728 x 90

Thursday, August 20, 2015

SSPN-i untuk Kayin


Assalamualaikum,

minggu lepas aida dah bukakan SSPN-i untuk kayin.
actually kebetulan ade orang dari ptptn dan sspn yang bukak booth dekat cafe spr nih.
memang dah niat nak buka akaun untuk dia, so alang-alang dah ade.
dan kebetulan kak irma opismate ajak, laju jer turun. hiks.

selalunya dekat-dekat booth macamnih jer yang dapat gift.
bukak minimum rm50 dapatlah tabung telur tuh.
sebabnya ibu tak bawak duit lebih.
takpelah, next time bile kad sspn-i kayin dah sampai kita masukkan duit lagi yer.
nowadays dah takde buku kan.

nanti ibu nak pergi buka tabung haji pulak untuk kayin.
duit sedekah lahir dan duit raya die dah banyak sangat kat rumah tuh. bersampul-sampul.
nanti ibu dengan abah bawak kayin kite pergi buka akaun yer.

kena ajar kayin menyimpan dan menabung dari kecil untuk mase depan.
sspn-i untuk kemudahan pelajaran kayin.
tabung haji untuk daftar kayin haji dan simpanan kayin.
sspn-i tuh wajib ada kalau nak apply ptptn nanti. tapi rasanya bila kayin dah besar taknaklah
berloan dengan ptptn. teringat pulak cakap lecturer time study dulu, ptptipu.
ibu dulu study dah loan dengan ptptn, sekarang dah kena bayar baliklah kan.
ape-ape pon, kalau boleh biarlah ada simpanan untuk anak-anak.
haa, lagi satu ibu pon dah start membeli emas untuk kayin. hiks.
terjebak dengan kawan-kawan opislah, tapi bagus jugak tau, pelaburan masa hadapan.
cuma insurans kayin saje masih fikir nak amik atau tak.


inilah rupe tabung telur tuh. sumber google.


til then, xoxo.

Friday, August 14, 2015

Kisah Raya 2015


Assalamualaikum,

sebelom habis raya meh kite tepek gambar raya kitorang dulu,
tahun nih kami beraya bertiga. Alhamdulilah.
tahun nih awal raya di sebelah suami. so gambar rumah kiter takdelah. sebab tak wear proper kan.
tunggu tahun depan pulak.
oren dah, merah dah, biru dah, kelabu dah, tahun depan agak-agak kaler ape pulak yer?? he.
nampak tak, berapa lama tunggu kayin dalam gambar. hiks. okbai.



til then, xoxo.



Wednesday, August 12, 2015

Pengalaman Bersalin : Kayin


Assalamualaikum,

sejak-sejak ada kayin nih, malas giler nak update belog. Lagi rajin layan anak, anak dan anak. Bile dah jadi ibu nih, mesti akan menghidap sindrom mak-mak kan. Dah masuk keje pon, jasad je kat opis, hati dan jiwa semua tertinggal kat rumah. Allah, rindu anak tuh Tuhan je yang tahu. Hari-hari jumpa peluk cium pon tak puas. Tula penangan jadi mak-mak nih kan. Seronoknya Allah je yang tahu. Anugerah tak ternilai yang Allah bagi kat kami nih tak ternilai dengan duit ringgit, duit banyak sekalipon tapi takde anak jiwa kosong sangat wey. Penantian 2tahun 2bulan nak mengandungkan kayin, Allah saje yang tahu macam mana kami lalui kami usaha. Bukan sikit duit keluar, bukan sikit tak sedih dengan orang keliling, dah tertulis kan bila dan bila, tak tahu nak jawab apa lagi.

Bersalinkan kayin adalah pengalaman terindah bagi seorang perempuan seperti aku. Alhamdulilah merasai jugak mengandung 9bulan dan melahirkan seperti perempuan biasa yang lain. Kuasa tuhan kan. Kalau Allah dah kata "Kun Faya Kun", jadi maka jadilah!.

Mengandungkan kayin aku sah-sah dah gdm kan. Diet tak jalan terus gdm on insulin. Ambik sape suruh tak jaga makan kan. Degil, sekali masa kandungan 6bulan dah kena cucuk insulin tetiap hari. Menyesal tak sudah tak jaga makan. Nasiblah kayin tak ape-ape. Risiko jugak tau gdm nih, dan tak pasal-pasal dari sticker hijau naik sticker kuning kau. Haha. Dan disebabkan itu, last checkup mase 37weeks doc dah suruh admit ward 38weeks. Bersalin pakse atau pon Iol induce on labour. Giler tak takut bila dah tahu tarikh nak beranak.

14 April 2015 | Selasa
Tarikh yang sepatutnya aku admit ward untuk iol. Pagi-pagi lagi dah datang hospital putrajaya nak register untuk katil. Encik am memang dah start ambil cuti untuk temankan aku. Tapi tau-tau jelah hospital putrajaya kan katil terhad, so terpaksa que la. Then balik rumah tunggu la call dari hospital. Tapi lepastuh terus ke Ppum sebab encik am kena xray kaki die yang eksiden haritu. Sempat lagi pergi merata. Takut-takut jugak tiba-tiba nak terberanak kan. Pukul 5 petang masih tak ade call dari wad jadi terpaksa call labour room untuk update kes. Pukul 8 kena datang wad bersalin untuk ctg memandangkan katil masih takde. Masih tak rasa sakit, tak rasa contraction, tak ade leaking. Then baby oke graf cantek, nurse suruh balik dan esok kena datang balik register lagi untuk katil. sepatutnya 14hb admit, 15hb induce.

15 April 2015 | Rabu
Pagi-pagi rabu tuh dah tercegat depan kaunter nak register. Lucky orang pertama register haritu. So macam biasa balik rumah. Takade rase contraction mungkin ada tapi tak tahu kan. Tapi yang pasti asyik sakit perut macam senggugut dan nak berak-berak jer. Sori takyah berlapis sangatla kan cakap. Cakap dengan mak sakit-sakit perut asik berak jer, mak dah datang dari hari sabtu lagi teman. Ayah standby kat kampung jer sebab ayah dah tak larat nak berjalan jauh. Mak cakap sakit nak beranak kot. Tapi rase die mild-mild jer. Aku nih mane pandai sangat bab-bab period pain nih sebab dari start datang period dulu mane ade senggugut. jadi tak tahu macam mana rasa. then, i oke jelah. tunggu sampai pukul5 masih jugak takde call. macam biasa kena report labour room selepas pukul5 then diorang bagitau akan contact semula nanti. so malam tuh, pergi dinner bertiga, encik am, aku dengan mak dekat laman perdana. soon, hospital call katenye dah dapat katil. kena register malamni jugak. Dup dup jantung aku. lepas makan balik rumah terus kemas barang untuk ke hospital. dalam pukul10 malam register bilik dekat kecemasan dan terus naik wad. Wad 2A katil no.7. sebilik 4orang.

Kena tukar baju warne pink, emak dan encik am balik. tinggal aku yang tak pernah duduk wad ni kan. Doc perempuan suruh ke bilik belakang untuk cek bukaan. bayangkan dengan baru masuk, baring pon belom atas katil dan nak kena seluk. terkulat-kulat jugak. check bukaan dah 3cm. ohmai, 3cm tapi aku masih relax lagi. takut sebab takde pengalaman kan. doc cucuk ubat berak dekat bontot terus berlari ke toilet. membuang. memang takleh tahan dah. tu pon sempat lagi nak pakai spende, sampai doc cakap tak payah pakai, awak nak terberak kan. Aah. bagi aku kena seluk nih sakit sikit tapi masih boleh tahan.

Lega lepas dah keluar semua, balik dekat katil. datang doc cina lelaki untuk pasangkan jarum tiub untuk masuk air dan jugak antibiotik dekat tangan. antibiotik sebab aku gbs+. setel. datang pula 2 orang doc perempuan untuk pecahkan ketuban. hohoho. dah rasa macam redho je ape yang diorang akan buat. doc masukkan alat untuk pecahkan ketuban. sambil baring, agak terasa jugak sakit tapi sama jugak masih boleh tahan sampai doc kata awak memang jenis tahan sakit ker? aku pon tak tahu. aku tanya kenapa kena pecah ketuban, doc jawab semua awak gdm. ooh. aku tanya lagi, semua ke air ketuban keluar? risaula kan baby akan lemas. doc jawab sebanyak mungkin. glup. i dont know, tapi doc mesti tahu apa yang diorang buat kan. setel tuh terus diorang tolak masuk labour room. encik am yang baru balik, aku dah call suruh datang balik. ohmai, dah nak beranak ke? mase tuh around 11 kalau tak silap.

16 April 2015 | Khamis 
pukul 12 lebih. dalam labour room kena tukar pakai baju putih sahaja tanpa kain. kena drip air dan sebelah lagi tangan kena pasang tiub lagi untuk insulin dan ubat bagi contraction yang lebih kurang induce. kiranya kes aku sebab sampai-sampai je dah ade bukaan so tak payah induce bagai. nurse tanya nak epidural, i said no. aku nak tahan. nak alami sakit secara natural. aku rasa aku boleh tahan lagi. nurse cek bukaan masih lagi 3cm. nurse pasangkan ctg pada perut untuk cek jantung baby dan contraction all the time. encik am pon sampai untuk temankan aku. syukur sangat suami boleh temankan. encik am bacakan yassin kat sebelah. dan aku mula melayan sakit contraction yang mild selang 15minit macam tulah. tak mengantuk tapi takut.

pukul 3 pagi doc datang untuk cek bukaan. dah 5cm. huh. lagi seram. sakit contraction makin menjadi-jadi. selang 10minit selang 5minit. nurse tanya untuk cucuk ubat tahan sakit dekat bontot. aku masih lagi berkeras nak tahan jugak. encik am ikut saja aku. air dah masuk botol kedua. dalam masa yang sama aku banyak terberak sebab aku memang tak boleh tahan dah. die keluar sendiri, mungkin efek dari ubat cucuk dalam bontot tu kot. nurse kate takpe berak jer, diorang cuci. malu amat tapi nasiblah nurse baik-baik. diorang bajet dalam pukul7 mungkin aku beranak. sebab anak first kan, katenye bukaan lambat. 1cm sejam.

pukul 4 pagi, nurse cek bukaan. dah 7cm. oh cepat jugak. dan aku asyik nak terberak jer. masih menahan sakit contraction yang makin lama makin kuat. kuat aku pegang tangan encik am. die dah muke cuak dah. same-same first time kan, betollah orang cakap rasa contraction nih macam 20 30x ganda period pain tuh. Allah. tulah yang menghapus dosa.

pukul 4.15 pagi macamtuh, aku dah rasa macam nak terberak yang tak boleh tahan dah plus sakit yang amat. aku cakap dekat nurse, saya nak terberak sangat dah nih. sakitnya yaAllah. terus diorang kelam kabut dalam 6 7 orang jugak nurse keliling aku. segan memang tak ingat dahla. diorang beria suruh aku teran. katanya dah nak bersalin dah. what? betol ke? aku pon ape lagi terus teran. banyak kali jugak teran sampai satu masa tuh memang sakit yang amat sangat. terus bisik dalam hati. "baby, tolong ibu, ibu dah tak tahan". yaAllah kuasa tuhan kot, terus rasa macam baby nak keluar dah. encik am masuk sebab kena keluar sekejap masa nurse cuci berak tadi. diorang cakap dengan die, cik suami nampak tak kepala baby. dah nampak rambut die. serius tak rase macam mana. nurse suruh teran bila ada contraction. banyak kali jugak teran sampai keluar kepala. teran lagi untuk keluar badan pulak. bluup. terasa badan baby keluar. Alhamdulilah. tepat 4.38pagi, 16 April 2015 lahirlah puteriku seberat 3.13kg secara normal. Terima kasih Allah.

Sayu hati dengar tangisan pertama baby, tak sedar dah jadi ibu. terus hilang rasa sakit tadi.
lepastuh, terus kena jahit dan nurse serahkan baby lepas dah bersihkan untuk menyusu. Allah.
Indahnya dunia dapat tengok dan tatap muka anak yang dikandung 9bulan dalam perut. Comel sesangat. Perasaan dan naluri ibu tuh terus meresap dalam jiwa. Alhamdulilah, syukur yaAllah.

Pagi tuh, kena tolak masuk wad balik dan baby terus kena hantar nicu sebab nak pantau gula dalam darah dan on antibiotic kes ibu gbs+. sedih jugak, tapi demi kebaikan baby, redhakan jugak. petang tuh, aku dah boleh keluar wad, tapi baby masih kena tahan. Allah, ujian tuhan mana mampu kita tolak kan. Bertabah hanya boleh melawat waktu melawat sahaja. Ibu mana tak kasihankan anak. kena cucuk amik darah selalu. Malam tuh aku tidur tanpa baby kayin disebelah.

17-21 April 2015 
Baby kayin dihantar ke Pusat Bersalin Risiko Rendah Presint 8. Alhamdulilah, dekat sana ibu boleh temankan baby. syukur boleh menyusu dan jaga kayin walaupon dalam berpantang. 6hari baby kayin kena tahan sebab nak habiskan dos antiobiotik. kena cek kuning, tak tinggi dari 225 turun ke 170. Alhamdulilah baby kayin sihat. last day kat situ memang tak sabar sangat nak bawak baby kayin balik rumah.

22 April 2015 - Rabu
Encik am pergi daftar kelahiran baby kayin di JPN sebelum balik kampung berpantang.
Nama yang diberi :-

Nur Khaireen Saffiya - Cahaya Kebaikanku dan Ketenangan.
Puteri syurga yang lahir dalam kebaikan yang memberikan ketenangan kepada ibu dan abah.

Nama manje : Kayin (dari dalam perut dah panggil kayin)

Kayin - nama anak laki-laki afrika yang bermaksud panjang/ atau maksud lain anak yang lama ditunggu.


baby kayin dari lahir sampai usia 1mo.


sekarang baby kayin dah hampir 4bulan lagi berapa hari jer. Alhamdulilah baby kayin membesar dengan sehat dan kuat.


kesayangan ibu abah.


til then, xoxo.




Tuesday, August 11, 2015

Sayaiday dan Ayueidris Giveaway August 2015



Jom ramai-ramai join giveaway yang dianjurkan di blog Sayaiday.com dan Ayueidris.com 
Antara hadiah yang ditawarkan adalah :



+ 1 x Penginapan 2 hari 1 malam di The Kabin,Jeram Selangor *
+ 2 keping tiket Aquaria KLCC
+ Sebuah buku karya Dr. Anwar Fazal, Tribulasi 365
+ RM30 Voucher Parkamaya
+ RM150 Voucher Parkamaya
+ RM50 Voucher Pak John Steamboat
+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 6 Mangkuk Boat Noodle)
+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 10 Mangkuk Boat Noodle)
+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 12 Mangkuk Boat Noodle)
+ Outdoor Photoshoot by Islam (Website)
+ 5 set Chrochet Heart (5 pemenang)

Seramain 15 Pemenang Bertuah dan Contest berakhir pada 19 August 2015.


Anjuran blog : www.sayaiday.com, www.ayueidris.com, akumohdfakhrulislam.blogspot.com

Klik Link ini untuk join contest : http://goo.gl/H0lgNa