728 x 90

Monday, December 29, 2014

Tanda-tanda Mengandung


Assalamualaikum,

macam mana nak tahu yang diri korang tu pregnant? tambah-tambah bagi yang first pregnancy kan.
meh kite share sikit tanda-tanda kehamilan dari babycenter.com.


10 tanda-tanda kehamilan yang perlu anda tahu.

1. Mengidam
Ya, bunyinya seperti klise, tetapi mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda.
**nak kata mengidam tu tak taula kan, tapi nafsu nak makan macam-macam boleh tahanla. nak itu la nak ini lah. tambah-tambah nasik, memang selera la ko.


2. Warna areola menjadi gelap
Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu.
**yang ini mungkin lambat sikit perasan. dalam sebulan dua pregnant baru nampak gelap.


3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi
Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda.
**takde pulak pendarahan, tapi perut cramp jugak cam nak senggugut kot. maklumlah tak berapa tahu macam mana rasa senggugut tuh.


4. Kerap membuang air kecil
Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap.
**kerap jugak buang air kecil, sampai tak larat berulang ke toilet. nak kata minum banyak tak jugak. mak ni jenis susah nak telan air masak, air manis lajulah.


5. Keletihan
Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.
**haha, kalo dah dasar pemalas kan, selalu je letih dan tak larat. alasan kan tak nak buat keje rumah. haha.


6. Payudara melembut dan membengkak
Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.
**aaa..rasa breast macam lembut-lembut je tapi bengkak, tapi memalam yaAllah sakit yang amat macam kene penyek tuh.


7. Deria rasa berubah
Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka.
**kadang-kadang macam rasa ade besi dalam tekak nih,,,eeeuuww tak sedap sangat.



8. Mabuk hamil pagi
Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam.
**yang ni memang takde langsung, cume bile petang-petang je rasa mual tapi angin je, takde muntah-muntah bagai.


9. Tidak datang haid
Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur.
**seharusnyalah kan, i setahun tak period kot, memang susah nak detect.



10. Ujian kehamilan yang positif
Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini, dan tuju terus ke bahagian kehamilan kami. Tahniah!
**yang ni banyak kali buat baru boleh kompom yang i pregnant. Alhamdulilah.


tapi setiap orang tak sama rasanya. ade yang takde rasa langsung, tup-tup pregnant. ade yang teruk sampai kene drip air bagai, tak boleh buat keje, tak boleh bau itu ini. macam bau itu, aida sikit-sikit je macam perfume encik am, bau goreng-goreng tu buat jadi peninglah. hehe.


oklah, bai, xoxo.


Tuesday, December 23, 2014

Kronologi Mengandung


Assalamualaikum,

Lame tak hupdate kan, jangan ingat alahan ibu mengandung  pulak pasai pertama kali mengandung  ni takde alah-alah sangat. Cume biasela letih tak larat, pening, cramp perut. Semua mild-mild jer. Alhamdulilahla kan. Tak tahula kalau 2nd 3rd nanti cemane kan. Aha..bagi lepas sorang ni dulu yer. Lain orang lain experience  die ye dak. Diam tak diam dah 5bulan lebih dah baby dalam perut nih. Alhamdulilah tak banyak ragam, dah semakin kuat kicking and boxing, semoga jadi anak yang baek ye sayang. Syukur diberi peluang untuk merasa moment yang indah ini. Amin. Tiap hari adalah kenangan-kenangan yang kalau boleh dibukukan akan jadi satu epilog cinta. Eewaahh.
Oklah, aida nak story kronologi-kronologi  mengandung yang diusahakan sepanjang 2tahun 2bulan sebelum disahkan pregnant.

  • start makan asid folic dari lepas kawen. Lame dan banyak jugak makan sampai badan pon naik. Orang kate makan asid folic memang badan naik sebab lebih kurang ubat hormon kan. Lepastu terus stop sebab tak lekat-lekat even dah amik dari beberapa ibu mengandung. Kekonon amik berkatla. Tapi tak jalan. 
  • lepas 2bulan kawen period tingtong balik. Ingatkan dah lekat, beria la test upt bagai, last-last kuciwa. But its oke, pergi klinik maria dan doc bagi duphaston untuk turun darah dan marvelon for 3cycle untuk betolkan period. 
  • minum jus delima gulsan setiap hari.
  • try pergi berurut dengan ustaz halim di batang kali sebab kawan pergi berubat dengan die berjaya pregnant. Jangan risau ustaz ni berlapik dan husband pon die ubatkan sekali. Cume kami tak berulang pergi berubat sebab jauh sangat. Ngee.
  • period tetap tak cantek datang bila makan ubat sajo. Doc maria suh continue pil hormon lagi tapi i refuse  sebab cukup-cukupla badan ini naik dan berisi giler. Siyes dari 55kg naik sampai 65kg. So no hormone pills anymore!
  • cube pulak perubatan darulsyifa kat bangi. Bila ustaz scan katenye  takdepape cume hormon je tak stabil. So die bagi air penawar sapu di perut dan minum. 
  • tak puas hati lagi, orang kate cube homopati plak. Homopati dokter hassan di Pkns bangi. Dah scan tangan dapat ubat bijik-bijik 3botol. Ade syarat nak makan dan time die. Tapi period tetap tak datang dan cara ni tak jalan. 
  • start treatment dekat hospital putrajaya setelah disuggest oleh dokter lita alis. Buat surat refer di klinik kesihatan dan terus dapatkan appointment  kat hospital putrajaya. 
  • cube minum susu kambing higoat premium. Berkotak jugakla.
  • encik am belikan qaseh gold. Satu untuk kekanda satu untuk adinda. 
  • google punye google jumpe satu website jual macam jamu kot. Name die WSR. Women secret recipe. Yang ni banyak testimoni  berjaya. Ubat die macam buah keras kot tapi bende ni kalu google memang tak jumpe sebab syarat die orang lelaki tak boleh tengok. Nanti ubat tu boleh rosak. Wallahualam. 
  • beli jamu seri pengantin, tapi makan tak sampai berapa bijik je dah stop. Encik am tak bagi makan jamu-jamu sembarangan. 
  • Berurut dengan mak opismate, 3kali jugaklah berulang. Sakit noks. Tapi mungkin tak serasi. 
  • Sambung treatment hospital putrajaya. At first buat pap smears dan tvs, detect pcos, tapi tak bagi jugak ubat. Pastu amik contoh semen suami. Then kena xray kepala. Amik darah entah berapa ribu kali, last baru suspect hyperprolactin. 
  • Buat mri scan kat hospital  pantai ampang. 
  • Start makan bromocripthine 2biji seminggu untuk 3bulan.
  • Buat hsg.
  • Lepas 3bulan, dokter tambah dos bromocripthine 2biji sehari.
  • Try biodex tapi amik 2 jenis je liquid prune dan women lobata.
  • Dan lepas sebulan hsg dan bromo dos tinggi, berjaya pregnant.
Sebenarnya ade banyak lagi yang aida dan encik am buat tapi banyak dah tak ingat. Ni mane yang teringat dari segi ikhtiar perubatan dan urutan. Kalau yang rohaniah tu nanti kite share lagi yek. Kalau ade lagi nanti kite tambah ye. Tapi memang sebulan dua sebelum pregnant, tak tahula nak cakap macam mana. Tapi memang tekad sangat masa tu, yakin semacam. Memang banyak istighfar dan sedekah. Pastu amalan-amalan untuk dapatkan anak tuh memang betol-betol buat, tak putus-putus doa dan mungkin jugak berkat bulan ramadhan kan. Alhamdulilah. 

Buat kawan-kawan yang ttc tu, apa yang aida tulis nih adalah satu semangat dan panduan untuk terus berusaha. Saya juga faham sebab saya juga laluinya. 

Doakan aida selamat melahirkan anak pertama ini. Terima kasih.

Okbai, xoxo




Thursday, November 27, 2014

Korea Trip : Review Guesthouse


Assalamualaikum,

hai, ingat tak dulu ade janji nak share pasal guesthouse yang kitorang stay mase ke korea ke kite tu?
ha, ni nak tunai janji la ni, sementara ingatla kan. citer pon dah basi, tapi sejak hujung-hujung tahun nih tengok ramai sangat yang dok google pasal tips ke korea, so kite share la ape yang kite boleh.

okey mase kat korea tuh, kitorang stay dekat guesthouse aje. lebih murah sikitlah dari hotel kan. ate namenye bajet travel so semua kena bajetla kan. tapi guesthouse pon oke jer. kitorang stay 4hari 3 malam kat Korea Central Backpackers. booking dekat Hostelworld.com. kitorang booking mase bulan januari lagi, lepas booking flight. travel bulan 5, kitorang 4 bulan sebelum dah booking siap-siap. jangan risau sebab booking melalui hostelworld ni kite kena bayar deposit 12% jer, bakinya bayar bile dah sampai sana. okeykan, sempatla nak kumpul duit bagai kan. manela tahu kot-kot last minit korang cancel tadelah diorang rugi kan. tapi deposit burn la yok.

kalau korang search kat hostelworld, banyak guesthouse yang lagi murah dan jimat. boleh compare mana yang lagi jimat dan tempat yang lebih strategik. kitorang pilih guesthouse ni sebab member encik am pernah dok kat sini. so, kitorang banyak ikut direction diorang untuk pergi berjalan dari rumah ke mana-mana. senang sikit.
        
ni details booking confirmation, siap dengan details owner, so i just wasap dan emel die tanya macam-macam sebelum pergi. 

pintu masuk guesthouse, pandai-pandaila korang cari ye bile dah sampai.
boleh tahan jugak nak cari, nasib die bagi map location takdelah sesat.

bilik kitorang, bersepah dah ye. yaAllah punyelah sejuk tak payah pakai aircond bagai. 
angin luar pon dah menusuk sampai ke tulang.

toilet dalam bilik, gambar toilet tak amik, tapi toilet die sempit sikit ye.

die punye hall, kecik je tapi chomel. 

dapur pon hado, korang nak buat air ke, panaskan makanan ke kek sini lah. cume dapur nak masak jela nan hado.

ruang lepak-lepak, cantik tak kerusi die. adore sangat. kat meja tu ade banyak duit kertas dari pelbagai negera, semua ada nota dari travellers yang penah stay situ.

ade wifi jugak, korang boleh gune pc untuk google pape. 
kitorang tak sentuh pon since dah ade wifi henpon sajo.

air tapis disediakan, senang setiap kali nak keluar jalan refill siap-siap air dalam botol
senang nak terkencin ke. towel dan tisu pon ade disediakan. 

haa, inilah die owner guesthouse tu, yoong namenye. aneyosayo.
orangnye quite shy tapi okeyla. 


last but not least, si gemok yang gediks itu. 

overall kite boleh kasi guesthouse ni 3 bintang. semua oke, ala nak buat tido je pon, siang memang takde kat umah pon. tett. nak tahu details, boleh masuk laman web guesthouse nih, boleh survey rate, lokasi, facilities die sekali.


ok bai, xoxo.




Friday, November 21, 2014

A Line is A Line


Assalamualaikum,

lame rasenye tak update belog since last entry ke korea ke kite kan. memang takde mood langsung nak menaip. tak tahu nak mula taip dari mana, cerita apa, yang pasti arini rasa nak update juge satu. he, lepas gian kan. sebab dah lama bersawang, lepastu glitteratti status pon dah kene tarik tak tau pasai apa. dah anta ticket tapi still tak berubah. apa boleh buat, sebab tak aktif kan, he layan saje. *sebenarnye entry ni dari bulan 10 lagi dalam draft. (*_*)

Alhamdulilah, alhamdulilah, alhamdulilah aida dah pregnant sekarang. penantian 2 tahun 2 bulan yang amat tak ternilai, hadiah teragung dari Maha Esa. Amin Ya Rabbal Alamin. Its MIRACLE. aduh nak start dari mana cerita, macam mana, bila, tapi yang pasti pernah terniat kalau berjaya mengandung aida akan share apa yang aida usahakan selamani untuk kawan-kawan ttc semua, insyaAllah. mane tahu boleh dijadikan panduan untuk semua kan.

Alhamdulilah, sekarang dah 17weeks, 4bulan lebih dah my baby bump nih. kejap pulak rase mase berlalu. sebelum aida pregnant nih, memang asik tengok orang mengandung lepastuh terus positif dan cakap dalam hati, "Insya Allah aku akan mengandung dan kalau Allah nak bagi mengandung tu sekejap je". memang hari-hari cakap macamtuh. memang sejak akhir-akhir sebelum pregnant tuh aida selalu positifkan diri, lebih relax dan enjoy je life dengan encik am. takde sedih-sedih takde stress-stress. dan dalam masa yang sama still pergi checkup dan treatment kat hospital putrajaya.

aida tak ingat pernah bagitau atau tak, tapi yang pasti aida ada masalah hormon prolaktin tinggi. tahap normal bagi perempuan yang tak menyusu adalah sekitar 0.5 - 76.3mIU/ml. tapi bacaan LH (hormon prolaktin) aida tinggi sampai 4000mIU/ml. haa tinggi tak tinggi. tapi aida pernah dengar dan jumpe kes lagi tinggi sampai 10000mIU/ml. disebabkan hormon LH ni tinggi, hormon lain untuk period jadi rendah dan otak ni macam dah set badan seolah-olah dalam penyusuan. hormon LH ni banyak untuk ibu-ibu menyusu kerana dia hasilkan susu. dan seriously memang breast aida keluar susu kot. nak kata banyak tuh taklah macam ibu-ibu, tapi kalau picit tuh memang keluar dan kadang-kadang kalau baring, terpenyekkan breast tu memang keluar susu banyak gaklah. sedar-sedar dah basah baju.

mase mule-mule appointment dengan hospital dulu, dokter buat pap smear dan tvs. detect pcos pada ovari kiri, ovari kanan dan rahim normal. pastu dokter suh buat ujian untuk suami. nasib encik am okey. lepastuh, aida kene buat hsg tapi hsg nih tergendala setahun sebab period tak mai-mai. kemudian next appointment amik darah, tak ingat berapa kali amik darah tapi macam nak pengsan ko, baru detect hormon prolaktin tinggi. daripada klinik o&g, diorang refer ke medical. mase kat medical lah, dokter suh buat mri untuk scan kepala takut-takut ada ketumbuhan yang menyebabkan hormon prolaktin tinggi. mase tu kalau nak buat kat hospital putrajaya mau setahun tunggu untuk book mri. last-last memang tak fikir duit dah, sanggup jugak pergi private nak scan mri. Alhamdulilah semua normal. sepanjang rawatan dalam setahun dua nih memang aida dengan encik am banyak keluar duit berubat sana-sini, dan niat kami satu je, demi anak. kami redha berhabis duit. inilah usaha kami.

dan lepas dapat result normal, dokter kate aida ni special case, so diorang suruh proceed dengan ubat. barulah dapat ubat setelah setahun lebih jugaklah. bromocripthine nama ubatnya. untuk 3 bulan pertama dokter suruh consume sebijik 2kali seminggu. yaAllah memang kuat ubatnya. makan petang. asal makan je jadi lalok, pusing je kepala, macam orang hisap dadah plak, pastu plus mengantuk. tiap kali makan asal malam je tido awal. tak tahan mata kot. then lepas 3bulan, jumpe balik dokter, tengok result dari 4000 turun ke 2000mIU/ml. memang nampak perubahan die, susu dah segan-segan nak kuar. kadang picit pon dah tak kuar. tapi hormon tu memang dalam kategori tinggi. then, dokter naikkan dos kepada 2bijik 2kali sehari. ahaha tak hagak-hagak kan. tapi daripada efek ubat yang buat jadi lalok tu aida makan sampailah macam badan ni dah lut. tak rase ape dah.

tapi dalam masa yang sama aida teringat tentang hsg. memang tibe-tibe rase nak buat hsg. berkobar-kobar. tapi period takde. apelagi terus beli ubat turun darah supaya period datang. datang je period terus cal hospital buat appoitment untuk hsg. hsg hanya boleh buat time subur, 5 hari selepas period kering. then, bile sampai tarikh tu, takut memang takut tapi redha jela demi nak dapat anak kan. memang dah google sebelum tuh, ade yang cakap sakit ade yang cakap tak. so depend pada orang. kome boleh bace kat sini pasal hsg tuh. Alhamdulilah berjaya lalui hsg ini dengan result yang baik. im normal dengan tiub fallopio yang normal dan tidak tersumbat. lega dengar tau. risau jugak mungkin blocking and so on kan. apepon tu semua Allah punya percaturan. kalau tak buat kite tak tahu kan. tapi dokter cakap ramai yang berjaya pregnant selepas buat hsg nih. so tawakal pada Allah saja.

aida start consume bromocripthine 2biji sehari tuh mase bulan puase aritu. hsg 2 hari sebelum puasa. okeyla, takde masalah apa-apa, dan sepanjang bulan puasa tuh memang banyak doa sangat-sangat nak anak. bila bersama pon niat dalam hati supaya lekat. dan dalam masa yang sama menunggu period datang. sebab dokter kate kalau consume bromo tuh period akan datang. dah siap pesan dengan encik am, kalau period kite pulun. haha. 18sx. yelah kau, period punyalah susah nak mai, macam mane nak tahu bile waktu suburnye kan. beli saje ovulation test tapi bile mase yang sesuai nak test. susahkan bagi orang-orang yang senasib macam aida nak predict tarikh dan time ovulasi. walaupon kadang-kadang rasa macam takde harapan je. yela nampak sangat ko tak subur sebab tak period kan. tapi no no no, ko kena positif. sentiasa yakin yang ko boleh pregnant. tu je. aida selalu sebut yang akan ada miracle berlaku.

dah raya puase haritu, cukup sebulan consume bromo tuh, pelik kenape tak period-period jugak. tunggu jugak kan sebab perasan susu memang dah tak kuar dah. dan masa pon berlalu begitu tapi stil makan ubat bromo tuh. sehinggalah malam-malam bulan syawal tuh selalu sangat terjaga pukul 2 3 pagi sebab perut cramp memulas macam senggugut tu kot. tapi bukan nak membuang. kadang tuh terjaga tengah malam sebab breast sakit yang amat macam ade orang picit-picit tuh. huuu. tapi masa tuh masih aktif sebab tak rasa apa-apa. tapi ade jugaklah terfikir "pregnantkah aku?".

so start daripada tuh rajinlah aida mengetest upt strip tu. haha, memang dah jenis suke beli upt. tambah-tambah upt yang murah tuh, tak kesah hari-hari nak test pon. so, pada mula-mula sekali test 18/8, tapi tak nampak pon double line. buang dalam bakul. pastu bile tengok-tengok balik, eh macam nak ade je lagi satu line tuh. so start dari tarikh tu la tiap-tiap hari test. memang ade line tapi faint sangat. encik am kate jangan terlalu berharap. dan aida tak berharap tapi macam ade perasan yang kuat kate aida mengandung. ada baby dalam perut nih. memang aida tak give up, hari ke hari aida nampak yang line tu makin terang. YaAllah, betolkan semua ini? memang macam  tak percaya. selame 2 tahun kawen ni tak pernah dapat double line yang selau dinanti-nantikan tuh. hati dah makin kuat dan yakin cakap pregnant. encik am masih takde respon. sedih jugak mase tuh, sebab encik am tak nampak riak happy. dan lagi sedih mase tengah-tengah excited test tuh, encik am rajin pulak out station. so dok tergedik sorang-sorang je kat rumah dan kat opis. punye tak sabar sampai kat opis pon bawak nak test. pastu snap gambar wasap kat encik am yang kerja jauh. wuuu. semangat dan keterujaan tu tak sama macam orang yang kawen-kawen terus bunting pelamin. tak sama. penantian kita tak sama. perasaan kita tak sama. penantian yang sangat bermakna dan berbaloi.

nampak tak ketaksabaran seorang mummy to be.
A Line is A Line. 
waktu google dekat tenet pasal faint line keluar satu artikel omputih.
die cakap bila dah ade line tu walaupon pudar ke terang ia tetap line.
so dari situlah aida semangat terus test upt sampailah terang. 


encik am pon belikan upt clearblue digital. die kate bile nak betol ade double line baru test. so tunggulah sampai encik am balik outstation, terus pagi-pagi bangun awal test. takut-takut jugak. tunggu sampai jam pasir die habis pusing, cuak sangat sebab dulu mase mule-mule kawen pernah beli dah upt nih, dahla mahal tup tup keluar not pregnant. kecewa mak tau. so kalini berharap sangat agar tak rugi duit beli untuk test. lame pastu, keluar tulisan "Pregnant", YaAllah. berdebar-debar. jantung memang berdegup laju sangat. terus keluar tunjuk dekat encik am yang tengah bersiap nak pergi kerja. masing-masing pandang kau pandang aku, aku pandang kau. tergamam. kemudian tersenyum. jam pasir tuh masih berjalan. lame sikit kuar pulak tulis 2-3. maknanya kandungan dah 4-5minggu. Allah, syukur ya Allah, terima kasih ya Allah. tak tahu nak gambar macam mana perasaan, aida dan encik am terus bersyukur. pagi tuh pergi kerja dengan senyuman. pasal test-test upt ni memang tak bagitau langsung kat sape-sape. eksperimen dengan encik am jer. aida lega sangat sebab nampak encik am senyum, sebab sebelum nih die macam takde perasaan jer.

ini adalah hadiah yang paling bermakna dalam hidup.
penantian ibu dan abah amat bermakna.
terima kasih Ya Allah. Alhamdulilah, Allah maha Besar.
we are going to be mommy and daddy soon, Insya Allah. Amin.

petang tuh balik kerja terus pergi scan kat private, yelah untuk kepastian, pergi klinik Maria je. then, scan nampaklah kantung baby yang sangat tiny kecil lagi comel. dokter Maria said Tahniah. mase tulah aida nampak muke encik am lah yang paling manis dengan senyuman. ya Allah terima kasih sebab aku dapat bagi hadian ini untuk suami. terima kasih ya Allah sebab bagi peluang untuk aida bergelar ibu, yang boleh mengandung dan melahirkan. terima kasih sebab aida boleh memberi zuriat pada suami yang sentiasa sabar. Terima Kasih Ya Allah atas semua nikmatmu. akanku jaga amanah ini dengan sebaik-baiknya. 

**bila tanya encik am kenapa sebelum nih macam tak suke je bila ade double line? die cakap sebab ayang tak period boleh ke mengandung? ya Allah sebab tu ke? Percayalah abang, ini semua dah tertulis, ini semua keajaiban, ini semua takdir, Allah lah sebaik-baik perancang. ingat kite merancang, tapi Allah yang lebih baik merancang. Dan bila abang senyum ayanglah orang yang paling gembira. sekarang abang percaya kan!


okeylah, nanti bile free bolehlah kite update lagi ye, banyak bende nak share, insyaAllah kalau takde ape-ape kite rajin-rajinkan menaip. inipon mengantok, belum campur sakit pinggang lagi. Aida doakan kawan-kawan yang sama nasib dengan aida akan mengandung jugak. ingat Allah tu maha Kaya, Yakin kite boleh mengandung ye. Positif!



okbai, xoxo.




Friday, August 8, 2014

Korea Day 4 : Last Day @ Gyeongbukgong Palace


Assalamualaikum,

lame tak update, baru teringat hutang lagi satu hari ke korea ke kite kan. aha, last day kite tak story lagi pergi mana. so destinasi kite pada pagi yang singkat itu ialah ke Gyeongbukgong Palace. sebabnya petang tu dah nak naik flight balik. uuuwaaa. serius shit memang tak puas jalan lagi. ade banyak palace atau museum dekat Seoul tapi yang kitorang jumpe yang senang yang inilah. maklumlah kalau dah travel slumber dan sempoi nih memang pandai-pandai sendirilah. tapi Alhamdulilah we did it.

GYEONGBUKGONG PALACE
Line subway :Hyehwa (Line 4) --> exit Chungmuro (Line 3) --> exit Gyeongbukgong (Line 3)


Gyeongbukgong Palace





Istiadat ape ntah, lupe mak, tula lambat update



dah macam muka bos aku jerk..hehe



sebelum nak balik tuh, kami nak jugak cari restoren malaysia kat sana kan. so jumpelah Restoren Mentari. restoren ni dekat Jahamun-ro, Jongno-gu. tapi sayangggg, mase tu baru pukol 10. diorang bukak kol12.30. what the?? so, takde rezeki kami. jadi balik guesthouse get ready nak balik mesia. woot woot. 




last naik subway, lepasni takde dah. 


okeylah, malas taip, next kite review guesthouse ye. tu pon kalau rajin. muahaha. gambar lain-lain dalam pc kat rumah, yang ini semua dalam phone jek.

ok bai, xoxo


Thursday, July 3, 2014

Dapur Pinky : Karipap Roti Sardin


Assalamualaikum,

hai hai hai, ape menu berbuka korang harini? haiiishh nak berbuka pon pening kan fikir nak masak apa. nak sahur pon same. hari-hari mesti tanya encik am nak makan apa, nak buka apa, nak sahur apa? huh.
okey rini mak jemah nak kongsi resipi side dishes yang sesuai nak buat berbuka atau sahur yek. haha.
korang pernah makan tak karipap roti? haaa, kalau aiskrim goreng tu pernahlah kan.


KARIPAP ROTI SARDIN

Bahan-bahan:-
  • roti gardenia
  • sardin atau telur racik (untuk inti)
  • pengepit karipap
Cara-caranya:-
  1. Letakkan roti diatas pengepit roti ditengah-tengahnya.
  2. bubuh inti tadi secukupnya.
  3. kepitkan kuat-kuat.
  4. dan siap!!
  5. Goreng di atas api yang sederhana.


ni haa, hasil kepitan kuasa kuda.

taraaa goreng pon sodap. okey. selamat mencuba. dap dap.

xoxo



Wednesday, July 2, 2014

HSG setelah setahun appointment


Assalamualaikum,

selamat berpuasa kepada semua. tahun nih tak pasti masih berpuasa penuh atau tak. sebab dah 4 tahun kot iolls puasa penuh kau sebab miss p tak datang. waaa, seronok memang seronok tapi dari segi kesihatan tu dah tentulah tak seronok sebab darah kotor tak keluar dari badan. yang bestnye tak payah ganti puase la. tapi tulah manusia macam aku nih tak pernah bersyukur kan, dah Allah bagi puasa penuh nak pulak ABC Allah bagi cuti kenn. adatlah manusia nih tak ada yang perfect. banyakkan doa di bulan yang penuh keberkatan ini mudah-mudahan doa dimakbulkan. Amin.

sebenarnye iolls takde rase nak share 'our journey to have a baby' nih kat sini. entahlah lebih suke bace dari belog ttc lain untuk info. dah hampir 2 tahun jugak buat treatment dan appointment dengan Hospital Putrajaya. nasiblah diorang layan kan. kalau LPPKN mau lima tahun baru nak layan. and haritu i ade buat entry pasal mri scan kan. ingat tak? tapi tak cerita details just explain apa itu mri je. actually bulan 4 yang lepas aida buat mri scan ni di Hospital Pantai Ampang. kenapa buat dekat situ sebab kalau tunggu appointment dekat hospital putrajaya maunye setahun. lama kot. so alternatif keluar duit sendiri pergi scan dekat swasta. total damage mri scan kat situ rm790++. tu pon dah hasil survey mane lagi murah. kalau kat kpj tak silap i around rm1300++. sebab i call banyak hospital tanya rate. dan rasanya hospital pantai pon okey jugak.

iolls buat mri ni sebab masalah hormon. hormon prolaktin mak terlebih-lebih dalam badan nih. thats why miss p i tingtong. badan i tak dapat nak berlaku ovulasi sebab otak konfius bile hormon prolaktin tinggi. hormon ni selalunya banyak untuk ibu menyusu. hormon yang hasilkan susu. sigh. dah kenapa dengan badan i nih? pelik tak pelik x? gynae pon pelik, so dari klinik o&g, mak kena refer ke medical pulak untuk investigate kes hormon nih. so, bila dah dekat klinik medical doktor suggest buat mri sebab selalunya bila hormon prolaktin tinggi kemungkinan ada ketumbuhan dalam otak di bahagian kelenjar pituitari. otak dah set kan badan ni seolah-olah sedang dalam penyusuan yang menyebabkan miss p tak datang berbulan-bulan lamanya. bila dah dapat result baru diorang nak kasik ubat. so, kalau nak tunggu hospital kerajaan ni memang lambatlah. satu-satu appointment pon makan masa sebulan dua. waaa, nak nangis mak rasa.

so discuss dengan encik am, kami prefer buat kat swasta. takpelah keluar duit sikit janji tahu macam mana badan nih kan. demi satu insan yang bernama anak, kami sanggup ya Allah. takut jugak memula nak buat mri tu. dok dalam mesin dalam 30minit dengan bunyi mesin gedung gedang yang kuat dan menakutkan, nasiblah diorang pakaikan headfon dengarlah lagu maher zain habis satu album. haha. tapi korang-korang jangan takut, tak ade ape pon sebenarnye. baring je kat situ. nak tidor pon boleh, cuma tak selesa sikitlah sebab bising.

okeylah, nak review pasal hsg nih. hsg nih pulak dah lama dah aida dapat appointment untuk buat tapi disebabkan miss p tak datang jadi setahun tertangguh tau. hoomai lame tak lame miss p tak datang. stress mak tau. kalau nak buat hsg kena hari ke 10 selepas period means dalam waktu subur. last months first day miss p datang terus i call hospital buat appointment. yess, memang i nak buat dan tekad nak buat. redah je selagi ape yang boleh buat i akan buat. tapi sebelom-sebelom tuh memang dah banyak bace dan google pasal hsg nih, memang 18sx kau. hahaha. nak tahu lebih bace bawah nih.

Apa itu HSG?

HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda.

Apa yang boleh dikesan oleh HSG?

Secara umumnya, HSG digunakan untuk mengesan ketidaknormalan pada rahim dan salur peranakan. Ia boleh mengesan kerosakan dan penyumbatan pada pada salur peranakan dan juga boleh memberikan maklumat tentang bentuk dan saiz rahim anda. Walaubagaimanapun ia juga boleh mengesan fibroid atau polip dalam rahim dan juga memberi idea tentang kewujudan parut disekitar ruang pelvis

HSG dan kehamilan

Disamping berupaya untuk mencari masalah salur peranakan dan rahim, ia juga didapati meninggikan kadar kehamilan bagi sesetengah wanita. HSG kadang-kadang menolong menghilang debu dan penyumbatan tidak serius pada salur peranakan. Ini membolehkan mereka yang mengalami masalah infertili menjadi hamil selepas HSG.

Prosedur HSG

  1. Anda akan berbaring diatas meja x-ray dengan lutut membengkok keatas.
  2. Spekulum akan diletakan didalam faraj untuk mendedahkan serviks ( pangkal rahim)
  3. Satu tiub plastik akan dimasukkan ke dalam rahim melalui liang serviks.
  4. Dengan perlahan-lahan dye akan disuntik melalui tiub tadi kedalam ruang rahim
  5. Beberapa gambar x-ray akan diambil semasa proses aliran dye tersebut.
  6. Untuk proses terakhir, anda akan di minta untuk mengiring dan gambar x-ray akan diambil sekali lagi.
Selepas x-ray terakhir diambil, anda akan diminta untuk berbaring selama beberapa minit. Mungkin anda akan terasa sedikit kejang pada perut tetapi tidak lama. Selepas beberapa minit, anda akan diminta untuk menukar pakaian dan keputusan selalunya akan tersedia 15-20min selepas itu.


inilah prosedur hsg yang seram dan menyeramkan..hahaha



Alhamdulilah berjaya melalui treatment ini akhirnya. apa yang i rase. em, rasanya kalau korang pernah buat pap smear, memula rasa macamtula ye. then bila tiup yang dimasukkan tu dikembang macam belon kat dalam uterus, terus rasa senak. rasanya macam period pain macam senggugut jer. masih boleh tahan. tapi lain orang lain rasanya. sebab ada yang baca sakit sangat-sangat, ada yang biasa-biasa. tapi bagi i sakit biasa je masih boleh tahan. then bila dah selesai akan ade bleeding tapi tak banyaklah. takat spot sikit-sikit untuk 2 3 hari. dan haritu i dapat mc. doktor bagitahu yang dua-dua tiub takde blocking dan rahim normal. Alhamdulilah sangat-sangat.

gambar scan hsg normal
nampak cecair mengalir ke kiri dan kanan tiub


so lepastu balik rumah rasa tak larat sangat-sangat dan perut rasa cramp, jadi kejenye baring sampai ke petang. lepas dah bangun iolls terus okey jer. hee. itulah sedikit sebanyak pengalaman buat hsg nih untuk panduan korang ye.


oklah, bai.

xoxo.


Saturday, June 28, 2014

Floria 2014


Assalamualaikum,

macam biasa tiap-tiap tahun tak pernah miss pergi floria. dah nama dok putrajaya kalau tak pergi nampak sangatla kan. tapi macam biase bende dah basi baru aku upload kan. kau ado? dah 6 hari lepas floria habis baru terkedek-kedek nak buat entry. okeylah tak mau berleter panjang-panjang, kasi tengok gambar saja.
tak macam tahun lepas, tahun ni kapal berhias buat asing. satu lagi event Magic of the Night pon ado tapi dekat Marina, dekat Maritim Putrajaya dan Floria 2014 dekat Presint 4. tahun lepas sekali sajo dekat Presint 2. dan kalini masuk berbayar la ye, rm3 untuk dewasa dan rm1 untuk kanak-kanak. dan kami 2 kali pergi siang dan malam. siang jalan-jalan bergambar malam datang beli pokok ek.


















abaikan kecomelan model dalam gambar di atas ye. just tengok kecantekan floria. oke bai.

xoxo



Thursday, June 26, 2014

Korea Day 3 : Everland & Insa-dong


Assalamualaikum,

haaa berjambang tunggu baru nak hupdate ke korea ke kite kan..bukan ape sebab terlampau banyak nau gambar sampai tak larat nak pilih yang mana satu kan. so sebab tu la malas. *alasan*. nampak sangatnye malas tahap gaban. kebetulan arini mc, so sakit-sakit nih kite kifarah sikit diri untuk rajin. muahaha. sambung yang aritu, hari ke tiga kitorang dekat sana memang dah turun 2 3 kilo yer. banyak sangat jalannya. so, ari ketiga kami pergi ke Everland. Tak sempat pergi Lotte World sebab Everland ini terlalu luas. sehari memang tak puas main dan jalan. perjalanan dari rumah kami di Hyehwa ke Everland mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. penat woo tukar-tukar train, tapi best. kebetulan musim bunga, memang cantik dan tak rugi datang woo.

EVERLAND
Line subway :Hyehwa (Line 4) --> exit Dongdaemun History Culture Park (Line 2)
--> exit Wangsimni (Line Bundang) --> exit Giheung (Line Everland) ----> exit Joendae, Everland

WELCOME TO EVERLAND
Tiket boleh tahanla jugak harga die, standard masuk USS kott

tapi berbaloi-baloi bayar harga tiket, memang tak mengecewakanla 
kalau korang datang sini, tak puas sehari berjalan, kat sini tak sejuk sangat, 
tak pakai jaket pon masih boleh tahan. 


Human Sky, jangan takut rendah je bende nih, bestt
turun ke bawah untuk ke Safari Zoo

macam di alam fantasi bila ade kat sini

 mak jemah pon sibuk queue dengan budak-budak sebab nak bergambar dengan ulat nihh
nampak sangat ketidakmatangan diri, kuikuikui

semua bende kat sini kalau boleh nak bergambar, 
tapi bukan bunga betol pon, plastikk

ohhhh oppps my personal photographer tumpang lalu.......

iolls posing sensorang jelah kan..

fefelin retis kau..jangan muntah yerr

my LOVE

baru jek nak bergambar berdua, tapi spoil gambar gelap,
ahjumma tak pandai tangkap gambar lorrr..

Subhanallah, maha suci Allah. what a wonderful garden.
pemandangan bunga-bunga yang cantik lagi kalerful, 
terlampau banyak sangat gambar, so ini je yg rajin edit dan upload. maap.

okey, dekat sini bukan saje ade taman-taman bunga, banyak kedai-kedai yang cantik, kedai makan, kedai jual souvenier cantik-cantik dan harga pon amat cantik. kalau rajin jalan, ade safari, tapi tiket masuk lain ye. kami just beli tiket outdoor dan freeshow sajo. dekat sini juga ade themepark, memang semuanya extreme giler baq hang. kami tak main just tengok ajo. maunye satgi sakit penin muntah, dahla perjalanan jauh. tapi kalau dapat pergi lagi sekali memang nak main kau. so dekat sekerat hari kami kat sini, so masing-masing dah penat, apelagi jomla balik. waaaaa. next kami nak pergi cari souvenier untuk di bawa balik. 



INSADONG

google punya google sini kalau nak cari buah tangan souvenier Insadong boleh dapat murah. nak lagi murah
cari barang yang hand made. boleh mintak murah lagi kalau pandai. ngee. 

haaa, nampak tak bersepah barang-barang souvenier kau, 
keychain yang murah boleh dapat 8000won untuk 10. 

banyak lagi tempat boleh dapat murah macam dondaemun market, namdaemun market, doota, yang penting korang kena pandai cari tempat die, bukan turun-turun subway je terus nampa okeh, 
kena jalan belakang-belakang kedai baru jumpe. 
sori, i cuma story kat uolls tempat yang i pergi jek. yang lain google sendiri k.

misi menghabiskan duit encik am, muahaha

kat sini pon ade jugak orang islam yang jual aiskrim, siap buat gimik lagi ala cam citer istanbul aku datang tuh. hahaha, mau malas nak beli aiskrim la kalau buat gitu. haha. harga 4000won. boleh tahan.

oke, sebahagian hasil borongan di siang hari, malam punye lain cerita.

Malamnya kitorang pergi makan di Itaewon, misi mencari kedai halal yang jual makanan korea. malangnya teramat sukar nak mencari jadinya makan makanan arab di korea. uuuwaaa. oleh sebab esok dah nak balik, malam tu kami sambung lagi aktiviti menyoppin di Namdaemun Market. memang puas jalan, dan tak sia-siakan percutian kalini. 


ok bai. xoxo.

rajin-rajin klik sini