728 x 90

Monday, May 16, 2011

Hepi teachers day

Salam,

 di sini aida ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua cikgu-cikgu di dunia ini terutama sekali to my sista, Cikgu Hasni. Segala pengorbanan dan penat lelah cikgu selama ini terus dihargai pada setiap 16 Mei dan setiap hari.

Cikgu umpama lilin yang membakar diri untuk menerangi setiap anak muridnya. Betapa besar nya pahala setiap cikgu kerana sedikit ilmu yang diajar kepada anak murid dan masih diamalkan setiap masa, sampai bila2 pahala akan terus berganda.

Tanpa cikgu, tak mungkin akan ada doktor, jurutera, ahli falsafah, politik, dan sebagainya. Bermula dari ABC sampai Z yang telah diajar cikgu, yang sehingga kini membuat kita pandai membaca dan mengeja.

Seorang cikgu yang tak dapat aida lupakan sampai ke hari ini dan masih berhubung ialah Cikgu Hasmimah Hanim Jalil. Beliau mengajar aida dari tahun 4 sampai ke tahun 6. Daripada aida lemah matematik menjadi kepada seorang yang mahir matematik. thanks cikgu, walaupun selalu didenda tetapi itu semua menjadi kenangan dan pengajaran besar buat aida.

cikgu Hasmimah


Terima Kasih Cikgu, I LUV U.

Daripada Abu Umamah al -Bahili, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan bumi; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus ( meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut ) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia". (Riwayat al-Tirmizi)