728 x 90

Saturday, July 21, 2012

Pertama Ramadhan

Assalamualaikum semua,

Alhamdulilah, hari pertama berpuasa dah berjaya kita harungi. Selamat berpuasa dan selamat berbuka semua ye.

Alhamdulilah syukur juga kepada tuhan kerana memberi kesempatan kepada kita untuk menikmati dan merasai ramadhan lagi pada tahun ini. Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan yang sebelumnya. Amin.

Bagi aida ramadhan kali ini tersangat dan teramatlah seronok sebab tahun ini aida tak berseorangan, tapi sekarang sudah berdua. Lain rasanya bila berpuasa dan berbuka dengan suami tercinta. Namun jauh disudut hati, tetap rindukan suasana berbuka bersama emak, ayah dan adik beradik yang lain. Sayu hati bila teringat dekat family di kampung. Tapi bila lihat muka suami dapat juga mengubat pilu di hati. Walau apapon yang berlaku, apapon terjadi, emak ayah semua tetap dihati. Kalau tak dapat berbuka bersama, insyaallah raya pasti dapat bertemu dan bersama. InsyaAllah.

Di bulan yang mulia ini, marilah kita bersama-sama berlumba mengerjakan amal ibadat kerana pahalanya berlipat ganda. Banyakkan bersedekah, mengaji alQuran, mengerjakan solat-solat sunat dan jangan lupa teraweh ye. He. Kalau tak larat 20, 8 pon dan besar rahmatnya.

Okelah, jangan lupa niat dan jangan lupa bangun sahur. Ikhlas dari aida dan suami.



Thursday, July 19, 2012

Kek batik


Assalamualaikum,

hari ini aida datang opis bawak kek batik tau. cerita begini, minggu lepas terdetik dalam hati nak buat kek batik nih. lepas tuh bahan-bahan tak cukup dan lupa beli. petang isnin lepas dah pesan kat hubby belikan bahan-bahan lepas balik kerja. then malam tu, sementara menunggu hubby balik dari swimming aida pon buatlah seorang diri, selalunya berteman. ini first time tau aida try buat sebab google kat tenet tengok simple je cara buat nye. aha.

sekejap saja masa yang diperlukan untuk buat. then, bila dah siap simpan dalam freeze dalam sejam lepastu dah boleh makan. taraa.

sumber dari google sebab lupa nak snap

balik dari swimming hubby terus tanya. nasiblah freeze sejuk jadi cepatlah keras dan boleh dimakan.
hehe, hubby kata sedap, thanks abang. hubby siap-siap pesan nak bawak pegi hospital esoknya. nasiblah buat 2 bekas. 1 untuk hubby 1 untuk aida. hehe. okey, meh misterchef ni nak bagi idea resipi nak buat kek batik nih. cepat pergi amik pen dan kertas.

Bahan-bahannya :-
biskut merie sepaket
1 cawan milo
1/2 coklat masakan
1/2 tin susu pekat
120 gram butter
1/3 cawan air

Cara-cara nak buat ye:
1. Patahkan biskkut merie kepada 2 atau 3 pecahan dalam bekas berasingan.
2. Kemudian campurkan semua bahan yang lain dalam periuk dan panaskan atas api yang sederhana sehingga kesemuanya sebati. agak-agak dalam 10-15 minitla.
3. Bila dah sekata, tutup api dan masukkan biskut merie tdi dan gaul dengan rata.
4. Tuangkan ke dalam loyang tekan dan mampatkan dengan rata.
5. Masukkan dalam freeze untuk sejukkan dalam sejam atau 2 jam.
6. Keluarkan dan potong sedia dihidang.



p/s: hubby boleh siap cakap nak jual la sebekas rm15 boleh dak? haha
okey, silalah buat untuk menjaga perot laki anda. okbai.






Tuesday, July 17, 2012

Floria Putrajaya 2012

Apesal ye aku selalu je update entry cerita yang dah basi. blogger lain semua update on the spot tapi aku orang dah sampai ke bulan aku baru nak naik roket. ngee. tapi ada aku kesah. 

minggu lepas aku ada pergi floria yang macam biasa annual event kat putrajaya nih. nama je penduduk tetap tapi apa aktiviti yang buat kat sini pon kadang-kadang aku tak tahu. tapi yang peliknya orang luar dari putrajaya ni tahu aje. nampak sangatlah aku yang kerja putrajaya nih bagai katak di bawah tempurung. nama saja kerja gomen tapi langsung tak amik tahu isu semasa. haha. eh tapi pasal kes lelaki mengamuk tuh aku dengan partner sebelah aku nih aka kak yus siasat habis-habisan tau. aha jangan memain. 

actually floria ni from 30 jun - 8 july, dekat 2 minggu jugaklah tapi sehari je aku pergi, tu pon malam pasal nak tengok bunga api atas kepala real punya. dari lepas maghrib sampailah pukol 10 tunggu punya tunggu bunga api tak muncul-muncul jugak last-last dah merajok nak balik dah baru korang main yer. hampeh tul. dah tu terpaksa lah tengok dari jauh sikit. jadilah. 

okey, tak tau nak cerita apa, just enjoy the gambar yang aku nak upload nih. 

macam gambar dalam frame pulak

bougainvilla betoi ke aku spell nih, tema tahun nih

jom pegi kutip daun teh

wangi lilin-lilin nih

tanteknye

i jalan dulu, u follow me

i like roses

mengada nak jugak pakai terompah, ape motip diorang letak terompah tu?

kalau nak buat macam ni kat rumah boleh dak?

ecece..kenapa dalam chermin nampak kurus?

ekspres boat dari negeri sembilan

orked lah

sepupu orked

bunga api yang merajok punya pasal

see berapa kos untuk bunga api ni ye??





Monday, July 16, 2012

Honey bulan moon madu : Fraser Hill -> Genting Highland

Masuk harini dah hampir 2bulan kahwin. belum ada isi lagi yer. jadi masih lagi dalam mood honeymoon lagi. story bab honeymoon nih baru teringat aida tak review lagi cerita pasal pegi honeymoon aritu. haha dah basi kot. ate nak buat macam mana. gambar kahwin pon sampai sekarang tak dapat-dapat lagi ooo. kempunan nak tengok muka-muka aida dan hubby. pasal kahwin pon tak review lagi inikan pulak honeymoon. jadi mood tu kurang sikitlah. ahak. alasan. papepon soon kalau dah dapat gambar aida share dengan korang yek jangan fikir aida kedekut takmao share. dan warning kat op nak gambar nak gambar dengan manjanya, ahaks.


actually aida dengan hubby masa prep dulu ada diskus nak pergi honeymoon langkawi lah perhentian islang la situ sini dan situ. tapi sekadar planning jelah. sebab kami memang type yang tak suke nak planning sangat. kami ni type yang on the spot yang main terjah punya orang. haha. bagi kami kat mana-mana pon boleh honeymoon yang penting dah halal.

so, hari ke-5 setelah bergelar suami dan isteri dan dot dot dot, setelah menjejakkan kaki di rumah mertua, kami berjaya mengescapekan diri hahaha dari rumah mertua dan singgah rumah mak sekejap and then berlari balik putrajaya rest semalam then bape banyak then la baru la kitorang bergerak menuju destinasi. aha. tahu mana kitorang pergi ? guess where?

sweet escape birdy pinky

my hubby rela mendrivekan diri all the way. tahu apa yang bestnya bila dah kahwin. ya, i dah ada personal driver okeh. pasal nak jimat minyak jadi naikla myviva my kitty. ala sayang-sayang. so the destination isssssssssssssssss ------> fraser hill (propesed by brother in law) aiyoo.

menara jam Fraser Hill dikala petang yang dingin

Memula plan nak stay kat Pine Resort tapi bila pergi check waaa horror nye bilik. meremang bulu ketiak bila masa tengok bilik. sumpah tak pergi dah lepas nih. so decide dengan hubby patah balik ke menara jam sebab kat situ ramai orang. i ikut aja okeh. try pergi walk in nak check in kat Puncak Inn, lucky masih ada deluxe room for us. bernafas lega ahh. 

okey nampak tak disitu myviva mykitty tersadai indah..haha

bestnya bila bersejuk-sejuk ditempat sejuk nih. lepas dah check in tuh, lepak-lepak dalam bilik. then aida pon bertanya pada hubby begini
aida : Abang, apa yang best kat sini?
abang :entah, abang pon tak tahu. kejap lagi kita pergi tengok apa yang best.
aida : cuba tengok pamplet nih, ada archery, golf, jungle trecking and waterfall la.
abang : okey jugak tuh.

Sementara menunggu petang sambil tengok tv dan menjeling ke jendela. aida berbisik kat hubby. macam boring je tempat nih. hubby pulak "a'a la. mati kutu rasanya kat sini". dua-dua kami gelak. haha, itulah main terjah lagi. cadang nak 2 hari 3 malam last-last jadi sehari semalam. hambik kau.

sinaran mentari pagi tapi sejuk

esoknya, aida dengan hubby decide nak pergi genting highland pulak sebab kalau nak pergi cameron macam dah patah balik pulak dah. so, lepas checkout terus pecut laju balik meninggalkan tempat yang horror tuh. sumpah lepas nih memang tak hingin nak pergi dah. tapi bagi yang mencari ketenangan dan kedamaian eloklah pergi ke sana. hehe.

final destination : genting highlands yoo. actually dah pernah pergi genting tapi sebab nak habiskan cuti-cuti malaysia yang ada nih, so pergi jugakla. sampai-sampai terus cari bilik kat first world. homak kau ramai giler foreigner. walk in macam biasa last-last kecewa. then google lah dalam internet cari hotel. hambik semua penuh yang kat atas. yang kat bawah je yang available tu pon tak banyak. waa nangis mak. then makan-makan dulu kat first world baru patah balik ke bawah cari hotel. 

pusing punya pusing last-last hotel yang paling tak takut nak duduk seri malaysia hotel. nasib ada bilik dan dapat diskaun rm20 sebab pakai kad gomen. then rehat-rehat dulu malam baru panjat genting balik. aha. 

amik gambar dulu sebelum pergi

posing depan chermin besar depan lif

negro genting

esoknya pergi strawberry park sebelum balik. memang bestla sebab tak pernah petik strawberry sendiri. masa pergi cameron dulu pon tak berkesempatan. okeh malas dah nak taip. tengok gambar sudah.

welcome to strawberry leisure farms

hubby was here (cover perut ekeke)

mari memetik stoberi

mana cukup banyak nih dol

taman bunga 

vege farms

colourful morning glory tapi i degil jugak nak touch

doll lavenda house

ala-ala yana shamsuddin fan club okeh!


p/s: nantikan honeymoon kami yang seterusnya.
















Monday, July 9, 2012

Pizza Frenzy

Ohok, ohok pagi-pagi dah terbatuk-batuk kau. mana taknya pagi-pagi dah balun nasi lemak jpa tu hah.
adoi hilang segala diet. dietla kunun padahal badan dan macam dipam-pam rasanya. oke fullstop.
entry ni supposely last week punya last week lagi aida tulis. tapi ie punye problem takleh nak upload gambar jadi aida simpan je dulu buat pekasam sampailah dah berbau. ahak.

actually, aida dan hubby try-try buat pizza sendiri. memandangkan nak merasmikan oven yang dapat masa kahwin dulu tuh, so gatal-gatal la nak cuba buat pizza sendiri yoo. hubby pon okeh je yelah salah satu sebabnya lagi dia pon tak nak makan nasik. dietla katakan. ngee.

balik keje terus je pegi beli bahan-bahan dekat pasar. cari jugak doh yang dah siap tuh tapi tak jumpa. alamatnya buat doh sendiri la yek. hubby pon beli sikit-sikit bahan-bahan. then balik-balik je rumah terus campak kain dan mula membuat doh. ahaha. first time buat doh sendiri dengan guna mauripannya. ahaha. kelakar dol.

doh yang terlajak air dan terlebih tepung

bahan-bahan untuk topping : tomato puri, sosej, sayur campur, keju chesdale dan cili benggala (bell pepper)

okey sudah masuk dalam oven..cant wait..berdiri je depan oven tunggu sampai siap..
hubby pon macamtuh, jakun kan.

okey, inilah hasilnya. peace yoo..



okela buat pertama kalinya mencuba. do better next time hokey..dududud..




Friday, July 6, 2012

Ujian


Salam jumaat semua, 
hari ini mesti happy-happy macam hari-hari sebelum, dan mungkin lebih happy dari hari-hari semalam. yeah.
ahahaha..apa yang seronok sangat pagi-pagi ini. actually tade papa. cuma mood hari ini ada baik juga.
Hari ini rasa bersemangat nak rebut balik apa yang milik aida. sebelum ini banyak aida redha dan sabar menghadapi ujian tapi kali ini aida takkan biarkan musuh itu tersenyum. jangan haraplah.
sesungguhnya ujian ini memang sangat hebat. kadang-kadang aida merasakan dunia ini sangat tidak adil. nasiblah ada insan-insan yang sangat menyayangi aida menasihati aida mengingat kembali kepada tuhan. 
Astaghfirullahalazim, kenapa aida jadi macam tu? semua ini ujian dari tuhan aida. untuk menguji sejauh mana kekuatan iman aida. YaAllah, aida hampir tewas. hari ini aida perlu bangkit dari kalah dalam ujian ini. terus bersemangat berjuang mempertahankan hak aida. 
insyaallah, aida akan meminta padaNya. hanya dia yang mampu merubah segalanya. Amin.


p/s: semalam seronok-seronok pergi beli pregnant test kit. haha, walaupun period belum lepas tapi aida dan husbang begitu teruja. last-last negatif. okey, sila cuba lagi. terima kasih.


Monday, July 2, 2012

Terima kasih pa..


Hentry yang sepatutnya tengah hari tadi lagi haku pos, sekarang baru haku nak mengepos balik. pasai apa jadik lagu tuh, yaAllah, kenapala belog haku jadi macamni sejak dua menjak kahwen nih, hagaknya merajok kot sebab haku kahwen. hakhakhak. hokeh, haku pujuk balik yer. mode harini giler sebut huruf h ye bukan s. actually bila haku taip hentry jer die hilang, hupload gambar jek die hilang. aikk peliks bin ajaib macam maria helena jek. last-last ni ha try guna chrome tengok boleh ke tak nak hupload piccas. 

seperti yang ramai tahu, kiki, haku hupdate hentry kat opis jer jadik pakai pc opis jer. di rumah sudah tiada komputer sudah di letgo kan kepada adik-adik tersayang. huhuhu, nangis mengada-ngada. kot-kotla  ada yang kesian ke kuikuikui. jadik harapan dan impian buat masa sekarang nak laptop or netbook sendiri balik. bagi sesiapa yang membaca hentry hini silalah dengan besar hati menyumbang ke tabung haku yer. mekasih.

hingat tak hadiah besday haku yang lepas, mase tuh belum kahwen lagik tapi hadiahnya tak dapat-dapat lagi sampailah lepas kahwen barulah dapat. nak tahu hapa hadiahnya. jeng jeng jeng.

taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..

tak payah bagi tahu kot.pasti semua horang tahu kan. kamera apa. kamera yuna. hehe. seperti yang dijanjikan encik suamiku tersayang, maka hinilah hasil duit tabungannya selama hini semata-mata hanya untuk membeli hini huntuk haku. TERIMA KASIH PA. I LEBIU SO MUCHX.


gambar diambil dari iphone ku dengan gaya ala-ala photographer professional gitu..


itulah newbie ececece nak jugak


mase nih tak pandai lagi guna just cuba-cuba malu alah dalam toilet

eos pilihanku


okeh posing bak model gitu..gediks mak

hokeh, masih tak pandai lagi nak hambik gambar cantik-cantik lagi kreatif dan berseni seperti aizul marcello tapi haku hambik gambar hikut suke haku jer. 
* pernah mengadu dulu dengan encik tunang katanya, kalau nak jadik blogger mestilah ada dslr sendiri. senang nak hambik gambar cantik-cantik kemudian hupload laju-laju dalam belog. 
hini bila dah ada, lambat-lambat saja kau hupload. hambik gambar lagilah malas. mahu jadik model sajak. ahaks. jangan jeles.

by the way, thanks a milion dollar lemon to encik suamiku. saya akan jaga baik-baik sayang. ekeke..

hokeh, tium tikit. cauu.