728 x 90

Tuesday, August 28, 2012

Syawal 2012


Salam,
salam 10 Syawal, dah raya ke-10 dah. kejap je kan masa berlalu. pejam celik pejam celik jangan tak celik-celik sudah. ngee. arini baru tergerak hati nak puasa. ingat nak puasa 6 macam selalu tapi kena ganti puasa dulu la ye. nasib tinggal sehari je. ekeke, tengok orangla kawan. adess nak buat macam mana, period tak datangla bulan ni. pecah rekodlah sebab dah 3tahun period tak datang. yang tinggal sehari ni pon sebab dah nak pengsan sangat-sangat dah. jadi untuk tidak memudharatkan diri, aku pon bukak la puasanya ye. ^ - ^.

dah berhari baru hari ini jugakla nak citer pasal riang ria raya 2012. yela, tahun pertama beraya sebagai suami isteri. tahun pertama jugak beraya dengan dua keluarga. untuk pengetahuan semualah kan, tahun ini aku berjaya balik beraya rumah aku dulu. yeay, menang tanpa bertanding. ekeke, tu pon sebab family mertuaku balik beraya di kampung dulu. kalu tak jangan haraplah. fuuuhhhhh. oleh sebab encik am aka suamiku dapat cuti 2hari saja jadi kami dah buat calculation berapa hari dirumah dia dan berapa hari dirumah aku. so jumaat malam kami balik  ke rumah aku dulu sampailah ke petang isnin baru bertolak kerumah dia. isnin sampai rabu petang di rumah dia dan cabut balik dan sempat lagi singgah rumah mak aku. itulah untung rumah mak kat tengah-tengah. mak, tak puas cuti you! oleh kerana tersayangkan suami dan terkesiankan suami, aku menuruti jua. cehhh ayat pasrah.....

Jom layan gambar raya kami....


mommy and daddy tahun ni tema purple

my sister, amira and my nenek

aku dan encik am

we love u daddy

adik aku yang masham

encik am yang sibuk main games di hari raya

gangster taiping mali

aku sayang mak aku

mie budak bucuk dan my sister, hanie

family my sis, tak cukup sorang lagi hilang tak dapat dikesan

bergambar depan rumah dikala petang emak pon 
sudah menukar baju memakai kain batik sahaja

aku, mak aku dan mak dia..hehe

this my two big brother.dua-dua sudah gemokssss

Ahahaha, tahun ini takde gambar beramai-ramai ye, pasal semua sibuk hal masing-masing kehulu kehilir dengan ketupat lemang dan rendang. haha. 

Oke yang tiada dalam gambar : family along aku yang balik beraya di alor setar dan adik laki aku, amin yang lesap entah kemana selepas mendapat duit raya yang tak seberapa itu. haha.

"SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN"



Thursday, August 16, 2012

Raya kali ini



Assalamualaikum,
salam hari khamis dan salam malam 27 Ramadhan.
dalam sedar tak sedar sekejap sahaja masa berlalu dah dekat sebulan kita berpuasa.
rasa macam baru je kita berpuasa hari itu.
Dan Syawal kali ini amat bermakna kerana dapat beraya bersama suami. 
Dikesempatan ini aida ingin mengucapkan 
"Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin"
ikhlas dari aida dan suami.



p/s:  berhati-hati balik kampung. jangan gopoh-gopoh. biar lambat asalkan dapat berhari raya di kampung halaman. waa dah rindu sangat dekat mak dengan ayah. nasib tahun ini beraya kat ipoh dulu..yeehaa.chaloo bete.