728 x 90

Sunday, March 31, 2013

Juara Fear Factor Selebriti Malaysia : Hairul & Dazrin


Salam,

semalam episod final fear factor selebriti malaysia. setelah lebih 12 minggu selebriti-selebriti nih
membuktikan yang ketakutan bukanlah halangan, eceh ayat aaron aziz lew tew, dan semalamlah
penghabisan aksi mereka. memang tak dapat disangkal lagi yang semua peserta hebat-hebat belaka.mana taknya, dengan pelbagai aksi halangan mereka, di tempat tinggi, dalam air, dalam bilik mayat, dengan macam-macam binatang, haiyoo paling aida takut lipaslah, geli siot, tapi diorang nih berjaya mengharunginya. syabas dan tahniah buat semua. anda memang hebat.

couple yang paling aida favor sekali dah tentulah hairul dan dazrin, pastu dafi dan zoey dan juga jehan dan mejar faiz. tapi sayang, jehan dan mejar faiz tak tahan lama. takpe tade rejeki kan. aida memang tak miss lah setiap episod. peminat setia tuh. encik am pon terpaksa la layan jugak. tu pon kadang dok berebut remote jugak sebab waktu channel sama dengan bola daa.

team jambu, dafi & zoey memang hebat
mereka berjaya membuktikan kepada orang ramai yang pandang sinis kepada mereka yang walaupon mereka muka jambu tapi mereka tetap berani. ketakutan bukan halangan. tahniah merka berjaya membuktikannya. eh, diorang bawk balik 30ribu kot. salute to both of you cute. 

okey, dan semalam juara fear factor selebriti malaysia jatuh kepada.............................................................
captain hairul dan dazrin
yeah, my favor team, syabas mera beta
untuk game yang kedua, mereka telah mengatasi team-team lain dengan dazrin menekan butang 
yang membuatkan kereta melantun lebih jauh dan hampir kepada target yang berjaya mengalahkan team-team lain. memang hebatlah. memang aida dah jangka yang diorang akan menang. sebab aida minat giler kat captain hairul yang chomel itu. hehe. teringat sedutan episod minggu ke 12 yang mereka cakap yang hadiah 200ribu tuh bagi diorang bawak baliklah. yelah, diorang langsung tade menang mana-mana episod pon. itulah yang dinamakan rezeki. 


tahniah kepada juara fear factor selebriti malaysia,
200 ribu tuh

my favorite team, captain hairul & dazrin

katanya, dengan duit 200 ribu tuh, captain hairul nak bawa mak dan ayanya pergi umrah, waaa, anak yang soleh macamnilah, kalau buat laki bagus nih. haha. manakala dazrin pula nak menderma sedikit sumbangan buat rumah anak yatim. baguskan mereka berdua nih. memang layak sangat jadi pemenang. Tahniah!


xoxo



Saturday, March 30, 2013

Tahniah Irma Hasmie & Ayu Raudhah



Assalamualaikum,

Tahniah buat pasangan irma hasmie dan redza, juga buat pasangan ayu raudhah dan zaquan adha
atas 
kedatangan orang baru dalam hidup mereka.
Alhamdulilah lepas 9bulan mengandungkan, akhirnya keluar jugak kekeke.
Tahniah lagi sekali sebab dua-dua baby boy tau, hero lagi tuh.
tahun ni memang ramai orang beranak anak laki kot. ada ong la. 
redza junior dan zaquan junior.


Irma Hasmie telah selamat melahirkan baby by pukol 8.15 pagi.

sweetnya dua-dua kembar nih sambut baby..

baby kepada ayu raudhah yang selamat dilahirkan pukol 2.17petang. 


Alhamdulilah atas kelahiran dan bertambahnya umat Nabi Muhammad saw.
Bila tengok dan dengar tentang mereka-mereka yang selamat bersalin nih,
aida pon cakap dengan encik am
"abang, irma hasmi dengan ayu raudhah dan beranak dah hari ini, sapa kawen dulu yer, 
kite ke diorang?"
encik am jawab "diorang dulula" kekeke.
hehe, aida pon senyum jer..

Takapelah, aida boleh dengar dan terima lagi dengan redha.
itu rezeki mereka, rezeki aida tak siapa yang tahu kan.
hanya Allah yang maha Mengetahui. 
Apa yang terbaik, masa yang terbaik semua ada berserah dan tawakal saja pada Allah.
Moga dipermudahkan kalau susah,
disembuhkan andai sakit,
dicepatkan andai lambat.
InsyaAllah, amin.

Kawan-kawan, jangan lupa doakan aida pon cepat-cepat pregnant yer,
mekasih.

okbai, 

xoxo







Datang pastu balik, macam mana tuh?


Salam,

harini aida kena ot, sebab nak siapkan keje-keje pecah buku.
ikut schedule begitulah lagipon nak kena pengesahan ppn lagi.
nak kejar deadlines lagi, tapi.................................................
dah datang opis penat-penat kenalah pulak balik,
sebab?

data tak siap lagi..waaaa
kalau ikutkan sabtu ahad kene keje,
dahtu isnin pulok sambungnya...waaa lagi..
kalau tahu tak payah datang boleh aida balik tanjung malim
jumpe mak ayah, sebab mak ayah ade dekat rumah kakak.

takapelah nak buat macam mana,
tak boleh nak salahkan mana-mana pihak.
sebab benda-benda macam nih kadang-kadang tak diduga.
dah tu bolehla balik dan pergi jalan-jalan dengan encik am.
yeahhh, itulah alasannya.

kalau nak tahu, sebab arahan kena keje sabtu ahad nilah,
sepanjang malam minggu keje lepas tiap-tiap malam keluar
sebab nak ganti weekend yang kene keje nih. haha
punyalah lawak tak lawak kan.

okelah, dapat nasik tajaan, boleh balik. kbai.

xoxo.




Friday, March 29, 2013

Dah buat appointment


Salam,

yeah, semalam aida dengan encik am amik cuti dan menghabiskan cuti sehari dengan jayanya.
haha, hebatkan, semalam memang dari pagi sampai ke petang semua hal yang tergendala sejak
beberapa jaman telah disetelkan. alhamdulilah. dan yang paling penting aida telah pon mereferkan
nama kat hospital putrajaya untuk checkup problem yang aida alami sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
mudah-mudahan ikhtiar yang kali ini berjaya, amin.

pagi-pagi lagi kami dah pergi hospital hantar surat refer, nasiblah urusan tak lama.
pas dapat tarikh appointment bulan 5 akan datang, terus pergi sarapan kat mamak.
pastu terus pergi kompleks E, nak amik borang study encik am. unfortunately, salah tempat la pulak.
bukan kompleks e, tapi presint 16lah. so heading kesana dan nasib baik prosesnya mudah sajo.
alhamdulilah.terus pergi pejabat pos kat kompleks b pulak nak beli setem hasil dan wang pos.

pastu terus pegi cyberjaya, nak hantar borang ujrah ptptn untuk mati setem. dah mati setem pergi pulak
presint 5, kementerian pengajian tinggi, kat situ ada kaunter ptptn, so boleh serah by hand kat situ je, tak payah susah-susah nak pos. tapi kat sinilah yang paling spoil sebab bila sampai turn no giliran kita, boleh pulak sorang minah ni terkinja terus duduk. what the ****? malas nak citer betapa geramnya kat pompuan sampai dekat sejam darah naik. ok pulstop.

dah habis tuh terus perut lapor dan seperti dirancang pergi ikea menghabiskan duit. yiihhaa.
itulah kerja untuk mereleasekan tension tadi. waaa..
apa yang aku cerita nih.
padahal nak cerita pasal dah buat appointment dengan hospital jer.
ok bai.


mode:sakit kepala.

xoxo.


Thursday, March 28, 2013

Marah-marah


Assalam,

kenapa orang nih suka marah, marah-marah?
bukankah kita tahu yang marah itu sifat syaitan.
marah umpama api dari syaitan, yang membakar sifat mahmudah kita.
marah adalah senjata agenda syaitan.

kadang-kadang macam tak faham dengan orang nih.
kita tanya baik-baik tapi dijawab dengan marah-marah.
apa masalah dia nih? meroyan ke ape?
kalau kena dengan ruas, mahu kena marah balik.
tapi sebab aida bukan jenis yang macam tuh, itsokey.

but, ape pandangan engkau pada orang lain yang lihat.
seribu satu pandangan kau tau tak.
jadi mengapa marah-marah. kok ye pon ade masalah,
janganlah sampai terbawa-bawa dan tempias kena orang lain.
tak syoklah. orang lain pon ada masalah jugak tau. tapi pandai-pandailah
handle kan.

tak fikir ke hati orang yang tak pasal-pasal kena marah dengan engkau tuh?
berdosa kalau buat orang kecil hati dengan kita.
sebaik-baiknya jagalah hubungan baik kita. cakap baik-baik, tegur baik-baik.
dua-dua pon takkan kecil hati.


Okeylah, itu je nak cakap. dah macam ustajah pulak aku nih.
ade bakat tak? ade bakat tak?

xoxo.

Wednesday, March 27, 2013

Kebaikan GLA Shaklee




Assalam,

harini nak cerita kebaikan GLA Shaklee. Aida pon guna jugak gla nih. Meh tengok apa kebaikannya.
Ramai yang tak tahu kebaikan GLA ini. GLA·atau nama penuhnya Gama Linolenik Asid berfungsi menstabilkan hormon di dalam badan kita. Boleh diambil oleh lelaki dan wanita.Ia sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli.







Apakah kelebihan dan khasiat Shaklee GLA Complex ni:?



Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
Membantu meningkatkan kesuburan
Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
Membantu dalam menangani menopus
Menguatkan kuku dan rambut
Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
Membantu menangai ekzema
Melegakan simptom akibat artritis reumatoid
Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
Menguatkan imuniti tubuh
Memperlahankan proses penuaan
Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
Mengawal kencing manis dan darah tinggi
Mengawal kolesterol
Untuk fungsi saraf




Tuesday, March 26, 2013

Cara rukuk yang betul


Assalam,

semalam sewaktu disurau timbul persoalan antara kawan-kawan,
yang manakah cara rukuk yang betul bagi perempuan.
bila jadi keadaan itu, aida sendiri pulak jadi konpius, betul ke cara
rukuk yang aida amalkan sekarang.

mari aida kongsikan bagaimana cara rukuk yang betul bagi perempuan.
lihat gambar di bawah.


kedudukan tangan bila rukuk bagi lelaki dan perempuan

Aida bertanya pendapat orang yang berilmu, jika perempuan rukuk sperti lelaki 
bagaimana pula hukumnya. Sahkah solatnya itu?
Beliau menjawab, kedua-duanya boleh. Tak batal solat selagi rukun solat yang 13 itu 
lengkap dan cukup. Maka, sah dan boleh diteruskan solat kita itu. Alhamdulilah terungkai 
persoalan kita tadi.

InsyaAllah bersama kita memperbaiki cara rukuk kita dengan betul.
aida akan kongsikan lagi cara-cara solat yang betul untuk panduan kita bersama. Amin.



Monday, March 25, 2013

Happy 10


Assalam,

harini sampai-sampai je opis tengok tarikh. 25 mac 2013.
em ape ade dengan 25 mac nih..hmm jenuh fikir punya fikir..
haaa..harikan ulang bulan yang ke sepoloh perkahwinan kami.

terus call encik am,
encik am baru lepas breakfast,
encik am tanya ade ape, aida cakap saje je cal nak cakap,
nak cakap,
"selamat ulang bulan ke10 sayang"
hehe..semoga hubungan kita kekal hingga ke jannah, amin.

hehe, terus gelak encik am.
die kate macam kat rumah tak boleh nak cakap. ngee.
aida cakap takut nanti lupa. kikiki.

apepon, pejam celik pejam celik dah 10bulan kan.
cepat jer mase yang berlalu.
semoga hari-hari yang mendatangkan akan lebih bahagia dengan kehadiran
SIDIA yang kusayang. amin.


xoxo.



ESP - Energizing Soy Protein





Ramai yg tertanya2..kenapa ESP SHAKLEE begitu HOT dan LARISSSS utk semua? ini antara sebabnya ;)

♥ sgt2 popular utk kecantikan dan keanjalan kulit dan seluruh badan
♥ utk ibu2 mengandung-sumber protin yg sgt2 hebat utk anak dalam kandungan dan keperluan ibu itu sendiri
♥ utk ibu menyusu yg mendapati susu semakin berkrim, anak mudah kenyang, dan ibu berasa lebih bertenaga
♥ utk wanita yg ingin hamil sebagai sumber protin asas dalam badan utk kesuburan
♥ utk ibu2 dalam pantang - percepatkan penyembuhan selepas proses bersalin
♥ utk mereka yang ingin berdiet - esp bantu mengekalkan tenaga dan tahan rasa lapar sebab esp mengenyangkan!
♥ utk mereka yg ingin awet muda!
♥ utk mereka yang ada masalah kulit bukan shj di muka malah di seluruh badan
♥ utk seisi keluarga sebagai minuman kesihatan yang kaya dengan sumber protin asli

Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?

♥ Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : As energy booster (kalau minum pagi2 tu. terasa energetic dan tak rasa lapar sangat.. so bonuslah for weight management)
♥ Lelaki : melindungi dari sebarang penyakit kronik
♥ Ibu mengandung : for a healthier pregnancy – well-grown fetus
♥ Wanita : keanjalan kulit… (protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut).




Sunday, March 24, 2013

Bergedil cara Ku



Resipi Bergedil@Berdegil



Bahan-bahan:

5-6 biji kentang
1/4 tiub daging cincang Ramly
sedikit daun bawang ( dihiris halus)
garam secukup rasa
sedikit lada sulah
2 biji telur (untuk menggoreng)

Cara-cara:

  1. goreng kentang sehingga garing, rangup dan empuk.
  2. angkat, toskan minyak dan sedia untuk dilenyek sementara masih panas dan lembut.
  3. masukkan daging cincang dan daun bawang dan gaul rata.
  4. untuk rasa, masukkan garam dan lada sulah.
  5. bila dah sebati, bentukkan bulat-bulat mengikut kreativiti anda.
  6. dah siap, celup bergedil dalam telur dan goreng. Siap.

Sedap dimakan bersama soto atau pon bihun sup. Selamat mencuba. peace.


xoxo.


Saturday, March 23, 2013

Makna disebalik jerawat di muka






Lokasi jerawat di wajah anda mungkin disebabkan oleh faktor-faktor berikut:

1&2: Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.

3: Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu.

4,5&7: Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam

6: Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3

8: Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.

9&10: Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.

11&12: Hormon – Stres dan hormone punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran.

13: Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.

14: Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif



Nampaknya memang agak betol sebab jerawat aida banyak di kawasan 11&12.
aida kena jaga waktu tidur, minum air putih banyak-banyak dan makan banyak sayur. he.:)

xoxo.




Friday, March 22, 2013

Berjinak-jinak dengan dunia Shaklee



Salam,



hai sekarang nih aida baru saje berjinak-jinak dengan dunia shaklee.
inipon setelah kawan aida mengoferkan keahlian kepada aida.
for the first, aida nak kena study dulu kesemua tentang shaklee, every kind of supplement
and medicine, dia punya function, kebaikan dan macam-macam lagi.
jadi kawan-kawan sila beri support pada aida yer.
thanks.

xoxo.

Thursday, March 21, 2013

Semakan keputusan SPM 2012 melalui SMS


Salam,

harini pasti hari yang mendebarkan bagi budak-budak yang berumur 18 tahun nih, yang tahun lepas amik SPM. pasai harini result SPM keluar. weehuu. seronoknya. bagi aidalah. tapi dah takde adik yang sekolah.
tapi budak-budak SPM tahun lepas mesti muka cuak, risau, curious, poyo baru bangun tido terus siap-siap nak pergi sekolah lama. pagi-pagi dah tercongok depan gate sekolah tunggu kawan-kawan yang sama batch nak amik result. kira reunion la kejap. seronok-seronok gak jumpa kawan-kawan, tapi dalam hati Tuhan je yang tahu. Ape-apepon, tawakal kepada Allah, sebab adik-adik dah berusaha sehabis baik. ye.




Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk tahun 2012 boleh disemak melalui SMS mulai jam 10.00 pagi 21 Mac 2013(hari ini) sehingga 11.59 malam 27 Mac 2013 (Rabu).

Taipkan:
SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran & SMS ke 15888
Contoh:
SPM 950527031543 MA222A333


SMS ke:
15888





p/s: kepada adik-adik yang nak amik keputusan spm tuh, banyak-banyakkan berdoa, tawakal kepada Allah. InsyaAllah pasti berjaya setanding dengan usaha yang telah adik lakukan. Redha dengan setiap keputusan kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita adalah kita yang menentukan masa depan kita. Ok, akak wish gud luck untuk adik-adik semua. 


xoxo.








Galaxy Note 2 Pink dah ada kat malaysia?


Salam,

semalam suke-suke belek-belek instagram, dan kebetulan ade sorang sis nih die post gambar note 2 kaler pink, dan dia komen yang dia sakit hati sebab dah beli note 2 warna putih. hah.
really dah kuar ke kat malaysia?

pic dari instagram

then, i pon sesaje tanya " dah ada ke kat malaysia?"
and she said "sure syg". die panggil i syglah. hehe. mengong.
macam tak percaya pastu cakaplah dengan encik am note 2 dah keluar.
encik am cakap betol ke? ce tanya kat mana?
dan i pon tanya pada sis tuh tapi dia tak jawab. wuu.

nampak tak komen aida yang bawah sekali..hehehe


sehinggalah i google ke internet, dan yes, its true.
dah banyak dealer online dan jual. woohoo.
i memang super duper excited giler, tapi sayang
mana nak cari duit nak beli. so expensive dan masih berkira-kira
adakah mahu melepaskan my soul iphone.
encik am kata kalau nak ot lah rajin-rajin.
masalahnya bini die nih tak kurang rajin sikit. ngee.
so acane nih?


xoxo



Wednesday, March 20, 2013

Blog Review: Kisah Dina & Hazim


First Blog Review: Kisah Dina & Hazim

Salam,

sempena follower belog aida dah lebih daripada 300, aida akan review belog-belog yang aida suke singgah ye. tapi takdelah aida nak tunjuk semua sekali. satu-satu dulu yer. mungkin yang lain next time yer. untuk kali ini, aida nak review belog Kisah Dina & Hazim.

header belog mamadinahazim
boleh klik gambar dan link di atas untuk singgah 

Belog ini kepunyaan Puan Noor Irma yang merupakan mama kepada dua orang prince dan princess, iaitu Dina dan Hazim. Actually mama dina dan hazim nih merupakan opismate aida. dialah yang banyak ajar aida tentang selok belok dunia belog nih. yelah, aida baru jer nak masuk 3 tahun dalam dunia belog nih. terima kasih kak ima. 

Belog ini menceritakan tentang kisah dina dan hazim, telatah, perangai dan ragam mereka. banyak suka duka  dalam membesarkan anak-anak. namun, kehadiran anak-anak inilah yang menceriakan sesebuah keluarga. he, comel tau dina dan hazim nih, aida dah pernah jumpa beberapa kali. paling best sebab dapat bercakap dengan hazim atau nama manje ajim. ajim nih jenis tak banyak cakap sangat. dan bertuahlah kalau dapat cakap dengan dia. kakak dina pula jenis yang cool aje. selalu juga dengar kak ima cerita tentang telatah budak-budak nih membuatkan titew teringin nak ade sorang. he.

Kak irma juga ada selitkan info-info mengenai Clapam di dalam belog ini. kalau nak tahu lebih lanjut silalah singgah ke belog kak ima yer. 

Ok bai, nak sambung training.

xoxo.



WW: Hobi berkala


mengumpul toiletris dari hotel-hotel yang pernah pergi

Tuesday, March 19, 2013

Makan-makan besde KU



Salam,

Sempena besde aida yang ke26 hari sabtu haritu, encik am plan buat makan-makan hari ahadnya. Sebab hari sabtu tuh aida nak sambut berdua sajo. Nak lomantik lomantik suami isteri, candle light dinner, makan suap-suap kan. ngee. Dan ahad baru buat makan-makan ala ala birthday party la tapi takde kek just minum petang je pon. Encik am memang suke buat makan dan jemput orang datang rumah. Aida pon suka jugak tapi taulah walaupon die yang plan die yang jemput tapi yang penatnya dah tentu-tentulah bini die nih. Haaa sempuuutt..

So, petang sabtu lepas celebrate besde terus pegi shoppin barang dapur untuk masak. Beli bahan yang simple dan senang sajo. Dan alang-alang dah ditesco, ingat tak tesco contest yang aida bagitau tuh. Apalagi aida dengan encik am pon spendla barang untuk total rm80 dan ke atas. Dah beli ingatkan tak cukup 80 rupanya lebih pulok. Okelah, janji qualified nak masuk contest. Kan. Hope ade rezeki aida sempena besde kali nih kan. Amin.

Malamnya, aida siap-siapkan buat puding roti dengan sos kastard dan bergedil. First time tau buat bergedil. Kalau nak resipi habaq mai. Then, esoknya pagi-pagi lagi dah bertungkus lumus kemas rumah, vacum lantai yang dah berhabuk, cuci toilet, kemas baju bagai. Nasib event petang. So tengah hari lah baru start memasak. Main menu kitorang ialah bihun sup. Yang leceh sikit bahan-bahan aksesori die yang banyak. Haa. Encik am yang beria-ria nak bihun sup. Die kate bininya buat bihun sup sedaapp. Wekk. Bodek pandai. Hee. Mekasih.

Menu yang lain, sosej dan nugget, puding roti dan buah honey dew untuk desert. Itu je yang mampu aida dan encik am buat. Tak menang tangan dan sakit tumit dibuatnya. Yelah nak memotong, memasak, menunggu semua kena berdiri. Bergilir-gilir dah dengan encik am. Haha. Nasiblah encik am ringan tulang dan pandai main peranan amik part masak die. Terima kasih encik am. Sayang lebihlah macam nih. Ngee.

Tetamu yang dijemput tak ramai. Kawan-kawan yang paling rapat dekat putrajaya saja. Macam biasa Melor adilah and mat yajid, wanny and faizal, safar and haida, housemate lama aida time bujang, kak faizah dan adiknya, faz, dan juga anip. Tapi anip tak dapat datang sebab ada tetamu. Tapi tu pon dah penuh umah iolls tau. Seronok sangat. Nak jemput opismate takkan nak jemput sorang dua ja kan, ramai sangat tak larat den. Boleh?

Dila bawakan aida hadiah dari famous amos, wanny bawakan big apple kegemaran aida, dan haida bawakan kek lapis dari sarawak. Alhamdulilah, terima kasih ya kawan-kawan. Rezeki untuk sama-sama dirasa. Amin. Semoga tuhan memberkati kita semua.

Makan-makan yang start dari pukul 5 berlangsung sampailah 10.30 malam. Memang tak larat dah la badan nih. Bukan sembang apa sangat pon. Mana taknya, mat yajid siap bawak die punya ps2 nak main kat rumah. Hadoi. Memang kalau laki main ni memang dah tak ingat dunia. Kami yang kaum perempuan nih pon dah tak dilayan. Kesian bini-bini dok tunggu suami memasing. He. Nasib jugak mereka meringan tulang mengemas untuk aida. terima kasih lagi sekali yer.

Seronok sangat bila kumpul ramai-ramai nih. Macam-macam gelagat dan ragam. Banyak benda yang boleh dishare, gosip dan macam-macamlah. Bila masing-masing dah berkeluarga nih dan duduk dikejauhan ini, kawan yang terdekatlah ibarat keluarga yang bila susah senang sama-sama. Disebabkan itu jugaklah persahabatan kami semua semakin akrab. Amin.


Xoxo.





Kisah Fellina Inchloss & Pos Laju



Salam,


Bila berniaga nih kita akan berdepan dengan pelbagai ragam customer. Yes, we know customer always right. Sebab i pon customer jugak. Sebab tu kita jugak kena fikir hak kita. Tapi hak pembisnes kecil macam saya ni sapa yang nak kesah. Waa. Aida sebagai delaer, dropship nih seboleh-bolehnya cuba untuk berhubungan baik dengan customer. Kalau cust mesej ke wassap ke pm inbox ke email ke kan, aida akan cuba sebaik-baiknya jawab setiap pertanyaan mereka supaya dua-dua pihak jelas terang lagi bersuluhkan. Semua strategi digunakan dalam marketing supaya bisnes mantap. Haha. insyaAllah, korang tak payah takut dan ragu-ragu nak bisnes dengan aida. aida tak sorok sikit pon maklumat tentang aida, kalau ye pon aida menindas cust kan. by the way, aida takdelah menindas cust sebab custlah periuk nasik aida kan. kita sama-sama nak untung kan. korang dapat barang aida pon puas hati. Yeah!



Kisahnya bermula pada jumaat lepas, adalah seorang hamba Allah nih mengorder dengan aida fellina inchloss. Ok, tapi. Dia nak bayar hujung balik time dapat gaji. Opkoslah tak boleh sebab aida buat bisnes cash tiada hutang-hutang and direct terus kepada stokis aida. okelah, disebabkan kesian dan kenal dia, aida dahulukan duit aida untuk barang tuh. Dan sebab kenal jugaklah aida bagi murah dan tak amik untung mana pon. Barang pon siap dipos petang jumaat tu jugak. Dan aida janji nak bagi dia hari isnin. Ok fine.

Monday morning semalam, aida remind die tentang barang akan sampai tengah hari, dan die jawab insyaAllah. Masa tuh wonder jugak nape die tak jawab oke jek. tapela. then, die datang partition aida dan cakap, ”akak nak cancella fellina tuh sebab anak akak dah beli dah”. Aida pon cakaplah, ”aloorr orang dah order dah barang tuh, japgi sampailah”. Die cakap anak die dah beli baru cakap. pastu die bla bla bla merepek citer pasal anak dia, aida langsung buat tak tahu. Huh..grrrr geram sangat tau. Tanpa rasa bersalah tanpa say sorry kau buat aku begitu dengan slumbernyerr. Dahla tengah bulan, dahla aku dahulukan duit aku,  dahla bukan sepoloh hinggit, kalau sepoloh hinggit pon aku tak berkira, dahla kau tak mintak maaf langsung, dahla aku dah habis baik tolak ansur dengan kau nak kasi bayar hujung bulan, aahhhhhhh tension dengan orang yang macam nih. Oleh sebab aida malas nak pertikai dah, ok fine,aida buat tak tahu dan memang malas nak layan. Sorry to say, lepas nih memang tak dahla aku nak bisnes dengan kau!

Haahaa aida takdelah nak marah-marah sebab aida memang tak suke. Kalau boleh nak jaga jugak hati cust, dan cust pon kenalah jaga hati dealer macam aida nih (pssst kalau nak dapat harga murahlah). Bak orang kata, buat baik dibalas baik. Itu yang aida pegang selama nih. Ingat buat jahat akan dibalas jahat. Dan buktinya ada banyak kat depan mata aida. cuma malas aida nak cakap dan aibkan orang. Biarlah, Cuma satu je aida mintak, jangan kacau hidup aida. tolonglah. prinsipnya senang sajo "aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku. ada faham?

Dan semalam jugak, berlaku hal yang tak diduga. Seolah-olah fellina tuh merajuk kot orang tak jadik nak beli die. ngee, boleh pulak posmen hantar parcel aida tuh kat kompleks D. What the? Salah alamat ke? Salah mata kah? iolls kompleks C hokey. tak pasal-pasal parcel tuh sampai kat JPJ Blok D. dan nasiblah aida bagi nombor tepon kat stokis, jadi pengurusan JPJ pon call aida bagitau parcel disalah hantar kat sana. Hadoii, lepas satu satu. mungkin posmen tuh demam kot. kadang-kadang service pos laju nih memang tip toplah, kadang-kadang macam nilah. hmmm, dan nasiblah jugak kawan aida ada keje dekat blok D tuh, mintak die amikkan dulu untuk aida, dan pacel masih ada pada die memandangkan orang yang nak beli dah cancel kan. ahaks.


Moral of the story,  aida kena lebih tegas dalam berbisnes. Kalau A aida dah tetapkan, A jugaklah aida kena cakap dengan cust, neehee B or C. haha pahe dok? dok pahe sudoh. hiks.

Xoxo.




Monday, March 18, 2013

Sikap dan servis mereka




Salam,

Sambung citer besday aida yer..
Then esoknya itu, bersamaan 16 mac, encik am bawaklah aida pergi celebrate.
Tak tahu nak pergi makan kat mane, ate last-last pergi makan kat Kenny Rogers sajo.
Sebab tiba-tiba teringin pulak dah lama tak makan.
Kebetulan masa tuh dekat Paradigm Mall.
Saje nak pergi shopping dan jalan kat situ memandangkan ade Tesco,
dan tak pernah pergi lagi. Ade jugak H&M, cuma tak sempat nak carik dan singgah.

So, menononglah pergi level 3 cari KR.
And bila dah sampai, kami tak disambut pon. Usually diorang akan greet customer depan pintu masuk tu kan. Oke takpelah mungkin sebab tak ramai orang kot.
Pastu kitorang pon duduk dekat satu seat couple tepi dinding.
Yang tak bestnye tempat sandar encik am dah patah, jadi encik am takleh sandar.
Sian encik am. Takpelah redha jela sebab duduk nak makan kan.

Kemudian datang sorang waitress nih, bagi menu dan blah.
Dah pilih-pilih nak makan apa, encik am panggil.
Die datang dan amik order sambil verangan kot.
Dahla tak tengok muka customer, pastu dengan kereknya tak dengar betoi-betoi apa customer cakap. 
Encik am tukang order. macam biasa kami order kenny quarter meal yang dengan 3 side dishes plus muffin. Masa tuh encik am cakap untuk 3 side dishes tuh, rice 2, 1 coselaw, 1 mash potato and 2 slad fruit.  kira satu meal 1 rice lah, then die siap ulang balik. Oke. Untuk muffin, encik am mintak coklat dan vanilla.

Dan bila makanan sampai, tengok-tengok 1 meal tuh die letak 2 rice and fruit dan satu lagi meal die letak coselaw, mash potato dan fruit. hmmm hampehhhla, terpaksalah kami asingkan sendiri. Asingkan nasi dan coselaw. hmmm. mengeluh lagi. 
Pastu sampai pulak muffin, dua-dua die bawak vanilla. Aik bukan kami mintak satu coklat satu vanilla ke. Encik am dah buat muka tak suke. Aida malas jer cakap. So kami redha jelah makan.

cume geram dengan sikap waiter dan waitress nih. Kalau amik order tu, silalah focus sikit boleh tak. Kalau angau ke gaduh ke dengan boipren ke gelpren ke janganlah bawak sampai tempat kerja. Janganlah menyusahkan orang boleh tak. Tahu tak hasil daripada gaji korang tuh datang dari customer. Customers always right. Nasiblah kami nih malas nak komplen, kalau orang lain mesti dah lama dah kena nih. Sabar jela.

Xoxo.




Selamat Hari Lahir Aida the Pinky


Assalam,

kelmarin besday aida, hah, cepat wish, cepat wish, kalau tak nak majok.
ahah, acah jer.
kira kelmarin, 16 mac, genaplah umur aida 26 tahun.
wow, whats a number? dah 26 tahun kau hidup ya.
dah semakin berkurangnya umur aida kan.

papepon, orang yang pertama wish dah tentulah encik am.
yang paling kelakarnya, encik am kol8.30malam 15 mac lagi die dah wish.
masa tuh on the way nak pergi pasar malam.
encik am wish, aida cakap tak mau tak aci sebab belum 16 mac.
hehe, rupanya encik am takut die tertido awal malam tuh.
die takut die tak sempat wish nanti bini die merajuk giler. hahaha.
sampai macam tuh sekali kan.
oleh sebab aida cakap yangh wish tu tak kira, tak mau.
encik am pon bersengkang mata berjaga semata-mata nak tunggu pukul 12. ngee.
sweetnye encik am. sanggup tido jaga tido jaga nak tunggu pukol12.
itu yang buat aida sayang sangat kat encik am.
em ape? hadiah? eheheh, mane boleh bagitahu, rahsia. hehe.

okelah, nanti aida sambung lagi bab besde nih..cau sin chi..

xoxo.



Saturday, March 16, 2013

GA dan Sponsor



Salam,

Sejak-sejak cpuv dah naik nih, terasa macam nak buat giveaway lah..
Terima kasih Nuffnang sebab sudi memberi cpuv kat aida. lebiu lah.

Actually dah lama terfikir nak buat ga, ke segmen ke, contest ke,
tapi takde idea lah. Takut jugak tak dapat sambutan ke tak pandai nak
promot ke kan. Maklumlah first time nak buat nih. Selalu tau join orang punye
ga dan segmen jer.

Opismate aida ada suggest suh buat ga. Nantilah bila dah bersedia nak buat ga,
aida akan war-warkan yer. Tungguuuu. Kalau korang pandai bagilah aida idea
untuk buat ga nih. Mak dah penat fikir idea yang sesuai noks. Eceh verangan nak buat
ga yang havoc lagi gempak la konon. buat pon belum dah verangan lebih. poyo kan.

Citer bab sponsor pulak, kalau ada saper-saper yang nak buat ga ke ape-apelah contest segmen bagai, kalau nak cari sponsor bolehlah contact aida yer. Boleh email kalau ada
yang nak tanya ke nak ofer aida jadi sponsor korang ke yer. Kalau sikit-sikit tu bolehla nak sponsor. kan kan. Seronok sebenarnya join ga nih, di samping dapat menambah follower, dapat kenal kawan baru, blogger baru. pastu mesti akan jumpe belog-belog yang best yang femes. dan lagi best kalau menang. lagilah dapat hadiah kan.

Ni email aida : idida163@gmail.com
Emelkan kat sini kalau ada cadangan dan pertanyaan. Besar tapak tangan aida alu-alukan.

Terima kasih.
Xoxo


Friday, March 15, 2013

Tesco Anniversarry Contest


Salam,
kawan-kawan, kepada pemegang clubcard tesco, 
sempena ulang tahun tesco yang ke-11, tesco ade buat contest. 
44x ipad mini untuk dimenangi. 
wow
memang cool giler hadiah die, so apelagi jomla kite join.

Macam mana nak join?: 

  • Berbelanja di tesco sebanyak rm80 dan lebih.


  • Peserta perlu melengkapkan satu kali pendaftaran melalui Fan Page Facebook Tesco Malaysia (www.facebook.com/tescomy) ATAU;
  • Hantar SMS ke 63660 dengan isi-isi berikut; 
          TESCOANN1111 nombor Clubcard terakhirNo. Kad Pengenalan Baru
          - Contoh: TESCO ANN11 01234567890 820123084321



Pemenang akan dicabut secara E-cabutan dan akan dipilih setiap minggu. 
- Senarai pemenang setiap minggu berikut;

MINGGUPEMENANG SEMINGGUTEMPOH
Minggu 111 pemenang6th March - 13th March 2013
Minggu 211 pemenang14th March - 20th March 2013
Minggu 311 pemenang21st March - 27th March 2013
Minggu 411 pemenang28th March - 3rd April 2013

Peraduan ini bermula dari 6 Mac hingga 3 Apr 2013 (Termasuk kedua-dua tarikh tersebut). Penggunaan / leretan kad sebelum atau selepas tarikh tersebut adalah tidak layak untuk menyertai peraduan ini.




Apalagi jom kita beramai-ramai join dan menang ipad. yeah.

xoxo.

Bisnes Kacang Putih Ku



Salam,

Beberapa menjak ni aida semakin giat dan rancak berbisnes kan.
Asalnya sekadar suke-suke nak cari duit lebih jer, yelah aida kan jenis
yang suke shopping, berbelanja, beli itulah beli inilah, tiap-tiap minggu mesti
ada saje bende yang aida nak dan nak beli. Dari baju, tudung, barang dapur, barang rumah, perhiasan, makanan dan macam-macam. Tapi yang ni bukan keperluan tau.
Sebab semua barang keperluan encik am dah sediakan. Ape saje bende yang aida
nakkan adalah kehendak. Encik am marah kalau aida suke beli merapu-rapu nih. Die pula dah pesan supaya berjimat, saving untuk masa depan untuk anak-anak. Uiks, anak-anak? Yelah, manelah tahu kan, kalau ade rezeki, tup tup esok luse aida dah mengandung ke kan. Amin. Mesti nak guna banyak duit kan. Mane lagi untuk checkup, keperluan maternity, baby, banyak tuh duit nak guna untuk semua tuh. sebab tuh encik am suh saving dari sekarang. Kalau bende tak penting tak payahlah beli tak payah nak boros sangat. Sekurang-kurangnya dapat membantu suami. Nampak sangat aida seorang yang boros kan. kan. boros tu amalan syaitan. Jangan amalkan yer. Aida pon belajar untuk tidak boros berbelanja.

Tapi disebabkan dah seronok nak pegang duit banyak, aida pon nak try macam-macam bisnes. Kan aida dah mula dengan bisnes tupperware aida tuh. Bisnes tuh masih berjalan mengikut kehendak pelanggan. Bila ada permintaan, baru aida akan dapatkan barang. kire bisnes aida tak rugi lah. Jangan lupa singgah Pinky Tupperware dan dapatkan tupperware dengan harga yang berpatutan. InsyaAllah. Keke, sempat lagi promot belog tupperware aida. Jenguk-jenguk kalau ada yang berkenan.

Sekarang nih, aida dah jadi dealer untuk beberapa jenis produk kesihatan dan kecantikan.
Nama kedai online aida yang lagi satu ialah Pinky Shoppy. Hehehe somel tak? Macam tuan die kan. Boleh lawat sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk apa yang aida jual yer kawan-kawan. Boleh pm/msg/wassap/email kalau nak beli mana-mana produk. Kalau sekadar nak tanya saja pon boleh, jangan malu-malu. Malu bertanya sesat jalan tau. Hik3. setakat nih Alhamdulilah, ramai juga yang beli dengan aida.

Dan yang terbaru, bisnes kacang putih aida. haha, dan macam mamak pulak jual kacang putih kan. Idea jual kacang putih ni timbul bila kedai runcit kat opis aida dah kehabisan stok makanan. Tambah pulak stok yang ada cuma makanan jajan budak-budak. Cekedis, apolo, mamee, bosanla pulak kan. Teringat ayat sorang cc nih, ”makanan orang tua takde ke?” haha, makanan orang tua tu macam mana? Pastu terdetik nak jual kerepek dan kacang putih. Yelah, aida kan orang ipoh, ipoh pulak terkenal dengan industri kacang putihnye, jadi aida balik kampung terus pergi buntong beli kacang putih. Buat permulaan, aida beli beberapa jenis kerepek jer macam biskut bantal, maruku, kerepek pisang dan ubi. Beli dalam kuantiti sikit dalam sekilo, dan balik rumah aida packing-packing dalam plastik kecil pastu jual dengan harga sekitar rm1 hingga rm2. Alhamduliah, ini baru percubaan pertama dan aida nampak hasil dan komen dari pembeli. InsyaAllah akan diperbaiki mana yang kurang dan akan menambahkan lagi produk jualan.



Seronok jugakkan berbisnes nih. Cuma bisnes aida takdelah hebat sangat. Sekadar suke-suke sajo. Kawan aida siap panggil aida multi bussineswoman dah. Hahaha. Amin. Mudah-mudahan masin mulut mereka. Teringat pulak cita-cita masa dulu-dulu nak bukak restoren. He, ni kalau aida tak keje gomen, rasa-rasanya dah jadi tokey restoren kot.


Xoxo.



  

Thursday, March 14, 2013

Roti nan & tandoori


Salam,

kalau minggu bekerja ni memang jarang-jaranglah akan masak dirumah.
melainkan kalau balik awal, mood memasak ada dan bahan-bahan tersedia.
memang akan rajin sesangat. encik am cakap jer nak makan apa, boleh saja.

tapi, memandangkan sekarang nih tengah on going diet, so kalau boleh malam memang
tak mau makan nasik. yelah, nasik kan karbohidrat. bila dah makan pastu kenyang
pastu mengantok terus tido. alamatnya semua karbohidrat tu bertukar jadi lemaklah.
dahla memang berlemak, bertambah-tambah lemaklah. tapi, kalau nak makan jugak nasik
kena makan sebelum pukol7. sebab lepas tuh mesti solat dan buat keje sikit, sempatlah
nasik tuh bertukar jadi tenaga tak sempat jadi lemak. erk. dahla, semakin meningkat umur nih
semakin rendah tahap metabolisma badan. dan sebab tulah, kena amik macam-macam supplement
untuk kesihatan badan nih.

dan, semalam, aida bercadang nak masak untuk encik am.
ingat nak balik awal nak singgah kedai la beli barang sikit, alih-alih
hujan, lebat pulak tuh. terus tak jadi nak singgah beli dan nak masak. hmmmm
takpelah, ajak encik am makan luarlah.

encik am pulak jenis tak kesah. die ingat nak masak nasik goreng jer.
tapi aida tak mau nasik malam-malam. die ofer diri nak buat bihun sup.
aida cakap, lunch tadi kat opis dah makan bihun sup, takkan bihun lagi kan.
hehehe, terus ajak encik am makan luar, makan mamak nak?
encik am is oke jer.

lepas solat maghrib terus siap gi mamak Darussalam. nasiblah mamak tuh dekat jer dengan rumah.
tak sampai 5minit dah sampai. rasanya mamak tuh pon dah kenal muka kitorang nih.
dan menjadi kebiasaan, menu yang sama. aida order roti naan, encik am mesti tandoori.
dan semalam encik am makan nasi dengan tandoori. tapi yang paling buat kitorang suka gi makan sini  sebab tandoori mamak ni memang sedap. kalau tak percaya bolehla pergi cube. hik. xoxo.


roti naan dan tandoori
gambar sekadar hiasan




Wednesday, March 13, 2013

Cerita kucing dan ikan bilis


Salam noks-noks semua,

macam biasa tiap-tiap hari balik lambat lagi sebab kena siapkan cek data-data.
so, semalam balik dekat 8.30 jugakla, sampai rumah dah dekat pukol 9.
dah tentu-tentulah letih kan. tapi tape, tetap menten cute *dimata encik am jelah..

pastu bila nak masuk rumah terperasan ade segenggam ikan bilis dekat depan pintu rumah.
uiikks, sape punye keje nih?
tanya encik am dia jawab "tadi bagi makan kucing". hah.
"dah tu kenapa tak makan pon?"
"sebab ikan bilis tuh dah busuk"
"ooooo".
perbualan terhenti disitu, masuk bilik pergi mandi.

then, bila dah habis dinner, aida pon kemaslah dapur,
susun pinggan mangkuk yang dah basuh kat kabinet.
pastu teringat pasal ikan bilis tuh.

tanya-tanya encik am, rupanya dia yang bawak kucing tuh dari bawah sebab nak bagi makan.
bawak naik lift. haha, sabar jelah dengan encik am nih.
*dalam hati mungkin encik am rindu dekat miyu, angelo dan ichigo kottt
dah tu kenapa bagi ikan bilis?
die cari makanan kucing dah tade dalam rumah, so die bagilah ikan bilis.
tapi ikan bilis tu busuk.

what? busuk? busuk? busuk?
setahu aida baru je beli ikan bilis setengah kilo dengan kakyus, takkan dah busuk kot.
pergi cek rupa-rupanya encik am bagi ikan bilis yang beli dekat pasar malam yang dah keras
yang kami sendiri pon tak lalu nak makan. hah, tapi kenapa busuk plak?

bukak je botol ikan bilis tuh, terus satu aroma ke wap ke hape ntah menusuk ke hidung.
macam gas tuh. hah, cepat-cepat basuh hidung. buang terus dalam tong. rugi je beli.
patotlah kucing tuh tak nak makan. kesian dia.

last-last tanya, die cakap kucing tuh die biar je main kat situ,
pastu dengar kucing tuh meow-meow depan rumah,
rupanya mintak hantar balik ke bawah. he, encik am pon hantarlah balik ke habitat die.

haha, macam sweet jer. okbai.

xoxo.




Tuesday, March 12, 2013

Mini Reunion yang kebetulan


Salam,

ahad lepas, adalah betul-betul kebetulan yang tak dirancang kami.
yelah, perjumpaan kawan-kawan poli yang sangat happening lagi havoc. pheww
pagi ahad, aida dapat call dari opis, ade keje yang perlu disetelkan, dan
sememangnya aida tengah stand by kat umah.
dok bajet tak kena la panggil sebab dah plan dengan encik am nak pegi jalan-jalan.
teringat pulak, housemate lama, wanny jysmi, invite makan-makan kat rumah die.
so, bila dah kena pegi opis, terpaksala cancel pegi umah wani. huhu.

then, bila sampai opis pulak, checking keje salah state pulok doh,
jadi terpaksa hantar balik data ke state untuk pembetulan.
sudahnya, datang pastu balik saja.
encik am pulak lepas drop aida kat opis terus heading wangsa maju.
dan elok die sampai sana, aida dah call die suh fetch balik pulak. haha.
kesian kat encik am, aida roger kawan, dan bolehla pegi rumah wanny. haha.

then melor adilah and husband datang pick up aida kat opis terus ke rumah wani.
dapatlah makan-makan kat rumah wani.
makan spagethi, sate dan cocktail. alhamdulilah. nikmat. mekasih wanny.
nanti buat lagi yerk. harap-harap wanny bace. hehe.

pastu, kawan poli kitorang pulak, wani jugak namanya datang shah alam,
nak buat kad kawen kat tempat kitorang buat dulu, ceria kad kahwin.
dah alang-alang ajak jumpe, sekali dengan diha dan mat rapi.
aida nak pegi tapi encik am kat wangsa maju, jadi tak syokla kalu encik am tade.
mengada kan. nak jugak copule-couple, satgi kang macam kera sumbang pulak.
sanggup call encik am suh balik cepat semata-mata nak pergi shah alam.
kesian encik am, baru nak lepaskan rindu dekat kawan-kawan,
terpaksa abaikan pojek-pojek die. mekasih juge.

tunggu encik am sampai, terus gerak pegi shah alam.
dah on the way teringat pulak dekat ana an yang tinggal kat shah alam terus roger kasi mari.
hehe, bertambah-tambah pulak ahli. waaaaaaaah, seronok hatiku teruja.

diha dah set nak jumpe kat abg burn beger bako.
so berpusu-pusu sesak-sasak lah kat situ dengan ramai sekali.
mana taknya, wani dengan tunang dio beserta bodyguard 3 orang,
melor adilah dan suami, diha dan mat rapi, ana an dan an (suaminya)
dan termasuklah aida dan encik am..hehe..total semua bape ek...haa 13 orang kot.

penuh meja makan beger bako, aida makan share-share dengan ana pasai kenyang lagi.
encik am makan sorang sebab dok jauh-jauh. sayangnya tak amik gambar masa makan.
yelah, iphone aida habis bateri la pulok. tula, ingat nak beli powerbank, senang sikit nak cas
di mana-mana sajo kan.

tercetuslah mini reunion kitorang yang tak dirancang dan tak disangka itu.
even tak ramai tapi seronok dapat jumpa kawan-kawan lama kan.
seronok pulok sebab husband memasing sporting and cool jer, bleh masuk.

waaa, nak lagi reunion macam nih.

selit satu gambar dari phone mat rapi..tak berapa clear
dan mata aida seperti cat eye yang bersinar haha
lain-lain gambar dalam tepon mat yajid la pulak..
akan diupdate bila dah dapat nanti yer..


xoxo.




Monday, March 11, 2013

Pengumuman : Gaji Kakitangan Awam Naik



PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 'berita baik' sembilan perkara yang dinantikan oleh 1.4 juta kakitangan awam termasuk kenaikan gaji tahunan yang diawalkan dan akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.

Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Najib berkata, kesemua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST) - yang menggantikan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan tahun lalu.

Antaranya:
  • Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52;
  • 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian;
  • Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini;
  • Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;
  • Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;
  • Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013;
  • Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;
  • Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca";
  • Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion;


Segmen: RM5


Salam,
macam nak gelak je tengok tajuk entry, segmen: rm5.
ape tuh? ha, kalau korang nak tahu klik banner kat bawah ni ye.
kbai.


xoxo.