728 x 90

Thursday, January 31, 2013

Belum lagi


Kelmarin telah berniat nak pergi klinik juga buat checkup.
sebabnya dah terlalu lama sakit perut dan pinggang nih.
ditambah juga sakit peha lengguh sebab perjalanan balik kampung haritu.
entah kenapa, selama ni drive balik kampung tak pernah sakit yang macam tuh sangat,
peliks,
mungkin sebab sekarang just sebagai co-pilot, duduk saje disebelah. ahaks.

awal bulan haritu dah pergi klinik hanita,
tapi yang tak bestnye diorang suspek aku kencing kotor.
apakah?
semacam rasa tak puas hati tapi redha la. dapat bekal ubat lawas kencing dengan antibiotik.

tapi perut makin sakit dari hari ke hari.
cik P pulak dah 3bulan tak kunjung-kunjung tiba.
nak kata pregnant tak juga sebab upt negative.
mungkin belum rezeki aida dan encik am.
Allah Maha Mengetahui, aida hanya mampu berserah padaNya.
Lambat atau cepat semuanya rahsia Allah.

dan kelmarin telah pergi scan perut risau juga dengan kebuncitan ini.
alhamdulilah dokter cakap rahim oke.
risau juga kalau cist atau apa, macam dokter klinik hanita cakap tuh.
tapi cik p ni memang ikut suke die je nak datang.

apepon, kawan-kawan doakan aida yer.
minta sangat supaya cik p kembali normal seperti zaman study dulu.
rindu sangat. cheewwah. doakan kesihatan dan kesuburan aida yer.
amin.

xoxo.

Wednesday, January 23, 2013

Dapat jugak akhirnya..


Salam,
akhirnya, semalam dapat jugak makan lemang dan rendang pasar malam.
haha, encik am dah tanya siap-siap dah kat rumah nak makan ape?
memula terfikir nak beli uncle bob, tapi malas nak beratur, tau dah mesti kena beratur panjang kan.
lepastuh teringat jugak lemang dan rendang plus kes minggu lepas, he.

lepas jer maghrib terus kitorang keluar rumah.
nak dijadikan cerita dah set nak naik kete encik am,
turun-turun baru encik am sedar die tak cabut bateri, haha, alamatnya kong la.
yelah, encik am pegi keje naik moto, kete tersadai je kat parking tuh.
kesian die, baru ingat nak servis kete dah kene panggil kawan untuk jumper balik. he.
last-last die jugak naik balik amik kunci kete kite. hmmm.

dahtu, bila dah sampai pasar malam, encik am tanya nak makan ke lemang dan rendang.
hehe, perli lew tew. nyampah.
pusing punye pusing macam biasa tawaf dua tiga puluh kali, memang blur kepala hotak nak makan apa.
encik am kate belilah lemang. ketupat memang dah takde.
minggu lepas pon macam tuh jugak. hmm.
last-last belilah jugak. takut kempunan nanti. hewhewhew.
pastu turn encik am pulak,
yang ini memang boleh buat orang hangin lar.
dahla dah berpeluh-peluh, panas encik am lagi tambah empat puluh kali tawaf..
haiii last-last kite cakap, abang kalau sampai hujung tak jumpe jugak kite balik.
haha. bunyi macam amaran yang keras. kiki.
encik am kenyit mata saja. oke tipu. asik mintak nak air je. kite cakap selagi tak jumpe makanan
selagi tu jangan beli air. hihi. last-last dah nak sampai hujung dah ni,
sudahnya die stop kat orang jual kebab. hahahaha.
ape encik am amik serius ke dengan amaran tadi.

rupenye encik am memang sadis blurnye nak makan apa. kiki.
tapi apepon bende yang wajib die beli dulu, harusnya kepok lekor.
sambil jalan sambil makan sampai tergigit lidah.
kite cakap "tula, makan sambil berjalan lagi, tak bagi orang pulak tuh" kuikuikui.
dan kitorang pon balik dengan jayanya menghabiskan duit
sebab esok gaji. yahoo mak cik kayo.

malam semalam dengan amannya menikmati kelazatan lemang dan rendang pasar malam
presint 2. haha, walaupon mahal nasib kau berbaloi okeh, siap bagi satu free lemang.
adess, rendang semangkuk rm5, ade seketul, lemang sampai 3 ketul nak buat apa.
lupe plak nak bawak datang opis arini. boleh bagi kawan-kawan belasah.
lupe pulak, sebelum tu titew sempat post status fesbuk pasal dapat makan lemang dengan rendang.
hehehe..encik am cakap sape suh post.



dan pagi ini, terasa nak makan roti boom pulak, apekah?



Tuesday, January 22, 2013

Kerana lemang dan rendang


Assalamualaikum,

tiba-tiba teringat kes jumaat minggu lepas,
aida pergi pasar malam presint 2 dengan encik am.
tujuannya sebab nak beli sikit lagi barang basah dapur nak topup sebab
esoknya kakak abang dan ipar semua nak datang rumah kitorang.
so kena preparela ape yang patut.
memula ingat nak beli ketam tapi sekilo jer dah rm25. terus tak jadi. kedekut kan. hahaha.
yela, dah tengah bulan, beli ayam ikan udang sotong sudah. lenkali ye encik am.

dah abis beli barang basah, beli pulak buah-buahan. aida memang suka makan buah.
at least kat rumah tuh mesti ada satu dua buah. epal ke, pear ke, yang paling suka beli honeydew.
marveloss, sedap, do do do the dew. hehe.

then, baru kitorang carik makan malam kitorang. dah alang-alang datang pasar malam so
tak payahlah nak tunjuk rajin lagi nak masak kan. ngee. dasar bini rajin.
macam selalu kalau pergi pasar malam memang blur giler nak makan apa.
rase macam dah jemu jer. asik-asik bende yang sama.
sampai dua tiga puluh kali jugaklah tawaf. last-last give up.
memula encik am beli nasi kukus. pastu aida dah tak tahu dah nak makan apa.
sebelum tuh memang dah jeling dah lemang. baru nak panggil encik am die cakap. tak payah.
macam tau-tau je nak sebut lemang dan rendang tuh. mahai kata die.
yelah, dulu penah beli sekali, ketupat kecik adelah dalam 8ketoi dengan ayam rendang 2ketoi
harga berapa tau tak? rm15. glurrp telan air liur. tapi bayar jugaklah sebab dah mintak. he.
nasiblah rendang die sedap cuma berminyak banyak.
pastu round lagi sekali memang hati dah nekad dah nak beli lemang dengan rendang tuh,
mahal pon mahallah janji sedap.
last-last encik am cakap tak payahlah, beli bende lain. hoh. terus sentap.
memang sentap giler-giler sangat. terus jalan pergi belah tudung. encik am panggil pon dah tak dengar.
l last-last cakap nak balik.
encik am pujuk suruh beli jugak, tapi
hati dah tawar, dah jadi tak lalu makan.
tak tahu kenapa sebab tak dapat makan rendang tuh, memang merajuk gilerlah.
banyak kali encik am pujuk dah tak mau cakap.
balik rumah encik am ajak kongsi nasi kukus dia pon buat tak tahu jer.

padahnya, malam itu, tak malam apa-apa, dan tidur dalam kelaparan. hahaha.

kesimpulan: jangan nak mengada-ngada sentap sebab bende-bende kecik macamnih, last-last sapa yang rugi. diri sendiri jugak.
xoxo.


Friday, January 18, 2013

Hola Pinky Tupperware



Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
di pagi Jumaat yang indah lagi mulia ini,
aida dengan berbesar hati ingin melaunchingkan
.........................................
...........................................................
bisnes baru yang lagi hebat dan diva
secara online dan tak online
yang semua orang pastikan sukakan dan mahukannya
iaitu 
PINKY TUPPERWARE.

aha, ingat tak aida tanya korang bisnes ape yang sesuai yang aida teringin nak buatkan.
so, aida dengan sedikit kekuatan dan semangat dari sang suami, encik am ku,
berani untuk mencuba bisnes tapaware ni.
berkat ketolongan sister in law
aida jadi agent dan akan mula bergiat aktif secara kecil-kecilan dahulu.
aida memerlukan support korang untuk terus berjaya. 
majulah PINKY TUPPERWARE untuk negara.

untuk maklumat lanjut mengenai pinky tapaware
sila klik sidebar kanan paling atas atau klik di bawah untuk ke blog
juga boleh capai facebook page 




Friday, January 11, 2013

Mood nak berBisnes?


Salam jumaat,

pagi-pagi macam ni tiba-tiba teringat pulak idea nak berbisnes aritu dengan encik am.
tapi dah same-same penat fikir dengan encik am,
tak tahu nak buat bisnes ape?
bukan apa sekadar nak mencari duit sampingan
untuk simpanan anak-anak nanti. ngee.

pernah dulu try nak jual acai berry, tapi macam susah jer sebab mahal.
lepas tuh try jadi penghantar pamplet ke peti-peti rumah orang, tapi macam tak berbaloi.
pastu aritu ade jugak try jadi dealer tapi supplier tu tak balas pon,
jadi malas nak contact die dah. sister in law suggest masuh bawah die jadi tupperware club,
tapi tak pergi-pergi lagi rumah dia.
ade gak terfikir nak beli kain buat baju buh jenama sendiri. tapi modal kena banyak.
lepas tuh kena tanggung risiko pulak.
penah gak encik am suh buat bisnes jual kek batik sebab die kate sedap kawan-kawan die suke.
tapi tak beranilah.

em korang ade idea tak bisnes ape yang sesuai nak buat.
yang senang nak bagi komitmen.
any suggestions?

bajet chomel..poyo poyo macam awie dalam mlm





Tuesday, January 8, 2013

What the?


Salam,
lately nih macam feeling-feeling lain macam pon ade.
tak tau nak cakap macam mana. macam tak sedap badan pon ada.
bila encik am tanya. i tak reti nak explain macam mane.
kesian tergaru-garu kepala die. hee, sekali sekala nak manje-manje ape salahnyer kan?
suami sendiri. kalau tak nak manje dengan sape lagi kan..kan..:)

kejap-kejap oke, kejap-kejap tak.
perasaan ke mainan perasaan ke atau memang betul atau kebetulan.
semuanya berserah jela, yang penting doa.doa dan doa.
apepon, kita usaha lagi yer.

woohoo demokksnyer i, malu seh nak taruk sini.
oke sila pejam mata dan tengok.




Monday, January 7, 2013

Wedding: Wanny and Faizal


Hye,
patotnye entri nih dah lame update, tapi gambar takde weh.
taula kalau gambar takde tak semangat nak tulis.
yang paling geram bleh pulak amik gambar tapi lupa nak save.
ade ke patot? dah bajet gambar comel-comel dah time tuh. he.

nak dijadikan cerita,
mase on the way nak pegi kenduri tuh,
boleh pulak kami tereksiden. yaAllah, first time la benda macam ni jadi dekat aida.
tapi nasiblah encik am yang drive. tapi tak nasib gak sebab kitty i..waaa.
kes brek mengejut tak pasal-pasal ade apek pulak hentam belakang.
nasiblah jugak sikit jer. tapi tercabut gaklah skru bumper belakang.
tengok dari side mirror dan terkeluar dah bumper.
so benti la kat tepi, konon nak gaduh-gaduhla..
hehe, apek tuh kate sikit je, padahal calar balar gaklah kitty i tuh. huh kau apek.
last-last encik am cakap ade kemek kat bumper sikit lagi nak kena tayar,
apek pon menghulurkan rm50. liat jugakla apek tuh nak hulur.
padahal kete die takde pape pon. chit.
then sambung jugaklah perjalanan ke kenduri kawen itu
walaupon sesat dan kena patah balik.
oke.stop.

bebalik ke citer tadi,
jadi i upload jela gambar mana yang sempat disavekan yer..kikiki.


okey, i suke lampu cantek kat khemah makan pengantin nih, 
dulu i takde lampu macamnih


cantek kan.. tema biru hijau turqoise kot..
i guess jela..

tengok kek macam sedap..
tapi encik am malu nak potong sendiri

me wearing dress thepoplook 
dah nak macam family pengantin pulak


hehe..gemoknyer pengantin lame..
ha tu..wani and faizal..
tahniah, semoga berbahagia hingga ke jannah. 








Sunday, January 6, 2013

Mengidam steamboat n grill


Tengok tivi jalan-jalan cari makan musim yang lepas, iqram pegi makan steamboat kat area shah alam..tak ingat ape nama restoren tuh tapi tengok dalam fesbuk jjcm ada dua kat s.a, satu d'kayangan dan satu lagi kat island bbq.

Lupa yang mana satu nampak best sangat siap ada yang grill tuh. Bagi aida biasa jer. Tapi encik am la yang dok terbayang-bayang. Hai mengidam kew encik am? Hihihi..

Satu ari tu keluar jalan-jalan cari makan, so dok berkira-kira lagi nak makan apa. Aida tanya encik am, encik am tanya aida balik. Macamtula kalau setiap kali keluar jenjalan. Haha. Last-last encik am bagi idea nak steamboat. Die cakap teringin dan teringat iqram dinzly makan macam sedap dalam jjcm. Tapi masa tu kami kat puchong. Jadi macam jauhla pulak nak pegi shah alam. So, cancel gi makan steamboat tu terus terbayang meatball ikea. Nampak riak kekecewaan dimuka encik am. Hee.

Then, bila dah sampai ikea, tak jadi pulak nak makan meatball sebab fikir kena beratur panjang. Nak balik awallah sebab encik am nak layan stadium astro. Ade game MU. Kipas mati MU ni. So, pilih nak makan kat bawah tu jela. Bestnyer sebab aida dan encik am memang suke mencuba pelbagai makan pelbagai tempat. Tup tup ada satu kedai steamboat nih. The ketam village steamboat kalau tak silap. Kalau silap siku encik am. Tak pon korang pegi sendirilah ikea tengok..hehe..so beratur terus tunggu dilayan.

Tapi encik am tak puas hati lagi sebab takde grill, hehehe. Takpelah nanti kite pegi shah alam tu yer..harga boleh tahan mampu. Sedap tapi tomyam die pedas yang amat. Menangis berhingus terbatuk berkahak dibuatnya. Haha, dua-dua order tomyam plak tuh, alih-alih gelak lah masing-masing.

So, nak dijadikan cerita last week, lepas keluar pegi shopin barang rumah, kami lepak sekejap amik angin petang dekat pullman. Dahtu terfikir-fikir nak makan malam ape yer. Biasalah dah jadi bini ni kena kreatip kena plan siap-siap nak masak apa buat apa kan. Kate bini mithali bini solehah. Aauuwww.

Cepat jer encik am jawab, makan steamboat and grill nak. Hah, die start dah mengidam die tuh. Takkan nak pegi shah alam kot. So, aida pon googlela steamboat around putrajaya. Jumpe satu kat the chim chum kot. Harga boleh tahan. Pastu google lagi jumpe yang dekat cyberjaya. Em, yang ni dekat jer. Nakhoda malaya steamboat. Hmm harga die murah jer. Yang paling penting ade grill.

Apalagi start kete terus pegi cyberjaya. Kami nih tak berapa familiar jalan cyberjaya. Penah pegi makan kat saba restoren nasi arab. Tupon balik sesat. Hmm, pusing punye pusing silap sampai ke saba last-last patah balik baru jumpe. Banyak jugak kedai makan kat cyberjaya ni rupenye. Nakhoda ni sebelah tutti frutti jer.

Sampai-sampai tak ramai orang lagi terus order. Hmm, awalnya steamboat dipetang hari. Hehehe. janji encik am tak kempunan nak grill. Yezza.

Update via iphone takleh nak buh caption kat gambar. Yang atas kat nakhoda malaya yang bawah kat ketam village stemboat. Ok bai. Xoxo.



Friday, January 4, 2013

Tetamu baru rumah kami


haiyakk,
hari ini dah masuk 6hari rumah aida ade tetamu baru. aha, bukan tetamu yang datang pastu balik, ni tetamu yang datang tinggal terus tau. hehe, bukan 1 tapi 2.
ahad lepas baru jer pegi amik dekat afyf, photographer kitorang mase prewedding dulu.
tahu pon sebab die post gambar dekat fesbuk. pastu gatal tangan pergi komen nak.
terus die nak kasi sebab die ade banyak.

haaaa nak tahu ape siape tetamu tu.....???? jom tengok gambar kat bawah niiiii

nampak tak kat atas seat tu..belom ape2 lagi dah memanjat

alololo muke kesian sebab kena kurung..belajar behave dulu yer

hai, nama saya angelo, boleh panggil jelo
tuan saya berkenan dengan hero dalam Pangako sayo

saye pulak ichigo boleh panggil chigo
ini pulak sebab tengok citer strawbery cinta..hehe

Chomel tak mereka berdua ini. alamak, teringat pulak dekat my late miyu. 
sob sob sob..

aida dengan encik am memang suke giler-giler dengan kucing nih sebab mereka ni comel sangat. dulu pon dah penah bela kucing, ingat tak dekat miyu. tapi sayang die dah takde. jadi mereka ni pengganti miyu kami.
seronok bila ada kucing ni, bila balik keje penat-penat tengok gelagat diorang hilang stress.
bagi makan, bagi mandi, cuci rumah die dah jadi rutin seharian.
dan kalau aida tak tahan dengan bau poo poo mereka, jadi encik am lah yang akan menyetelkannya. hehe,
pandai tak pandai tak. nasib encik am oke.
nak bela kucing ni kena pandai manage. diorang pon macam kita. ada time makan, time tido, time nak main, nak uk uk. jadi kena faham bila mereka nak semua-semua tuh.
nak jaga kucing jugak kena ada kesabaran. macam jaga budak-budak kecik kan. hehe.

paling penting yang perlu ada nak bela kucing nih,
mesti ada rumah utuk diorang tido dan lepak-lepak,
pastu letaklah tilam ke kain alas untuk diorang tido, kucing ni suka suasana yang panas suam-suam kuku, janganlah biar je tido atas besi tu, sejuk, kesian diorang kan kan.
sediakan mangkuk makanan dengan air, pastu on time kena tambah makanan dan air. aida bagi diorang makan friskies. sedap diorang cakap. ahaha tipu.
selalu bagi air kosong jer, kalau bagi susu takut diorang chery bery pulak kang.
tak pasal-pasal kena cuci mak.

diorang pon kena mandi walaupon spesies diorang ni memang takut air. haha. macam kambing.
tak pasal -pasal kambing dapat nama. haa
so beli jugak shampoo khas untuk cat brands friskies gak.
biasanya kucing kalau uk uk kan atas tanah pastu diorang akan kambus tanah tu kan nak tutup poo poo diorang. so, kalau kat rumah flat mana nak carik tanah,
belilah pasir khas untuk diorang uk uk dan letak dalam satu bekas. aida lupa ape jenama pasir yang aida guna, lupa plak nak snap. jadi biler diorang nak uk uk diorang akan pergila kat bekas pasir tuh.
and then kite just cuci bekas tuh.
kitten ni macam budak-budak kecik yang keje nak main jer. jadi sediakanla bola ke hape ke untuk diorang
main-main.

emm, afyf ade cakap pasal nak mandulkan kucing ni memandangkan nak kawal bilangan mereka.
yelah, kalau dah beranak pinak sampai sepoloh sebelas kau sapa yang nak bela kan.
sanggup ker? kalau sanggup takapa.
kalau tak tu yang jumpe kucing kena buang, terbiar, bersepah kat merata-rata tempat.
ai dah macam kes orang buang bayi pulak, sleknye diorang ni binatang.
bukan kita nak ubah kejadian semulajadi tapi kite nak mengawal dari segi itulah. kesian kalau tengok yang terbiar kat tepi-tepi jalan tepi kedai,
dengan selekehnye, berkurap, aida pon tak sanggup, so uolls sanggup?

mungkin tunggu besar sikit baru nak bawak pergi veterinar untuk mandulkan mereka. ye ar satu jantan satu betina. japgi bila dah besar kan tak pasal-pasal ichigo bunting pulak. kes naya ni. hihi. gelak jahat.


emmm, apela yang diorang buat kat rumah tu yer. sekarang dah pandai memanjatla pulak, pastu nak turun takut. haha. risau mak dibuatnya.

xoxo.


kakak ecah masuk school


Salam jumaat,

hari dah hari ke-3 budak-budak dah naik school kan. kalau ada anak nih, dah tentu-tentunya minggu ni bizi setelkan hal school anak-anak. ye ar kalu diikutkan aida dengan encik am kawan dah masuk 8tahun, orang kate kalau kawen pon dah boleh anak sorang dah masuk school dah pon. ye tak ye jugak kan. aha, tapi problemnya, tahun lepas baru kawen, acanenye?

rabu lepas bila tengok tv ramai budak-budak yang baru darjah satu macam-macam gelagat. ada yang seronok, ada yang takut, ada yang nangis-nangis nak balik, haisssh macam-macam. teringat 19tahun lepas. wah lama tol zaman tuh dah berlalu kan. tak sedar diri dah tua. hik. mase mula-mula masuk darjah 1. eh, tapi aida relaks jer, mak ayah hantar pastu terus balik, adeh tak teman pon sampai petang. tapi aida cool jek.  giler belagak. tapi tensen dengan kawan sebelah yang asik nangis nangis nangis siap muntah bagai. eeuuww geli dol. last-last budak tuh balik tak datang-datang dah. tup tup tahu dah tukar sekolah dah. aaah sukahati kau lah. yang penting tidak menggangu konsenstrasi i yek. poyos.

so, minggu ni jugak. anak buah-buahan kesayangan aida, kakak ecah, dah masuk school. yoo. dah besar dah anak buah alang nih. they called me alang. sekejap je masa berlalu dah 7tahun kau ye ecah. dulu nih mase kecik-kecik alanglah yang jaga die. jadi babysitter sebab time die lahir, aida praktikal dekat upsi, tanjong malim dan tinggal rumah kakak. dan sebab tulah ecah ni manje giler dengan alang die nih. adelah jugak tempias-tempias aida melekat kat budak nih. ye ar, dengan gatainya, bukan gatai miang tuh ni ekzema, dengan suka jelir lidahnye, ternganga-nganga, sampai along cakap ikut perangai alanglah nih. haha, well.........


nama shaye farzana aisyah bt faizal,
boleh panggil shaye ecah, makcik ecah, kakak ecah, hee,
shaye dah masuk school dah darjah 1. shaye shuke pegi shekolah,
hari-hari shaye pegi shekolah. 

ini kawan-kawan shaye, yang kiri sekali alang tak tahu name die, yang tengah tu ecahla, 
dan yang kanan tuh damia, die duduk shebelah umah kiter je. chomel yer kamu pakai tudung.

Ini adik shaye, asraf, dengan papa shaye. alang panggil adik atherap. hehe,
adik pon shebok-shebok nak tengok buku kiter.

hmm..lame lagi ker kena tunggu cikgu. shaye dah penatlah menunggu,
bile boleh mashuk kelas nih, shaye dah tak sabar nak belajar. yeay.

ini kelas shaye, nampak tak shaye yang hujung sekali. 
cikgu letak shaye duduk bawah kipas sebab shaye tak tahan panas. 
nanti mesti shaye gatal dan akan menggaruk. 

waktu rehat, ecah dengan kawan-kawan mesti akan berkumpul dan makan shame-shame 
walaupon kami berlainan kelas. ya kami bff best friend forever hahaha. ecah bawak bekal yer sebab ecah tak boleh salah makan. mama yang buatkan bekal untuk ecah. sedap wooo.

Okey, entri bergambar diatas ditaip oleh ecah sendiri. ***ok tipu jer. he. chomel tak anak buah aida. ada iras-iras maklang die ni tak. ahahaha. chomel macam alang kecik-kecik dulu. ecah, alang tak sempat nak belikan hadiah untuk ecah. tunggu nanti alang balik kampung alang singgah umah ecah yer. okey, ingat ni pesan alang buat ecah, belajar rajin-rajin jangan malas-malas, dengar cakap cikgu jangan melawan, hormati cikgu, kalau tak faham tanya tau. ahaha macamlah alang ni sekolah dulu rajin bertanya, bila cikgu tanya semua faham, bila buat tak reti. haha.jadi anak yang baik. kalau dapat no.1 alang bagi adiah besar k. 

xoxo





Thursday, January 3, 2013

Welcome 2013..Goodbye 2012



Happy Nu Year 2013 to all friends here,
and say bye bye to 2012.
hee, sekejap je masa berlalu kan, 
pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru.
rasa macam baru je lagi kawen tahun 2012 dah masuk 2013.
means, dah 2tahunla kawen, ahaks padahal baru 7bulan and something kan. wow!
tahun 2012 meninggalkan banyak kenangan manis sebab hari yang paling bagi aida dan encik am pada 25052012.
tarikh keramat yang cantek dan akan ingat sampai ke mati. waaah, romantis gitu.
dan ade jugaklah plan dalam hati saja mau buat anak keluar pada tarikh tu jugak nanti 
tapi nampaknya belum sampai lagi turn aida agaknya. 
dan memandangkan my sister pon sedang memreggy aceh ape punya ayatla ko pakai,
haha my sister preggy 4bulan jadi aida bagi sis jalan dulu. aida meyusul kemudian yer.
hehe, baru semalam kena tarbiah dengan encik am dan arini insaf sedikit. 
encik am suh bebanyakkan bersabar dan istighfar. 
alhamdulilah arini aida kembali tenang. smileeeeee

Jadi sempena tahun baru ini, jadi banyaklah azam dan wawasan korang kan. 
ha, yang tahun lepas dah tercapai ke belom ma?
takpe-takpe yang penting korang tetap ade azam cuma berjaya dan tak berjaya je kan.
jadi teruskan usaha anda yer. chaiyuk.
tahun ni aida punya azam tak banyak..ahaha.
  • pertama-tama sekali aida nak cukupkan solat lima waktu dan kalau boleh nak solat awal waktu. ye ar, kadang-kadang subuh gajah gak aida nih. kuikuikui.
  • kedua-dua pulak, nak jadi isteri yang solehah dan taat pada suami. syurga seorang isteri kan di bawah tapak kaki suami. redha Allah pada isteri juga terletak pada redha suami pada si isteri. 
  • ketiga-tiga kalau diizinkan tuhan, kalau dah sampai masa dan rezeki kami, insyaAllah nak buat anak satu team pasukan bola sepak mesia. hehe. moga-moga Allah mendengar niat dan harapan hati ini sewaktu menaip entry nih. please kawan-kawan doakan aida yer.
  • keempat, nak jadi anak yang soleh solehah jugak, walaupon dah kawen tanggungjawab pada mak ayah tetap tak lupa. masih anak mak ayah kan kan. uuwwaa rindu mak ayah walaupon abru minggu lepas balik kampungku. ahhhhh.
  • kelima, laksanakan tanggungjawab mencari rezeki membantu suami dengan lebih baik, biar duit gaji lebih berkat dan halal. 


tak banyak tapi biarlah aida dapat capai azam ini dulu. insyaAllah akan berusaha menjadi lebih baik. Amin.