728 x 90

Thursday, April 26, 2012

Okey boleh mula menghitung hari ye



Salam,,,
oke tengok daisypath kat atas dah explain segala-galanya.
tengok gegel tu bukan main excited lagi.
boboy pulak dah tak sabar menanti.
Subhanallah, MasyaAllah, InsyaAllah
dah tak lama dah majlis aida,
30 hari mencari cinta yang halal disisi Allah.


Untuk Aida 
Ya Allah, jika benar dia cinta padaku, kurniakanlah aku cinta yg luhur,
bukan cinta mainan, bukan jua cinta palsu, dan bukan juga cinta hina.
Aku cinta dan sayang padanya atas agamanya, peribadinya, keluarganya.
Jika hilangnya agama padanya, maka,hilanglah cintaku padanya,
moga-moga aku dan dia dijodohkan bersama, atas dasar islam, agama suci.
keranaMu jua aku mendamba cintanya.

Untuk encik Tunang
Ya Allah, kau jadikanlah bakal suamiku seorang yang taat, patuh akan perintahmu.
Jika dia tidak, kau kuatkanlah diri aku untuk membimbing dia, mengajar dia,
 menasihati dia supaya patuh akan perintahmu.
Jadikanlah cinta kami cinta yang engkau redhai,
cinta yang akan lebih mendekatkan diri kami kepadaMU.

Amin.




Wednesday, April 25, 2012

Baju nikah oh baju nikah..


Assalam and gud morning guys,

pagi-pagi macamani bile tengok belog b2b lain dok review baju nikah diorang..haiiihhh..
mulala seteress pulak. majlis lagi sebulan jek. tapi baju nikah tak nampak batang hidung die lagi. ade hidung ke? janji aritu 20hb siap dengan baju sanding sekali tapi dua2 haprak.
nasibb..boleh sabarrrr lagi. dah janji dengan tailor janji minggu ni mesti siap tau. sebab nak balik fittin lagi. dah janji dengan encik tunang nak balik minggu ni. baju encik tunang pon on process.
baju bertandang encik tunang tunggu nak fittin je lagi.
arini pagi-pagi mood nak tambah poddle flower kat baju bertandang aida, siap mms lagi gambar baju ala-ala syera ayob tuh kat tailor. nasib kakti tu bagus orangnye. hehe. macam-macam kan aida nih.
heee..walau apepon aida masih boleh bersabar dan kena senyum selalu. supaya muka ada manissssssss!
hahahahaha


layan.

Tuesday, April 24, 2012

WoW..31days to go


Assalam..
dah bape ari tak tulis belog..minggu  lepas sibuk  berkhusus dekat pd. pastu balik kampung.
kalu dah balik kampung tuh memang tade mase la nak berbelog nih. masa yang palin best tulis belog ialah mase dekat opisla..tenang aje..dasar suke curik tulang..haha..

semalam pulak terlebih rajin pergi amik el tak datang opis sebab muke comot. nak tahu nape muka aida comot. nanti aida cerita ye. he. so, arinila baru dapat tulis.

sampai je opis tengok daisypath..teng..teng..1 months anda 2 days more until wedding day. gurllp..
berpintal-pintal urat-urat usus-usus perut nih. sabar jela. kuat-kuat ye aida. takot kot. betoi ke lagi sebulan. macam xpecaya je. takutla..
ekceli nak dekat sebulan ni dah pelik-pelik perangai aida. buat keje semua tak kena. lepastu asyik lupe je nak buat apa. asyik tertinggal barang. hati tak tenang.
kalu dulu sentiasa tahu nak buatapa..sekarang macam blurr plak. ape korang-korang yang dah kawen pon mengalami keadaan yang sama seperti aida? haha..sengal je kan..wateve..

tapi dalam rase-rase yang macam-macam tuh, terselit juga rasa yang hepi-hepi nih..
yeay..aida nak kawen..aida nak kawen..haha..
hampir 7tahun berkawan..and about a months we will become officially halal for each other..amin..


“Ya Allah… Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kuruniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh, Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin.”





Friday, April 13, 2012

Shawl dari Radiusite


Assalamualaikum dan salam jumaat,,
oke..today nak cerita dari bab rentetan peristiwa hujung minggu lepas..hehehe..
kalu korang bacela kan entry aida  yang lepas pasal aida pegi Shah Alam dan pegi butik Radiusite kan.
yang ala ala keciwa la sangat sebab tak dapat apa yang dihajatkan tuh. ahaks. gedik terlebih.
so, seperti yang dijanjikan owner die, shawl tu akan restock dan open untuk order 9hb April jam 11pagi ari isnin aritula, so aida pon dengan keexcitedtan yang amat dari ari ahad lagi dengan semangat yang jitu datang opis dan bersedia depan pc.
dari jam 8.30 aida asik bukak website Radiusite tuh, refresh, bukak order form, bukak fb Radiusite, menghitung setiap saat yang berlalu.
Tik tok tik tok tik tok............
waaaaaa...betapa terujanya sampai kak yus dan kak irma yang ada kat sebelah pon menggeleng-gelengkan kepala mereka..isk isk isk budak nih..
haha..aida tak peduli..kalu aida kate nak..nak jugak..
tapi sebelum tuh aida dah pujuk-pujuk dah bodek-bodek dah owner Radiusite tuh, mintak booking awal, tapi mereka memang bagus. ADIL.
1 persaingan yang sehat.
Then, lagi beberapa minit setelah 2 3 jam bertarung macam orang gila menunggu time up..waaa..
meraung, semata-mata nak beli shawl je pon.
apeapepon, dah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
jam menunjukkan pukol 10.58 pagi.
mereka sudah menghupdate order difesbuk akan dibuka sebentar lagi.
aida mengrefresh website die..
teng..teng..mereka sudah menghupdate stock.
dan apelagi..terus aida menghantar form biarpon jam belum lagi kol 11. ekceli lagi 2 minit kol11..
haha..dengan kelam kabutnya menukar kod order yang sebelum ni aida dah key in dengan kod lama..terus tekan button Submit. haha..
terer tak terer tak..geliga tak otak nih..haha..bweeeukkk..
rasa-rasanya lah aida la orang pertama yang mengorder aritu..
tup..tup diorang balas siap dengan invoice dah..jadi maknanya aida berjaya..
Hoyeh Hoyeh Hoyeh
senyum sampai ke telinga...
macam orang yang menang perlumbaan tuh..
Alhamdulilah..dapat jugak..Amin..
Nak tengok tak shawl tuh..jap ek...

|
|
|
|
|
|
|
|
 kasi teaser sikit jela..nak lebih2 tengok sini ye..haha..

taaadaaa..






Tuesday, April 10, 2012

Weekend @ Shah Alam

Salam tawan-tawan...

sambungan cerita semalam yer..okey after pergi SACC aida dengan cik tunang berjanji nak jumpe kawan kitorang dekat PKNS. so, janji jumpe dekat Kepsi. Sedang dengan tamaknya menggigit kepak ayam, diorang pon sampai. diorang tu saper? haha. ana@an. ana bini nya an laki nya. my best friend sepanjang study kat poli dulu. hehe..dah lama tak jumpe die since last reunion mase tuh die tak kawen lagi sekarang dah berbulan jadi binik orang. aku bile lagi.hehe. nak jugak. ana..i missshhhh youuuuu so muuuucccchhhukk..

ha..ni la bestfriend aida. ana. chomeel tak?

dah makan kenyang-kenyang, aida dengan tak malunyer mengajak mereka pergi cari butik Radiusite. teringin sangat nak beli shawl dan tudung dari butik tuh. selalu tengok dalam fesbuk jer, ni dah alang-alang kat Shah Alam kan, ape lagi ajakla orang Shah Alam teman. so, hubby die bawak la kitorang pergi. sesat kot ikut gps aida nih. hadoi, kena cubit ngan cik tunang. adoooii. rupe-rupenye butik die dekat dengan iCity. hoh. akhirnya berjaya jugak menjejakkan kaki kat situ.

tengok budak demok sibuk nak posing..

sebahagian sudut butik..butik ni kat tingkat atas..tak besa sangat.

Dengan semangat dan keterujaan yang ada terus naik carik punya carik, last-last tak jumpe. mule air muka berubah. terus tanya adik kat kaunter tuh. rupenye stock tade lagi. huhu. kecewa. cik tunang kate janganla nangis. hu. bukan nak nangis sedih jer. adik tuh cakap tunggu 9hb ni kat fesbuk. oke! nak tahu ape jadi, tungggguuuu!!!!!!!!

then, ana pujuk pergi tengok butik lain. huhu dengan semangat yang sudah tiada. hati melangkah sayu.
tahu butik apa yang diorang bawak. haha. butik ustazah. amboi perli mak nampak. tu semua tudung ustazah kot. ustazah sesuai la. ustazah la sangat. butik ni baru buat opening so ade makan-makan. rugi makan tadi kalu tahu makan sini. hah, tak senonoh punya budak.

so, ari pon dah lewat petang, kitorang pon pulang. daaa..






 

Monday, April 9, 2012

Wedd Prep: Horey kad kawen dah dapat..


Salam kawan-kawan,
kelmarin aida dengan cik tunang dah pegi collect kad kawen kitorang dekat Shah Alam.
memandangkan cik tunang keje pagi jadi terpaksa tunggu dia balik keje pukul 2. CKK pulak nak tutup pukul 3 terpaksa call suh tunggu kitorang. ngee. nasib diorang oke. then, kol2 jek terus heading ke Shah Alam. Around 3.25 kitorang pon sampai.
then, tunggu diorang packing kad dengan vbox. unfortunately, banting masih tak dapat. huhu.
tapi tape sebab CKK masih hutang dengan aida sticker. dan jangan lupa hadiah yang aida menang aritu belum collect lagi. jadi nanti cik tunang akan datang collect sekali.

oke, kasi teaser sikit kad aida. jeng..jeng..jeng...


sikit jer tengok..nak dekat2 baru leh tengok betol2..

Then, agenda seterusnya selepas collect kad apelagi pergi SACC Mall la. dah alang-alang sampai Shah Alam, teringat kasut yang aida nak tak jumpe-jumpe lagi. Puas cari kat Alamanda ke Suria KLCC. Siap call semua branch Primavera tanya kat mana yang ada saiz. hehe.
Masuk je pintu SACC terus-terus nampak Primavera. tunggu apa lagi terus lari anak masuk dengan cik tunang. hehe. gembira bukan kepalang. tengok yang display saiz 6 okela dari alamanda saiz 8.
then try mintak saiz 5. budak kedai tu cakap ada. lagilah seronottt.
nak tengok kasut ape yang aida tergila-gila kan sangat sampai tidur tak lena, mandi tak basah tuh.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ha..ini la dia kasut tuh..teaser aje oke

oke puas ati..:)


Nanti aida cerita pulak agenda seterusnya kami dekat Shah Alam. Dududududu...






Thursday, April 5, 2012

Alhamdulilah..yeay..menang share..


Assalamualaikum,
hehe..senyum kambing dulu sebab happy sangat2..oppps..
yang lebih tepat suke sebab tak sangka..
nak tahu aida menang apa..
jeng..jeng..jeng..

kelmarin aida saje je la jenjalan dalam fesbuk tengok komen-komen orang..
tup..tup nampak iklan dari vendor kad kawen aida CKK.
so apelagi, terus tengok, rupenye iklan pasal booth dan promosi dorang kat PWTC 6-8 April ni.

oke, kat bawah nila iklan dorang.


oke, memula aida tak perasan pasal hadiah yang dorang nak bagi kat bawah iklan dorang nih. then bila tekan see more..wow..terbeliak bijik mata tengok.
dorang nak kasi guestbook dan welcome board for free untuk sape2 yang share paling banyak iklan ni.
haha, aida pon teruslah share. dalam masa 2 hari aida share 2 je kot..
sebab tengok ramai yang dah share..
juz seronot-seronot je share sebab selalu aida tak bertuah sangat.
tup tup..petang semalam elok landing baek punyer atas katil, diorang cal..ingat pasal
aida nak collect kad kawen this week, tapi rupa-rupanya nak bagitau yang aida menang..ekeke
malu..macam tak percaya jek..apa-apa pon

Untuk itu sebagai tanda terima kasih, aida nak promot kuat-kuat kat sini, jangan lupa pergi
PWTC
booth no 31 dan 32
6 - April 2012 
ye. macam-macam ada, pada yang nak cari kad kawen, banting, box, sticker, tq tag, welcome board, goodies, bak kata macam-macam la ada. tak rugi kalu singgah. harga pon berpatutan tau korang. hehe.

Sekarang diorang tengah design my guestbook dan welcome board..harap-harap ianya cantek ye..
alamak..guestbook yang aida dah DIY aritu macam mana..huhu..
along faizah dah mengoffer diri dia untuk guestbook tu..hehe..kelakar jek.





What..50 days to go..

Assalamualaikum,
you see what i see..

homai..its about time..
50 more days to go
and i days by days gettin afraid of it
its just around the corner.

To Allah, i hope, simplify our planning
please make it happen, thank you. InsyaAllah.


Tuesday, April 3, 2012

Henna aka Inai story

Assalamualaikum,
owh rase rindu nak tekan keyboard taip-taip macam-macam kat dalam ni. tapi idea kering kontang. ahhhh..alasan..padahal banyak bende boleh cerita tapi malas je nak mengarang..betol tak?? dushh..dushh..
okela, semalam cik tunang dah 'menegur' aida sebab ape? sebab suke sangat beli barang online. hahaha. orang yang bekerjaya seperti aida ni..ecece..yoyo o je..tade mase sangat nak pegi survey pegi windows shoppin selalu. nak jejak kaki dekat alamanda ke mydin pon malashhh sekali. asal pegi keje balik keje pon dah kewajipan setiap hari. kalu tak sah-sah boleh tangguh ke esok luse lagi. begitulah penyegannya si orang yang menaip cerita ini. please dont try this at yourself..haha..
oke, membebel aje tahu, bebalik ke cerita kena tegur dengan cik tunang tuh, pasal title entry kali inilah..
kan aida bookin ukir henna kat tangan untuk malam berinai nanti secara online.
since awal februari lagi aida dah bookin dengan sorang kakak ni. dah siap bayar deposit dah.
aida kenal kakak ni pon dari ex-classmate aida dulu. so sebab dah tatau siapa yang boleh buat lagi, tade mase nak balik ipoh lagi selalu-selalu, so aida bookin online jela. so dah confirmkan tarikh siap bayar deposit lagi kire setel kire jadilahkan wei.
problemnya, sejurus after bookin aida tengok fesbuk akak ni macam semacam je. macam ada masalah family. nama akak ni N(bukan nama sebenar). kadang-kadang nampak dia kat shah alam kadang-kadang nampak kat ipoh. aida jadi musykil dan peliks dah. tapi sabar je dulu nak tengok reaksi dia.
tup..tup weekends lepas, pagi-pagi lagi dia dah text aida cakap dia dah pindah shah alam.
terjawab sudah kemusykilan aida selama ni.
Kakak N ni said dia tabole nak buat inai kat aida. Then aida cakap sudah bayar deposit. so Y?
she said akan pulangkan balik deposit dalam 2 minggu.
why 2 minggu? itulah yang cik tunang bebelkan. mungkin dia ada masalah, so aida cakap
tunggulah 2 minggu lagi. nanti dah cukup 2 minggu aida akan paksa mintak jugalah.
bukan kita yang buat naya kat dia, dia yang naya kat kita.
so, nak tak nak terpaksa bekerja keras cari orang lain yang boleh ukir inai kat tangan tuh.
dah rase macam malas nak suh mak je yang buat dah. huhu.


so, moral of the story, before nak bookin atau beli ape-ape pon via online, make sure u siasat dulu latar belakang orang tuh, dapatkan contact number, alamat, pastikan dia ada respond pada kita dulu..
and then baru buat payments. bukan apa..takut tertipu dan ditipu jek. ok..chauuuu..