728 x 90

Tuesday, September 15, 2015

Preloved Levis Jeans


Assalamualaikum,
nak letgo 


Preloved Jeans Levis Ori
Size 31 Demi Curve
Condition:9/10 (2x pakai)
Masih elok like new
Reason nak letgo: tak sedap pakai dari beli sebabtu tak pakai2
RM150 nego til letgo
pm/wasap-0175493685


xoxo



Monday, September 14, 2015

BB Cream By Seqy Beauty


Assalamualaikum,



BB Cream By Seqy Beauty adalah produk kosmetik penjagaan kulit pelbagai guna. Ia juga digunakan sebagai penutup asas ,mekap semulajadi, melindungi kulit dari sinaran UV, pelembap, pengawal minyak dengan ciri-ciri penyembuh, menjana semula kulit dan mengurangkan parut jerawat.
BB Cream juga mampu menyamakan warna tona kulit, bintik hitam dan kesan parut tanpa menggunakan mekap asas yang tebal.

BB Cream by Seqy Beauty
  • Teksturnya lembut dan ringan.
  • Sesuai bagi mereka yang tidak sukakan mekap tebal, cuma mahu melindungi kulit solekan nipis, natural dan ringkas.
  • Sangat praktikal, diratakan menggunakan jari sahaja.
  • Fungsi dan Kelebihan BB Cream
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Menutupi cela di muka
  • Sebagai bedak asas
  • Lebih ringan dari foudation
  • Sebagai essential krim, menutrisi kulit, menegang dan menghaluskan kulit
  • Melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh menyebabkan bintik hitam muncul di wajah (SPF 30+)
  • Memperbaiki masalah kulit dan melindungi kulit dari bahan-bahan kimia berbahaya
  • Wajah tidak berminyak sepanjang hari
  • Berfungsi melawan sinar Ultra Violet dan pencemaran udara sehingga menjadikan kulit tetap sihat
  • Melambatkan penuaan
  • Tekstur yang ringan dan sesuai untuk orang Asia


Terdapat dalam 3 tona warna: Fair, Natural & Brown
Harga: RM55 SM/RM60 SS
Postage : RM5

Pm/WhatsApp - 0175493685


Friday, September 11, 2015

Inside OUT!


Assalamualaikum,

awal bulan ritu, aida bukak laman web hotfm sebab nak dengar radio online.
sambil-sambil tuh search jugaklah kalau-kalau ada contest baru kan.
kan kaki contest baq hang. sekali tengok contest skrin@web.
kalini untuk movie Inside Out. Cartoon.
aida kalau citer-citer katun nih memang no.1.
apalagi terus join. untung-untung dapat tiket wayang free.
alah, just fill info diri dan jawab soalan-soalan dan bagitau kenapa mesti kena tonton,
just simple as that, then submit. 
minggu depan pulak tuh, macam biase nak dengar radio online kan,
gatal tangan klik tengok bahagian pemenang,
tup-tup dah keluar list pemenang skrin@web inside out la weh.
perghhhh, menang kot. name no.1 lagi tuh. 
alhamdulilah. thanks hotfm. i lebiu. memang lebih panas dari biasa.


Inside Out: sadness, angry, fear, disgust and joy


suke-suke je isi tak sangka menang lak..rezeki..



inilah tiketnya, ade 4 keping semunya.
boleh tengok reramai dekat mana-mana cinema,
valid untuk citer inside out jer ye. 
laju jer hotfm pos pkai gdex ke rumah.
macehhh..


memang nak tengok sangat-sangat cerita nih,

TAPI.....

bila mengenangkan kayin kat rumah, takkan nak tinggal die kan,
takkan pulak nak bawak die kan, tak sampai hati kott..
takpelah, citer tu tak penting, KAYIN is the most important.
so just letgo je tiket tu for free kat kak ina, opismate. hee.
takdak rezeki nak tengok. tunggu kayin besar dulu yer.
boleh pergi sama-sama kan. baru seronok..
pastu mintak opismate download kan citer nih,
so dah tengok diam-diam kat opis pastu sambung tengok kat umah dengan encik am.
best sangat. kelakar pon ado. kalau nak tahu best ke tak pergilah tengok. hee.



til then, xoxo.



Monday, September 7, 2015

Kayin Travelogue: Ke Cameron Highlands Ke Kayin


Assalamualaikum,

Hujung bulan lepas kami pergi ke Cameron Highlands. Tak tidur sana pon, sekadar naik dari Tapah dan turun Simpang Pulai. Balik tidur rumah mak kat Ipoh jer. Asalnya memang niat nak bawak kayin jenjalan cameron dan tidur dekat sana, tapi sebab last minit plan so tak sempat nak book hotel bagai, kalu main terjah je haritu dah tentu mahal, peak season kan, esoknye pulak merdeka kan. jadi tak maulah bayar lebih so tak jadik nak tidur sana. tidur umah mak lagi baik. dapat kayin jumpe tok wan dan mak tok kan. next time nak pergi sana lagi bawak kayin dan tidur sana.

bertolak pagi sabtu seawal 8.30 pagi, berhenti breakfirst denkat rnr sungai buloh dan terus perjalanan sampai kol1.30. jalan tak jem sangat tapi banyak kereta. sempat jugak pam susu untuk bekalan kayin. hee.

cameron dah tak sesejuk dulu. kalau dulu sejuk sampai ke tulang. tapi sejuk pon tak berapa rasa. kayin dah standby sweater, tapi langsung tak sentuh. kalau angin bertiup jer rase sejuk. waaa. pemanasan global. malam mungkin sejuk. dulu masa bercuti kat sana, menginap apartment, yaAllah sejuk yang amat. kipas pon tak pasang. mandi air panas sebab air paip macam ais.

kalini sebelom pergi dah google siap-siap tempat best. target mesti pergi Big Red Farm Strawberry dan ladang teh BOH. tapi sedih sebab tak dapat pergi teh Boh sebab dah tutup pukul4.30. sob. maybe next time kan kayin. ladang Cameron Valley okey tapi suke lagi Boh, cuma kena masuk dalam sikit.
jadi haritu sempat pergi Big Red Farm Strawberry jer dan kedai-kedai tepi jalan saje.


sampai-sampai jer memang dah lapar..kite makan dulu,
menu sume best-best, ade sundae strawberry, strawberry coklat fountain.
fefelinla sebab tak dapat tido hotel.
tengok ade budak sibuk dengan tangan dalam mulut

tak penah tengok bunga raya yang sebesar kayin nih.

taman bunga..cantekkan..kebun sayur pon best.


abah dan kayin.
tak dapat petik stoberi sebab tutup.
bergambar jela kat sini.
tengok sape yg over excited sampai muke anak kena stoberi tu pon tak sedar.


satu-satunya gambar bertiga. erk.


suke kalau pergi cameron sebab beli sayur-sayur yang longgok tuh dengan bunga. sebab cantek sangat. beli jugak stoberi dan coklat. ahaks. nanti encik am nak repeat balik sebab tak puas tak dapat pergi ladang Boh tuh. nak bermalam pulak. tunggu kayin besar sikit yer. he.


til then, xoxo.