728 x 90

Wednesday, June 20, 2012

Nak dulu, nak sekarang

Since dari kecik sampai besar, aida dimanjakan dengan segala benda dari sekecik-kecik benda sampai sebesar-besar benda. Mintaklah apa pon dari mak dengan ayah, rasanya 99.9% tak pernah tak dapat. haha. sound terukkan. padahal bukanlah anak bongsu pon..anak no 5 yang mula-mula perasan bongsu last-last enam tahun kemudian dapat pulak adik sorang pastu tambah lagi sorang. pheewww. hilang title "bongsu" yang aida pegang selama 6 tahun. uuuwwwaaa. sampai sekarang tau aida merajuk pasal benda ni dengan mak. kelakar tak. hape hape kan.

so, nak story sikit betapa buruknya perangai aida mase dapat adik dulu. nggeee. sebab mula-mula tak dapat nak menerima kehadiran adik aida, aida baling botol susu dia sampai pecah. pernah jugak bila mak suruh buatkan susu adik, aida masukkan garam bukan gula sebab marah. yelah, dahla kite tak dapat terima kehadiran dia lagi pastu bila dah ada adik ni tau-taula mak kite mestilah manjakan dia lebih lepas tuh kite nih jadi mangsa suruhan la. ha. semua dah masak dengan perangai aida. keke.
tapi tu dulu lah, sekarang ni dah besar dah boleh terima kenyataan bahawasanya aida ada 2 orang adik. one girl and one boy. ahaks. and i love both of them so mucchh.



Kalu dulu nak apa2 je mintak dekat mak ayah. Mesti dapat punyalah. Kalu tak dapat mulala tarik muncung itik. Encik suami selalu tarik muncung tuh. Kalau tak dapat jugak mulalah tak mau makanla tak mau cakapla merajok berhari-hari, menangis hentak-hentak kaki..haha segala macam pe,el la..sabo jela kan.

Tapi sekarang nih, boleh ke lagi mintak-mintak dengan ayah dengan mak. Boleh ke? Kalau nak apa-apa kena mintak dengan siapa yek?? Keke..

Monday, June 18, 2012

Thats what we called wife and husband

Today dah masuk 24 hari aida dan encik suami bergelar wife and husband. phewww sometimes masih lagi rasa macam tak percaya and sometimes feel weird malu dan yang seangkatan dengannya. maybe masih awal lagi, people says masih baru lagi. control shock maybe. iyelah, dulu tinggal serumah dengan housemate, yup dah tentulah girl kan. ni tinggal pulak dengan encik suami, dah tentulah boy kan opps my man. memula tuh tak tahu macam mana nak berdepan dengan dia. macam mana nak mulakan semuanya. semuanya bermula dari zero. aippp jangan fikir macam-macam yerk.

i means how to start tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri.haha. sengaja diboldkan untuk menunjukkan betapa dalamnya aida memikirkan about life after became a wifey untuk encik suami.ooohh how kusutnya lagi bila teringat aida dah ade 3family. pakej yang datang sejak-sejak akad nikah SAH. his family, my family and plus our family. oooh macam mana ye mereka-mereka yang sudah berkahwin ini menghandlekan semua ini? dalam hati kecil aida berkata, insyaAllah, aida boleh.

Alhamdulilah sampai ke hari ini, we are so happy and truly enjoy our honeymoon yang tak sampai-sampai moon pon yang penting kita saling ada untuk each other. since kita dah terima dia sebagai suami, kita dah membebankan dia untuk menanggung segala dosa-dosa kita yang selama ni ayah kita yang tanggung, so kita as a wife kenalah sama membantu meringankan beban yang si suami ini tanggung. do make some changes, tak banyak pon tak apa. mulalah dari sikit-sikit dan dari sikit-sikit itulah akan jadi banyak. bak kata ustaz azhar idrus, buatlah walaupon terpaksa coz nak tunggu ikhlas sampai bila kan. lama-lama nanti terbiasa lah.

masih lagi terngiang di telinga on the 1st day aida sebagai isteri, encik suami dengan lembutnya menegur aida "sayang, sayang dah jadi isteri orang, kalau boleh kalau nak keluar rumah tu pakailah tudung even depan rumah sendiri".
oooouucchhh tergamam aida kat situ sekejap. tersentuh, malu, tersedar semua ada perasaan bercampur baur. aida memang bertudung tapi kalau depan rumah kadang-kadang tak pakai tudung. sebab dah terbiasa. huuuuu. mungkin atas naluri seorang isteri, aida menganguk sambil mencium tangan encik suami. dalam hati aida berbisik "Alhamdulilah, terima kasih abang, terima kasih tuhan kerana menghantar suami ini kepadaku". so from dat time aida sedar satu tanggungjawab aida as a wife adalah menjaga batas-batas aurat dengan bukan muhrim.

and then, bila dah bertandang dah tentulah kena bermalam di rumah mertua kan. so absolutely kena 2 3 hari baru cukup syarat. haha, memula macam nak menangis yang amat-amat sangat bila mak dengan ayah balik. rasa macam nak lari je ikut balik. memang dah nak mengalir laju dah air mata ni tapi cool sebab ramai sangat orang. hati dah sebak dah. tahan jer. encik suami sibuk melayan tetamu aida pulak sibuk melayan hati ni. uhuhuhuhu. actually aida dah lama kenal dengan family in law ni, so tadelah malu alah bagai cuma seganlah family baru. he. then oleh sebab semua orang sibuk mengemas rumah so aida pon amik kesempatan nak rapat dengan FIL ni dengan merajin-rajinkan tulang ni menolong mereka. alhamdulilah mood okey dan hilang sikit demi sedikit sebak tuh. nasib ada encik suami yang menenangkan aida dan faham keadaan aida macam mana.

sekarang ni encik suami masih lagi memegang title weekend husband sebab housemate aida masih lagi tak dapat rumah. so aida masih tak dapat nak jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan sepenuhnya. tapi, alhamdulilah walaupon cuma hujung minggu tapi aida happy menjalankan tugas. bila 2 3 hari tak jumpa tuh rasa rindu yang amat sangat. yelah, orang baru kahwin dah tentulah nak tinggal sama-sama. masih dalam mood honeymoon. hewhewhew. dan encik suami juga tak lupa tanggungjawab balik tiap-tiap weekend. insyaAllah, tak lama lagi dapatlah kami tinggal berdua aje dan hidup dengan rukunnya. cheewah.

rupanya berat juga ya tanggungjawab isteri ni ye. letih juga walaupon encik suami hanya balik dihujung minggu. tapi letih tu hilang bila encik suami ada depan mata. conclusionnyer, i enjoy doing my job as a wife and housewife. ahahaha. betullah, orang kata bila dah kawen ni akan mendisiplinkan kita. mana taknya kalu masa zaman anak dara dulu nak bangun pagi la paling liat. yelah, hidup bujang bukan ada apa orang kesah, sekarang ni jangan haraplah nak bangun lambat. tugas bermula seawal subuh lagi. a a. bangun pagi solat, then bergegas buatkan breakfast, then basuh baju, sidai baju, kemas rumah, siapkan lunch, kutip baju, lipat baju, iron baju, siapkan makan malam, mengemas lagi kerja yang tak pernah berakhir sampailah tidur dan esok sambung balik rutin yang sama. oh mai, inilah yang dinamakan isteri ye. letih memang letih tapi puas hati dengan apa yang aida buat.

dulu malas-malas nak masak sekarang ni dah mengalahkan peserta master chef dah. dah macam kedai makan sebab selalu kena order dengan encik suami. haha, mase ni lah nak tunjuk skill yang ada tuh. bila dah masak makan sama-sama encik suami akan mengomen masakan, walaupon terasa tapi encik suami pandai pujuk balik. "bagus, boleh cuba lagi". tu pon dah cukup buat aida tersenyum. :)

nak citer pasal family palnning, kitorang tade planning apa-apa, just terima dan redha kalau ada rezeki adalah. InsyaAllah. nanti aida nak celoteh pasal hal-hal kawen, buat masa sekarang, op tak bagi lagi gambar-gambar masa wedding hari tu lagi. so takleh la nak citer lagi ye.

Wednesday, June 13, 2012

Testin

Oke, ini adalah entry just nak test boleh upload gambar ke tak?
dah bape ari aida try upload gambar..but gambar still tak appear kat belog..
macam mane nih??

test 1, 2, 3...

Thursday, June 7, 2012

Hi, im back..

Salam kawan-kawan semua,
rasa macam eh memang dah lama dah pon aida xhupdate belog kesayangan ni. alo bucuk-bucuk pink is merah jambu nih.
ni ha, Puan Aida dah datang, jangan tak kenal pulak. dah tukar status ye dari cik ke puan. wow, betol ke ni? macam tak percaya je. aida sendiri pon macam tak percaya jek.
on 25.5.2012 lepas asar aida selamat diijabkabulkan dengan encik tunang auww encik hasben la sekarang..
hehe..ini bermakna aida dah jadi isteri orang dah oiii.
buat mase sekarang aida malas-malas lagi nak hupdate belog nih, nanti tunggu time rajin-rajin aida review ye majlis aida. yuk.
biler dah dapat title "isteri" nih, jadi bermula la aida menggalas tanggungjawab seorang isteri kepada seorang suami. ngee. buat mase sekarang aida dengan hasben tinggal asing-asing lagi. jadi rindu-rindu la selalu. he.