Wednesday, March 20, 2013

Blog Review: Kisah Dina & Hazim


First Blog Review: Kisah Dina & Hazim

Salam,

sempena follower belog aida dah lebih daripada 300, aida akan review belog-belog yang aida suke singgah ye. tapi takdelah aida nak tunjuk semua sekali. satu-satu dulu yer. mungkin yang lain next time yer. untuk kali ini, aida nak review belog Kisah Dina & Hazim.

header belog mamadinahazim
boleh klik gambar dan link di atas untuk singgah 

Belog ini kepunyaan Puan Noor Irma yang merupakan mama kepada dua orang prince dan princess, iaitu Dina dan Hazim. Actually mama dina dan hazim nih merupakan opismate aida. dialah yang banyak ajar aida tentang selok belok dunia belog nih. yelah, aida baru jer nak masuk 3 tahun dalam dunia belog nih. terima kasih kak ima. 

Belog ini menceritakan tentang kisah dina dan hazim, telatah, perangai dan ragam mereka. banyak suka duka  dalam membesarkan anak-anak. namun, kehadiran anak-anak inilah yang menceriakan sesebuah keluarga. he, comel tau dina dan hazim nih, aida dah pernah jumpa beberapa kali. paling best sebab dapat bercakap dengan hazim atau nama manje ajim. ajim nih jenis tak banyak cakap sangat. dan bertuahlah kalau dapat cakap dengan dia. kakak dina pula jenis yang cool aje. selalu juga dengar kak ima cerita tentang telatah budak-budak nih membuatkan titew teringin nak ade sorang. he.

Kak irma juga ada selitkan info-info mengenai Clapam di dalam belog ini. kalau nak tahu lebih lanjut silalah singgah ke belog kak ima yer. 

Ok bai, nak sambung training.

xoxo.



1 comment: