728 x 90

Tuesday, January 31, 2012

Edisi Inai



Salam,
bape hari dah tak tulis entry sebab tiada title dan story yang nak tulis. alih-alih arini tanya my besfriend nak tulis ape, she said buatlah cerita pasal inai. wow. osem. memang aida suka bab-bab nih. ngee dengan sengih kerangnya. aida masih tercari-cari dan terfikir pasal malam berinai nanti. macam mana yek. kalu ikutkan kakak-kakak aida dulu just pakai inai biasa ja. alooo. tapi aida teringin nak pakai inai yang lukis-lukis tuh. nak kene surveyla macam ni. nak suh siapa. nak lukis macam mana. aida ade tanya pakcik google pattern macam mana nak lukis inai kat tangan dengan kaki nih. berikut jawapan pakcik google:


yang ni aida suke sebab simple xcrowded sangat bunga2 dia..

yang ni pon cantik juge tak banyak bunga just kerawang yang banyak-banyak

contoh inai lukis tangan dan kaki - yang boleh diterima aida lagi..ngee


Gambar semua pakcik google yang bagi. kalau-kalau aida teramik idea dan gambar korang, a million sorry ya. mintak yer. he.
boleh tolong bagitau kat area ipoh, mane nak cari pelukis inai nih..pliss..







Friday, January 27, 2012

Suke Lagu Ni: OST Ombak Rindu


Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku…









The boy next door

Salam,
morning to allz, arini pagi-pagi buka belog baru perasan yang dah berapa ari xhupdate belog. ngee. sengih kerang kejap. pasal masih dalam mood holidays. cny aritu aida and family went to taiping, paying visit my sister kat sana. dah lama tak jumpa anak-anak buah yang comel lagi bucuk itu. ahak. kangan sama kamu. dan nak dijadi cerita niat balik kampung aritu sebab nak pegi survey WP. homai, nampaknya tergendala pasai sume butik tutup sambut laye cine maa..waaaaa meraung disitu.

tak apelah, mak kata masih ada masa, cuma kena rajin-rajinkan diri balik survey ye! ok mum. dalam serabutkan kepala fikir WP ni, datanglah pula budak lelaki pintu sebelah seperti tajuk di atas..haha..macam poyo jek..yang mengofferkan diri nak jadi WP aida. Firdaus, my schoolmate dari primary sampai secondary, tapi tak pernah satu kelas yang merangkap jiran sebelah rumah. haha.

actually, masa bertunang aritu lagi dia dah offer nak jadi EP, but aida refuse sebab dia dah lambat sikit je. aida dah booked dengan Butik Salimi. sorry for him. so, untuk wedding yang tak lama lagi nih, die awal2 lagi dah promote pakej die. hah, aida dengan mak dah stuck. kami baru sempat survey 1 butik je ritu. but nevermind kali ini tak mau ada ralat lagi. nak pilih betol-betol. in case kalu tak jumpe WP yang sesuai dengan citarasa, Firdaus will be the last choice. hee.

Monday, January 23, 2012

Pom Pom CNY

Assalamualaikum,

today's Chinese New Year, all the best wishes for my chinese friends since secondary school till now. forgot their full name, but ingat their surname. haha. tak lupa buat my front door neighbour yang every year tak pernah miss bagi limau mandarin sekotak plus kacang plus kueh2. toche toche. angpow tade ke? terlebih suda.

sayup-sayup dengar bunyi mercun kat sana sini. tambah pulak bunga api. just now nampak tanglung yang dilepaskan ke langit. that great sangat. i like. tapi sayang satu je. bila tengok tanglung tu teringat cite rapunzel yang teringin tengok dekat-dekat festival tanglung tu sempena besday die. ngee. review balik rapunzel movie yang besh giler tuh.

macam biasa masih lagi dalam mood mencari-cari. yeah, aida, go for it. u can do it. puan mak pon busy jugak kan. thanks mom i love u so mucchhh.. muaaahhhhhh..now litorang berdua tengah ponin memikio pasal pakej nih. hadoi. homai. acane ni?

Tuesday, January 17, 2012

Shopping time

Salam,


oke, tengok pic pon dah tahu kan. last weekend aida dan cik tunang pegi shoppin barang-barang hantaran kat sogo, pertama dan jusco wangsa maju. that hasil borongan yang kitorang dapat rembat. alang-alang sale dah tinggal bape hari saja lagi, jadi plan beli semua barang sekali senang, lepasni tak mau fikir dah pasal barang-barang hantaran, jus tinggal doorgift dengan kad plus prosedur kahwin belum setel lagi. hoho.


Amalkan dua doa ini yang sebaik-baiknya kepada mereka yang berhajat mendapat kekasih hati supaya dijadikan teman hidup.

Maksudnya:
"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya". (Surah Yassin ayat 36)



Maksudnya:
"(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". "(Surah Yusuf Ayat 4)


Monday, January 16, 2012

Pinkz en Purpl


Salam..

ingat misi wishlist aida untuk 2012.
nak ade sebuah butik sendiri kan, oke.
tu pon kalu ade durian runtuh la. ahakz.

nope, jus today aida nak tunjuk butik yang aida suka sangat kat Kl Festival. ngee.
nama butik pon menarik dalam lagila cantik. nak tengok.



Thursday, January 12, 2012

b2b untuk kamoo..



Salam,
buat b2b and blogger out there, aida nak share beberapa tips baik punye kat korang. tak rugi kalau korang amalkan sebab aida pon dalam proses nak amalkan tips amalan ini. okey.
gud for us and gud for them.

* baca surah al-waqiah setiap hari terutama for bride agar terselamat daripada gangguan manusia dan sebagainya. remember, perkahwinan is somethin yang disukai Allah, tapi tidak disukai syaitan, jadi macam2 la rancangan si syaitan ni.

*baca Yasin every day selepas Subuh.

*amalkan membaca tiga Qul (al-ikhlas, al-falaq dan an-nas)

*berzikir tasbih Fatimah (Subhanallah 33kali, Alhamdulilah 33kali dan Allahuakbar 33kali) setiap malam especially for women kerana orang yang ingin berkahwin memerlukan banyak tenaga untuk menguruskan perkahwinan.

*khatam al-Quran. sebolehnya, biarlah bribe to be betul-betul khatam al-Quran menjelang their wedding, not  mengadakan majlis khatam semata-mata.



Jom b2b semua, kita amalkan tips ini mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita. Aida baru nak masuk juzuk 20. InsyaAllah aida akan sempatkan jugak khatam sebelum majlis. InsyaAllah. Amin.




Wednesday, January 11, 2012

my dream baju nikah and wedding dress

Salam,
sempat-sempat jugak aida intai-intai b2b punya blog tengok diorang punye preparation. wow. so excited bila tengok checklist dan idea diorang untuk majlis memang so amazing. wa cakap sama lu.
aida je simple je sebab malas tak shuke nak serabutkan kepala yang dah memang serabuut nih. actually bukan aida tak teringin, im interested tapi aida ni seorang yang kelam kabut sikit jadi kalu ada idea yang macam tu aida akan jadi kalut. so bagi aida, aida fikir apa yang aida nak dan aida cari sampai dapat.

dah tinggal beberapa bulan je lagi, aida selalu terfikir baju yang nak pakai masa nikah, resepsi dan jugak bertandang nanti. weee sound macam seronok je. tapi dalam hati tuhan je tahu.
aida really really really admired dengan baju tunang dan nikah ana dahlia. cantik kan. yang buat aida tergila-gila sangat tu sebab bunga-bunga lace die so charming. sweet sangat. i want i want.





cantik kan..sekarang aida tengah survey butik-butik yang ada baju macam ni. doakan aida jumpa yer..




Tuesday, January 10, 2012

Tak Shuke..Tak Shuke..Tak Shuke..


Salam,

selamat tengahari lagi beberapa minit. pagi2 migrain datang menyerang sebelah kepala rase nak hantuk je ke dinding. tapi tahan je. dah lama migrain ni merajuk bawa diri tetibe 2 3 hari ini dia datang balik pulak. rindu ke tuh? hadoi, yang sakitnya kenala tahan ye. tak shuke makan ubat. jangan terlalu bergantung kepada ubat. cube motivate diri supaya bertahan dan jangan layan sakit nih. sebut pasal tak shuke makan ubat ni, banyak bende yang aida tak shuke. giler. tade mende pon. bende-bende biase yang orang lain pon tak shuke jugak kot.


1. tak shuke menunggu
penantian satu penyeksaan. dengar ayat ini pun dah tahu kalau tunggu lama-lama ini boleh buat orang terseksa. korang agree tak dengan aida? bukan tak boleh menunggu, kalau janji 5minit tapi 10minit tak datang-datang lagi ape kes kan. cube bayangkan kalau dah nak terbe**k sangat-sangat dah kan. mahu nak tunggu lagi. alamat kena maki la orang dalam tuh. haha. lainla kalu die bagi msg suh sabaq sat ka, ade hal ka, boleh kot dpertimbangkan balik. by the way, dalam keadaan macamni kite supposely sabar, tapi orang yang kite tunggu tu pon kenala fikir jugak kalu dia ditempat kita. kan!

2. tak shuke menyusahkan orang
ini lagi satu. ade jugak la manusia yang shuke menyusahkan orang lain, padahal boleh jek buat sendiri keje tuh. aida seboleh-bolehnya tak nak menyusahkan orang. kalu keje ke ape ke masih buat sendiri, aida akan buat sendiri. tapi kalau memang dah betol-betol tak boleh barulah mintak pertolongan orang. nak mintak tolong tu cakaplah baik-baik. janganlah main suruh-suruh je. daripada nak tolong terus tak jadi nak tolong. selagi boleh buat sendiri kita buat sendiri. yer!

3. tak shuke penipu
bende ni la yang paling aida pantang sekali. tak kira la kawan ke sape ke, kalu dah penipu tu sampai bile pon ko stil penipu. that my principle. sekali ko dah menipu sampai bile pon aku tak percaya. remember that.

4. tak shuke orang yang tak menghormati hak orang lain
yang ni pon dah lama aida hangin 2 badan pasai ade jugak manusia yang jenis tak reti nak hormat hak orang lain. takde otak ke ape. fikirla kalu kite buat macam tu dekat awak. awak shuke ke? kalu dah guna barang orang, letakla balik pada tempatnya. dan lagi satu, pandangla diri sendiri dulu, fikir apa status anda, jangan nak main suke je amik hak orang. ingat diri ko tu bagus sangat ke? yang ni kite kena kupas konsep adil dan amanah balik.

5. tak shuke dengan talam dua muka
dah banyak aida jumpe orang macam ni. semuanye ada kat depan mata. manusia ni kite tak boleh sangka kan. luar je nampak baik dalam busuk dan berulat. sebab tula 'dont judge a book by its cover k'. depan cakap lain belakang cakap lain. pirahhh, ingat aida teringin sangat kawan dengan ko. kalau ko takde aku tak mati la.

6. tak shuke nak join orang mengumpat
perempuan almost dikatakan kaki megumpat. tapi bukan semua macam tuh. aida kalau boleh nak elak dari mengumpat pasal orang lain. kalu duduk segeroup tuh bincang pasal masa depan ke pasal kawen ke okey lagi tapi please please la jangan mengumpat pasal orang lain boleh tak?

Geramkan bila jumpa orang yang macam ni. Aida dah selalu kena tapi jangan ingat aida akan diam je. sekali lagi korang buat macam tu siapla. baru ko jumpa buku dengan ruas. haha. macam nak cari gaduh je. tapi memang tak shuke la. fullstop....!


Friday, January 6, 2012

Im lucky

Salam,
Korang nak tahu tak arini aida so hepi sangat. Tapi rasa macam biasa. Ramai yang tegur nampak cantik macam burung merak la, berseri-seri orang nak kawenla, manisla,ayula macam-macam diorang nih. Saje nak menyakatla tuh..aida sedar diri..ayat tak boleh blah..

Arini dekat opis ade jamuan pembubaran ahli kelab ganti dengan ahli baru. Jadi ade makan2 dan lucky draw sikit. Tahu x grand prizes die ape?? Jeng jeng jeng -> blackberry, netbook, microwave, rice cooker dan termos. Sume barang mahal punye..

Punyela berangan dengan akak hosmet..nak bb dgn netbok sng nak berbelog nih..last2 dapat yang besa ja.

Hey, aida pon bertuah jugak tau..dapat slow cooker..ui kat umah dah ade rice cooker..last2 dapat tukar dengan bos dapatla hair dryer..aida suke sangat2..phewwwiitt.

Inila rupe pinky hair dryer tuh

Thursday, January 5, 2012

Kekonpiusan disebalik PiMJ


Salam..
you know guys aida dah konpius sekarang nih. pasai apa. you know what?
coz aida tak tahu nak membahasakan diri dalam belog PiMJ ( Pink is Merah Jambu) ni. hadoi.
tade masalah cari masalah betolla. penin penin sambil menggelengkan kepala.
kalau uols perasanla kejap2 aida bahasakan diri aida, kadang-kadang aku, kejap2 saya, sumtimes me.
macam tak tetap pendirian langsung la. apeda.

aida rase kalu pakai aku macam kasar pon ada. tapi bile bace belog orang lain pakai aku macam biasa ja. hiiisshh. pakai saya macam skema la pulak kan. kan. abistu pakai aida jela. adoi.
aida pon aida la. janji ade panggilan kan.

haha. itu pon nak konpius ke? walaweh buat lawak je enko ni. tutttt.


E-day: Pelamin DIY

Salam,
guys masih lagi dalam mood e***. hehe.
aida nak review dekat korang semua pasal pelamin tunang aida.
actually kalu nak diikutkan aida x DIY pelamin sendiri tau. supposely aida sewa dekat
butik beserta pakej baju dan makeup dan facial. bape banyak dan da.he.
bagi aida takpe kalau keluar duit janji puas hati tapi dalam masa yang sama nak jimat duit jugak.
adess tepuk dahi tuh.
mule2 puan mak dah tanya kawan pintu sebelah, anak die boleh buat. lepas bile mahal sangat die mintak
bayaran tapi hasil yang xseberapa jadi kami membatalkan hasrat dan terus dengan idea diy pelamin tunang.

korang perasan tak mini pelamin tunang aida. agak comot kan. biasala tangan takde seni yang buat memang macam tu la hasilnya. hehe. nak tgok? Jom.

oke inidia tengok belakang tuh. serabot kan. isk isk isk

jadi tempat main anak-anak bulan sayer

tak banyak sangat kos buat pelamin sendiri ni.
carpet bulu2 tuh dah lame beli jus simpan untuk letak dalam bilik pengantin nanti.
langsir kat belakang tu beli dekat Kaison, KL Festival = rm 29.90
bantal2 cute purple kat belakang pinjam bantal kusyen mak
sarung die je beli, each rm2.90 x 4 = rm 11.60
bunga dekat langsir = rm18.00
pasu bunga mak yang sponsor
choer yang tempat duduk tu sekali pakej dengan baju
jadi total keluar duit utk pelamin diy = rm 59.50
murahnya pelamin saya. keke.

so, para-para sakura bakal tunangan diluar sana yang memerlukan khidmat diy dari saya
jangan malu2 jangan segan2 biar simple janji ada
biar murah janji jimat. haha. sedikit utusan dari saya
berjimatlah kalu nak kawen sebab banyak nak pakai duit. ahak. adios.


Wednesday, January 4, 2012

My wishlist for 2012


Morning peps,
tahun baru dengan azam baru semangat pon baru der.
even orang cakap tiap2 tahun set azam baru tapi xpenah nya capai. ape orang cakap hangat-hangat tahik ayem jer. hangit. biasela tu kalu takde disiplin. takde ape? Disiplin.

since 1 aribulan lagi aida dah buat wishlist untuk tahun ni. InsyaAllah akan try cube, dah try nak cube lagi untuk penuhi impian harapan dan angan2.

my wishlist for 2012

1. jimat dan simpan duit sebanyak mungkin
this not mean sebelum ni tak simpan duit. simpan dalam tabung bapak ayam tapi bile dah sengkek mesti korek pastu baling kedinding, bile ade duit lebih beli pulak tabung bapak gajah. no no no. aida akan cube simpan sebanyak mungkin sebab banyak duit nak pakai nanti untuk hari2 gemilang itu. nak beli itu ini lah, kalaulah daun2 kat tepi jalan tu boleh buat duit kan best.

2. diet untuk kurus dan sihat
memandangkan badan ni dah naik dekat 10kg hanya dalam masa setahun 4 bulan, so aida dengan ini merasmikan pendietan badan ini bermula dari sekarang. tettttttttttt. haha. aida xmaula terlampau nak berdiet sampai sakit2 tuh. aida bukanlah dalam kategori gemuk sangat cume berisi bak kata orang bahagia. ngeh. so, nak amalkan diet yang seimbang. kurangkan makan nasi, banyakkan roti, buah2an dan minum air putih bergallon sehari yer. jangan lupe pegi bersenam dan erobik juge. malas betol!

3. happy kan mak ayah sebelum jadi bini orang
oooh..ini la menjadi 1 kerisauan padaku sebab nanti bile dah jadi isteri orang aida dah semestinya kurang masa dengan mak ayah. sedih jugak nanti tanggungjawab lebih kepada suami. aida kalu ikutkan xmau macam tu. sayang dengan mak ayah. nanti kehilangan anak yang manja ni. uh sayangnya masa2 yang ada ni bersama mak ayah. mum dad i love u . jom kite jalan2 makan angin ye. mak ayah jangan risau walau pon sudah bergelar isteri orang, anakmu ini tak akan lupa jasamu sampai mati.

4. nak jadi baek xmao gadoh
haha..sekarang pon dah baek cume nak jadi lebih baek dari semalam. bukan gadoh2 juge tapi gadoh manje kuat majok2 weee xmao2 dah. sudah besar kena jadi budak besar ye. cik tunang sila tolong saya mengawal perangai saya ye.

5. nak buat wedding yang smooth dan sempurna
korang tahu kan wedding aida dalam tahun ni juga, so pliss doakan majlis aida berjalan lancar. permudahkan urusan aida dan cik tunang yer. hope segala preparation aida sempat buat dengan baik. xmao kelam kabut kalut2 aida xsuke macamm tu.

6. jadikan kerja sebagai 1 ibadah
walaupon aida xberapa suke dengan kerja sekarang, tapi kerja tetap kerja. jangan jadi malas2. buat kerja elok2 jangan curi tulang. ingat rezeki yang kite dapat tu hasil dari kerja kite. baek kerja kite baekla rezeki kite.

7. nak beli rumah
aida dah lama bercadang nak beli rumah tapi bukan dekat sini dekat kampung. sebab lambat laun kalu pencen nak balik kampung jugak kan tanam jagung. he. so dah lame jugak survey 2 sekarang nih rumah mahal dah kan. memandangkan tak sah jawatan lagi terpaksa dipendamkan saja hasrat itu dahulu. insyaAllah ye.

8. nak tukar kereta
kete yang sekarang nih dah abis bayar. kalaula ade duit lebih sikit nak pakai kete besa sikit. sedap sikit bawak balik kampung. tambah2 kalu dah kawen nanti banyak barang dah sebab berdua. he, tu belum tambah dengan anak2 lagi.

9. nak bukak butik
insyaAllah juga kalu ade durian runtuh aida teringin sangat nak bukak butik. aida minat kerja2 macamni. tak suke yang terikat dan perlu penin kepala bile balik umah fikir kerja untuk esok. jual baju, beg, kasut, makeup,salun ke dan paling cantik jual bunga. he.

10. jadi isteri dan anak yang solehah
InsyaAllah aida akan persiapkan diri untuk menjadi isteri yang soleheh yang dapat membahagiakan suami. Aida jugak nak bahagiakan mak dan ayah. Itu janji Aida.

InsyaAllah, akan aida cuba untuk capai impian dan harapan ini. Amin.


Tuesday, January 3, 2012

welcome 2012 and bubye 2011


Salam..
welcome 2012 and gudbye 2011
new year wit new targets and hope
last year to forget about everythin yang pahit
hope bayangan hitam tahun lepas tidak menghantui aida tahun ini.
InsyaAllah, doakan yang terbaek buat aida dan cik tunang yer. Amin.

01/01/2012 - nu ye kat J.CO @ ioi mall

02/01/2012 - jalan2 makan2 @ 1utama


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang……

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku, tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Kukuhkanlah ukhwah Islamiyah kami…
Agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ke tepian yang sejahtera dan abadi…
Istiqamahkanlah kami ya Allah…
Demi meneruskan perjuangan kami dalam medan dakwah yang penuh cabaran ini…
Jika ikatan yang Engkau tentukan ini…
Adalah satu pemangkin bagi kami…
Untuk menyambung rangkaian mata-mata rantai…
Penerus perjuangan yang tidak akan terhenti ini…
Maka jodohkanlah kami…
Moga putra-putri kami bisa menjadi muslimin dan muslimat…
Pendokong jamaah…
Penggerak gerakan Islamiyah…
Tetapi ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan…
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh dari pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan peliharakanlah aku dari kekecewaan…
Jika aku gagal menagkis kekecewaan itu…
Pelihara dan mantapkankanlah imanku…
Moga kekecewaan itu tidak menggugat gerak kerja Jamaahku…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkan aku dengan takdir-Mu…
Aku redha dengan segala ketentuan dari-Mu…
Inilah ujian pentarbiyahan buatku…
Sesungguhkan apa yang telah Engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini…
Janganlah engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan sefikrah yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Sama-sama dapat terus bergerak di dalam Jamaah Islam…
Andainya sudah ditakdirkan buatku…
Pendokong Jemaah bukan jodohku…
Mantapkanlah tarbiyahku…
Agar aku mampu membawanya bersama melalui liku perjuangan ini…
Sama-sama berusaha mendaulatkan Islam…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah padaku keturunan soleh dan solehah…
Yang pastinya menjadi aset utama penegak syiar agama-Mu…
Ya Allah …
Redhakanlah perjuangan kami…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan peliharakanlah kami dari azab api Neraka…

Ameen…ameen Ya Rabbal a’lameen

Sedar xsedar, we hav 144 days to go. So, here we go.