728 x 90

Wednesday, October 12, 2016

Khaireen ke KL Bird Park



Assalamualaikum ,
yeah dah lama tak keudara sangat-sangat kan. rindu nak berbelog.

Cuti ganti Awal Muharam haritu, bawa Khaireen pergi jalan-jalan. 
Abahnya punya plan suggest ke KL Bird Park. Ibu dengan Khaireen is okey. We follow.
Harga tiket untuk dewasa yang ada mykad ialah RM27.
Harga tiket kanak-kanak 3-11tahun (mykid) ialah RM13.
Kanak-kanak bawah 3tahun is FREE. So Khaireen masuk for free. 
KL Bird Park ini dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 6 petang termasuk cuti sekolah dan public holiday.

My baby Khaireen tidur masa sampai. Wey rugilah sayang kalau tidur. Jadi nak bagi dia jaga ibu percik air kat muka. Teruk betol ibu kan. Haha janji Khaireen jaga sebab tujuan nak bawa dia tengok bird la. 
Sekarang dah pandai cakap bird tapi bunyinye bard. Okeylah tu sel-sel otak sedang berhubung. 


Map KL Bird Park
Agak besar dan luas juga taman ni, tak larat nak jalan turun naik bukit. 
Jom kite belanja gambar sebabnya malas nak karang.


Masa ni Khaireen dah jaga, tapi mood budak baru jaga kan, belum panas enjin.
See that peacock. Banyak sangat peacock ni kat situ bersepah merata-rata je jalan depan orang.
Atas pokok ada bawah pokok ada, sekali jerit kuat tau bunyi ia.
Tapi sekali dia kembangkan kepak ia, cantek sangat.


Kalau zoom betol-betol kat belakang tuh ade ostrich. 
Nampak tak sapa yang lagi excited pergi sini, budak tu takde feel bukan faham lagi pon.
Entah dia nampak ke idak bird-bird tuh.


Hornbill. 
Comel sangat bila orang nak ambil gambar dia lari. Macam tahu-tahu saja.


World of Parrots.
This two lovebird tak boleh kacau or sentuh said trainer.
Yang jantan tu akan marah bila kacau yang betina.
Iolls yang berdiri sebelah pon ia dah terhangguk-hangguk tengok.


Yeah, masa nih mood dah oke, dah panas enjin. 
Baru nak berjalan sendiri, jauh jugak dia berjalan. 
Shes happy kalau bawak pergi jalan-jalan macamni even shes know nothing.


Tak larat nak pusing habis. Mana dengan nak tolak strollernye.
Abahnya pula sibuk ambil gambar. Masuk galeri ambil angin aircond.



Last sebelom balik, baru abahnya sedar dia takde gambar langsung.
Nak jugak, moh kita ambilkan. Dapat bergambar dengan dove je.


Kitorang free and easy saja kat situ. Actually banyak aktiviti menarik yang ada. Just tengok pada time yang available like feeding time dan bird show.

Fun juga pergi taman burung ini. Sesuai bawa anak-anak yang dah besar 3years and above sebab diorang dah pandai kan. Ada yang sampai menangis taknak balik. Sudah, hahaha.
Cuma mungkin time kitorang pergi tuh, kawasan agak tak berjaga, agak semak. Hope pihak taman dapat jaga bagi bersih dan selamat untuk pengunjung coz ramai sangat tourist yang datang. 
Jangan risau kat dalam tu ada restoran, minishop dan giftshop, cuma agak pricey sikitlah harga dia kan. But so far enjoy disana sampai hilang berat 2kg berjalan, ok tipu je. 

Oklah, bye, xoxo.