728 x 90

Tuesday, December 3, 2013

Set Bajet Shaklee


Salam,
mari dekat mari rapat,
dapatkan set-set bajet shaklee dengan harga yang menarik.
Just pm me untuk pertanyaan dan pembelian. sure akan dilayan baek punye.
ha, tunggu apelagi. promo bulan ini beli 6 omega guard dan free 1. jimat giler-giler.
BOLEH DAPAT KEAHLIAN PERCUMA TAU. siap dapat BONUS lagi. so, tunggu ape lagi. yuk.




Berminat nak cuba Produk Shaklee 
boleh hubungi saya untuk harga istimewa..



Sms / wassap : 017-5493685
Email : idida163@gmail.com

ID SHAKLEE : 912703
Trust SHAKLEE Trust Me.


xoxo



Tuesday, November 26, 2013

Delete


Assalamualaikum,

dah lama giler tak update belog. bile bukak je nampak muke encik am. nampak sangat entry bulan sepoloh yang tak update-update sampai sekarang. ngeh. ni dah nak habis november baru nak bagi perutusan.

entah, bila dah macam nih kadang-kadang rasa macam dah tak nak berbelog pulak. bukan apa, selalu azam nak update hari-hari. mule-mule jer zemangat, at last, sebulan mau 2 kali kot. dasar pemalas. haha. bukanlah, acually, lately nih busy jugak-jugaklah. mane dengan kerja, mane lagi dengan encik am. encik am dah mc 2 minggu dok kat rumah sebab eksiden. kesian die.

nih yang rasa macam nak delete belog je pon hado. hohoho. perlu kah?

xoxo



Wednesday, October 23, 2013

Hepi bestday my sayang


Assalamualaikum,

isnin yang lepas is bestday my sayang yang ke-29. wahwahwah lagi setahun je kot nak masuk angka 3. haha. tapi perangai masih gila-gila remaja gituk. papepon, selamat hari lahir sayang, semoga panjang umur dan murah rezeki selalu. semoga jadi suami yang soleh dan baik kepada mama.

untuk tahun ini, kami celebrate dekat pizza je sebab encik am teringin sangat nak makan pizza yang baru tuh. ape ke namenye? haaa..3 sumptuous flavor kalu tak silap. tu mase weekend then hari isnin aritu aida tukar dengan kawan pergi parlimen dan cadang balik nak surprise kan encik am. last-last balik sesat plak terus tak jadi singgah. balik-balik rumah singgah pasar beli bahan-bahan. memula tak tahu nak masak apa, tahun lepas buatkan die chicken chop, pastu fikir punya fikir last-last nasik ayam je yang jadi. okeyla..encik am makan tambah-tambah empat kali. die kate gemuklah kalau hari-hari macamnih. ngee.


payah kalau nak amik gambar encik am nih..haisshh


taraaa..inilah hasilnya nasik ayam kitew yang tak seberapa..
yang penting ikhlas kan..
ape motip remote astro kat atasa meja makan tuh..haha


tahun ni tak tahu nak bagi apa hadiah, so tanya die encik am nak apa. senang bair benda yang die boleh pakai dan guna. kan kan. so kalu nak tahu hadiah, tunggu next entry yang ntah bile tuh yer..haha..gambar lupe nak snap.

xoxo





Wednesday, October 9, 2013

Produk baruku Mary Kay


Assalamualaikum,

haha, dah beberapa menjak nih kulit muka nih dah kurang belaian mesra dari tuannya.
alahai siannye dah makin kusam. dah tak tahu nak pakai produk apa. semuanya mula-mula je nampak kesan.
lepastuh, muka balik kepada berminyak, kusam, suram kenn kenn.

so, ade kawan yang suggest pakai MK nih. Kalau korang nak order, boleh order dari kawan opis aida. Sha Mary Kay. dengar dan tahu memang mahai lerr. tapi sebab keinginan nak cube, so terus order. kite tunggu dan lihat keberkesanan produk ini mehh.


haa, ini dio. beli 3 je dulu.
botanical set.


Mudah-mudahan kulitku bertambah cantik dan berseri-seri dan encik am pon suke. Amin. kui kui kui. 


xoxo




Monday, October 7, 2013

Walk in sendiri pergi Shaklee Wangsa Maju


Assalamualaikum,

sabtu lepas, aida dengan jayanya telah men'drive' sampai ke Shaklee Wangsa Maju. Ini semua demi customer-customer ku yang tersayang. Sebabnya selalu aida beli pakai email jer, tapi sekarang sejak-sejak Shaklee dah boleh beli online ni, memang order melalui email dah tak dilayan serta merta. waaa menangis mak. tapi order online lagi senang dan cepat cuma aida tak pernah try lagi. ni baru nak try harini.
dan yang paling syok aida drive sendiri tau dari putrajaya sampai wangsa maju tuh. selalu encik am je yang drive kan, jadi manja la nak drive jauh-jauh lagi-lagi pergi kl nih. dah selalu lalu pon tak pernah nak hinggat.
nak jadi cerita, sabtu tuh encik am lawan badminton, so terpaksa ajak kawan teman, kawan pulak bukan orang key el jugak, so main redah la kite. nasiblah dah google siap-siap. ingat-ingat jela.

sumber dari google. mekasih.

akhirnya, sampai jugak ke destinasi dia. hohoho. hebat tak hebat tak? dah masuk tengok-tengok mak ai ramainya umat. pastu kena amik no giliran lagi. waaa. jakun pon ado. 

ini dia hasil borongan kelmarin. untuk customer, untuk encik am dan untuk diri sendiri.


Pada yang nak jadi ahli Shaklee, boleh contact/pm/sms/wasap aida pada no ini : 0175493685
atau boleh pergi ke mana-mana branch dan gunakan id saya untuk register : 912703


Berminat nak cuba Produk Shaklee boleh hubungi saya untuk harga istimewa..


Sms / wassap : 017-5493685
Email : idida163@gmail.com
ID SHAKLEE : 912703
Trust SHAKLEE Trust Me.


xoxo


Saturday, October 5, 2013

Set Kurus yang Superb Power : Combination Lecithin & Alfalfa


Assalamualaikum,

sekarang nih lecithin dan alfalfa semakin hot di pasaran. ade je customer yang request. ohoho. sampai tak menang tangan la mak. tangan ke bahu mata ke atas. banyak dah fedback yang awesome dari kawan-kawan kite. sampai berkilo-kilo. semua percaya dengan shaklee. yang penting kurus dan sehat. tak gitu mak jemah? okess, meh review sikit paasal dua barang baek nih.



LECITHIN

Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut menyumbang 530mg lecithin. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.


Khasiat lecithin

1. Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)

  • Lecithin memecah serta mencairkan lemak terutama koleterol.
  • Ia membantu menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
  • Membantu mengawal paras triglycerides
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol

2. Penting untuk fungsi otak

  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak – berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari Lecithin
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine ? kerana 30% otak adalah lecthin, dan 70% lemak di hati (liver) adalah lecithin

3. Untuk mak-mak dan ayah-ayah kita

  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki.

4. Penghadaman

  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

5. Sel

  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel
  • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

6. Kesihatan kardiovaskular (jantung)

  • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
  • Ia amat mujarap jika di ambil bersama-sama EPA dan Fiber.


ALFALFA

Khasiat daun alfalfa, selain membanyakkan susu ibu:
  • Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
  • Melegakan sakit sendi dan belakang.
  • Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  • Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint)
  • Memberi kelegaan semasa haid.
  • Merawat arthitis
  • Bagus untuk elergi dan ekzema
  • Merawat asma
  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkita dalam buah pinggang
  • Meneutralkan asid dalam badan
  • Merawat masalah keputihan pada wanita
  • Membesar dan menegangkan payudara
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
  • Memulihkan urat selepas bersalin
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Meningkatkan stamina seorang suami
  • Melegakan sembelit

  Dan banyak lagi untuk disenaraikan…


So, ape tunggu lagi, cepat ah order dengan mak. kompen terlaris di pasaran. auuuwww.



Berminat nak cuba Produk Shaklee boleh hubungi saya untuk harga istimewa..


Sms / wassap : 017-5493685
Email : idida163@gmail.com
ID SHAKLEE : 912703
Trust SHAKLEE Trust Me.



xoxo.


Sunday, September 22, 2013

Family Escape 2 Bukit Tinggi, Pahang


Salam,,

hye dah lama sangat kot aida tak update belog. dah bersawang rasanya. mesti korang scroll atas bawah atas bawah bosan tengok benda yang sama je kan. harini pon ade mase sikit nih nak taip sekali lalu saja. kasi letak gambar banyak-banyak pastu korang tengok dua tiga minggu lagi baru update entry lain. haha dasar pemalas. 

weekend lepas, kitorang family dua tiga kerat pegi short escape. unplanned holidays. hari tu nak berjalan hari tu jugaklah baru kalut-kalut nak bookin hotel bagai. selalu macamtu. tapi tetap seronok. rasanya kalau yang dirancang mesti tak sesebest ini kan.

mana taknya, pagi-pagi tengah tido lagi, (nampak sangat kalau hari minggu keje tido jela laki bini nih) my sis dah call suruh get ready, sebab diorang tengah on call bookin hotel dan kalau dapat terus gerak. haha tak ke naya. letak je phone, bleh pulak sambung tido balik. baek punya.

so, bila dah dapat hotel, sis call set tempat nak jumpa. mak ayah adik semua dekat rumah sis di tanjong malim. aida dengan encik am dari putrajaya. and the holidays location is Bukit Tinggi.

okey, layan sikit bebrapa teaser family escape nih. malas nak taip.

to be continue................................................







xoxo




Tuesday, August 27, 2013

Jimmy dah kawen..yeay!


Assalamualaikum,

minggu lepas aida dan encik am balik ipoh sebab kawan encik am, si jimmy asmara nih kawen.
kawen dengan orang ipoh. alamat lepas ni selalu lah balik ipoh. dan selalulah encik am akan ajak konvoi nih. huh. walaupon majlis belah laki di kl, tapi kat ipoh pon mesti pergi. begitulah kalau dah kawan dari kecik, memang sayang lah kan. encik am ade 3 orang kawan yang rapat sangat. jimmy, bangah dan shark. kawan dari kecik-kecik lagi. dan sape je yang kawen, mereka 4 orang nih mesti ada dekat dua-dua majlis. jadi mem-men semua kenalah ikut memberi sokongan padu pada persahabatan mereka ini, walaupon ada masanya termerajuk jugak dengan persahabatan mereka ini. heh. itu normal la kan. meh layan gambar seketoi dua.


encik am, jimmy, farah dan aida
pengantin bersilau-silau kikiki***

okey, baru nampak lubang hidung pengantin..
cakap dengan encik am"muka jimmy macam gambar dalam duit singgit kan" 


gambar 4 sekawan dan 4 mem-mem
hehe

Mencari produk-produk untuk kecantikan?
Dapatkan aurawhite, ferwhite, maixara, shape plus, fellina, 
dan banyak lagi dengan harga yang murah.
boleh pm di sini 
sms/wasap:0175493685

xoxo




Friday, August 23, 2013

Bestie Wedding, Miera


Assalamualaikum,

raye keempat yang lepas, best friend aida dari zaman sekolah rendah, yang merangkap kawan seperjuangan, sepermainan, sequarters, sehati dan sejoli telah pon disunting orang. dah jadik binik orang dah kawen aku yang sorang nih. miera, kawan rapat waktu sekolah rendah dulu. dulu kuat gaduh, tapi gaduh macam mane pon kami still best friend forever. mase tuh, kami best friend bertiga, sorang lagi bestie aida, emy. kami satu kelas, tinggal pulak kat berek polis, yelah memasing anak polis yoo. sebabtulah agaknya zaman kanak-kanak zaman kegemilangan kami tersangatlah rapat. sampailah masa dan kedewasaan yang memisahkan kami. cheewaah ayat. apepon kami still keep in touch. tak gitu. meh layan gambar kawen die dan gambar gedik kami.

bersama pengantin dan suami.
manis dan cantek kawan aida sorang nih.
semoga bahagia hingga ke akhir hayat yer.

menggedik bersama pengantin.
dari kiri belakang: dila, niza, me & emi.
kami berlima kawan satu sekelas mase sekolah rendah dulu. wee. 

kate freestyle, tapi semua tengok kamera,
aida sorang je poyos syok sendiri. haha.

pengantin sebok, kami naik pelamin tangkap sendiri jer.
biaselah kalu muka tak malu memang macam nih.


p/s: niza gambar dalam bilik tatau mana pi. haha,

apepon, SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT AMIERA AZMI DAN SUAMI.


xoxo.



Thursday, August 22, 2013

**Selling Price List - Pinky Shoppy


Harga terkini produk-produk dari Pinky Shoppy.
Harga tidak tetap tertakluk kepada promosi dan permintaan.
pm / wassap: 0175493685 untuk order dan juga best price.

*Harga berubah dari masa ke semasa. Thank You.


~HAPPY SHOPPING WITH PINKY SHOPPY~



Raya ke 15


Assalamualaikum,

hah, dah lame belog ni sepi dengan update. cian die. asyik tengok je tapi mood nak taip-taip takde. tengok orang lain post gambar-gambar raye diorang, aida pon nak sebok-sebok jugak ah. ngee. masih sempat lagi walaupon sudah syawal yang ke 15. tapi nak tepek jugak sekeping dua gambar kami berhari raya. hamboi hamboi hamboi.


SELAMAT HARI RAYA DARI AIDA & ENCIK AM
raya kali ni raya yang kedua sebagai suami isteri dan masih berdua. InsyaAllah raya tahun depan bertiga, Amin ya Rabbal Alamin.

Raya pertama di rumah mertuaku.
semua adik beradik balik. 
memang meriah la kau. 
tapi hati totap sayu teringatkan kampung halamanku yang 
jauhnya 45 minit dari rumah encik am. haha.

bergambar bersama PIL dan sanak saudara sepupu sepapat

gambar raya family sendiri, mak, ayah, adik dan family paksu adik beradik ade yang belum sampai, yang pergi mane ntah, ini je yang ado kau ado? almaklumlah dah raye ke berapa baru balik rumah sendiri, memang tak dapatlah gambar berbaju kurung dan berbaju melayu seh..

Anak buah yang sulung, my youngest sista, me and emak
emak suke spoilkan gambar, tengok tempat lain.
dah siap pesan "mak, tengok kamera tau!"


Okelah, tata.

xoxo


Monday, August 5, 2013

Hot selling, Vita C 500mg Shaklee


Assalamualaikum,



dah lama dah vita C 500mg nih kehabisan stok dan Shaklee masih belum merestok kan lagi vita C nih. customer ramai yang dah menjerit-jerit bertanya pasal vita C nih. kalau ade stok dah lame dah aida untung besar woi.

tapi, tapi,,,,,, korang jangan fikir bukan-bukan pulak pasal ape lame sangat masa yang diambik oleh Shaklee untuk keluarkan stok baru nih. dengar kata, ade pihak yang cube meniru vita C nih, dan sebab itu, Shaklee menghasilkan vita C keluaran baru dan sedang menunggu kelulusan KKM. justeru kome-kome kena sabaq sikit naa. yang pasti vita C Shaklee nih memang superb powerlah.

Jom tengok kebaikan Sustained Release Vita C 500mg.


Keistimewaan Sustained Release Vitamin C Shaklee

'Sains pembebasan berterusan secara semulajadi' vitamin C telah direka oleh Shaklee. Setiap tablet vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5 vitamin C tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan Vitamin C dalam 2 tablet Vitamin Shaklee (dalam jurang masa 5 jam) mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24 jam. Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% dari bioflavonoid, diekstrak dari kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C Complex. Ia mempunyai kemampuan meningkatkan keberkesanan Vitamin C dalam tubuh kita, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas.


Kebaikan Utama

1. Membentuk Kolagen
Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik.

2. Memperbaiki Simptom Pendarahan
Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3. Peningkatan Sistem Imun
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.

4. Memerangi Kanser
Ianya satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

5. Mencantikkan Kulit
Pengambilan Vitamin C setiap hari membantu mencerahkan kulit, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

6. Memperbaiki Insomnia
Ia memperbaiki insomnia, stres, masalah berkaitan mental seperti keresahan.

7. Mengekalkan Kolesterol Sihat
Ianya mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.


Keperluan Pengambilan Vitamin C

Haiwan menghasilkan Vitamin C mereka sendiri, seperti arnab mampu menghasilkan 18,000mg (18g) Vitamin C sedangkan manusia tidak dapat menghasilkan Vitamin C. Tambahan pula Vitamin C larut air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita. Oleh yang demikian adalah perlu untuk kita mengambil Vitamin C setiap hari. Vitamin C tidak memberi kesan toksik.

Kajian dari Dr. James Scala telah menunjukkan, adalah selamat untuk mengambil 5,000mg (10 tablet) hingga 10,000mg (20 tablet) Vitamin C sehari. Dr. Pauling, yang menemui Vitamin C, mengambil 18g (18,000mg) sehari dan beliau adalah sihat secara fizikal pada umur 94 tahun.


Vitamin C Yang Memadai Dari Buah?

Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45mg-60mg Vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan Vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Oleh yang demikian, buah yang tidak ranum mengandungi kandungan Vitamin C yang sedikit. Kandungan Vitamin C pada buah akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan. Pengambilan Vitamin C dapat melengkapkan keperluan Vitamin C dalam tubuh.



Berminat nak cuba Produk Shaklee boleh hubungi saya untuk harga istimewa..

Sms / wassap : 017-5493685
Email : idida163@gmail.com
ID SHAKLEE : 912703
Trust SHAKLEE Trust Me.




xoxo




Friday, August 2, 2013

Mealshake baik untuk kanak-kanak


Assalamualaikum,

ramai ibu-ibu, mama-mama yang kat luar sana tanya aida pasal mealshake nih. even belum ade anak dan takde experience pon, tapi aida banyak membaca dan dapat feedback dari customer tentang kebaikan mealshake nih. 






6 fakta tentang Mealshake:

1. Nutrisi Lengkap

Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel

Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

3. Untuk Pembesaran

Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.
*Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

4. Anti-oksida

Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.
*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

5. Pemulihan Kulit

Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.
*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

6.Detox

Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
*Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.

Antara kebaikan Mealshake ini ialah : 

  • Rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
  • Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas 
  • Sesuai untuk seisi keluarga
  • Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
  • Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
  • Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
  • Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  • Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
  • Meningkatkan selera makan anak
  • Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
  • Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
  • Menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
  • Amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti 




Testimoni mereka :








Berminat nak cuba Produk Shaklee boleh hubungi saya untuk harga istimewa..
FB : Health & Beauty by Pinky
Sms / wassap : 017-5493685
Email : idida163@gmail.com
Website : http://aidathepinky.blogspot.com
ID SHAKLEE : 912703
Trust SHAKLEE Trust Me.




xoxo



Wednesday, July 31, 2013

Mari mengenal Omega Guard?

Assalamualaikum,

hari ini kita nak bercerita pasal Omega Guard. Kite study sikit-sikit yer produk shaklee nih. nak ingat semua memang takla kan. okey.

Apa itu Omega Guard Shaklee?

Kalau sebut Omega Guard Shaklee mungkin tidak ramai yang kenal. Kalau sebut DHA mungkin lebih popular kerana dalam Omega Guard Shaklee ini juga mengandungi DHA yang sangat baik untuk otak.

Apa pulak Omega-3?

Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.


Fungsi EPA
  • Mencegah kanser
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Menghindar tekanan perasaan
  • Mencegah penyakit darah tinggi                


Tugas DHA
  • Mencegah asma
  • Meningkatkan daya seksual
  • Mencegah sakit kulit
  • Mengelakkan kanser payu dara
  • Mengelak kanser prostat
  • Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
  • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan


Kebaikan Omega Guard Shaklee

Melindungi Jantung Anda

Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. 
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal

OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.





Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*

Siapa yang Perlukan Omega Guard Shaklee

Ibu Hamil
  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
  • Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
  • Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil

Ibu Menyusu
  • Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
  • Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu

Kanak-kanak
  • Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
  • Memperkuat sistem imunisasi badan


Mereka yang mengalami masalah berat badan

Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.

Sering dilanda masalah kesihatan
  • Batuk berkahak, selesema berterusan
  • Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
  • Sakit Stroke

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure , dibuat dengan begitu sempurnapenyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik. 

Jom kita dapatkan Omega Guard Shaklee ini untuk kegunaan sekeluarga.



Berminat nak cuba Produk Shaklee boleh hubungi saya untuk harga istimewa..

Sms / wassap : 017-5493685
Email : idida163@gmail.com
ID SHAKLEE : 912703
Trust SHAKLEE Trust Me.



xoxo






Monday, July 29, 2013

Peraduan Teka Kuih Raya, Menang Duit Raya!


Assalamualaikum,
hye korang, nak dapat duit raye tak? senang jer tak payah susah-susah pon, 
just korang kena teka je pastu kalu nasib korang baik korang dapatlah duit raye nanti.
macam mane? ha, tengok kat bawah nih.

Klik Banner untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini.

Apa yang korang perlu buat cume teka je berapa banyak kueh dalam bekas kat bawah nih, 
jawapan sape yang hampir-hampir tepat atau paling tepat akan dapatlah hadiah-hadiah yang ditaja.

Jawapan berapa banyak keh raye :  135 bijik


Ha, lepas tuh, sila-silalah korang like semua peng'sponsor' hadiah di bawah yer..

Peraduan ini telah di sponsor oleh...

 

 









-----------------------------------------------------------------------------------------

LIKE THEM FIRST!! :)

This is how we show them the appriciate!


-----------------------------------------------------------------------------------------


Peraduan bermula dari hari start dielah sampai tengah malam 3 Ogos 2013. 
Keputusan akan dibagitahu pada 4 Ogos 2013.
Hadiah akan dipos pada 5 Ogos 2013 sebelum raye.

Ha, tunggu apa lagi, cepatlah join. bukan susah pon mane tahu korang menang ker kan? 
hadiah pon menarik. nak tahu hadiah klik sini
Alhamdulilah.


xoxo