728 x 90

Tuesday, February 28, 2012

Pre Wedd Love: Dua Budak Gemok

Salam..
arini kalu ikutkan secara xofficial aida dah menjadi tunangan selama 11 bulan dan kalau ikut planning yang memula sekali bulan depanla aida naik pelamin tapi naik heran sebab officially aida dah jadi tunangan about 2 months and 3 days. ahak. dan still counting the days. sabar..sabar..sabar..

arini dengan bangganya aida terasa nak upload gambar-gambar pre wedding yang kitorang amik since december 2011 lagi. photographer yang kitorang pilih tak lain tak bukan jeng..jeng..jeng..
ini fesbok die : Mohd Afyf
orangnya boleh tahan dan kita pon tak segan dibuatnya. yeker? bayaran pon oke.

Date n time: 10 December 2011/ 10.00 am
Venue : Taman Tasik Titiwangsa

pic dah lapok but tiada yang tahu lagi melainkan somebody closer to me. pheeewww.
asalnya rasa malu nak upload nak biar je. tapi ntahla, arini macam gatal tangan dan mata nak upload dan tengok puas-puas.
Psssstttt..shy shy cat bcoz dalam gambar-gambar di bawah tersangatlah sexy..why..why..why..
sebab kedua-dua budak di dalam gambar tersebut tersangatlah gemok. malu mak. oke apelagi jom cuci mate sambil menahan mulut yang nak tergelak kuat-kuat. takpe korang gelak, aida tak tahu. huhuhu..



 
















Oke, sudah, banyak ni je boleh kasi tengok. lagi banyak upload lagi banyak korang gelak ek..keke..





Monday, February 27, 2012

Wedd prep: baju nikah dan baju sanding

Salam,,
kalau balik kampung memang xsempatla nak tulis belog-belog nih. hatta nak bukak pon kadang-kadang tak ingat. begitulah alkisahnya kalau balik kampung. masa terisi dengan pelbagai aktiviti. macam pergi bercuti berserta pakej-pakejnya. haa. tapi asal nak balik putrajaya je mesti tade mood. nape ek? bukan aida sorang je yang rasa macam tuh. tanyala housemate aida ke bff aida ke sume ada perasaan macam tuh. mungkin inilah yang dinamakan anak perantau. aduss. teringat lagu dendang perantau la pulak. hehehehehe..

Okey, citer bab aktiviti nih, memang asal balik je mesti ada tujuan. almaklumlah, banyak benda yang nak kena setelkan lagi. susah bila dok jauh-jauh ni. nak ulang-alik pon modal jugak. nak baik bas leceh pulak. teehee..banyak songeh kan..nak kawen ke tak?? nak..nak..nak..oke, kalau nak kawen buat cara nak kawen. peace\./

Balik kali ni, aida wit lovely mom n my sista teman pergi ukur baju untuk nikah dengan sanding. apa?? baru nak buat..haha..kasi angguk itu kapla..lambatkan aida nih..papepon dah pegi buat..insyaAllah, awal bulan 4 dah boleh pergi first fittting. Amin. design pulak aida mix and match. tak tahula penin kepala pakistan tuh layan aida. tailor WP aida tuh pakistan. tapi dia janji dia buat yang terbaek. terima kasih.

nak teaser pon gambar tade,  tapi adala iras-iras dalam gambar nih sebab idea baju pon datang dari sini da. jadi tunggula baju siap la ye. okey. chauuuu chinnn chauuuu.

ambil dari iphone ku..bayangkan gabungan kedua baju atas dan bawah

 
sweet kan..doakan siap dengan cantik..amin

 



Friday, February 24, 2012

Wedd prep: the Photographer

Salam all bloggers,
salam jumaat juga..macam biasa hari jumaat hujung bulan, time-time dapat gaji camni, kemana lagi kalu
bukan ape..ohohoho balik kampung. asal nak balik kampung je mesti hati berdebar. kenapa ye? selalu serabut perut. bukan ada apa-apa pon..mungkin perasaan boring kot drive sorang-sorang putrajaya ke ipoh selama 3 jam yang kadang-kadang jam membuatkan jadi berjam-jam lamanya. ohoho. apapon,
keexcitedtan nak balik kampung mengatasi segala-galanya. ok. stop.
entry kali ni nak story pasal photographer. dah bergado-gado manja dengan encik tunang pasal nak pilih siapa photographer? kawan encik tunang atau kawan aida? punyala lama nak buat keputusan. last-last encik tunang setuju jugak dengan aida. yes. 1 0. so photographer yang merangkap kawan aida la jugak walaupon tak kenal sebab pakwe kawan aida je pon yang jadi pilihan. so siapakah dia?





so ni a few photos from aidizz azhari

He's one of the 7colours company. nak tengok photographer yang lain just klik disini.



Thursday, February 23, 2012

One Dream Veil Contest


flowery

Cute contest from Puan Fainie. All B2B out there, nak join klik Sini oke.

tag : Faizah

Tuesday, February 21, 2012

i Wish i Have


Salam..
sejak dari september 2010 sampai la sekarang..makne dah 17 months jadi blogger yang tegar barulah arini aida terasa macam nak sesuatu lah. yelah, dah ari-ari aida tulis belog nih, upload gambar, video barulah terdetik dalam lubuk hati yang gambar-gambar yang aida upload tak secantik gambar-gambar dari mereka-mereka yang amik gambar pakai dslr. hu. aida just amik dari iphone ku. kadang dari kamera samsung kaler merah tu pon adik punye. waaa..betapa ketinggalannya aida. waaa. menangis kuat-kuat.

so, disini aida nak wish dekat pari-pari ke dekat encik tunang ke dekat mak ayah ke yang baek-baek hati semua, sudilah kiranya menghadiahkan aida sebijik je tak mau banyak, kamera dslr. yang murah-murah pon takpe. psstt..ade ke yang murah-murah? kalu boleh nak yang macam yuna. macam kat bawah ni. wah demand la plak.

kalu ada yang warna pink pon cantek


kalu aida dapat yang ni la, aida akan jaga baek-baek. pastu amik gambar 24jam tanpa henti. hehe. bolehla aida tulis entry banyak-banyak, tade tulis pon tape, upload gambar saja. hakhak.
peliss, sape yang baek hati, kasi la ke kite. wekkk. 

bak kata yuna

"di setiap gambar ada lagunya"



Monday, February 20, 2012

Kami banyak persamaan..kegemaran pon sama

Salam,
selamat hari isnin buat blogger, b2b and silent reader out there.
sinyum sikit, kasi ceria mood pagi-pagi ni. ngee..ha macamtula..baru la awet muda disamping membantu aida menceriakan diri. haha.
okey, kalu bace tajuk kat atas korang teringat ape? hmhmhm..iklan ape ek? adess, aida pon ingat-ingat lupa der. kalu tak silaplah iklan Johnson and Johnson kan. Mak dengan anak dengan mandi susu kot. kot la sebab ni iklan lama. dan mereka berkongsi lelaki yang sama kan. haha. lebih kurang camtula hint nye.

Actually, aida dengan cik tunang tadela banyak persamaan sangat. adela cikit-cikit tu. biasela. tapi banyak juga kontra. itula lelaki dan perempuan. selalunya kontra tula yang membuatkan kita saling melengkapi. tak gitu korang. aduhai. nak bagi ceramah motibasi pon tak pandai meh.

kadang-kadang nak mungkin inilah yang dinamakan jodoh. mungkin juga sebab kitorang dah kawan hampir 7 tahun. 7 tahun tu kalu dah kawen, anak pon dah masuk sekolah darjah 1 ek. hehe, sebab tu dah macam-macam benda kita lalui bersama. dari zaman pegi dating naik bas jek sampai la dua-dua dah ada kereta sendiri. yang kadang-kadang gadoh nak keluar dengan kereta siapa. tade kereta masalah, ada kereta pon masalah. hah, begitula manusia yang dinamakan kitorang. ngee. apa-ape pon kitorang enjoy.

okey, pastu nak tunjuk satu benda kat korang yang nak *menunjuk* kat korang yang kitorang banyak persamaan..haha..gurau ja tapi benda ni kebetulan tanpa dirancang. okey, tengok baek-baek.

:p oke inilah kitty aida yang chomell

bini no 2 encik tunang: champion

oke, ape yang korang perasan dari kedua-dua pic di atas. kereta tak sama, warna pon tak sama. ahahaha..cube fokus tang no plat. 5754 haaaa..sama tak? sama tak? sama kan. ha, itulah yang dinamakan persamaan yang kebetulan. cam tak sangka kan. betul ni tak tipu. tak tipu. 5754 = SISA.  hehehe.



Friday, February 17, 2012

Seribu Satu

Salam..
arini daisypath ticker show 3 months, 1 weeks and 2days until our wedding day..mean..mean what guys? mean there 97days left before the day. homai, aida really2 takot sih. siyes tak tipu. dalam hati hanya tuhan yang tahu. it come wit thousand feelin, takot sebab preparation almost 50%, where is another 50%. oh no..will comin soon. hopefully, aida sempat dan dapat menyetelkan semua yang tertinggal balik cuti ni.

Excited, of course excited, sape yang tak exited melainkan orang yang kena paksa kawen or orang yang tade perasaan. ngee. sekarang nih aida dok menghitung hari je, bile dah hitung mula garu kepala. need more energy dan semangat nak siapkan ape yang patot. for this time, aida dah berkira-kira nak diy sendiri bunga pahar. nantikan entry yang akan datang aida write pasal diy bunga pahar ni ye. sekarang ni internet dah xpired so tak dapat nak update kat rumah. sob sob..kalu encik tunang bace entry ini sila faham ya apa yang patut dibuat..keke..

Takot, sebab orang lain dah ke bulan aida je kat bumi ni lagi..haha..cam siot..walaupon banyak yang dah oke, tapi selagi tak sampai aritu selagi tula hati kecil ini gundah gelisah. orang kata sekarang ni darah manis. aida sentiasa doakan agar aida dan encik tunang selamat sampailah kami diijabkabulkan nanti. Insyaallah.

Kalot, bila aida rasa takot je mula la kalot semua bende nak buat dalam satu masa. encik tunang pon dah banyak kali sound jangan kalot-kalot sangat nanti stress. hee. barulah tenang sikit lepas tu bila fikir balik jadik balik. adoi, tade ubat ke untuk penyakit ini?

Tensen, pasai time2 ni la acne ni aka jerawat nak menternak sikit-sikit. macam chipsmore. naik satu turun satu. turun satu naik satu. macam lari berganti-ganti pulak. neway, sabar ye, doakan insyaAllah pada hari itu, cik puan acne tak datang yer. tensen no 2 pulak dengan berat badan nih. homai, camne nak turun kalu tak buat pape. makan memang dah kurang tapi kadang-kadang degil jugak melayan kerenah perut nih. tensen no 3 ade lagi, period aida yang tak menentu ni buat aida risau. oh cik hormon kembali la normal pujuk hatiku.

Risau, tarikh kawen aida yang mulanya bulan 3 dah ditunda ke bulan 5 sebab asalnya ingatkan pilihan raya bulan 3. almaklumla aida bekerja dengan Spr so kalu nak pilihanraya ni mestila sebok yang amat. tup tup bila dah tukar bulan 5 tengok-tengok tak jadi pulak pr bulan 3. hmmmm..seteressss..tapi orang tua nasihat supaya proceed jugak sebab bila pilihanraya pon kite tak tahu. yang buat aida risau kalau betol jadi bulan 5 mean kawan2 opis mesti tak dapat datang. hu, cedihla ari bersejarah tapi kawan opis tak dapat datang. hope lambat lagi la ye.

papepon yang aida rasa semua itu harus dilalui dengan tenang, tabah, sabar dan redha. InsyAllah benda baek urusan baek akan dipermudahkan Allah. Amin.




Thursday, February 16, 2012

100 days to go



Salam..

hahahahahahahhaha..gelak besar aida sebab tup tup kira tengok reminder aiyo..aida lambat hupdate..
nampak beno yang sesibuk sangat. so 14 februari aritu absolutely ari yang sangat bermakna buat aida. aiiip, aida xsambut valentine day oke. im muslim and i not celebrate valentine day. fullstop.
nak tahu ape..14 februari 2012 bersama dengan 100 days to go until my bog memorial day. its my wedding. its my wedding. yaAllah berdebar dada aida ni. no word to say. im speechless.


tak sangka kan. aida really really had thousand feelin of dat. yaAllah,, bermacam perasaan yang menyeksa jiwa ini. adoi. yaAllah, kuatkanla hati ini, permudahkanlah urusan suci kami. Amin.


but today reminder kat desktop aida tunjuk nih..huhu..


hahahaha..jadik ape maknenye..
meansss..

masa itu berjalan..oke aida..ada faham..

oke...faham-faham...jadi ape yang penting....kerjasama..

hopefully aida dapat siapkan ape yg diplanning..insyaallah..





Wednesday, February 15, 2012

Tuesday, February 14, 2012

Wedd prep: The Colours theme

Salam..
hye, mode ceriakan supaya saraf neutron menghantar isyarat kepada otak supaya tersenyum kot. hadoi, kelmarin semalam arini tatau kenapa saket gigi dan sakit mulut. arini mulut jadi seksi kot tebal sebab bengkak. orang kata kena cium. hak tui sapa yang cium. haha. okey berjaya senyum mean otakku masih waras. hehe.

oke sebut pasal wedding theme colours, ini i loike. musti semua orang ade theme die sendiri. tapi bagi orang kampung macam aida nih, haha, kampung la sangat tadela sampai theme macam dalam taman ke, kayangan ke hape, sepanyol ke perancis ke kisah dongeng cinderella ke, takdek oke. cume colours jela yang memainkan peranan penting dalam event kami. bak kate orang Hindia, Colours of ranggoli. peace \../

For solemnization : Pure White theme

putih ni sesuai untuk akad nikah sebab nampak suci je..

For reception : Pink Purple theme


pink ni sweet sangat kan..lembut dan ayu sesuai kot dengan jiwa aida

purple plak penyeri..bila dah campur due-due kaler ni ape jadi yer?

For bertandang: Silver black


tak jumpela yg silver, bayangkan putih tu silver yek..
mesti cantik..pilihan encik tunang..



So, this colours give me some inspiration and spiritual to make sure my preparation going smoothly. I love you like a love song babeh.






Monday, February 13, 2012

thanks Shazidee review my blog

Salam,,
dah beberapa ari baru perasan comment dari Shazidee, blogger yang sempat aida kenal mase blogwalking aritu. First time jengah belog die, die tengah offer nak review kan belog blogger baru. even aida dah lama tapi teringin juge nak dipromotkan, so tinggalkan link dekat comment box die. and this morning baru aida perasan comment Shazidee masuk dalam spam dah berapa ari dah. aiyoo soli ma..

then pagi ni bukak belog die, dan rase kembang sekejap tengok header yang comot tuh ade kat situ..haha. thanks a million buat Shazidee coz sudi promot belog yang tak seberapa tuh. Apepon, terima kasih tau. Nak tengok die review belog aida? klik sini untuk ke belog die----->

nampak tak belog pinkish yang comel2 tuh

close up sikit

neway thanks sesangat buat Shazidee..nak tahu sape budak tuh..ni la die..nah amik tengok nak ngorat pon boleh..



mode : pagi2 dah buat aida tersenyum..ngee :)






Saturday, February 11, 2012

Wedd prep: kad kawen

Salam,
Dah bape ari xhupdate belog rindu pulak..aida bizi skit kat opis dengan skt mane lagi dengan puspanita. Tak menang tangan mengalahkan yb lagi. Hehe..tapi tape. Jangan siyes sangat cool down aida. Senyum sikit kasi hilang tensen tuh..barulah awet muda. Kan nak naikkan seri. Kenala jaga.ahak.meluat aku.

Arini penat sangat. Rushing pegi kl amik encik tunang. Pastu heading pulak ke shah alam cari KKC. Papago tabole harap lambat, pastu voice malay yang cakap orang cine faham-faham jela bunyi slank nye. Last2 pkai google map je.

Patotnye plan nak pegi dengan my best friend, MElor, dengan tunangannya Mat yajid. Same2 janji nak buat kad. Last-last diorang pi dulu. Boleh pulak sesat pi Anggerik Mall.

Sampai2 mereka dah pulang. Huu..kesian encik tunang xdapat jumpa mat yajid. Lain kali ye ketemu. Then, kitorang naik 2nd floor kedai tuh tengok ada 2 couple tengah pilih sticker dengan kad. Kedai die tak besa sangat tapi produk die cantik2 sangat. Okela..ade juga pakej combo. Kad + box.

Penat layan encik tunang yang dah tatau pilih yang mana. Last2 setuju juga dengan pilihan hatiku..he..senang buat pilihan dengan encik tunang yang tak cerewet.

penin kepala nak pilih yang mana satu

yang ni oke tak yang? mode: mengada2 kejap

pose jap hilangkan penin..agugu..

banyak sangat kad-kad cantek. pilih2 mana nak. ngee jumpe kad kau ted

button badges. sticker lupe nak amik gambar.

boxes. cube cari mane vbox ko ted?

 
dah penin-penin balik singgah kepsi. saya nak ayam tak mau gaduh.hehe..
encik tunang bilang asik amik gmbar saja..makanla dulu..ngee..

 Tunggu ya hari kami. Kami akan menjemput anda semua ke walimatulurus kami. Doakan kami. Amin.



Sunday, February 5, 2012

Ma best fren

Salam..,
Nanite allz, aida sekarang bercuti kat kampung. Manyak bende yang nak kene setelkan kat kampung. Selagi tak sampai hari yang ditunggu selagi tula penin kepala fikir. Homai, mummy help me.

Every weeks dekat opis, best friend aida pc aida yang skrin besar tula..tapi kalu tak dok depan pc yang ni la best friend aida..
hello kitty note book 

Hehe..pegi mane2 je mesti usung. Sampe dah naik comot dah aida kerjakan. Tapi die tetap setia dengan aida. Nak contiang ka nak lukis ka sume boleh. Tade masalah. Kalu nak harapkan cik tunang rasa-rasanya buku pon tade.

This sweet hello kitty note book ni dah jadi teman aida sejak cik tunang mula-mula masuk merisik lagi aida dah bukak buku ni. Dari kira-kira, preparation, planning, budget, jemputan dengan future life planning sume aida noted down dalam buku ni. Planner ni penting buat b2b macam aida sebab kita nampak ape yang kita nak buat dan telah buat. Senang kata best friend yang bantu kita walaupon tak boleh bercakap. Memangla kan tu buku nota. Apa yang kita perlukan. Buku Nota. Teringat pulak citer Blues Clues. Hikhik.


budget kawin-kawin


Kawan-kawan tolong baca kat bawah ni:-

YaAllah, kau permudahkanlah urusan kahwin aida. Semoga semuanya berjalan lancar dan diberkatiMu Ya Allah. Amin. 

Terima kasih..nah amik mmuuaahhcx 100x. 


Friday, February 3, 2012

The Checklist

Salam jumaat..

pinkish checklist

ngee..belum ape-ape dah tersengih-sengih sebab entry kali ni malu-malu meow sikit. ahak. checklist kawen aida. dah lame rase nak tulis tapi aida postpone pasai rasa macam masih terlalu awal. tapi bila pepagi je on pc, daisypath yang aida install last month appear, adoi, dah tak lame rupernye. oxoxoxo takut. YaAllah, permudahkanlah urusan kami. Amin.



Below my updated checklist until today..walaupon rase macam dah tak lame, but sometimes aida macam relax je kan. :-

Date/Location:-
  • Solemnization - 25/5/2012
  • Reception - 26/5/2012
  • Bertandang - 27/5/2012
Theme:-
  • Solemnization - Pure White
  • Reception - Pink Purple
  • Bertandang - Silver Black
Legal Procedure:-
  • Kursus Kawen - Done
  • HIV Test - Maybe early March
  • Borang Kawen - Cik tunang kate dalam proses
Dress and Accessories:-
  • Solemnization - Akan survey dengan mak cuti ni
  • Reception - Tepak Sireh Bridal
  • Bertandang - Maybe sewa @ Tepak Sireh Bridal
Caterer and canopy :-
  • Solemnization - Gotong-royong
  • Reception - Puan Mak & Cik Ayah yang uruskan
Dais @ pelamin:-
  • Tepak Sireh Bridal
Makeup:-
  • Solemnization - Belum decide
  • Reception - Tepak Sireh Bridal
  • Bertandang - Maybe Tepak Sireh Bridal
Photographer:-
  • Solemnization - Aidizz Azhari Photography or Cucu Atok or Pekan
  • Reception - Aidizz Azhari Photography or Cucu Atok or Pekan
  • Bertandang - Aidizz Azhari Photography or Cucu Atok or Pekan
  • Pre-wed - Vice Versa Photography
Bilik pengantin:-
  • Tepak Sireh Bridal
Cake:-
  • Soley-soley Recipe or Puan Mak
  • Hantaran - Secret Recipes
Doorgift:-
  • Tak decide lagi nak bagi ape
Entertainment:-
  • Kompang - Puan Mak yang uruskan
  • Marhaban - Puan Mak yang uruskan
  • DJ/ PA System - Puan Mak yang uruskan
Hantaran:-
  • Aida bagi Cik Tunang - maybe 9
  • Cik Tunang bagi Aida - maybe 7, pssttt dengar kate 15, abisla kau nak balas aida!
Handbouquet:-
  • Tepak Sireh Bridal
Others:-
  • Baju tema family - done
  • Kad kawen - Mac baru nak tempah
  • Paper bag - maybe sekali kad kawen
  • Bunga pahar - diy sendiri
  • Bunga terlur - Puan Mak uruskan
  • Penunjuk arah - dalam proses
  • Guestbook - tak jumpe lagi
  • Honeymoon - haha, tak fikir lagi.

INSYAALLAH
    Hoho, seen preparation macam baru 50% jek..hadoi, aida, hurry up, mase tidak menunggu anda yer. jangan buat keje last minutes. chaiyok2. Kawan2, doakan aida yer.