Tuesday, March 19, 2013

Makan-makan besde KU



Salam,

Sempena besde aida yang ke26 hari sabtu haritu, encik am plan buat makan-makan hari ahadnya. Sebab hari sabtu tuh aida nak sambut berdua sajo. Nak lomantik lomantik suami isteri, candle light dinner, makan suap-suap kan. ngee. Dan ahad baru buat makan-makan ala ala birthday party la tapi takde kek just minum petang je pon. Encik am memang suke buat makan dan jemput orang datang rumah. Aida pon suka jugak tapi taulah walaupon die yang plan die yang jemput tapi yang penatnya dah tentu-tentulah bini die nih. Haaa sempuuutt..

So, petang sabtu lepas celebrate besde terus pegi shoppin barang dapur untuk masak. Beli bahan yang simple dan senang sajo. Dan alang-alang dah ditesco, ingat tak tesco contest yang aida bagitau tuh. Apalagi aida dengan encik am pon spendla barang untuk total rm80 dan ke atas. Dah beli ingatkan tak cukup 80 rupanya lebih pulok. Okelah, janji qualified nak masuk contest. Kan. Hope ade rezeki aida sempena besde kali nih kan. Amin.

Malamnya, aida siap-siapkan buat puding roti dengan sos kastard dan bergedil. First time tau buat bergedil. Kalau nak resipi habaq mai. Then, esoknya pagi-pagi lagi dah bertungkus lumus kemas rumah, vacum lantai yang dah berhabuk, cuci toilet, kemas baju bagai. Nasib event petang. So tengah hari lah baru start memasak. Main menu kitorang ialah bihun sup. Yang leceh sikit bahan-bahan aksesori die yang banyak. Haa. Encik am yang beria-ria nak bihun sup. Die kate bininya buat bihun sup sedaapp. Wekk. Bodek pandai. Hee. Mekasih.

Menu yang lain, sosej dan nugget, puding roti dan buah honey dew untuk desert. Itu je yang mampu aida dan encik am buat. Tak menang tangan dan sakit tumit dibuatnya. Yelah nak memotong, memasak, menunggu semua kena berdiri. Bergilir-gilir dah dengan encik am. Haha. Nasiblah encik am ringan tulang dan pandai main peranan amik part masak die. Terima kasih encik am. Sayang lebihlah macam nih. Ngee.

Tetamu yang dijemput tak ramai. Kawan-kawan yang paling rapat dekat putrajaya saja. Macam biasa Melor adilah and mat yajid, wanny and faizal, safar and haida, housemate lama aida time bujang, kak faizah dan adiknya, faz, dan juga anip. Tapi anip tak dapat datang sebab ada tetamu. Tapi tu pon dah penuh umah iolls tau. Seronok sangat. Nak jemput opismate takkan nak jemput sorang dua ja kan, ramai sangat tak larat den. Boleh?

Dila bawakan aida hadiah dari famous amos, wanny bawakan big apple kegemaran aida, dan haida bawakan kek lapis dari sarawak. Alhamdulilah, terima kasih ya kawan-kawan. Rezeki untuk sama-sama dirasa. Amin. Semoga tuhan memberkati kita semua.

Makan-makan yang start dari pukul 5 berlangsung sampailah 10.30 malam. Memang tak larat dah la badan nih. Bukan sembang apa sangat pon. Mana taknya, mat yajid siap bawak die punya ps2 nak main kat rumah. Hadoi. Memang kalau laki main ni memang dah tak ingat dunia. Kami yang kaum perempuan nih pon dah tak dilayan. Kesian bini-bini dok tunggu suami memasing. He. Nasib jugak mereka meringan tulang mengemas untuk aida. terima kasih lagi sekali yer.

Seronok sangat bila kumpul ramai-ramai nih. Macam-macam gelagat dan ragam. Banyak benda yang boleh dishare, gosip dan macam-macamlah. Bila masing-masing dah berkeluarga nih dan duduk dikejauhan ini, kawan yang terdekatlah ibarat keluarga yang bila susah senang sama-sama. Disebabkan itu jugaklah persahabatan kami semua semakin akrab. Amin.


Xoxo.





2 comments: