Thursday, May 12, 2016

Aku Tak Biasa



Assalamualaikum 

Kelmarin encik am cuti pergi training halfday, so lepas dah setel training plan nak lunch sesame.
kalau ikutkan nak ambil khaireen dari taska bawak sekali, tapi memandangkan cuaca yang agak panas,
so tak jadi ambil dia dan decide lepas lunch terus encik am ambil bawa balik rumah. 
Khaireen sekarang nih asik selseme berhingus saja. mungkin sebab sejuk aircond dekat taska agaknya.

Pergilah berdua ke Alamanda. Asalnya nak makan di food court jer, tapi puas pusing-pusing, fast food jugak jadi pilihan. Mekdi saje. saya suka ayam goreng mekdi. pedas.

tapi nak storinya kat sini, bila dah duduk makan berdua, tibe-tibe feel macam tak biasa pulak.
macam mula-mula nak bercinta dulu. Allah sungguh rasa tak biasa bila berdua. 
selalu kan kami bertiga dengan khaireen. ni bila berdua jadi tak biasa. wuuu.
rindu anak. macam zaman berdua dating-dating dulu. mungkin sebab dah terbiasa kemana-mana bertiga dan 
tak pernah lagi pergi mana-mana tak bawak khaireen. seriuos, memang dah tak biasa!





p/s: jangan tinggal anak walaupon pergi mana sekalipon. ah, aku rindu.
#sindrommakmak

okbai, xoxo.

Monday, May 9, 2016

Jom dapatkan free customized mug by Printciuos.com



Assalamualaikum 

bulan-bulan yang akan datang ini akan penuh dengan sambutan untuk orang-orang yang kita sayangkan. Mothers day, Fathers day, Teachers day and lain-lain occasions kan. kadang-kadang kita sampai blur kan nak bagi hadiah apa yer. Kalau boleh nak bagi hadiah yang boleh dibuat kenangan dan akan diingati sampai bila-bila. Tapi hadiah yang macam mana. Kalau boleh hadiah yang boleh kita design sendiri, maybe letak gambar kita sendiri. Emmm, jangan risau, Printcious ada penyelesaiannya. Macam-macam hadiah ada macam mug, tshirt, kusyen, phone cases, puzzles, rompers dan banyak lagi. Boleh layari laman web Printcious untuk maklumat lanjut.


Tapi,
ada berita baik untuk kawan-kawan semua, 
jom dapatkan custom mug dengan percuma.
yes, ianya FREE dari Printcious.com 



Printcious ini kedai online yang jual gift yang customer boleh customized ikut citarasa masing-masing. Mereka mempunyai kepakaran dalam memdesign produk mereka. Dan bagi menghargai pelanggan mereka, Printcious organize giveaway FREE CUSTOMISED MUGS untuk meraikan any special occasions dari 1st April hingga 31st Julai ini. Contoh untuk occasions seperti Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru and so on.


So apelagi cepat-cepatlah join giveaway yang super duper senang je nih. Cara-caranya seperti dibawah yer:-


How to join:-
Steps
  1. LIKE & SHARE our Facebook post regarding our Free Mug Campaign and set your post visibility to PUBLIC.
     
  2. Create a member account (open in new window) & login.
     
  3. In all mug product pages, click the FREE MUG image, the price will become zero. (yeah, it's FREE ^_^)


     
  4. Click the Customise button to customise your mug with a text or image of your desire. After customising click Done and Add to Cart.
     
  5. Follow this step by step until order is done. Then we will print and deliver out in 3 - 5 working days.


So guys, senang je kan nak dapat benda free. tunggu ape lagi cepatlah grab untuk hadiahkan pada orang yang tersayang. Boleh try order sekali untuk lihat hasil dan kualiti dan nanti mana tahu boleh order banyak-banyak kan contoh untuk aktiviti kelab, family day dan sebagainya. yang menariknya, Printciuos selalu bagi diskaun untuk setiap produknya. Haa best kan. mana nak dapat harga macam tuh kan. Jadi cepatlah rebut peluang nih untuk bagi hadiah pada sesiapa saja yang korang nak.


okbai, xoxo.


Thursday, May 5, 2016

Trobek: Persiapan sambut newborn Little Kayin


Assalamualaikum ,

hai lama sangatlah tak update belog. last update bulan 3 haritu. 
tu pon update gambar google sajo. hiks. 
Ekceli, entry ni dah lama sangat dah draft peram pekasam bagai, tapi mood nak karang tu tak datang-datang.
memang dah basi sangatlah sebab anak pon dah setahun kot. ini persiapan dalam perut la wey. 
tetibe harini rasa nak up balik. moh la kengkawan layankan gambar dan ayat basi guwe. 

Tak taula nak kata persiapan beria ke tak kan, tapi almaklumla kan anak first, 
sang ibu dan abah to be ni memang main beli sajo. 
Buat checklist bagai nak rak takut terlepas pandang, ada yang tak beli nanti karang.
Semua kelengkapan dibeli sedari 3month pregnancy. Excited kan ibu abah kayin nih.
Alhamdulilah, tuhan permudahkan segala urusan. 
Kebanyakkannya beli masa expo dekat SACC Shah Alam, Mid Valley, PWTC, Aeon dan Manjaku.
Memang best shopping barang-barang baby nih, wangi jer, rase napsu tuh nak rembat jer semua kalau banyak duit.

Ini antara barang persiapan yang dibeli haritu :- 

1. BABY CARE/GROOMING
- segala bedak, losen, baby oil, drapolen, wet tissues, minyak telon, cotton buds, pampers.
- kebanyakkannya jenama pureen, i adore pureen, wangi bangat.
- semua barang basic yang perlu ada. 
- yang dalam box barang-barang ibu like pads, confinement set dll.
- beli box kat ikea siap-siap senang nak angkut berpantang dekat kampung. 

2. BABY CLOTHING
- lampin, tuala, bedung, barut, mitten & booties, cloth diapers, sapu tangan dan baju-bajuan.
- ade juga yang diwarisi dari zaman mak macam barut. jadi beli sikit saje yang corak katun-katun tambah. 
- box baju beli dekat mr.diy. 

- topi, mitten & booties dan setokin. alahai comel-comel kan. itu sebahagian yang dibeli awal. 
- ahai, mereka ini cepat membesar, koje beli setokin aje la kat deme.

- dobi part 1
- mase ni dah 33weeks ++ kot menyental la sangat dalam toilet sakit pinggang, ahaks.

- dobi part 2
- gune pencuci pureen abd, wangi yang amat. suke suke suke.
- sampai little khaireen setahun pon masih gunakan pureen abd nih.
- harga rm24 seliter kat jusco. kalau kat darussalam boleh dapat rm22, kat expo rm21. hiks.

- baju-bajuan hasil rembatan dekat pureen warehouse.
-sehelai dari rm2 - rm5, memang borong sakan.
- size dari newborn sampai 2 tahun, boleh pakai lama sebab baby cepat membesar. 

 3. BABY FEEDING
- botol susu, berus botol, warmer, sterilizer, drying rack, storange bottle, breastpump.
- semuanya beli sebab tak tahu lagi masa nih banyak susu ke tak. 
- beli sikit-sikit lama-lama penuh bilik.
- nak advice, sebulan beli barang sikit-sikit, jadi tak terasa sangat pengaliran wang keluar masuk. kiki. 

- my nyawa, breastpump, susah hati kalau takada atau buat hal. haha.
- dah buat survey, terpaut dengan spectra m1, nak medela mahai benau i is tak mampu s. 
- review :  spectra memang best suction kuat, susu cepat penuh. 
- tapi kena hantar servis bila motor dah slow. 

- pencuci botol pureen, perisa oren ahaks sedap bau. 
- like 2x sampai sekarang tak pernah tukar.

- aktiviti membasuh dan merendam botol dengan pencuci pureen liquid clenaser. 

- aktiviti mensteril botol-botol baby.


4. BABY STORAGE
- storage la sangat, haritu ade beli lemari ikea nih, jadi dari kosong takde taruk bende, kita sumbatla sementara barang-barang baby nih. 
- hiks, banyak lagi barang tak sempat nak snap dan review.
- maklumlah iolls kan pelupa. 


banyak lagi barang si kayin nih sebenarnya, macam bag travel, kelambu, stroller, carseat.
semua tuh bagi i penting, kalau takde payah. 
takde gambar lenkali i sambung yer.

oklah, xoxo.