728 x 90

Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday : Adik Bucuk Athrap..



Me wit adik ucuk atherap aka asyraaf @ medan selera
next to the souq bukhari, alor setar.
Cayaaaannnggg atherap..muahhhcx..

Thursday, November 24, 2011

Miyu Datang

Salam...

Hai, lame xupdate, nak update asik tangguh2 je..sudah xtulis ape..mcmtula selalu..bukan ape sekarang ni dah makin busy sejak2 kedatangan orang baru dekat rumah. He, my new baby. Nak tahu sape..hehe..Surpriseeeeeeeee...tet.


Miyu


Ha..ni la orang baru dalam rumah kami. Kami bagi nama Miyu. Name manje. Nama panjang Miyuki Airy. Ha, sedap tak nama die. Nanti nak pegi buat IC die plak. Hah, macam manusia plak. Macam mana ye boleh tergerak hati nak bela tucing ni. Mmmmm..actually, dulu memang seriously tak bape suke dengan kucing. Geli sebenarnye even kat umah cik abang banyak anak tucing. Yang paling ingat kat tucing yang tue tu name die Angelo. He. Tapi time tu tiada perasaan dengan tucing ni. He.


Actually, sejak berapa menjak kebelakang yang dulu selalu tengok artikel pasal tucing ni. Sumtimes kat pesbuk pon ade orang tag artikel pasal tucing. Unfortunately bile tengok ade picture post yang tunjuk penderaan dan penganiyaan terhadap tucing ni, Ya Allah tuhan saja yang tahu betapa sakitnya hati tengok. Kejam sungguh manusia zaman ini. Apa nak jadi. Semoga Allah saja yang membalas perbuatan mereka.


Grrr..masih geram nih..cool down bebeh. Nak jadi cite kat umah Puan Mak dengan Encik Ayah pon ada tucing nih. Dah dekat 3 tahun jugakla die bermastautin kat umah tuh. That way, dah jadi biasa la tinggal dengan tucing nih. Badan pon dah biasa dah becalar balar nih.


Then, 1 ari nih tergerak hati ni nak sangat2 bela tucing. Pastu calla cik abang suh carikan sekor tucing yang masih kecik yang comel xmau comot2. Cik abang plak balik hometown so die kate oke die carikan. Tak kesahla tucing beli ke jumpe ke janji tucin jugak. Cik abang pon puas carik, last2 jumpe kat tepi jambatan mase isi minyak kete. Nasib si miyu la yang bertuah menjadi pilihan cik abang. Cik abang pon bawak balik bagi mandi dan makan. He.


Last week kitorang keluar pegi cari rumah, pasir, makanan, bekas makan dan mainan die. He, suke sangat Miyu. Seronok tengok miyu, seronok dapat bagi perlindungan kat miyu. Walaupon xpandai sangat nak jaga miyu tapi saya belajar untuk jaga die. Memang agak penat jugakla macam menjaga baby dengan budak kecik, tambah2 miyu ni agresif skit. Macam budak2 baru nak membesar panjat sana panjat sini, terkinja2, terlompat2, lari sana sini. Sabar jela dengan kerenah die. Penin jaga die, tapi bile bace blog ni jadi sejuk hati ----> Kucing Utara. Macam2 info boleh dapat pasal tucin nih. So, im excited untuk terus jaga miyu.


Miyu sedang manje2 nak tido

menggeliat..haha..



p/s: Rasullah saw suke akan kucing. Kucing haiwan yang bersih. Saya suke kucing dan saya sayang Miyu saya.





Friday, November 11, 2011

11.11.11

Salam..


11.11.11
apa ade dengan 11.11.11?
tarikh yang cantek dan alhamdulilah kite masih dapat menghirup oksigen di pagi jumaat yang lagi segar ini. Subhanallah, Maha Suci Allah, semalam kami dikejutkan dengan berita kematian suami dan anak Kak Ros, salah seorang pembantu tadbir di opis. Innalillah, tersentak dan pilu dengan berita yang tidak disangka2 tambah2 lagi pada Kak Ros dan keluarga. Kehilangan orang yang tersayang tersangatla berat untuk ditanggung. Betapa berat mata memandang, berat lagi mereka yang memikulnya. Jenazah telah selamat dikebumikan semalam dan semuanya berjalan dengan lancar. Semoga roh mereka dicucuri rahmat. AlFatihah.Astaghfirullahalazim, baru saja balik dari menziarahi rumah mereka.



Aturan Takdir Allah Sangat Cantik Dan Sempurna

Jauh di sudut hati, teringat pada orang tua yang jauh dikampung. Sayu hati ini. Sayang pada mak ayah dan adik beradik di kampung. Rindu mereka. Ku xdapat bayangkan macam mana hidup ini tanpa mereka Ya Allah. Itulah aturan dan jalan Allah. Dia Maha Mengetahui dan Mengatur segala perjalanan alam. Kita manusia hanya mampu merancang, tapi Dia lebih mengetahui apa yang terbaek untuk kite. Bersujudla pada Allah memohon keampunan dan keredhaanNya.


Kita di dunia hanya sementara, dan segala2nya di dunia ini yang milik kita adalah pinjaman semata2. Sampai masa kita harus pulangkan semuanya kepada yang empunya segala. Tafakur di pagi ini. Teringat sejenak takdir hidup yang telah tertulis pada Loh Mahfudz. Aku sebagai hamba yang kerdil lagi hina, yang xmampu berbuat apa2 kadang2 kalah pada takdir. Yang terkadang menolak takdir yang diberi Allah. YaAllah, betapa jahilnya aku melawan kehendakNya. Kenapa aku tak dapat menerima segala ketentuan. Semua yang datang bersebab dan kenapa kita yang dipilih. Dugaan itu tandanya Allah sayang pada kita. Dia rindu pada kita. Rindu pada hambaNya yang bersujud dan mengharap padaNya. Tapi kita manusia selalu lalai dan alpa. Hanya mencariNya disaat susah dan gelisah. YaAllah, betapa pura2 nya kita padaNya. Astaghfirullahalazim.

Hati kita selalu terdetik acap kali didatangi dengan dugaan.


Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.

Thursday, November 10, 2011

Blogging vs Vlogging..which 1 u prefer?

Salam..

guys..uh..dah naik dr bcuti ni teringat dekat si blog yang xsempat nak update time cuti. biasela kalu raye korban ni mesti sebok, tambah2 tahun ni mak buat korban, so knela tolong mane yang patot walau hakikatnya aku ni sangatla malas rajin. haha.

first day naik keje rase banyak mende nak story kat sini. idea yang dah lama aku kumpul2 tinggal nak tulis je. aku nak citer pasal vlogging.

ape tu vlogging??

Vlogging ataupon video blogging ni dah semakin aktif sekarang nih. aku yang sebelom ni tak tahu ape itu vlogging pon dah tahu. vlogging ni jus simply korang amik video korang xkesahla nak berlakon ke bersketsa ke berdrama ke lantak korangla pastu upload la dalam youtube. tet, hah kan dah namenye vlogger tuh. simple je kan. tak nak try ker?

contoh vlogger yang semakin femes di abad ini, aku pon baru je kenal name die. matlutfi.


ha, ni la mamat yang terkenal dengan video blogging tuh. bukan die je ramai lagi yang cipta name dengan vlogging ni macam inianwarhadi dan maria elena. kalu korang nak tahu lebih sila google tentang diorang ye. ngee.

ape yang bestnyer vlogging nih. korang amik video korang dengan citer sendiri yang realiti ke fantasi ke pastu upload orang tengok video korang. bagi para vlogger ni xde istilah malu la. kalu malu xdela diorang upload video sendiri kan. so diorang ni dalam kategori berani dan berkeyakinan tinggi la sebab ape yang diorang ni buat terang tang tang orang akan komen. tambah2 upload dalam youtube, baru je sesaat upload dah ade orang komen. ade komen baek oke, ade komen pedas, jus keep it as a challenge untuk jadi lebih baik. persetankan komentar2 tu, diorang ade ke?

sometimes ble tengok vlogger2 nih, gelak besar jugak dibuatnye. bleh jgak release tensen kan. interestingla vlogging nih, tapi kalu aku sah2 la xkan bervlogging ni pasai aku ni pemalu. Fullstop. hanya sesuai untuk orang2 yang xsuke menulis jep.


ape tu blogging??

Blogging, kalu korang xtahu ape tuh blogging nak je aku cubit laju2 kang..haha..keje2 kite slameni yang taip xjemu2 dan tanpa henti ni namenye blogging la. yang banyak citer dikongsi dan dishare oleh bjuta2 orang dalam sehari2 yang xpayah nak tunjuk muke dan cakap banyak ni, tula namanye blogger. he. actually aku rase blogging lebih privacy dan xde kontroversi.

blogging ni kadang2 dah macam diari harian bagi aku. aku suke berblogging nih. blog kalu ade salah boleh edit balik kalu vlog dah xleh edit kasik upload lainla. simple jgak kan. normally, blogging ni most untuk yang low profile jek macam haku. hakhak. perasan. tapi dengan blog jugak kite leh share gambar, lagu dan jugak video kite. so automatically para blogger ni 2 in 1 la. he. dan bagi aku yang menariknya blogging nih sebab kite ade page kite sendiri yang kite bleh design sendiri. lebih kreatip kan.

blogger2 yang femes macam abg nara, hanis zalikha, redmummy dan lain2 carik sendiri. he. aku suke bace blog2 diorang ni. nak tahu pasal gosip2 ke knowledge ke experience ke bacela. ade jugak input yang masuk kan.


So, for the conclusion, aku lebih suke blogging dari vlogging. sebab aku pon salah sorang blogger. tet.

Friday, November 4, 2011

Fenomena Fesbuk

Salam,

guys, today nak share bout facebook. kalu nak cakap pasal fesbuk ni budak yang 1 hari pon dah ade fesbuk sendiri even tok nenek yang dh bercucu cicit pon ade akaun fesbuk. ha, jangan memain. budaya berfesbuk ni macam satu penyakit yang merebak dan berjangkit kan. dulu time friendster xdela macam ni sangat. tapi fesbuk ni memang femesla dan rasenye rating tinggi dalam capaian internet. right?


dulu mase mule2 xkesah pon kalu sehari xbukak fesbuk, sikalang kalu setengah jam xbukak fesbuk pon resah gelisah kan. fesbuk ni memang haunted la. bukan nak cakap uolls la, aku pon same la. 2 x 5. haha. Mulanya berfesbuk ni sekadar nak cari kenalan lama. bile dah ade akaun sekejap jek dah ramai yg add friend. ntah pelusuk mana diorang jumpe pon xtahu. yang kenal tu takpela yang xkenal pon add, approve jek la. tapi sekarang dah xberani nak approve kalu orang yang tak dikenali. takut. macam2 hal dah sekarang nih. so before ape 2 jadik kite knela berwaspada. Mencegah lebih baik daripada mengubati. yups, 10 marks.

Memang dah menjadi kegilaan ramai la fesbuk ni entah apa yang dijampi pon xtaula..bukan apa budaya fesbuk ade pro dan kontranya. yang paling ketaranya fesbuk ni memang melalaikan tambah2 lagi pada umat islam, sampai ke tahap nak haramkan, nak tutupla fesbuk ni dan macam2 lagila rumors kat melesia ni. tapi ape pon yang menjadi kontroversi orang tetap layan jugak fesbuk ni. am i rite? sambil anguk2 kan kepala. haha..


PRO :
  • fesbuk ni bagus jugak sebab kita dapat carik dan jumpe kawan2 lama yang telah terpisah mungkin dah berpuluh2 tahun tapi sekejap jek boleh jumpe kat fesbuk ni. pasal ape, connection fesbuk ni memang terbaek la. then boleh tanya kabar, usik mgusik, kau kate aku aku kate kau, nak buat reunion ke jumpe cinta lama ke tup2 bcinte balik. haa..kan dah macam ruangan carik jodoh plak..cheewaah..
  • dengan adanya tabs info dan update status kite boleh alert dengan perkembangan semasa kawan2 kite even kalu kawan2 ada masalah ke dapat baby baru ke kat mane pon kite boleh tau..heh..theres no more secret wit fesbuk.
  • kalu korang nak kawen ke nak wat reunion ke party ke event function segala macam mak nenek pon korang boleh create event then invite la sejuta ke 2 juta kwan korang sekali pon xde halla. xpayah nak bazir2 kertas ke surat ke setem ke nak anta kad jemputan korang tuh. senangkan, jimat masa dan kos.
  • sekarang ni nak carik duit pon sonang. ramai dah yang berbisnes online through fesbuk ni. dan setakat ni aku tgok memang success memang untungla. senang je xpayah nak wat website yang tiap2 tahun kene bayar hosting die, jus gune fesbuk yang free ni dah xpayah kuar modal banyak2. kawan aku pon banyak gak buat bisnes online ni. macam best jek. yang pasti fesbuk ni buat bisnes diorg2 nih maju pasal xpayah buat promosi pon jap je dah tsebar. page aku pon ari 2 ade orang tag jual tudungla, pinggan mangkukla, kek, kueh, blouse, baju kurung..aahh macam2la..tapi yang lemahnya aku ni insan yang mudah terpedaya dengan jualan mereka..haha..dah banyak kali la beli online ni. so far masih boleh percaya la dengan diorang ni, cuma sebelom buat payment tuh make sure memang wujudla bisnes ni.
  • fesbuk ni bagus jugak. macam satu forum yang kite boleh share macam2 dengan orang lain. yang paling aku suke, artikel2 islamic yang mengingatkan kite as a muslim nih supaya beringat dan kadang2 kite ni lupe dan lalai sebab terlalu leka. aku suke page akuislam dan iluvislam. artikel die memang menarik dan sedikit sebanyak memberi peringatan, nasihat, tunjuk ajar dan mendekatkan kite dengan agama islam. else kalu ade kemusykilan agama ke kita boleh tanya ustaz. heh, ustaz pon ade fesbuk tau. then kite boleh copy dan share dengan kawan2..pssssttt...sile like page di atas yek. 


KONTRA:
  • malangnya fesbuk ni sumtimes disalah gune oleh orang2 kite dengan perkara yang tidak senonoh macam gunekan fesbuk ni untuk mancari duit melalui dengan menjual foto tubuh yang xberapa cantik tuh semata2 untuk dapat duit dengan mudah. kire semua deal dengan fesbukla. even penah dengar bini orang yang mata duitan pon sanggup jual gambar toot dan toot sendiri sebab nak duit. kalu xcaya cube bukak metro pasal kes nih. si suami sendiri menyamar jadi customer then dah bank in duit si isteri pon mms la koleksi gambarnya yang menggiurkan itu, aduuh betapa kecewanya laki die. so,, please..please kaum hawa janganla buat macamtuh. mana maruah anda semua. astaghfirullahalazim. ya Allah selamatkan kami semua ya Allah.
  • kalu kite bukak fesbuk, espesially pompuan la, kite tengok macam2 gambar yang diorang letak, tak tipu sebab aku pong same. yaAllah, sedar tak kite, gambar2 kite tuh hari2 orang tengok, tambah2 lelaki yang bukan muhrim dari kite yang nafsunya satu pada pompuan. cube bayangkan, gambar kita yang kadang2 tak tutup aurat dengan sempurna, ternampak rambut sikit, even kalu sempurna tutup aurat tapi pakaian ketat macam sarung nangka dengan gaya yang mempesona, tahu x berapa banyak dosa dah kite bile lelaki ajnabi ni tengok kita dan ntah berapa ramai yang tengok, ya Allah berdosanya aku.
  • sebab fesbuk ni jugakla aku selalu bergaduh dengan cik abang. cemburu yang meluap2 antara satu sama lain. pantang kalu dapat kawan baru yang berlainan jatina mesti jadi issue. aduhai memang xprofessional langsung. no that not the points. sebab fesbuk ni la banyak rumah tangga yang hancur dsebabkan kecurangan yang berlaku. perkenalan yang membawa kebaikan takpe tapi kalu yang membuat kecurangan ni la masalahnya. bile dah kenal ari2 msg chattin dah mule mesra pastu nak jumpe dah tu lupe status masing2 dah jatuh cinta mulela nak bcerai berai. bukan omong2 kosong saje semua ni penah dan banyak terjadi. nauzubillah, mintak dijauhkan la.
  • bahaya jugak fesbuk ni sebab gambar2 yang kite upload ni , kadang2 boleh dicurik oleh orang yang berPHD(perasaan hasad dengki) yang mungkin nak jatuhkan kite, nak tengok kite sengsara, kerana cemburu bawak pi jumpe bomoh dukun pawang dan sebagainya. Dan bagi mangsa yang "terkena" terpaksa menanggung akibatnya. kita xmaola macamtu.
  • yang paling teruk, fesbuk ni memang melalaikan. kadang2 kite tengok ramai yang sanggup tak tidur malam sebab nak berfesbuk. ada yang sanggup abis duit pergi cyber cafe sebab nak fesbuk. tak ketinggalan staf gomen dan private macam aku ni pon xabis2 dengan fesbuk. tambah2 sikalang ni dah boleh fesbuk mobile jadi kat mane2 bile2 boleh bukak fesbuk ni. betapa bahana fesbuk ni memang serius. dah la lalai solat pon tertinggal, makan minum terabai, anak2 suami isteri pon dilupakan. tengokla betapa kita manusia ni sentiasa dalam kerugian.

 p/s: kita adalah apa yang kita fikirkan. knowledge yang ada kite sendri yang judge. semua up to us. samada nak pahala atau dosa. sama2 la kita beringat. anyway, berblogging jugak paling best muuaaahhh3x..cayalah! 


Wednesday, November 2, 2011

Wordless Wednesday : Saya Kenal Sayang Saya

Salam,

nothin much to wording..chommell sgt..zack punye design..i like..i like..i like..enjoy watching..ngee..



p/s: dedicate to my cayang..

"Segmen Cik Bunny:Jom Blogwalking!

Salam,



pagi2 berblogging ni terserempak satu entry ni, nice je. so tangan pon gatal nak join, nak juge tambah kenalan kan dan seronot2 jer. ngee dengan semua gigi nampak. ahaha..so aida pon join la this segmen.

Macam nak join yer? macam ni:

Post entri dengan tajuk "Segmen Cik Bunny : Jom Blogwalking!"
letak banner entry dan linkkan ke entry tuh

pastu jangan lupe letak url entry korang ni kat entry cik bunny tuh


nak tau lebih2 klik sini

Tarikh tutup: 20 November 2011

Dun forget to join tau. untuk kite2 aje. :)

Tuesday, November 1, 2011

Selamat Membesar Sayang..

Salam..

Entry ari ni dari ari tu lagik nak tulis, kire dah terlambat 11 ari baru nk post. haha. biasela tu aku orang yang selalu lambat. maap. so kalu dikire-kire 11 ari kebelakang that 21st October 2011. hari ape tuh. ape yang speselnye dengan tarikh tu ek? jap2. taadaa. know whats? besde cik abang la. macam taun-taun yang sudah mesti kitorang celebrate punye even sesibuk mana pon even tlambat 1 2 3 ari pon kitorg stil in the celebrate mood. yelah kenala understand both situation.

so, taun ni cik abang dh cukup umur 27 tahun hidup di dunia yang penuh dengan pancaroba ni. dah terasa berangka sangat dh umur kan cik abang. weee. jgn marah ye cik abang. and this year, we plan nak celebrate kat hotel. bukan we tapi aku jek. cik abang tak setuju sebab die kate mesti mahal. huhu. bukan selalu pon. last2 cik abang decide nak g makan nasik arab sebab die xpenah makan.

nak xnak knela tunaikan permintaan besde boy kite. ngee. so, terpaksa la google maps dan tanya Kak Irma jalan nak pegi Saba' Restaurant kat Cyberjaya. Dekat sangat dengan Putrajaya, tapi xpenah pegi sebab kne lalu MEX.

So, aritu tanggal 21 oktober 2011 bersamaan jumaat, jam 8.00 malam, cik abang sampai kt parking bawah amik cik awek die nih..haha..adess..kne dera drive sebab die kate die besde boy..baek..menurut perintah. otw tpakse la recall balik ape yang kak irma cakap last2 sampai jugak. dan spoiled skit sebab dat nite hujan turun xbhenti2. xdapatla nak celebrate outdoor.

Sampai je dekat Saba Restaurant, bagila chance kat cik abang pilih ape yang die nak makan. hee. grilled chicken rice sepinggan kongsi due plus chicken akhdah and lamb soup. Sedap jugak tapi banyak sangat sampai kembung perot dibuatnya. So total paid RM52.80. Boleh tahanla.

Then, balik cik abang drive. Huhu, jalan pegi tahu jalan nak balik xtahu. bukakla papago tapi papago xleh harap. dan dikala malam dan gerimis2 jugak cik abang tersilap jalan nak masuk MEX terus sampai tol. Tak pasal2 je bayar 2.50 pegi balik sebab dah xboleh nak u-turn. eee..sabo je. cik abang dengan muke slumbernye terus je drive sampai bukit jalil dan patah balik. he said jalan2 makan angin. hangin je rase. tape sebab aritu besde boy punye day, so cool jela.

ayat ciplak dari kad dekat MPH coz sound sweet

cupcakes yang comel

present untuk sidia,