728 x 90

Tuesday, December 18, 2012

Big Bad Wolf Book Sale


Hai,

semalam aida dan encik am pergi ke Big Bad Wolf Book Sale the biggest book sale. yeay. itupon setelah melihat di fesbuk semua orang berpusu-pusu post pergi big bad wolf, post semua buku-buku yang berjaya diorang rembat dengan banyaknya, instagram pon post buku chomel-chomel, melihatkan officemate yang rajin tetengah hari waktu lunch bekejar ke sana membuatkan aida pon tergedik-gedik nak pergi. motip takde terlintas nak beli buku ape just nak pergi tengok dulu buku ape yang ada kan. bleh?

pastu terus text encik am ajak pergi big bad wolf. ingatkan encik am tak nak pergi. yelah, book sale ni kan dah start dari 7hb sampai 23hb ni. haritu tak nak pergi ni dah nak abis-abis dah baru nak pergi. selalu macam tuh. memandangkan minggu ini last, jadi tekad nak pergi jugak sebab sabtu ahad ni maybe plan nak balik kampung. so, mesti dan wajib jugak pergi minggu ni.

then, bila encik am balik kerja petang semalam, dah lewat dah. jadi fikir tak dapat pergilah. pukol7 baru encik am tanya nak pergi tak. dalam hati dah berbunga dah. pastu jawab "die tutup pukol9, sempat ker?". encik am terus suruh siap sekarang, mandi sembahyang terus keluar. haha. 7.40 dari rumah tepat pukol8 sampai. hebat tak. ha, apelagi, berpecahlah kami berdua mengikut cita rasa masing-masing. hanya sejam je mase yang ada untuk memilih book dalam gudang yang begitu besar, ohmai. Jom serbuuuuuuuuu....

kalau korang nak tahu kat mana lokasi die, ni ha aida bagi alamat. jangan sesat sudah. semalam pon main redah jer, nasib betol. sempat lagi kalau korang nak pergi nih. rugi kalu tak pergi, memang murah dan memang berbaloi. diskaun sehingga 75% hingga 90%. kualiti buku yang ada semua masih baik. aida ingat macam nak pergi lagi tapi tak tau bila lagi nak pergi.

Lokasi:
The Mines Convention Centre, MIECC, Jalan Dulang,
Mines Resort City, 43300 Seri Kembangan.

ni ha pamplet die..aida ada dapat email pasal book sale ni
tapi just tengok macam tuh jer..last-last tergedik-gedik carik balik email ni

okey, snap 1 2 3 dulu sebelum pergi

tengok, ini tak sampai sebahagian, besar nak jalan pon tak larat.
menyesal sebab tak bawak beg lenguh tangan dibuatnya.

"Think Pink", buku ni sangat chomel. just like what i am. 
so aida pon grab one. hehe.

encik am pon tekun membelek-belek buku,
tak tahu buku apa yang dia cari..haha

berlambak-lambak buku
boleh kata hampir 3.5 milion buku yang dibawa dari oversea, 
opps kalu tak silap i la..

mission 60. tengok tu berkotak berkoyan-koyan diorang rembat
memang bookworm betollah..
diorang dah siap tagging setiap session suapaya mudah korang nak cari 
type book yang korang nak

dora the explorer, banyak jugak buku kanak-kanak, 
jadi datanglah beranak-ranak pasti seronok

okey, masa dah time, encik am sila bayar buku yang i amik.
time kasih sebab belanja orang yang tak gaji lagi nih.
hehe itu semalam, arini dah gaji. haha, 
pandai tak i ajak pergi semalam. tet


plasctic bag die chomel,
bagi pengumpul plastic bag yang chomel-chomel macam i ni bolehla simpan right?

hasil sejam merayau-rayau cari buku, ini jer yang dapat dan berkenan di hati.
macam tak puas lagi beli, maybe akan pergi lagi soon
encik am lagi kesian, buku yang die nak tak jumpa. 
berpinar-pinar mata *_*

taraaa, dapat bookmark 2. satu i satu encik am.

Alhamdulilah sempat jugak pergi book sale ni. bukan apa takut kempunan tak pergi. so sape-sape yang tak pergi lagi tuh, silalah pergi beramai-ramai, jangan lupa bawak kotak ke beg ke troli ke nak sumbat buku-buku tuh. ok. chaiyuk. xoxo.



p/s: hujung bulan nak pergi amik miyu baru, ade orang sudi nak adoptkan miyu die pada aida. yeay. happy.









Monday, December 17, 2012

Cara mengatasi masalah kulat pada perabot


Assalamualaikum,

dah beberapa hari rasa geram jer bila tengok kaki meja solek kat rumah tu berkulat.
padahal rasa baru haritu je lap dengan kain basah. uuwwaa.
sayang tu kat perabot dalam rumah. bukan dekat meja solek je, kat tepi katil, dalam almari dengan kabinet dapur sekali kau tumbuh yer kulat. memang dasar kulat betulla. ngee.
memang kalau tengok boleh buat kau histeria duapuluhtiga jam. geram seh!

aida memang tak tahu nak buat apa dah dengan kulat tuh.
lembap sangat ke tempat-tempat tuh. tapi masalahnya bukan semua tempat dia tumbuh.
nah tengok kat part mana yang die rajin sangat menetap tuh.


dalam almari 

gambar tak berapa clear

dekat keliling drawer

banyak tau tumbuh..geli pon hado


then, sebab terlalu bengang, eceece dengan kulat pon nak bengang. haha, ape lagi terus mengoggle kat pak cik google tanya macam mane nak atasi masalah ini. Nah, ni ha jawapan yang aida dapat:

1. lap dengan kain tak berapa basah
2. lap dengan minyak baby macam minyak johnson ke minyak ape jelah yang ada kat rumah tuh
3. letaklah bluehippo kat dalam almari korang tuh untuk menyerap lembapan
4. guna furniture polish untuk memolishkan balik perabot anda..haha
5. jemur pada cahaya ataupun berikan pencahayaan/pengudaraan yang cukup
lagi....emmmmmm entahlah itu je yang dapat, kalau nak tahu lagi pergi google lagi okey..

okey, kebetulan semalam pergi shoppin sikit barang rumah 
terjumpa ini. mulah saja ma hanya rm3.50.
janji boleh membunuh kulat-kulapuk itu.haiyakkk

xoxo.


Thursday, December 6, 2012

Thanks My Clean And Clear


Weehuu,

semalam iolls balik lambat sebab keje lebih mase sikit almaklumla pekerja terajin. rajinla sangat padahal berperang nak siapkan skt dengan lnpt tuh. haiyoo. tiba-tiba dapat call dari encik am yang baru sampai rumah. perbualannya seperti di bawah:

encik am  : mama, balik lambat ke? ot?
aida         : em lambat sikit. kejap lagi nak balikla nih.
encik am : jangan balik lambat sangat.
aida        : okey. nak balik dah japgi.
encik am : ni ha, ade orang hantar bungkusan ni?
aida        : ha, bungkusan apa? abang amik dalam post box ke?
encik am : entah, letak depan rumah.
iolls pon dah suspen time nih.
aida       : besar ke kecik?
encik am: besar.
aida       : em??? takpela balik nanti mama tengok.
encik am: OK.

dalam hati dah ada taman sebab dah terbayang hadiah. tapi kejap-kejap dalam hutan pulak sebab fikir siapa yang hantar, betol ke hadiah. iolls biarkan fikiran sampai disitu dan menyambung tahip skt yang ntah hape ntah line kejap oke kejap tak. hampessss.

lepas tuh, terus pecut balik rumah, kang balik lambat-lambat takut nak naik parking atas bukit tuh gelap-gelap. soram den. hehehehe..sampai-sampai rumah terus nampak parcel atas meja. tengok-tengok dari Johnson&Johnson rupanya. lantas teringatkan peraduan dalam fesbuk My Clean and Clear yang iolls join haritu. kikiki, my luck. okey, inilah hadiahnya. walaupon biasa sahaja tapi keterujaan dapat hadiah ni seronoooooot yang amat. xoxo.

hokey, pemalas nak rotate dulu (bukti dapat parcel)

Tara..beshhh dapat hadiah. soalan yang aida jawab haritu ialah
"Apakah fungsi pencuci muka di atas"
Thats all.

XOXO (pssst..tiru dian dalam citer istanbul aku datang..haha)



Wednesday, December 5, 2012

Stresssss


ahahaha..banyakkan 's' menunjukkan betapa banyakkan stress dalam otak nih.
adoi..yaAllah, kuatkanlah kuatkanlah hambaMu ini.
sekali tiba-tiba teringat kenangan pahit lalu,
yang tiba-tiba menyingkap di tirai fikiran,
lalu dada iolls berombak-ombak tsunami yang kuat,
nafas sesak dan tersekat dikerongkong seperti bottleneck,
makanan yang dimakan tengah hari tadi seolah-olah terlekat di esofagus,
dalam helaan nafas ditarik dan dihembus,
seolah-olah mahu memuntahkan balik nasi ayam dari peguam tadi.

iolls istighfar banyak-banyak,
sempat lagi mengtext suami sebaris dua kata,
menghantar mesej geram dan marah berbaur benci,
duduk sekejap di depan komputerku di partition,
mengucap akan kecelaruan otak sebentar tadi,
mujur suami memahami diri,
lantas iolls terdiam dikerusi.

melangkah lesu ke surau menunai tanggungjawab,
yang kadang-kadang alpa dan leka dibuai masa,
sedar akan kesalahan diri,
mengapa dikenang kisah lama,
diungkit cerita silam,
terimalah takdir yang telah ditetapkan,
bukalah lembaran baru dalam hidupmu,
tutup buku kisah itu,
dan teruslah bersenyum,
ingatlah Allah masih ada disisimu.
Amin.

syukur tuhan masih menyedarkan diri ini.

p/s: dulu memang minat giler tulis puisi, puitis-puitis nih. ahaha. layan jela. xoxo.