728 x 90

Tuesday, May 28, 2013

Happy 1st Annivrsarry Sayang


Assalamualaikum,

harini 28 mei 2013, 3 hari yang lepas tahun lepas, bersamaan 25 mei 2012, hari yang paling bersejarah buat aida dan encik am. Dan 25 mei 2013 yang lepas, genaplah setahun usia perkahwinan kami. macam tak percaya kan, kejap jer masa berlalu dah setahun. rase macam baru semalam jer kawen. kan kan.
ahaha.

meh kite throwback saat-saat kami diijabkabulkan. wahhh..
















okey, malas nak tulis caption sebab gambar tuh pon dah cerita kan step by step..ahaha..dasar pimalas kan..
wokeylah, doakan rumah dan tangga kami kekal hingga ke jannah. dan tak lupa doakan kitorang cepat-cepat dapat baby yaww..


xoxo.




Wednesday, May 22, 2013

Ingat ong pompuan ni tak kuat kew?


Assalamualaikum,

Lately nih makin malas kan nak update belog. Apela kamu nih aida.

Last week tibe-tibe tercetus idea nak ubahsuai susunan bilik. Ala macam deco bersama eric tulah. Tapi eric tu pakai barang baru lagi mahal lagi cantik ma.
Ni saje je nak susun lain sebab sekarang nih rasa kalau tengah bersiap pagi-pagi tuh macam aida ni memberi sedikit gangguan pada encik am nak solat kadang-kadang.

Yelah, kadang tuh mase encik am solatlah nak lalu amik pin, amik deodorant, carik itu carik inilah. Aiii rasa berdosa lalu lalang situ. Sebabnya meja solek aida betol-betol depan ruang solat kitorang.
Sebabtuh, aida terfikir nak ubah susunan supaya meja solek tuh tak menggangu solat. Haha, kesian meja solek dipersalahkan.

Pastu nak pesan encik am nak alih petabg lepas balik keje isnin ritu. Hari isnin tuh encik am ade event kat opis so die balik dalam keletihan. Maka tak berubahlah lagi bilik tuh.

Dan semalam, malas nak tunggu encik am, i alih je sendiri katil, almari, meja solek, meja tepi bagai. Hai ponatlah la jugok. Berat-berat semua. Dengan habuk lama yang berkumpul, sawang bagai. Siap jumpe dan main kejar-kejar dengan mr cockrach. Haha, selamat dengan baygon.

Habis susun habis mop semua. Waaahh, taraaa. Macam pindah rumah baru pulak. Maap, gambar lupa amik. Nger.
Pastu mandi solat tunggu encik am balik. Cee, konon nak buat surprisela.
Encik am sampai rumah, ceeee buat-buat tak tahu jer dok depan tengok tv. Encik am masuk bilik, pastu die datang depan balik. Haha, i buat bodoh jer.

Pastu tunggu jugak die nak cakap apa. Alih-alih die pegang muscle lengan kitew. Haha, ingatkan apa. Encik am cakap"waaa keras keras". E'eleh, itu yang die nak cakap. Keke.

Ape ingat orang perempuan tak kuat kee?

Xoxo


Monday, May 20, 2013

One Woman Can Beauty Contest - Mary Kay

As-Salam

Attention ! Attention ! Attention !
Attention to beautiful blogger ! 



Sempena ulangtahun yang ke-50 Mary Kay, pihak Mary Kay telah menganjurkan contest yang bertajuk "One Women Can" Beauty Contest untuk wanita-wanita kat Malaysia ni..

So blogger perempuan boleh join contest ini.
Cungkilkan bakat dan kebolehan anda dengan menyertai "One Women Can" Beauty Contest ini !

Macam mana nak join?

Rebut peluang anda memenangi 1 x Mini Targeted Action Body Lotion and Mini Hand Cream in mesh bag & 1 x Nourishine Plus Lip Gloss bila anda membuat entry tentang contest ni.


atau

Anda kena buat 1 post berkenaan hebahan tentang "One Women Can" Beauty Contest ini,

- 10 post yang kreatif dan terbaik akan memenangi Produk Mary Kat bernilai RM1000
- 2 blog post yang terbaik dan kreatif akan dipilih untuk memenangi percutian ke Hong Kong
(3hari 2malam) bersama pemenang-pemenang akhir acara ini.

atau

Anda boleh mengikuti make over percuma bersama perunding kecantikan yang dilantik di setiap negeri yang terpilih dan menyertai peraduan kecantikan dan rebut peluang menjadi wajah Mary Kay
di Hong Kong !!

p/s : Rugi tak join ! Cubalah.. Rezeki


Friday, May 17, 2013

Acer Aspire P3 Convertible Ultrabook™


Hye guys, wasap wasap.
mesti ramai yang tengah belogwalking, yang tengah update belog,
haaa..samela kite. selalu korang update entry dekat mana? dari phone korang ke? pc atau desktop korang?
for me, walaupon sehebat mana pon phone aida, tapi tetap tak puas.lagi suke update pakai notebook. 
dulu aida ada notebook tapi sekarang dah takde dah sebabdah bagi dekat adik aida yang sambung belajar.
notebook yang mula-mula sekali aida pakai masa tahun 2007. masa tuh notebook jenis nih tengah up.
acer tau pilihan aida. entahlah, dalam banyak-banyak brand lagi suke dengan acer.

acer aspire 5060

mase tuh, kira notebook nilah paling ramai kawan-kawan pakai. memang suka sangat dengan design dan kaler die.tapi sayang tak lama aida pakai, encik am pinjam lepas tuh rumah diakena pecah masuk oleh mat pitt tak pasal-pasal notebook aida kena rembat. huhu. sayang woo habis semua memori dalam tuh hilang. grrrrrr..tak lama lepas tuh encik am ganti dengan notebook baru, acer jugak, 

acer aspire one d270-26

yang nih, cuma aida tak berapa suka sebab die lebih lebar dan berat.sakit bahu kot nak galas ke sana ke mari.sebab tulah aida bagi dekat adik saje. dan sekarang im free tanpa any notebook. wuu wuu
harapkan notebook encik am dan notebook opis saje.kesiannye, aida nak notebook sendiri jugak, senang nak buat apa pon.
tapi 
sekarang nih acer dah ade ultrabook you know.
what? ultrabook? macam ultraman jer.
apa tuh??
meh kita layan video kat bawah nih:

so how?
Super awesome Acer Aspire P3 Ultrabook!!!


Okey, taraa, introduce Acer Aspire P3 Convertible Ultrabook, tablet yang canggih yang mula memasuki pasaran. The worlds first Acer convertible Ultrabook™. Inspired by Intel'bila tengok video awesome kat atas tadi, memang WOW memang terasa nak sangat-sangat. best giler kot.

Tablet ni mempunyai 11.6 inch touch centric..Dah macam ipad pulak aida tengok. ini terlebih bagus. Users boleh touch screen saja, dah tak payah nak 'cocok' mouse kan. kan lebih praktikal. i loike. 

Ia juga Ultraportable tau. kejap boleh jadi laptop kejap jadi tablet. waa memang syoklah. lebih cantik dan bergaya la kan. 

Tablet ni juga ada detachable key dock tau. dengan keypad yang nipis, mudah diubahsai mengikut kesesuaian user. Memang sangat sesuai untuk buat kerja blogging dengan assignment. 

Beratnya hanya 3.06 pounds atau bersamaan 1.4kg. wow, ringan kan, mudah nak  bawa kemana-mana saja tanpa merungut berat bahu yer.

Acer Aspire P3 Convertible Ultrabook™ akan berada dipasaran pada 22 May 2013. Bolehkah buat muka kesian dengan encik am? wooo wooo



xoxo




Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Cikgu



Assalamualaikum,

hari ini 16 Mei merupakan hari yang istimewa buat semua guru.
Hari Guru yang setiap tahun pasti disambut.
Hari yang memperingati jasa dan pengorbanan semua guru-guru di dunia.
ek, tak tahulah kat england sambut bila. ngee.

Okey, aida nak wish selamat hari cikgu buat semua cikgu-cikgu di dunia ini
terutama sekali kepada
cikgu-cikgi 
tabika kemas tambun,
sekolah kebangsaan tambun,
sekolah menengah kebangsaan raja chulan,
sekolah menengah kebangsaan wira jaya,
sekolah menengan seri ampang,
dan 
politeknik seberang perai.

dari kecik sampai besar dah berapa ramai cikgu-cikgi bersilih ganti.
besh sangat-sangat bila teringat zaman study.
cikgu yang paling-paling aida ingat adalah Cikgu Hasmimah, cikgu dari darjah 4 sampai 6.
rasanya dalam entry-entry tahun lepas ada aida mention.
tapi dah tukar tahun kan jadi wish la lagi.

tak lupa buat my sister, cikgu nor hasni
yang mengajar di sekolah kamunting taiping.

xoxo



Wednesday, May 15, 2013

Naluri Ku


Assalamualaikum,

harini opismate aida, kak effa atau aida panggil mommy, selamatkan lahirkan baby girl pukul 2.45 pagi tadi.
Alhamdulilah, congrate buat kak effa dan suami. kalau ikutkan due date sepatutunya 4hari yang lepas,
maknanya lewat 4harilah dari tarikh sebenar. Apepon, dah selamat dah pon dan Allah dah permudahkan dia.
Hee.

tapi nak dijadikan ceritanya, pagi tadi, bangun-bangun je tidur terus aida teringat mimpi aida, yang aida mimpi kak effa dan beranak. tup tup pagi tadi dapat tahu memang betol kak effa dah beranak. haha.
mimpiku jadi kenyataanlah. macam tak percaya pulak.

sama kes macam melor adilah dulu. dah banyak hari aida tak contact die. selalu kami chattin kat gmail.
tibe-tibe pagi tuh hati rasa sayu dan rindu teringat dekat die. call-call husband die angkat dan cakap die dah masuk labour room dah. haha. tup tup beranak hari tu jugak.

macamlah jugak kes bini ayzu, opismate jugak. die datang keje. pastu risau bini die kat rumah yang tengah tunggu hari je. lepas tuh aida cakaplah, aku rasa bini kau beranak harini. tengok-tengok petang tuh terus dapat call, bin dah sakit nak bersalin. memang masin mulutku, bini die beranak hari tu jugak. kelakar kan.

aih, apakah perasaan aku ini? ecece seolah-olah ada naluri kuat kat ibu-ibu mengandung nih.
haha, ape-ape jelah, by the way, aida tumpang happy tengok kawan-kawan dapat baby.
jangan lupa doakan aida pulak yer. amin.

xoxo







Monday, May 13, 2013

Celebrate besde abang asyraff dan hari ibu


Assalamualaikum,

weekend lepas, aida dengan encik am balik tanjong malim, rumah my sis.
yelah, kepingin sangat-sangat nak jumpe anak buah baru.
serious, die sangat cute, buat titew sangat geram.
tapi keje die tido ajew, jadi tak boleh main-main lagi dengan dia. ngee.
memanglah budak tuh  baru je umur seminggu.

sonok sebab mak dengan ayah pon ada dekat rumah kakak.
jadi macam gathering la jugak walaupon bukan di kampungku ipoh.
perjalanan kitorang pon sekerat jalan je.

memandangkan ada ramai-ramai, jadi kakak pon nak celebrate besde abang asyraff.
dah jadi abang dah anak buah aida sorang nih. moga jadi abang yang baik dan contoh buat adik yer.
actually, besde abang asyraff 8 mei, memandangkan baru dapat adik 5 mei, jadi ditunda.
okelah, buat simple jer makan kitorang-kitorang jer.

oleh sebab, besde mak kitorang pulak 1 mei, jadi kira sambut sekali dengan asyraff dan juga hari ibu.
he, tapi bagi aida, hari-hari pon dah hari ibu. mak pulak request nak makan pizza. hee.

kek boboi boy abang asyraff,
happy u turn to 2.
punyalah tak sabar abang asyraff nih, asik tunjuk freeze je nak kek die.

menu simple besde party
kek, pizza, puding dan buah
alhamdulilah

hehe, abang asyraff punye peace macam 1 malaysia jer
dah tak sabar dah tuh. benti jap sebab mama die nak snap pic.

tengok die dah senyum-senyum dah,
dapat lilin sebatang jer. jadilah

mak sama-sama dengan abang asyraf potong kek 
sambil diperhati oleh kakak aisyah. ngee.
bersemangat abang asraff.

nak masuk juga gambar adik seketoi sebab orang sebok makan
adik syok lag tido. ok papai.



xoxo





Friday, May 10, 2013

Hai nephew, see you soon


Salam,

mase 5haribulan 5, orang dok sebok kecoh dengan pru,
kakak sulung aida, cik ayu, pulak sebok berhempas pulas beranak. ngee.
actually ni anak kakak aida yang ketiga, and its a boy. hehe.
alahai, anak buah dah 6 orang, 2 perempuan dan 4 lelaki.
anak sendiri bila lagi? tett..hehe..insyaAllah coming soon ikut turn yer.

kakak aida nih pernah eksiden dan pernah buat pembedahan dekat usus,
jadi memang die tak boleh nak bersalin secara normal.
terpaksa melalui operation, tiga-tiga anak die operate, dan maybe yang ni yang last.
dua-dua kakak ecah dengan adik acap lahir dekat hospital slim river dan
yang last nih dekat hospital pakar sungai buloh memandangkan slim river takde doktor pakar.
jarak kakak ecah dengan adik acap, lima tahun, tapi yang ni jarak dengan adik acap hanya 2tahun.
dekat sangat kan. so bahaya pada ibu dan anak.

muka suci my new nephem selepas dilahirkan,
semoga membesar menjadi anak yang soleh dan berguna.


Hehe, chomell tak muke anak buah baru titew nih? 
hensem larr

haha, dah berusia 5hari dah dia, tapi aida belum sempat jumpa. yeah yeah, esok memang
harus jumpa. weehuu, besok aida dan encik am akan ke tanjong malim, rumah my sis.
mak dengan ayah pon ada dekat sana. terubat jugak rindu. dah 2bulan kot tak balik ipoh. rinduuu.
belum ada nama lagi, mungkin tengah berfikir-fikir lagi. takpe asalkan bagi nama yang baik-baik yer.
tahniah buat my sis, doakan aida juga akan pregnant tak lama lagi. hehe. amin.

okey baby, tomoro titew jumpe yuk. tunggu alang yer. daa.


xoxo






Wednesday, May 8, 2013

1st appointment @Hospital Putrajaya



Salam,

harini adalah temujanji aida yang pertama di Hospital Putrajaya.
pergi sorang-sorang pulak tuh, hehe, eleh, orang lain pergi sorang-sorang tak heran pon.
biasela kan, dah namanya budak gedik, mesti nak kene encik am teman.
tapi disebabkan haritu encik am dah cuti, jadi tak dapatlah encik am nak temankan.
redha pergi sendiri. belajar berdikari katanya. hikhik. insyaAllah.

appointment pukol 9, keluar rumah pukol 7, boleh lagi singgah rumah kawan yang keracunan makanan.
moga cepat baik yer, saje meninggah kot-kot memerlukan bantuan.
then pukol 8 baru keluar rumah die dan terus pergi hospital.
nih yang leceh ni, bab parking. dekat setengah jam cari parking tau tak.
hoho, rasa menyesal, rasa nak naik bas, rasa nak naik motor, panas semua ada.
payah kot parking kat hospital nih.
alih-alih blok kete orang dan tinggalkan number. alahai, nasiblah.

amik no giliran terus no naik terus pergi kaunter letak buku dengan surat dalam bakul temujanji pukol 9 -10.
yelah, aida nih mana biasa semua tuh, tengok orang jela dan buat-buat pandai. ngee.
kira boringlah jugak sensorang. then nurse panggil, timbang berat dan tunggu no naik.
dekat 2 jam jugaklah menunggu dengan penuh kebosanan. line tepon pulak jap ade kejap takde. 

tunggu punya tunggu sampailah jugak turn. dengan senyum sampai ke telinga terus masuk bilik jumpa doktor.
ngee. orang jakun memang cenggini kan. then, sembanglah dengan doktor bla bla bla a sampai z. semuanya doktor tulis dalam komputer die. he. pastu kenala pulak buat pap smear, scan perut dan lagi sekali scan dari bawah. huuu, macam tak percaya first day appointment kena buat semua itu. redha. sebab mula-mula ingat sakit, tapi tak sakitlah. janji kena relaks dan tarik nafas. doktor tuh yang ajar. lupa nak bagitau nama doktor yang sangat baik itu ialah cik puan khaliza. hee. oleh sebab tak boleh nak buat conclusion lagi, jadi doktor suruh pergi amik darah untuk buat 6 ujian. untuk fsh, lh, estradiol, sr. progesterone, tft dan prolactin. ntah ape pon aida tak pasti tapi yang tahu rasanya semuanya berkait dengan hormon. dan next appointment aida lagi 2 bulan dan doktor pesan suruh bawak encik am sekali. kekeke.

hasil daripada scan yang dibuat, doktor ada inform sesuatu. tapi aida tak terkejut. mungkin bagi sesetangah orang tak boleh terima dan terkejut. tapi aida okey boleh terima. sebab aida dah pernah baca dan banyak baca pasal tanda-tanda ini. itu salah satu sebab mengapa period aida ting tong kan. tapi aida tak mau down atas sebab-sebab macam nih. aida kena positifkan diri. sebab semua apa yang berlaku atas kehendakNya.
kita cuma manusia. benda tu boleh datang dan pergi. dan mungkin boleh jadi salah. dan mungkin aida belum ada kekuatan dan kudrat untuk cerita segala permasalah apa yang berlaku dalam belog. mungkin suatu hari nanti. InsyaAllah. doakan yang terbaik buat aida yer.


xoxo





Sunday, May 5, 2013

Tragedi Flashmob di Ipoh, oh Ipoh, Mengapakah?


Salam,

disini ada 2 video yang titew nak kongsi, kita tengok, kita hayati dan kita nilai. tak mau komen.





xoxo



Jom kita mengundi PRU-13


Salam,

hye readers, harini 5 Mei 2013, hari yang amat besar buat semua rakyat Malaysia.
Pilihan Raya Umum yang ke-13. Malaysia Memilih.


calit dakwat kekal sikit..
pinjam tangan kawan aida hahaha..

Selamat mengundi kepada semua rakyat Malaysia, juga
kepada mak ayah yang semangat beratur. 
kalau tak disebabkan bertugas mesti dapat sama-sama beratur dengan mak ayah kat kampung.
Alhamdulilah, aida dah pon mengundi secara pos khamis lalu. 
undi pos tadelah calit-calit bukan undi awal yer.

Selamat bertugas juga buat kawan-kawan seperjuangan. Buat betul-betul.
buktikan yang kita memang bersih lagi bersih.

Masih sempat untuk turun mengundi yer kawan-kawan.
laksanakan tanggungjawab anda. 
kita penentu masa depan negara.


p/s: sempat lagi update belog dikala bertugas. wink wink.


xoxo.



Friday, May 3, 2013

Lagi 2 hari


Salam,

harini dah 3 Mei, maknanya lagi 2 hari jek lagi nak pilihan raya.
waaa, macam-macam perasaan pon ado.
walaupon aida dah mengundi pos,
tapi nasib negara belum tahu lagi kan.
aida undi apa? haaa, undi anda adalah rahsia tau.
yang tahu lepas abis jer pru nih,
nak balik kampung wei.
dah lama tak jumpa mak ayah ku, rinduuuu.

okey, jangan lupa turun pergi mengundi yer!
anda penentu masa depan negara.


p/s: entry ini takde kene mengene dengan unsur-unsur politik yer. kiki.





Thursday, May 2, 2013

Dakwat kekal: Kesilapan mungkin punca petugas SPR tidak goncang botol



Dakwat kekal: Kesilapan mungkin punca petugas SPR tidak goncang botol


(Dari kiri) Koperal Jurina Jamaludin, Lans Koperal Poomawvathi, Koperal Helne Ondui antara yang mengundi awal semalam. - Sekadar gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Dakwaan dakwat kekal yang dicalit pada jari seorang pengundi awal mudah hilang dengan membasuh jarinya mungkin disebabkan kegagalan sebahagian petugas Suruhanjaya Pilihan Raya mematuhi cara penggunaan dakwat itu.

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata ekoran dakwaan itu, SPR membuat beberapa ujian semalam dan hasilnya jari mereka yang telah dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya digoncang lebih kekal dakwat itu di jari mereka dibandingkan dengan botol yang tidak digoncang.
"Walau apa pun kesan dakwat kekal itu, SPR ingin menegaskan bahawa setiap pengundi awal yang telah selesai mengundi pada 30 April 2013 tidak boleh mengundi sekali lagi pada hari pengundian biasa kerana nama mereka tidak wujud dalam daftar pemilih pilihan raya bagi pengundi biasa yang akan mengundi pada 5 Mei 2013," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan tengah malam tadi.

Oleh itu, SPR akan meneruskan penggunaan dakwat kekal pada 5 Mei 2013 selaras dengan kehendak undang-undang yang sedang berkuat kuasa. Beliau berkata SPR telah menerima maklumat berlaku penyebaran gambar melalui laman sosial mengenai pendedahan oleh seorang pengundi awal bahawa dakwat kekal yang dicalit pada jarinya mudah hilang dengan membasuh jarinya.

Kamaruddin berkata SPR juga menerima maklumat bahawa satu laporan polis telah dibuat oleh seorang pemimpin parti politik berkaitan perkara itu. Ujian yang dilakukan oleh SPR semalam adalah terhadap pegawai-pegawai SPR yang telah mengundi secara pos dengan sebahagian daripada mereka dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya tidak digoncang dan sebahagian yang lain pula dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya digoncang.
Ujian ini dibuat berdasarkan kepada cara penggunaan dakwat kekal sebagai mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat kekal, katanya.

Beliau berkata SPR ingin memaklumkan bahawa SPR membuat beberapa kali ujian terhadap dakwat kekal itu sebelum ia dibekalkan untuk digunakan dalam Pilihan Raya Umum ke-13.
"Terbukti daripada ujian-ujian itu, dakwat itu kekal bagi tempoh lima hingga tujuh hari," katanya.
SPR akan mengadakan demonstasi kepada wakil media esok untuk menunjukkan perkara itu.


Sumber : Sinar Harian