728 x 90

Tuesday, March 19, 2013

Kisah Fellina Inchloss & Pos Laju



Salam,


Bila berniaga nih kita akan berdepan dengan pelbagai ragam customer. Yes, we know customer always right. Sebab i pon customer jugak. Sebab tu kita jugak kena fikir hak kita. Tapi hak pembisnes kecil macam saya ni sapa yang nak kesah. Waa. Aida sebagai delaer, dropship nih seboleh-bolehnya cuba untuk berhubungan baik dengan customer. Kalau cust mesej ke wassap ke pm inbox ke email ke kan, aida akan cuba sebaik-baiknya jawab setiap pertanyaan mereka supaya dua-dua pihak jelas terang lagi bersuluhkan. Semua strategi digunakan dalam marketing supaya bisnes mantap. Haha. insyaAllah, korang tak payah takut dan ragu-ragu nak bisnes dengan aida. aida tak sorok sikit pon maklumat tentang aida, kalau ye pon aida menindas cust kan. by the way, aida takdelah menindas cust sebab custlah periuk nasik aida kan. kita sama-sama nak untung kan. korang dapat barang aida pon puas hati. Yeah!



Kisahnya bermula pada jumaat lepas, adalah seorang hamba Allah nih mengorder dengan aida fellina inchloss. Ok, tapi. Dia nak bayar hujung balik time dapat gaji. Opkoslah tak boleh sebab aida buat bisnes cash tiada hutang-hutang and direct terus kepada stokis aida. okelah, disebabkan kesian dan kenal dia, aida dahulukan duit aida untuk barang tuh. Dan sebab kenal jugaklah aida bagi murah dan tak amik untung mana pon. Barang pon siap dipos petang jumaat tu jugak. Dan aida janji nak bagi dia hari isnin. Ok fine.

Monday morning semalam, aida remind die tentang barang akan sampai tengah hari, dan die jawab insyaAllah. Masa tuh wonder jugak nape die tak jawab oke jek. tapela. then, die datang partition aida dan cakap, ”akak nak cancella fellina tuh sebab anak akak dah beli dah”. Aida pon cakaplah, ”aloorr orang dah order dah barang tuh, japgi sampailah”. Die cakap anak die dah beli baru cakap. pastu die bla bla bla merepek citer pasal anak dia, aida langsung buat tak tahu. Huh..grrrr geram sangat tau. Tanpa rasa bersalah tanpa say sorry kau buat aku begitu dengan slumbernyerr. Dahla tengah bulan, dahla aku dahulukan duit aku,  dahla bukan sepoloh hinggit, kalau sepoloh hinggit pon aku tak berkira, dahla kau tak mintak maaf langsung, dahla aku dah habis baik tolak ansur dengan kau nak kasi bayar hujung bulan, aahhhhhhh tension dengan orang yang macam nih. Oleh sebab aida malas nak pertikai dah, ok fine,aida buat tak tahu dan memang malas nak layan. Sorry to say, lepas nih memang tak dahla aku nak bisnes dengan kau!

Haahaa aida takdelah nak marah-marah sebab aida memang tak suke. Kalau boleh nak jaga jugak hati cust, dan cust pon kenalah jaga hati dealer macam aida nih (pssst kalau nak dapat harga murahlah). Bak orang kata, buat baik dibalas baik. Itu yang aida pegang selama nih. Ingat buat jahat akan dibalas jahat. Dan buktinya ada banyak kat depan mata aida. cuma malas aida nak cakap dan aibkan orang. Biarlah, Cuma satu je aida mintak, jangan kacau hidup aida. tolonglah. prinsipnya senang sajo "aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku. ada faham?

Dan semalam jugak, berlaku hal yang tak diduga. Seolah-olah fellina tuh merajuk kot orang tak jadik nak beli die. ngee, boleh pulak posmen hantar parcel aida tuh kat kompleks D. What the? Salah alamat ke? Salah mata kah? iolls kompleks C hokey. tak pasal-pasal parcel tuh sampai kat JPJ Blok D. dan nasiblah aida bagi nombor tepon kat stokis, jadi pengurusan JPJ pon call aida bagitau parcel disalah hantar kat sana. Hadoii, lepas satu satu. mungkin posmen tuh demam kot. kadang-kadang service pos laju nih memang tip toplah, kadang-kadang macam nilah. hmmm, dan nasiblah jugak kawan aida ada keje dekat blok D tuh, mintak die amikkan dulu untuk aida, dan pacel masih ada pada die memandangkan orang yang nak beli dah cancel kan. ahaks.


Moral of the story,  aida kena lebih tegas dalam berbisnes. Kalau A aida dah tetapkan, A jugaklah aida kena cakap dengan cust, neehee B or C. haha pahe dok? dok pahe sudoh. hiks.

Xoxo.




8 comments:

  1. biasa la tuh, fikri pon meniaga kecil-kecilan jugak. Kadang-kadang tensen gak. Bab penghantaran, skynet better dari poslaju.

    Itu pun kalau ada pejabat skynet berdekatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita bisnes kecik2 ni kne bsediala hadapi mcmni..

      Delete
  2. Kalau dia x nak..i nak beli la aida hehe

    ReplyDelete
  3. sabo2..berniaga mmg mcm tu kan..niat kite baik dah..hehe

    i folo u k..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..aida ni dahla xpndai nk marah orang..sekadar luahan..
      sebab tu malas nk cakap..

      Delete