728 x 90

Wednesday, January 29, 2014

Masam2 manis dapat cek dari HotFM


Assalamualaikum,

cerita kelmarin sedih-sedih pastu happy. haha dah kenapa cenggitu pulak.
mulanya macamni, time nak amik wuduk untuk solat zuhur, elok cuci muka syok-syok gitu, terperasan apesalla kosong je pergelangan tangan nih. YaAllah, gelang mak mane? sambil bawak tangan ke bahu.
huu..sedih hati tak terkata. yelah, mane tak terkesan sebab tu gelang mas kawen kot.
pastu mengadu la pada kengkawan opis. same-same cari. dok teringat yang pagi siang tu pergi Dengkil sebab pergi beli barang kedai runcit opis. pastu dalam hati dok doa jugak harap-harap jumpe baliklah. tapi kalau dah tak jumpa redha jelah. cal encik am bagitau, macam-macam disoal siasat, huhu, kalau tahu nak hilang memang tak pakai kan. benda dah nak hilang.

petang tu balik encik am datang ambik. ecee buat muke sedihla konon. encik am pegang tangan tengok. die cakap dah kosong dah tangan. yelah gelang tuh sejak beli sampai semalamlah memang tak pernah bukak kot. takpelah, memang redha jer. pastu encik am siap kenen-kenen "nak ke abang beli baru", "nak tak abang beli yang serupa macam tuh balik". aku geleng je tak mau, jual mahal konon. kalau beli pon tak sama abang. walaupon gelang tuh kecik comel je, tak mahal mana, tapi tu mahar suami buat isteri. huuu.

elok sampai je parking rumah, tup tup encik am cakap, "ni haa abang beli yang sama macam tuh". terus senyum. nampak benor encik am tipu. die cakap "macam mana boleh ade kat seta belakang nih. abang jumpa kat belakang tadi. haiisshhh, lenkali jaga elok-elok". manelah kite nak tahu kalau benda nak jadi kan. huhu. Alhamdulilah, syukur sangat-sangat sebab jatuh dalam kereta. Allah kembalikan balik barang aku yang hilang. terus senyum sampai naik lift.

tup tup sampai depan pintu, tengok-tengok ade surat terselit bawah pintu. tengok-tengok dapat cek dari Hotfm. wow. rezeki lagi. amin amin. walaupon sepanjang hari sedih, tapi petang-petang terus happy sangat-sangat. dapat cek rm200 dari hotfm sebab join survey yang diorang buat. senangkan dapat duit free-free jer. kalau korang nak jugak dapat cek macam aida. registerlah jadi juri hotfm, diorang akan hantar emel kalau ade survey atau contest. pastu korang cepat-cepatlah join. faham.

nampak tak logo hotfm tuh, tak tipu tau..


okey, nak cashkan cek tuh, nak belanja kawan-kawan. kongsi rezeki sama-sama. bukan sebab jumpa balik gelang tuh, tapi sebab memang dah lama niat nak belanja kawan-kawan. Alhamdulilah, mudah-mudahan kita sama-sama murah rezeki dan doakan aida cepat-cepat dapat baby yerk. ngee.


xoxo.



Tuesday, January 28, 2014

Short Trip to Melaka Bandar Bersejarah part 2


Assalamualaikum,,

sambungan part 1.

after dah syok2 jalan sampai ke petang day 1 tuh kami pergi makan dekat Restoran ikan bakar muara sungai ujong, kalau tak silap i la namanya. kami main redah je sebab ikut kate tuan punye homestay sini memang sedap. gune gps jumpela jugak. memang ramai la orang baq hang. pastu nak makan seafood kena beratur panjang pilih seafood ape nak pastu bagitau nak masak apa. macam tew pulak. xpelah, tak try tak tahu.

menu kami : sotong goreng tepung, udang gorang bercili, sayur campur dan ikan siakap gorang tapi tade dalam gambar sebab lambat sangat sampai kalu yang bakar2 nih. boleh tahan juge servis dan harga ikut kilo yang kita ambik.
sory gambar kedai tak amik sebab dah lapo tahap gaban
\
lepas tuh terus balik homestay tido.

esoknye, pepagi lagi dah bangun siap kemas nak cek out awal-awal sebab tak nak patah balik dah. 
so, pagi yang cerah tu kami terus pergi tempat-tempat yang tak sempat pergi semalam. first tuju lepas breakfast kat kedai mamak, tentulah a famosa. memang kalu datang melaka kalu tak tangkap gambar depan nih rugilah. a famosa nak masuk tak payah bayar, free of cas.



Next - > Muzium Kesultanan Melaka. 
Bayaran : RM2 seorang x 5 = total rm10







Next - > Muzium Samudera. 
Bayaran : rm3 x 5 = total rm15

opps nih gambar semalam punye tak sempat masuk sebab tuh bace sebelah tu..tutup
maap, gambar lain-lain dalam kamera slr kat rumah. nanti i upload oke.

banyak lagi muzium lain kat sane, Muzium Kastam, Muzium Islam, Muzium Tldm, Muzium banyak lagilah tak ingat dan tak masuk sebab banyak sangat kot. kitorang pon dah malas-malas sebab next dsetination nak singgah pantai Port Dickson pulak. huhu.

okey, lain-lain pasal ni nantilah update sebab malas dah datang menyerang.


xoxo


Sunday, January 26, 2014

Short Trip to Melaka Bandar Bersejarah part 1


Assalamualaikum,

lame gak tak update belog, rase last tahun lepas update. ece macam lame sgt bile sebut tahun lepas. so, welcoming 2014. hehe. disebabkan agak membizi setiap minggu so memang tak sempatlah nak update belog ke bace belog ke. so rini rase cam nak update pule.

awal bulan ritu, kitorang saje pergi berjalan ke Melaka. bukan tak pernah pergi melaka tapi kalini tujuan untuk melancong dan melawat tempat-tempat menarik kat sane. weehoo. seronok sebab encik am pon sekepala dan senang nak ajak jalan. lagi-lagi bawak mak ayah dan adik-adik. tapi sayang sebab ayah tak bape larat nak jalan jadi tak ikut jadi ganti dengan abang. asalnya pelan pergi 10 orang. alih-alih family kakak tak jadi pergi sebab demam, so berjalan berlima ajelah.

kitorang pergi 2d1n je. amik homestay sebab mule-mule kan kate pergi beramai-ramai. homestay yang kitorang duduk dekat Bandar Hilir jugak tak jauh dari town dalam 3km lebih. apartment 3 bilik, semua bilik ade ekon. siap ade swimming pool lagi tapi sayang anak-anak buah yang suke berenang tak jadi datang. harga untuk 2d1n total rm300 sebab weekend. okeyla. kalau korang nak jalan-jalan melaka bolehla dok sini, suggest untuk familyla. pergi sini Kental Homestay.


Gambar-gambar Homestay nih
ade pool kat bawah apartment

view dari balkoni

meja makan

dapur

ruang tamu, tapi tv lame takde astro hokey

master bedroom wit toilet

3rd bedroom

2nd bedroom, all complete wit aircond
so far i boleh kasi 3 bintang jer


so, kitorang dari putrajaya gerak dalam pukol10 lambat sikit sebab siap pergi tampal tayar, manelah datang paku nih. haiiiissh. tot tet tot tet pukol12.30 baru kitorang sampai. lapaq sangat terus pergi makan kat Zaiton Asam Pedas Restaurant. hoo. boleh tahanlah harga makan situ walaupon aku sorang jek yang telan asam pedas. hah. then, perut dan boncit baru check in masuk homestay.

sampai bilik apelagi semua landing baik punye. aku je yang tak tido. biaselah bukan jenis kaki yang tido siang kot. elok-elok jam kol4, habis semua aku gerak, cepat siap! walaupon hujan membasahi tetap nak jalan sebab dah sampai dan sebab esok nak balik dah. boleh.

so destinasi pertama yang berjaya kitorang sampai selepas 10ribukali tawaf bandar melaka tu sebab nak carik parking je pon, so sampailah kat Menara Taming Sari. oleh sebab mak gayat, jadi mak dengan abang tak naik. aku, encik am dan mira(adik aku) je yang naik. nak naik bayaran sorang rm10, 3 orang total rm30.
korang jangan tertipu dengan harga dekat kaunter. kat situ tulis adult rm20 tapi itu untuk tourist yang datang melancong. macam kite ni orang mesia separuh harga saje.

menara taming sari, best kot naik nih tapi takot2 gak


me wit sista

lepas tuh, kitorang cadang nak naik beca. *teringat lagu abang beca abang beca di tengah jalan. harga satu beca pusing pekan seround rm25 untuk 2 orang. kami ber5 mesti kena amik 3 beca, so cancellah nak naik beca. wuuuu. tapi sempat gaklah bergambar dengan beca. hello kitty gitew.

next, alsebab tak dapat masuk muzium disebabkan hujan rintik-rintik main layang-layang, so pergila merajok naik river cruise. best jugak tau. sepanjang river tu macam-macam bangunan menarik yang memang diorang buat khas untuk tarikan. cantek. bayaran sorang dewasa rm10, 5orang total rm50.

view yang kami lihat sepanjang river nih








sista, me, mom and brota


after dah seronok2 naik cruise, memasing perot dah lapo. so apelagi terus pecut pergi cari ikan bakar. memang main redah jela. akhirnya sampailah dekat restoran ikan bakar muara sungai ujong, kalau tak silap i lah...



to be continued.....



xoxo