hadoi. nak pegi kutip kueh2 yang dipesan. alahai penat la arini. tengahari japgi nak berkejar kesana kemari. hoh. sambil mengeluh. tak baek mengeluh tau. cube kuat sikit aida. op. OKE.


Korang tahu tak, dalam bulan julai tahun depan kemungkinan negara kita Melesia ini akan kuar duit baru. Hoyehh. Nak tengok? tengok bawah ni. sikit punye cantek. nampak lebih elegen. macam negara maju. haa.

taraa ni la rupe duit baru tuh.

Haha..motip aku suke duit ni sebab aku nak cik abang kasik mas kawen dengan hantaran gune duit baru ye. duit lama reject. tetttt. demand. teruk betol. hehe. dan yang paling best sebab duit RM20 sudah kembali setelah 16 tahun distopkan. Jadi senangla urusan jual beli kite ade duit kecik sikit. kan. kan. yeye. tak sabar nak tunggu duit baru. mesti bau bank punye. puuiitt. memangla. hampeh.
angan2 nanti dapatla macam ni kan. tet.






Tuesday, December 20, 2011

Thepink of Thepoplook.com

Salam and morning guys,

for the several days i drafted this entry for thepoplooking contest,
 know why, because i have no idea to story about it. haha. BUT
deeply in my heart i really wanna that pink maxi dress ( with blushing cheeks..lululululu).
truly i never been buy anything stuff from thepoplook. but i already follow this facebook page and
always review their new stuff especially blouses and maxi. what are so nice of your fashions. i realy love it.
why do i love it. Each time i open up your page, my eyes being blink* blink* with the passionate colours of your product. So sweet in my eyes. With the great and elegance designs that suitable for the Muslim like me, make me adorable about your cloths.


Sweet rite. If i wear it become more and more sweet girl ahh. What so shame of me. Im totally craziest for pinkish stuff. No wonder why i prefer that dress. Seems so nice and feminim look likes. that the main power of poplook rite.  and................


when i match it with this trendy cardigan, hohoho, can u imaging that, what a pretty of me. dont be so jelaousy ya people. even i never got this item, but my mind can draw how i look like, it is im rite poplook?
dont forget, that thepoplook have other stuffs than cloths. to make over your apperance just grab the cute accessories amd then styling on your body. Simple right? so what waiting for. Lets visit thepoplook.com and enjoy it.


Thursday, December 15, 2011

Diet..nak kurus..

Salam..
pagi2 khamis ni masih mereng2 kepala lagi saket kaki kesan cramp kemarin mase tengah sedap2 membongkang atas katil. haha. selalu macam tu. saket tau. tahan je. mungkin sebab aku xtahan sejuk kot. padahal kipas helikopter tu bukak takat 2 je. camner tuh? taboleh pasang ekon la. silap2 bangun pagi dh jadik ais ketol buh dalam teh ais tuu.

hehe.entry kali ni malu2 miyu sket sebab totally sume dah tau aku gemok. aaarrrggghhh. tensionnye gemok. baru la aku tahu perasan orang gemok selama ini. sambil meraung2 aku bertekad dan berazam nak berdiet. mean bukan xmakan langsung, makan jugak tapi kurang dari dulu. sebab apa. sebab dulu nafsu makan memang membuak2 macam gunung berapi yang nak memuntahkan lavanya macam tula aku. sampai cik abang pon naik heran dengan perubahan yang mendadak sebegitu rupa. Cik abang bilang "membela ke?".

aduhai, mane ada, sume tuh syirik kurafat dong. mintak simpang la. susah nak mati oooiii. actually selepas beberapa kali ditegur oleh mereka2 yang prihatin baru aku menyedari memang aku dah gemuk. hu. selama ni masih perasan diri ini kurus padahal berlonggok baju dalam almari dah xmuat. tu pon xsedar2 lagi. even baju kurung pon kain ketat trang tang tang pon buat no he lagi. hah amik kau. tula sape suh xjaga makan. main belasah je.

and nak dijadikan citerla kan, aritu pegi test2 and survey baju. nak carik baju kaler pink sayang xbanyak pilihan. nak jugak pink atau purple. last ade juga 1 baju lama. kakak kedai tuh dah siap bilang kuat2 lagi, kamu b****h besa. hulamak kecik hati aku nih. tapi apepon memang kenyataan. terima jela, bukan terima jela, terima dan cube ubah la. apela ente ni masih xfaham2 ana bilang.

From dat time,  i promised to myself akan diet semana yang boleh. diet seimbangla. nak kurangkan makan. Cik abang cakap "no more big apple, no more mcdot, no more kepsi, and no more no more". Huu..sambil mencebikkan mulut said "yelah".


Tuesday, December 13, 2011

Life or Iphone?


Salam,

tuesday twist. today i wanna write my pinkish blog in international language. sometimes visit the other blogs that used english through their writing make me feel and talk to myself "why not me try too". its nothing gonna wrong and no one will blame or scold me. just if there's a mistakes, so with big hands please..please leave your criticsm comments. i will learn to improve my second language. thank you. hehe.


Iphone. for the iphone user like me, we absolutely and really take good care with our iphone right. If we're give chances which one you prefer to save your life. i surely almost said "you can take all my money but not my iphone" right? haha. "We want iphone..we want iphone" ( with sign board demonstration) Ghheezz..

important to alert by iphone users that the surface of iphone is made of glasses. so the probably broken when it felt down is 90% depends on how high its drop. Me, first time let my iphone falling down without willing when i keep it on my lap when driving and suddenly forgotten i get out of my car and OOOUUCCHH..it lying down on the road. YaAllah, i whispher to myself. Please2 dont be anything happens to my "life".  Fortune, just a little bit crashs and break up at the back. Fuhh.

From that day, i really surely 99% be carefull handling my iphone. its my life. without my iphone i die. Cheewwaahh.
Review the video and picture below that bring meaning how valuable your iphone than you!




IMPORTANT: not only iphone or samsung, even other valuable things of us must be take good care, so nothing to be regret. He.

Tertangkap akhirnya..


Salam,

arini pagi2 lagi opis dah gempar dengan tertangkapnya pencopet yang mencopet handset staf. Alhamdulilah. baru semalam je dengar beg duit yang comel milik Saerah hilang kene curik. tak sangka plak arini dah dapat tangkap budak yang mencopet tuh. rupa2nya budak cleaner baru yang mencopet tuh.
Hai la adik yang berbangsa india nih, knape mude2 dah belaja mencopek nih. sayang kamu tu mude lagi baru je keje. tak fikir ke apa kesan dari perbuatan kamu tuh.

Kejadian pagi tadi bermula apabila en.F (bukan nama sebena) menyedari handsetnye yang mahal jugak yang ditinggalkan atas meja sebelom keluar pegi beli breakfast. balik2 handset dah xde. berlakula kekecohan sebentar. kebetulan, budak cleaner tu masih ada dan kebetulan jugak cctv kawasan tu oke.
so, budak perempuan tu pon disoal selidik. pada mulanya die xmengaku. last2 bile dah kne ugut nak repot polis baru mengaku. dan hasil penyiasatan dalam cctv, terbukti memang die yang amik. lagi xmau mengaku. taktiknya yang memasukkan handsetnye ke dalam plastik sampah memakan diri.

kalu ikutkan memang die bersalah. tapi terkadang rasa xsampai hati pula. budak baru nak besa tapi ada perangai macamni, xelokla. xpasal2 kene buang keje. nasib baek xanta ke balai polis. sayangnye dah kene carik keje baru.

p/s: sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua. tetttttttttttttttttttt!


Monday, December 12, 2011

Ongbak Rindu


Salam,

kelmarin pegi klcici makan2 jalan2 cuci2 mate sebab baru pas balik dari p******d. penat tak terkata
kaki melecet, dah bengkak2, urat kaki dah bersimpul 8, pinggang pon saket. hadoi. tapi rase seronottttt sangat aritu. pengalaman yang pasni amat berguna untuk 2nd 3rd 4th and so on. cik abang yang penat2 balik keje xtido tapi lupe minum tongkat ali pon sampai merah2 bijik mate. then, pas makan2 kat put kot tuh kami together gether pon berjalan tanpa arah tujuan.

Memula nampak petrosains, cik abang ajak pegi masuk. so menonong la jalan masuk2, tengok ramainya orang beratuq que. maklumla cuti2 skolah ni budak2 pon ramai. even dah banyak kali datang klcici tapi xpenah ada ati nak masuk citu. berbisik2 dengan cik abang nak ke xnak. setelah 5 minit baru keputusan dibuat. cancel. bye2 petrosains. lenkali la yerr..

Kaki pon melangkah ke tempa lain plak. Singgah dekat gsc klcici. ramainya orang. terlintas di pikiran nak tengok ongbak rindu sebab ramai orang cakap best, meleleh ayaq mata la, serius mesti bengkak matala kalu keluar, kena bawak tisu banyak2la. damnly xminat langsung dengan citer2 melayu nih. bukan xsokong tapi cite macam hape jek. sorry.  time dh dekat kol1. dah xtau nak buatape, pila beratuq dengan cik abang. dok konpius lagi nih nak tengok citer ape. last2 xpala layan jela ongbak rindu pon.

Sampai kaunter, cik abang pon membooking ongbak rindu tuh, aisemen, tikel kol2 dh abih dah. pas kol 2 kol 4.30, alahai lambat nye lagi. cancella. ok. kite tengok twilight saga nak. tengok2 aiseh seat plak yang tinggal sorang2 jek. xmaula. hadoiii..last2 kesian kat adik gsc tuh kitorang xjadik nak tengok hape pon. sorry ye dik. terima kasih kerana melayan kami. haha.

Agenda seterusnya ialah pegi shoppinla ape lagi dah xdak keje, itula hobi kitorg. dari 1 supermaket ke supermaket yang lain. membeli barang2 yg important yang masih kene beli untuk hari itu. dari klcici ke carefour ke klfestival. Barula jumpe ape yang nak dibeli.

Oke..berbalik kepada tajuk. Actually rase bersyukur sangat sebab xdapat tengok filem ongbak rindu tuh. dengar sokseksoksek orang cakap ade adegan di ranjang la, yang xsesuai dengan watak2 dalam cerita tu, haa, nila yang aku xsuke dalam citer melayu ni. macam xberkembang minda buat cerita kalu xde unsur2 cenggini.

Meh kite tengok apa kata mereka.



dan juga kata mereka


kita xmahu salahkan sesiapa, yang pasti kite sendiri yang memilih kemana kite nak pergi. Daa.


Thursday, December 8, 2011

Mengakui kesalahan diri


Salam.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Kedua-duanya berkata: “Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang dalam golongan orang yang rugi.” (Al-‘Araf: 23)


اَللَّÙ‡ُÙ…َّ لا سَÙ‡ْÙ„َ Ø¥ِلاَّ Ù…َا جَعَÙ„ْتَÙ‡ُ سَÙ‡ْلاً Ùˆَ Ø£َÙ†ْتَ تَجْعَÙ„ُ الْØ­َزْÙ†َ Ø¥ِØ°َا Ø´ِئْتَ سَÙ‡ْلاً
Allaahumma Laa Sahla Illaa Maa Ja’altahu Sahlaa Wa Anta Taj’alul Hazna Idza Syi’ta Sahlaa
Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Dan apabila Engkau berkehendak, Engkau akan menjadikan kesusahan menjadi kemudahan.

Tuesday, December 6, 2011

Cutest Nieces & Nephews


Salam,


Menetap jauh dari kampungku, membuatkan aku rindu pada familyku. Rindu mak ayah, kakak2, abang2 dan adik2. Dan paling rindu sekali dekat my little nieces and nephews.
Setakat ni la, aku dh ade 5 orang anak buah yang comel2, cantek2, kiut miut dan nakal2 pon ade.
Sumtimes memang hepi giler la dengan diorang nih, times diorang buat perangai penin jugak kepala nak melayan. Beginila hidup sebagai seorang ALANG. Jangan panggil MakLang oke. Belum lagi.
Kalu dsebelah cik abang, sume anak2 buah die called me MakSu. OMG.
Hoho..ade nampak macam MakSu ke haha..btw i loike. Itu tande diorang menerima kehadiran me dalam hidup mereka.


My first sister, ade 2 orang anak. Yang first perempuan, Farzana Aisyah nama diberi. Nama comel2 Ecah. Dah 5tahun budaknye, tapi yang inila yang paling rapat dengan Alangnye ni. Sebab mase kecik alang ni la yang jaga die time mama die pantang, berkhusus, keje. Tu yang rapat skit. Tapi makin besa anak dara sorang ni, YaAllah, xlarat nak layan. Sume nak macam Princess sampai alang die ni pon tiru jugak nak jadi Princess. Ngee. Tersenyih sambil pipi dah merah2.

alang and ecah

ecah mase tecik2 dulu..comel kan..tu tangan
alang la yang keje dukung jek..

latest pic..dh besa dh anak buah mak lang ni..

Bile die dh 4 tahun, barula mama die bagi die adik yang sangat tembun. Dapat pulak baby boy. Seronok sangat die. Tak kasik amik adik die. Die geram sangat dengan adik die. Suke cubit2, peluk kuat2. Hee, sabo jela. Name adik die Faizul Asyraff, sekarang dah 6months. Alang sayang sangat kak Atherap ni sebab die budak baek. He, cume yang letih nye sebab nak suh bawak jenjalan je.

adik atherap yg cumiill sgt..ha..tu tangan kakak ecah diela..
sape lagik??

sayang ye kak ecah dekat adik atherap

my sister, mira wit atherap
wee..macam patung..

makan2 di alor setar 2 minggu lepas

My second sister pulak ade 3 orang anak. Sorang gegel 2 orang boboy hero. Kakak nama Syahida Aqila, dah besa, tahun ni UPSR dapat 2A2B1C. Tahniah, semoga jadi anak yang cerdik dan solehah. Hadiah yang alang bagi tu pakai elok2. Yang kakak ni dari kecik sampai besa tinggal dengan mak, so dah anggap macam adik badik pulak. Yang kakak sorang ni kuat makan, yaAllah, badan dah macam size alang dengan achik mira dah.

kakak yang makin lame makin debab..
kurangkan makan kakak..

mase ni dekat rnr tapah..rehat otw umah kakak

Adik die pulak yang kitorang panggil abang, Muhd Zulhaziq. Dah 4 tahun. Die ni dulu cakap pelat, sekarang dah oke dah. Dah nak masuk sekolah dah abang. Cakap kena pandai tau. Suruh mama cikgu ajar tau. Abang ni pelik skit, die suke bunge2, deco2, tengok iklan perabot rumah. Kalu bukak Deco bersama Eric tu janganla berani nak ubah channel. Dengarla japgi budak menangis tak ingat dunia. He.

abang ajit dah besa dah makin encem..pheeewwiiitt

ajit dan ecah kawan baek..kalu gaduh duduk jauh2..he..

Adik die pulak, yang paling aktif xreti dok diam nih, ha Mohd ZulSyahmi. Mase tecik2 punyela senyap, dah besa dah xlarat nak layan. Suke larik sana sini, xlarat nak kejar. Adik cami baru dekat 2 tahun, tapi badan dah nak sama besa dengan abang.

adik cami yang commeell dan rambut kerinting..

suke main lawan2..sebab suke tengok boboi boy

Seronok sangat bile ada anak2 buah ni. Tunggu alang balik kampung ye. Alang bawak g jalan2 alang belanja eskrem tau..daa!


Monday, December 5, 2011

Tutti Frutti Terbaek

Salam..

Hai teman2..udah lama mahu ceritain entry ini..
tapi asik lupa aja..tiada masa, bila ada aja tapi tiada internet connection. sedih kan teman2..
banyak ide cerita2 nak ditulis dibuang aja..aduh..rugi sekali..
weh..tergeliat lidah nak cakap jawa ni..sumpah xpandai geng..kalu start mengarut cakap jawa ni sampai kesudah xabis2..he..Oke berbalik kepada cerita xtulis belog ni pasal
Cik abang xnak adiahkan ipad2 ke kat saya. Senang nak hupdate belog anytime and anywhere. Sedih. En. Nuffnang xbertambah2 pon kerna xdak sapa nak kelik kan. Wooo. Plissss3x.

Dah lama xmakan bende ni..kalu nak kira next time yang ke5 kalilah. Tutti Frutti Frozen Yogurt. Korang penah makan x. Mesti ada yang pernah mesti ada yang xpernah. Xpe, mari kita kongsi melihat kedeliciousnya tutti dan kemarblesnye frutti ni. Jom.

yang besa cik abang yang kecik cik adik

Nahh..terliur sekejap walaupon tengok gambar jek. Makan hari2 pon xjemu la. Cedaapp. First time dulu try dengan kawan2 kat bangi. Memang jakunla mase tu. Mane taknye kedai die sikit punye cantek dengan kaler ijau2 nye tuh membuatkan kami teruja sangat nak makan. Pastu second time dengan cik abang kat bangi jugak. Sebab cik abang dah teringin sangat so belanja cik abang makan puas2. Bab makan jangan berkira sangat sebab cik abang pon tak berkira. Then, kali ke3 pulak dengan kawan2 lagi. Mase tuh try plak kat Presint 14, outlet baru bukak. And last sekali dekat Ukay Damansara kot. xingatla name tempat tuh.

cedaapp sangat..mashammm2

okey..harga tutti furtti ni calculate by berapa berat yang kita amik. tak kesahla nak amik banyak mana pon so kenala bayar ikut berat die. He. Bagi setiap 100gram harga die Rm5.30. 
So far, paling mahal makan pon dalam Rm17 la.

Folo dis step for the first time well coming

Okey, bagi yang mule2 datang macam kitorang dulu yang jakun2 tuh, senang je sebab ada instruction. Kat situ self-service tau. Nasib ade. So memula pilih saiz cup. Haa, cup pon ade saiz, ikut warna. Theres 3 colours, dat green, orange anda pink. Orange paling kecik bagi yang bajet, Hijau bagi yang sedang2 dan Pink bagi selera beso macam cik abang. Haha.

Next, pilih flavor yang kite nak. Ada macam2 jenis flavor dan ikut kedai juga, sebab xsemua kedai ada flavor yang sama. Flavor yang famos sekali yang penah i makan la, velvet strawberry, chocolate, cappucino, lychee, apple, strawberry banana, french vanilla, original dan banyak lagi la. Tapi selalunya 1 kedai tuh ada around 8 flavor je. Boleh campur2 tau, jangan terlebih tekan tau, nanti yang lebih tu bayar sendiri. haha. penah tlebih tekan pastu bayar sambil panjang je muncung itik tuh.

banyaknye frutti die

cereal dengan coklat pon ade

Bila dah amik aiskrim yogurt tuh, silala pilih topping kite. Macam2 pilihan ada. Frutti ada like kiwi, lychee, strawberry, cherry, nata de coco, banana dan tengokla sendiri nanti. Tak ingat nak sebut semua. Itu yang basah, yang kering macam cereal, coklat, oreo, smarties, chocolate rice pon boleh tambah bagi nampak menarik macam gambar kat atas tuh. Pastu dah penuh cup korang dengan kreativiti yang xseberapa tuh, bersedia la bawak untuk timbang.
Teng..Teng..bape kilo deh..Kching..Kchinggg..sila bayar harga tutti frutti anda sambil mengenyit mata kanan. Then makanla puas2 time die masih sejuk sebab cepat cair tau yogurt nih. Sambil mengcheck - in fesbuk sambil menikmati tutti frutti yang enak itu memang nikmat. Ahh.

tengok cik abang tamak amik due2 skali
merajuk cik abang abiskan semua




Friday, December 2, 2011

Opps..its December now?!

Salam..


Oh, its December now. Realized dat time cepatnye berlalu. Tido bangun tido dah bulan 12 kan. Bulan yang very excited and most worriest. No wonder dat day makin dekat sangat. Dah prepare? Dh ready? Kikiki sambil gelak kecil dan tersengih, sumtimes rase macam xpecaya. Aku xpecaya cinta. Aku xpecaya cinta. Tiru gaya LJ aka Liyana Jasmay. Aku takut sebenarnye. YaAllah, kuatkan diri ini. Kau permudahkanla segala urusanku YaAllah.

Almost semua under planning. Haha syukur ada luvly mom yang sangat memahami perangai anaknya ini. Thanks mom and dad yang ikut saje tak perlu kata apa2. haha.
Tak lupe for ma sista2 yang sudi give ur pleasure. Sayang korang semua. Lebiu lebihlah.
Ha..cik abang, dis time bukan masa untuk main2 lagi tau.
Ini serious - tiru cakap wonderpets.


Banyak tempat nak pergi..nak survey..nak shoppin..
Jom kite serbu YES. Sogo ke Jusco ke Parkson pon boleh. Nak pergi nilai 3 lagi ker cik abang?
Time ni la nak shoppin sakan. Kena planning betol2. Ikut list yang dah buat.
Tak boleh lebih2 budget, beli ikut kemampuan. Cik abang dah larang keras2 jangan membazir beli yang perlu sahaja. Tettttttt. Amaran dari sidia. Baek boss. Tabik spring lahhhhh.
Ingat, kesempurnaan itu terletak pada kesederhanaan.

Actually, ade story disebalik story. Tapi belum masanya lagi untuk bercerita ye guys. Nantikan aku mengupdate setelah semuanya going perfect. Ade suke ade duke semua tu asam garam la dalam kehidupan. Dugaan dari Yang Maha Kuasa bagi hambanya untuk menguji sejauh mana kesabaran dan keimanan. Tanpa iman mungkin dah lama aku goyah. Tidak! aku masih ada keluarga, kawan dan cik abang yang masih setia. Aku masih ada Allah yang tidak pernah jemu menemani kita. Yakinla pada janji Allah kerna Allah tahu apa yang terbaek buat hambanya. Dan aku pon menarik nafas istighfar banyak2 yang sedar sumtimes aku pon tewas pada ujianMu Ya Allah. Aku berjanji Ya Allah, merubah diri ini, sentiasa mengingatiMu dalam setiap waktu dan belajar mensyukuri nikmatMu YaAllah.
Alhamdulilah, aku sedang belajar dari pengalaman ini.


Wow..ini musim orang kawen daa. Most of ma friend kawen. Become so jelaousy tau. Ahh..mode : gatal..keke..sape ye yang dah kawen..ili..ana..kak liya..aizu..anis..siti..
last week pon konvoi ke utara, wedding my cousin. Oh, so sweet sume dah kawen. Aku. Opps...
Jangan risau, dah tertulis jodoh kita siapa dan bile, juz wait ok. Haa, kalu dah jodoh xkemana rite!
ade gaye x..berangan sekejap..
So, from now, aida please be be be lebih rajin oke. Tak boleh malas2 dah. U r wat u think so think positive. Relax dan make it simply slowly but nicely.
Chaiyookk.


p/s: to ma dearest housemate, akak faizah elai, i really2 appreciate ur hands coz sudi nak tolong adikmu ini. Muaachhhx lebiu.




Thursday, December 1, 2011

Shhhttt..untuk perempuan aje..

Salam..

Topik kite arini untuk pompuan2 aje. he. Mungkin ramai yang tahu mungkin juge ada yang tak tahu tapi saje nak story juge untuk knowledge aje. Period. Waktu2 honey moon bagi manusia yang bergelar wanita setiap bulan. Every month tapi ade juga yang tidak teratur, macam aku..ngee..

Berapa lama ye 1 kitaran haid tu?
Selalunya berpanjangan sehingga 28 hari tetapi ia bergantung kepada individu tertentu. Sumtimes ade jugak kitaran yang 21 hingga 35 hari itu normalla. Hari pertama kitaran bermula merupakan hari pertama kamu datang haid. Ia akan berakhir sebelum haid kamu yang seterusnya bermula.
 
Ape yang terjadi setiap bulan semasa kitaran?
Setiap bulan, selepas penghujung period, otak akan menghantarkan signal kepada telur yang disimpan di dalam ovari, untuk memberitahunya agar mula berkembang. Antara beratus-ratus telur yang disimpan di dalam ovari, hanya satu yang akan dibebaskan setiap bulan. Telur ini kemudiannya bergerak masuk ke tiub fallopio di mana ia menunggu untuk bersatu dengan sperma. Proses ini dipanggil persenyawaan. Sekiranya persenyawaan berlaku, maka terjadilah kehamilan. Jika tiada persenyawaan, telur itu akan pecah.
Pada masa telur bergerak melalui tiub fallopio, lapisan uterus sedang disediakan oleh ovari sekiranya berlaku sebarang kehamilan. Hormon yang dibebaskan oleh ovari kemudian menebalkan lapisan uterus dan meningkatkan bilangan dan saiz pembuluh darah bagi menyediakan uterus untuk telur yang telah disenyawakan. Sekiranya tiada persenyawaan berlaku, lapisan uterus yang tebal ini akan runtuh. Period akan bermula apabila lapisan yang telah pecah ini melalui serviks dan terus ke vagina.

Berapa lama ye period?
Normally period around 3 - 8 hari, but it depends pada badan seseorang jugak. Berbeza bagi setiap wanita. Sumetimes ada juge yang tak datang berbulan2 dan ada pula yang datang berhari2, unnormal. tapi semua tuh sebab badan kite mula nak menyesuaikan diri dengan umur dan tubuh kita. Jumlah darah yang keluar ketika haid mungkin berbeza antara wanita. Nampak macam banyak je darah tapi biasanya ia cuma 2 hingga 5 sudu besar atau pun 30 hingga 80ml darah. Aliran darah mungkin lebih banyak dalam masa dua hari pertama dan semakin berkurangan pada hari seterusnya. So bagi yang aliran darah yang banyak tu, rajin2 tuka pad untuk kebersihan dan elak jangkitan kuman. Love urself k.

Tuala Wanita
 
Haha, citer bab tuala wanita plak, skang ni macam2 brand tuala wanita kt market tuh. whisper, laurier, carefree, intimate ah macam2 lagila..pilih je nak yang mahai ke murah. i prefer kotex than others coz bile basuh bersih. tak suke yang pakai gel punye. nowadays, macam2 jenis ada, overnight, wings, maxi, slim pilih aje ikut kadar aliran haid kamu sume. Macam me, lebih suke yang selesa, tak terlalu tebal dan lembut macam kotex.
Nak tahu info lebih lanjut pasal tuala wanita especially kotex nih, klik sini.
 
 
Info ni ciplak dari laman web kotex. juz nak sharing dengan kawan2.
 

Kalu period sedikit dan jarang?
Apabila mengalami aliran haid yang sedikit yang berlaku setiap 35 hari atau lebih, dan mungkin mendapat oligomenorea. Ia mungkin disebabkan oleh:
  • Hormon lelaki berlebihan dalam tubuh yang disebabkan oleh sindrom ovari polisista
  • Tiada telur yang dibebaskan oleh ovari (tiada ovulasi)
  • Tekanan emosi
  • Pemakanan yang kurang disebabkan diet keterlaluan
  • Aktiviti fizikal yang terlalu keras

Kalau period kerap?
Sekiranya didatangi haid setiap dua atau tiga minggu, anda mungkin mengalami
polimenorea. Pendarahan haid ini berlaku kurang dari selang 3 minggu. Ia mungkin di alami
semasa dua tahun pertama selepas period kali pertama. Ia juga mungkin disebabkan oleh:
  • Tiada ovulasi
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Tekanan emosi
  • Pemakanan tak seimbang
  • Aktiviti fizikal yang terlalu banyak
Senggugut?
Korang penah senggugut tak? Me jarang sekali. Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang dialami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali period. Ade yang sakit teruk dan ade yang biasa2 je.


Opps..banyak lagi nak tulis..nanti sambung ye..banyak keje..huhu..psssttt..rahsia perempuan..he..