728 x 90

Saturday, February 15, 2014

Dapur Pinky : Bebola Ayam Degil


Assalamualaikum,,

harini nak share resipi lain pulak. korang tau kan aku pernah share pasal diet atkins tu kan. aku takdelah diet mane pon tapi adelah ikut sikit-sikit pantang larang diet tuh. iaitu pantang tengok. muahahahaha. opps serios serios okey. sasape yang amal diet nih bolehlah ikut resipi aku bagi nih. sodapp.


BEBOLA AYAM DEGIL by PINKY

Bahan-bahan:-
- 250 gram isi ayam
- sebijik bawang besar
- setangkai cabai
- segenggam daun bawang
- sebijik telur
- garam secukup rasa
- sedikit nestum atau oat

Cara-cara:-
1. potong kiub isi ayam dan blender bagi hancur.
2. hiris dadu bawng besar, cabai dan daun bawang.
3. tuang isi ayam yang dah blend tadi dalam hirisan tadi dan gaul sebati.
4. bubuh garam atau bahan perasa secukup rasa.
5. kepalkan bulat-bulat ikut suka anda.
6. celurkan dalam telur.
7. golekkan dalam nestum atau oat untuk salutan dan sedia digoreng.


taraaa..dah siap..nampak macam cucur pulak kan
inilah die bebola ayam degil inspirasi diet atkingggg
mudah, cepat dan sedap.

xoxo.


Wednesday, February 12, 2014

NIVEA brings us the 1st rinse- off body lotion


Assalamualaikum,


harini aida nak review produk yer kawan-kawan. Produk ni nak kata lama tak lama lah dalam pasaran, kalau tak silap dalam November tahun lepas dah keluar kott. ***maap kalau silap yee..


Okey sebelum ini mesti ramai yang hanya sapu losyen sebaik sahaja selepas mandi atau masa kulit terasa kering atau mungkin hanya sebelum tidur rite? Tetapi kini ramai dah boleh berubah dengan cara baru dan produk baru yang dikeluarkan oleh Nivea.

Nivea telah mengeluarkan produk penjagaan badan iaitu In-Shower Skin Conditioner iaitu salah satu cara mudah untuk melembapkan kulit semasa mandi. Formula unik yang diaktifkan oleh air ini direka untuk digunakan selepas gel mandian, menjadikan kulit terasa lembut, licin dan lembap, walaupun selepas dikeringkan.



Satu penyelidikan di Eropah telah mendapati bahawa dua daripada lima orang (43%) sama ada sekali-sekala atau tidak pernah menggunakan losyen badan kerana mereka tidak mempunyai masa atau hanya tidak menyukai rasa melekit . Begitu juga di Malaysia, 70% daripada wanita tidak memakai losyen badan setiap hari. Kebanyakan orang hanya menggunakan losyen badan sekali-sekala kerana mereka tidak mempunyai masa untuk duduk saja dan tunggu losyen mereka kering. Bagi sesetengah, ia tidak menyenangkan untuk mempunyai rasa melekit pelembap terutama dalam cuaca panas.
Oleh yang demikian, Nivea telah mengambil satu pendekatan baru dalam penjagaan badan dengan inovasi terbarunya melalui ramuan dan formula yang boleh digunakan dalam mandian ke atas kulit yang basah.

NIVEA In-Shower Skin Conditioner


Terdapat dua jenis untuk produk ini. Nivea In-Shower Skin Conditioner diperkaya dengan Sea Mineral, oleh itu membuatkan kulit anda terhidrat dan lembut untuk disentuh. 
Jika anda salah seorang yang mempunyai kulit kering, maka Nivea In-Shower Intensive Skin Conditioner mungkin menjadi pilihan yang lebih baik. Formulasi khas mengandungi Minyak Almond yang menyuburkan kulit, menjadikan kulit licin dan lembut. 

Nivea In-Shower Skin Conditioner merupakan satu-satunya, jenis produk yang pertama di negara ini di mana komposisi intipatinya berbeza dengan losyen badan yang biasa.
Ia mengandungi lebih banyak minyak perapi dan formula berkrimnya pula perlu diaktifkan dengan kehadiran air agar ianya boleh diserapkan ke dalam kulit basah dengan segera, melembap dan memeliharakannya tanpa meninggalkan rasa melekit pada permukaan kulit.
Produk ini lebih mudah sesuai dengan rutin mandian biasa kita di mana pengguna tidak lagi perlu menungguna losyen kering atau perlu menyapu losyen badan selepas mandi.
Ia mengandungi ramuan khas yang diperkayakan untuk memulihkan 10 tanda kulit kering dan rosak untuk menampilkan kulit yang licin, selembut sutera dan lembap berkilau.
Losyen ini ditujukan khas kepada wanita dan lelaki moden yang sibuk dan tiada masa yang cukup untuk lebih penjagaan badan tetapi memerlukan cara penyelesaian yang lebih efektif untuk kecantikan dan penjagaan badan harian.


Inovasi ini menjadikan rutin penjagaan badan anda menjadi lebih mudah dan cepat. Ia mudah untuk digunakan dengan 4 langkah yang mudah: 


Langkah 1: Bersihkan badan dengan gel mandian seperti biasa dan bilas dengan air

Langkah 2: Sapukan Nivea In-Shower Skin Conditioner semasa kulit masih basah

Langkah 3: Bilaskan NIVEA In-Shower Skin Conditioner (Tidak perlu biarkan seketika sebelum di bilas)

Langkah 4: Keringkan badan, bersiap sedialah untuk ke mana jua.


Setiap variasi boleh didapati dalam pek kandungan 250ml dengan harga pasaran RM16.90. Produk ini boleh didapati di semua farmasi utama ataupun pasaraya di seluruh negara. Tetapi jangan jelous ye sebab aida beli dekat guardian dengan promosi hanya RM11.90. Jimat memang jimat lagi murah. 



Perbezaan dengan losyen lama yang hanya dipakai sebelum tidur ialah selalunya selepas disapu kulit akan terasa melekit dan melekat-lekat. Jadi bila nak tidur rasa tak selesa dan panas. Tetapi selepas penggunaan Nivea In-Shower Intensive Skin Conditioner tiap kali mandi, badan terasa lembut, licin dan lebih bermaya. Memang rasa seronok pakai dengan losyen baru ini. Terasa seperti princess gitu. Hehehe.

aida pakai yang intensive untuk kulit kering


Okeylah, cukup sampai situ, kbai.

xoxo.



Monday, February 10, 2014

Dapur Pinky : CheeseKut


Assalamualaikum,

hai kawan-kawan, bertemu lagi kite dalam rancangan dapur pinky. ewah ewah, dah macam chep wan ler pulak. tapi apepon malam ni memang nak jadi chep wan sikit. dah lame kot tak share resipi dengan korang. rasenye dah banyak resipi dari dapur pinky i nih. ahahahaha...neway, arini nak taip resipi desert minggu lepas yang i try iaitu cheesekut, ape tu cheesekut. cheesekut ialah gabungan antara cheese dan biskut. hahah. okey here we go girlllsss..


CHEESEKUT by PINKY (tajuk album)

Bahan-bahan:
- 1/2 bungkus deluxe cracker original (tersilap beli vege)
- 1/2 susu pekat manis 
- 250 gram cream cheese (aku beli jenama tatura)
- susu dutch lady stobery
- nestum, milo dan coklat rice untuk hiasan (takde dalam gambar)

inilah bahan-bahan asasnye untuk membuat cheesekut yang sedap

Cara-cara:
1. putarkan hingga sebati cream cheese dan susu. agak-agak sebati korang stop putar. tapi aku takde mixer pakai tangan pon boleh. haha.
2. di dalam bekas yang lain, celupkan biskut dalam air susu stoberi gitu-gitu aje, jangan rendam sampai lembik pulak, dan kemudian susun dalam bekas atau loyang cantik-cantik.
3. dah cantik selapis dan sebaris korang susun, lapiskan pulak dengan lapisan cheese yang dah dipukul sebati dengan susu tadi. 
4. bila dah rata, korang tabur pulak dengan nestum atas die bagi rata.
5. then korang ulang balik dari no 2 sampai 4, sampailah habis biskut dengan cheese korang.
6. last sekali untuk topping sukati koranglah nak letak apa, macam aku bubuh milo yang tak sekata dan warna-warni coklat rice tuh. 
7. dah siap simpan dalam peti ais semalam, dan esok boleh hidang untuk suami, boipren, kawan-kawan atau family korang.


aku susun dalam bekas tapaware jek, loyang besar sangat
berserabutkan aku tabur milo
faillah platting tokleh masuk masterchep

okey, yang ni yang dah siap potong-potong
dah tak sabar nak makan..
sedapppp, sendiri buat sendiri puji..apedehal..

okey, selamat mencuba.

xoxo


Apa itu Diet Atkins?


Assalamualaikum,,

Korang pernah dengar tak pasal diet atkins nih? aku pernah dengar dan tengok ramai artis dan ada juga blogger yang amalkan diet atkins nih. dan memang aku nampak diet mereka berhasil dan mereka KURUS. ****jelaous..ok, kat bawah ni i copy paste serba sikit pasal diet ni yer.



Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahanapi. Ini bereti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakkan diet yang diperkenalan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.
Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSANG, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU dan yang sebangsa dengannya.
2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiboy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.
3.) Elakkan Gula – gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).
5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
6.) Elakkan snek seperti twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7.) Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal.
8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Yang anda Boleh Makan:

1.) Ayam – panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2.) Semua ikan – sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis…
3.) Semua daging – rusa, lembu, kambing – buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai… asalkan halal.
4.) Udang – bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.
5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun…
6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
8.) Nak makan burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je…
9.) Pizza? Makan topping kat atas je, roti kat bawah tu kasi orang yang tak perlu diet…
10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!

Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus – 1 biji – (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice – 2-3 keping – (0.0 grams carb)
3.) Air suam – 1-2 glass – (0 gram carb)
4.) Keju – 2 keping – (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang – 1-2 keping – (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam – 1 mangkuk – (0.5 – 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng – 1-2 ketul – (0.5 – 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau – 1 mangkuk – (1 – 3 grams Carb)
5.) Telur goreng – 1-2 biji – (1 – 1.5 gram Carb)

Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi – 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi – 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi – 1/4 pinggan = 22 grams Carb.

Mee (mihun/spagetti/laksa/laksang/fettuccinni) = 10 – 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)


**so ape yang boleh aku rumuskan kat korang iyelah korang berdiet tapi bukan diet yang tak makan langsung, cume korang berdiet dari makan makanan yang tinggi karbohidrat. diet ini lebih kepada protein coz setiap hari badan kita membakar karbohidrat untuk tenaga, jadi bila banyak karbohidrat yang kita ambil jadi banyaklah karbohidrat yang dibakar, lemak yang ada dalam badan pula masih ada dan semakin banyak. jadi melalui program diet ini, kita hanya makan protein supaya badan kita membakar lemak untuk tenaga. ada faham!!!!!

pssstt::apesal aku tetibe post pasal diet atkins nih....tettt..baru berjinak-jinak nak amalkan diet atkins. nampak senang tapi tak tahan kottt..kalau nak kurus kenalah tahan..hahah...


xoxo.


Saturday, February 8, 2014

Promosi Shaklee Februari 2014 : Vita-lea Iron Formula Buy 6 free 1


Assalamualaikum,

promosi Shaklee bulan ini, beli 6 percuma 1. so apelagi cepatlah grab multivitamin nih. tak rugi, malah lagi untung. boleh kasi dekat mak, ayah, adik, kakak, abang dan sanak saudara korang. ngee.





Berminat nak cuba Produk Shaklee 
boleh hubungi saya untuk harga istimewa..

Sms / wassap : 017-5493685
Email : idida163@gmail.com
ID SHAKLEE : 912703

Trust SHAKLEE Trust Me.

xoxo





Friday, February 7, 2014

Our Mini Garden


Assalamualaikum,


taraaaa,,,,,,,,

taman mini kitorang


aritu aku dah janjikan nak kongsi gambar mini garden tu kan, nahh, ni dia. simple je kan. biasela orang dok rumah apartment takdak tanah kan. dalam pasu saja. korang kalu baek hati sedekahkanlah pokok pape kat kite yerr..muahaha..k bai dengan ucapan "berbudilah kepada tanah". teettttttt


xoxo.


Thursday, February 6, 2014

Workstation / Ruang Keje Encik Am


Assalamualaikum,

masa dulu-dulu lepas kahwin dan duduk bersama, lepas housemate aku keluar, jadi bilik yang housemate pakai tu kosong. tak tahu nak buatapa. cadang nak buat bilik komputer, pastu sejak kakak bagi katil, so bilik tu dah tukar jadi bilik tetamu complete dengan almari yang baru beli, maka tak jadilah niat nak buat bilik komputer tuh.

kami decide gunakan ruang tengah rumah yang ala-ala second living hall tapi tadelah besar mana cukup untuk buang ruang rehat-rehat je. bulan lepas kitorang beli pc baru dan meja kerja. laptop dah ade jadi nak pc yang statik je kat situ. Pc brand hp saje, nak beli yang imac pc tu tapi entah kenapa terbeli yang nih. tp okeyla cume kalau imac nampak lagi smart, takde serabut sangat kabel tuh. encik am kata okeyla just untuk surf internet, main game dan buat editing sikit jer. **alamak rasa macam nak tukar imac je lepas nih, balik nak bincang dengan encik am la....

so inilah workstation encik am


walaupon ecnik am punya tapi i yang banyak conquer guna 
dan letak barang-barang i..
harta suami harta i jugak kenn


 encik am dah siap pasang maxis home fiber, sebabtulah korang mesti akan selalu nampak aku online, kalau tak time opis je tak pon dalam henpon jerk. k bai.


xoxo.


Wednesday, February 5, 2014

Hobi baru suami dan isteri


Assalamualaikum,

dua tiga menjak nih, bile lalu lalang depan balkoni rumah tu asik terpandang pasu dan tanah yang tersadai kat tepi dinding tuh. hmm, dah lama dah nak buat mini garden kat depan tu. sebab minat memang minat, cuma kalau pimalas tu memang dasar pimalas kan, memang takleh nak buatapa dah ar. dulu ade jugak tanam serai, tapi last-last mati kekeringan.

pastu tibe-tibe tergerak hati ni nak tanam juga pokok ape-ape la janji berguna jugak pasu-pasu yang kakak aku bagi tuh. so, bagitau encik am, macam biasa encik am oke je. ikut jelah bini die nih.

mule-mule aku bawak balik pokok pandan. tu pon kak sarah yang bagi. alih-alih tanam, esok pagi tak siram, balik petang dah kering. alih-alih mati. adoi, memang tangan panas nih, tanam ape pon tak jadik. huuu. pastu kami pon pergilah tesco beli segala macam barang-barang khas untuk mini garden kami. beli baja pokok, beli tanah hitam baru, beli pasu panjang yang boleh takung air, beli alatan bercucuk tanam, beli pelapik pasu dan beli spray air. haa, ambik complete.

semua ado, plus glove sekali
yang comel kiri sekali je beli kat daiso.


minggu lepas balik kampung mertua, ambik pokok cabai siap-siap. sekali pak mentua bagi 2 pokok sekali. tapela. ambik jela. sampai-sampai je putrajaya terus encik am tanam pokok cabai tu dalam pasu seramik. okeyla..cukup-cukup ade 2 je pon. yang lain semua pasu plastik. pokok serai tanam dalam pot yang baru beli tuh macam dalam gambar. dan semalam aida tanam bawang,,,haha harap betoila untuk daun bawang kan. tapi gambar tak amik pulak.


tanam serai dalam pot segiempat panjang yang boleh takung air kat bawah

dalam pasu pokok cabai

petang semalam beli pula jaring untuk lapik tanaman, boleh pulak naik rumah tinggal jaring dalam kete. okeylah nanti update gambar mini garden kami yang dah siap yeay. tunggu!


xoxo.


Tuesday, February 4, 2014

Encik Am ku accident dan Keajaiban Ostematrix Shaklee


Assalamualaikum,,

jangan tanya pape sebelom aku taip seterusnya ye. encik am dah sembuh dah pon dah baek dah dan naik keje pon. hehe. jangan risau ye. hee. agaknya sebabtu la kot aku lama tak update belog. ngee **alasan.

ekceli, encik am 2 bulan jugaklah mc dok kat rumah sebab eksiden tuh. takdelah teruk sangat cume retak sikit dekat tapak kaki dan luka calar balar la satu badan die. citernye die eksiden mase nak balik keje. disebabkan kelalaian seorang 'ca ya nun alif' nih, yang tukar lane tanpa bagi signal dan terus masuk sambil tangan bercakap dengan henpon, tak pasal-pasal encik am ku yang menanggung sakitnya. abis tergolek encik am atas jalan dan nasib memang sangat baik, lane ke2 dan ke3 takada kereta. mujur, syukur yaAllah. motor encik am memang teruklah body dan enjin die. hantar workshop dekat 2 ribu jugaklah kena. nasib boleh claim.

luka disiku lutut betis sampai nampak isi..ngerii siott

kaki encik am yang bersimen..sian sayang kann 

walaupon macamtu, encik am tetap menten hensem dan cool, 
boleh lagi drive dan pergi berjalan merata
uuwekkk

Sejak tuh bermulalah episod menjadi surirumah tangga 24 jam plus programmer 24 jam. macam mane tuh. 2 bulan jugaklah jaga encik am siang dan malam. tahu-tahulah kalau orang sakit ni manjanye lebih kan. hehe. so, sebagai isteri yang mithali kan,,haha..pagi sediakan bekpes untuk encik am, tapi bukan makan pon ate dah kalau kadang tengah hari baru bangun kan. so, tengah ari balik rumah belikan lunch siap-siap. sediakan makan, makan sama-sama. petang, balik mandikan encik am. risau kalau licin toilet tu kang. kena pegang. jaga. nak pakai lama nih. :) sampailah malam, gosok kaki dengan minyak angin, nak urut tak boleh retak-retak nih, ambilkan apa aje yang encik am nak, yang die mintak tolong. ape sajelah asalkan die OK. 

satu statement dari encik am yang buat iolls terharu:
"abang bukan tak nak balik kampung ambik angin sane nak bagi baik kaki, tapi abang nak ayang jaga abang sebab setiap apa yang ayang buat kat abang nih semua tuh pahala. semua tuh ayang dapat, buatapa bagi dekat orang lain pahala tuh"..
tersentak ku dari lamunan, terima kasih abang.

so, sepanjang encik am mc tuh doktor hanya bagi ubat tahan sakit jew. aku memang tak bagi die makan ubat tu. senang saje, jawapan die, suruh encik am consume ostematrix shaklee setiap hari. plus encik am memang amalkan zinc shaklee memang elok sangatlah untuk tulang dan kalsium die. okeylah, appointment doktor kali kedua dah nampak tulang baru. dalam 2 bulan saje tulang baru dah sambung. alhamdulilah sangat-sangat. tuhan sembuhkan juga kaki encik am. kesian 2 bulan dok rumah memang mati kutu dibuatnya. alhamdulilah. last appointment doktor bukakan simen dan katenye tulang dan bersambung cume perlukan fisioterapi je lagi. tak boleh lasak-lasak lagi. kena jaga. haha, sepanjang itu juga encik am stop badminton dan futsal dan aku adelah teman tiap-tiap malam. weehoo. ***gelak jahat. takpe untuk kebaikan encik am juga.

testimoni encik am 

terbukti juga yang supplement shaklee ni memang bagus kan. apepon yang oenting usaha, doa dan tawakal kepada Allah. bukan ubat yang menyembuhkan tapi semuanya kuasa Allah yang maha menyembuhkan. amin. alhamdulilah.


xoxo.


Penukaran Nombor Akaun CIMB


Assalamualaikum,

Cimb telah mengupgradekan sistemnye dengan menukar nombor akaun 12 digit kepada 10 digit. oohh..lagi upgrade lagi sikit ye nombor akaun..gitu..semua transaksi masih boleh lagi menggunakan nombor akaun lama sehingga akan diberitahu. tapi untuk mobile banking kena guna nombor akaun baru yang 10 digit tu yer. aduhai..baru je hafal nombor yang 12 digit dah tukar nombor lain. tak sama pulak dah tu. hoho. so korang-korang yang tak tahu tu, silalah cek cimbclick korang kalau nak tahu nombor akaun baru korang.

Caranya login CIMBClick dan pergi menu “My Accounts > Account Number Lookup”




Bukan nombor akaun ni saje tau..kalau korang ade buat loan ke hire purchase ke pon akan bertukar nombor akaunnya. Nombor akaun baru ini berkuatkuasa mulai 3 Februari 2014. so korang-korang alert sikit ye dengan notis ni.

psst...nampaknya bisnes online aku ni nak kena updatelah nombor akaun yer. aduhaii..macam-macam cimb nih. nasiblah ade harimau kan kan..

terfikir macam manala dengan orang tua-ua orang kampung yang tak tahu menahu pasal ni kan.

xoxo.