728 x 90

Thursday, February 28, 2013

Buat keje last minit..


Assalam,

harini dari pagi dok menyetel keje last minit kena hantar nih.
haha, keje yang dibagi dari sebelum cuti raye cine tapi harini baru aida tengok
dan harini jugak kena hantar. damn.
nasiblah sikit je, kalau banyak memang dah naik penin kot. hehe.

actually, keje dah diemel, tapi aida ingat tak buat pon takpe.
sebab aida yang volunteer nak overtime buat keje-keje nih, tapi
tak bajet pulak kena buat keje yang ni jugak. he.
last-last pagi tadi dah kena tanya dan mintak sebab arini due date die..
waaaaaaaaa..gelabah jugak dibuatnya.
lucky, dah siap. hooreey.

kalau citer bab buat keje last minit ni memang adatlah sapa-sapa pon.
melainkan budak skema yang pakai cermin mata diorang kan nerd jer,
dapat assignment balik bilik pergi cyber cafe balik bilik taip-taip edit-edit,
taaaraaa siap.
pastu budak-budak sakai macam kitorang nilah yang tak tahu malu cakap tak reti
lepastuh tarik kolar baju, ugut nak pancitkan tayar motor die semata-mata nak pinjam assignment
budak tuh nak tiru. haha. sembang macam samseng jer.
ala konon-kononla, padahal memang dulu kaki tiru assignment orang
pastu kedekut nak bagi orang lain pinjam assignment sendiri sebab tak nak
group lain lagi tinggi markah. haha. tu bukan aida. orang lain yek.

even sampai final projek pon buat keje last minit.
masa present tak pasal-pasal kene "bahan" dengan lecturer sebab tak berkualiti.
haha..ada masa enam bulan tapi sistem yang sukses buat tuh, takat lima hari pon boleh siap dol!
tapi ape-apepon memasing dah berjaya dengan kerjaya masing-masing walaupon sistem hancoor.

alamakkk, sekali teringat zaman study la beb. oh pspku.


kenangan bersama tak mungkin ku lupa......

nilah muka-muka housemate aida yang bersengkang mata sama-sama
semata-mata nak siapkan assignment yang susah giler

gambar ni paling last sekali amik beramai-ramai sebelum 
semua nya balik ke daerah masing-masing..
hahaha



okelah, keje dah siap, keje lain pulak menanti. enjoy read my belog ya.
xoxo.




Wednesday, February 27, 2013

Yeay, pet baru


Assalam,

ahahaha, pet baru lagi. bukan kau dah ade pet ke sebelum nih? ye, aku bace entry kau sebelum nih, jangan nak nipu hokey.
hokey hokey, aida tak tipu yer. memang ade tucin dah sebelum nih, dah lama siap buat entry tetamu baru yang datang tak akan balik-balik lagi, last-last sekarang ko dah ade pet baru pulok. ape kes?
yelah, pengakuan sebenar aida, tucin-tucin aida yang comel lagi nakal sebelum nih telah diadopt kepada seorang kawan encik am. die yang nak sangat-sangat. tipu jer. sebenarnya kami yang nak bagi sebab ketidaksempatan kami menguruskan mereka yang sangat perlukan perhatian dan kasih sayang itu.
Jadi terpaksalah dengan hati yang sedih dan tidak sampai hati, tapi bagi jugak kepada die.
setelah diteliti dikaji kepada calon-calon adopter, nampaknya beliau tersangatlah paling layak untuk
diserahkan memandangkan beliau seorang insan yang baik sangat yang telah mempunyai bukan satu bukan dua tapi empat belas, what 14? giler banyak kan. so, memang takde keraguan lagi terus kami bersetuju. lagipon beliau tinggal di rumah teres, kami pulok dok apartment jer.

okelah, semalam kami pegi pasar malam. then lepas dah beli makan bagai, setelah tak jumpe gerai roti isteri pakcik yang buat. hehe. aida paling suke pakcik nih sebab mulut die tak henti-henti puji bini die. baguskan.
em, dah nak balik dah ni. tibe-tibe terpandang booth jual ikan. haha.

terus teringat balang hantaran kat rumah tu yang berhajat nak buat akuarium. apelagi terus je menonong pegi belek-belek ikan. almaklumla tak pandai bela ikan sangat. encik am pon sama. tula apa-apapon knowledge ni penting. samalah jugak macam kalau beli ikan tapi balang takde kan. erk. mula-mula ingat nak beli ikan gapi pastu tengok takde pon yang cantik yang kaler-kaler tuh. takpela. terus terasa nak bela ikan emas.
sebab kalau tengok tv pon banyak orang bela ikan emas dua ekor je dalam balang. cantik plak.
so terus grab dua ekor ikan emas, rm10, klorin rm1.50 dan makanan ikan yang mahal sikit bak kata abang yang jual tuh rm1.50. mahal ker? maka, berpindah miliklah ikan itu dan menjadi hak kami. lalalalala.

kalau dulu bela tucin boleh pegang-pegang sembang-sembang. bela ikan acane lak?
emmm, dalam kereta ade gak borak-borak say "hi" tapi haha manela ade respon.
sampai jek rumah terus pergi amik balang yang dah berhabuk tuh, basuh, lap-lap terus masukkan mereka berdua.
waaaaaaaaah....teruja-teruja. tanya encik am nak bagi nama apa? hehe, encik am cakap "macam-macam" ikan pon nak nama ke? okelah terus bagi nama "tom" and "jerry". haha. kelakar tak?

haha..inilah die balang hantaran yang dah jadi balang ikan..
weeee..kosong jek takde mainan pon kat diorang, sian ;(

balang ni bulat, susah nak amik gambar tom & jerry ku ini. 
bila dekat-dekat die jadi besar nampak tak cantiklah.
yang ini je sempat snap. aida kan tak pro amik gambar. 


p/s: aida dah enable kan balik right-click. jadi kalu ade nak copy ke nak open link in new tab ke kan 
senang. ahahaha. maap.


xoxo.





Tuesday, February 26, 2013

Pinky Shoppy


Assalam,

hai kawan-kawan,
berminat dengan produk-produk kecantikan?
teruja?
ingin lebih cantik,
putih berseri
lebih sihat dan bertenaga?
jom jalan-jalan shoppin di Pinky Shoppy
macam-macam ada.

murah dan boleh dapat best price.

Jemput-Jemput ke Pinky Shoppy.





Monday, February 25, 2013

Happy Happy


Assalam,

entri ini khas ditujukan kepada encik am,
sayang HAPPY 9TH MONTHNISARRY,
tak sangka kejap je dah 9bulan kan..
kejap je masa dah berlalu,
ni kalau mengandung nih dah beranak dah ni kan.
even kawan aida yang kawen sama tarikh pon dah selamat beranak bulan lepas.
apa-apa pon tahniah diucapkan,
itu rezeki dia,
kawan-kawan doakan aida pulak yer.
moga dipermudahkan dan dipercepatkan rezeki aida.
mane tahu dalam masa terdekat ni ke. hehe. amin.

mode: sedang berusaha.

xoxo.



Sunday, February 24, 2013

Asam laksa fishcake dan telur mata


Salam,

hai, korang suke makan laksa tak? laksa apa yang korang pernah makan dan yang korang suke?
laksa penang? laksa kuale? laksa johor, sarawak, laksam? ikut selere koranglah yer. 
mood di hari minggu, nak makan makanan selain daripada nasi okey. 
tanya encik am nak makan apa? nak laksa tak? taknak, nak bihun laksa.
haha, nilah orang peliks sikit. orang makan dengan laksa, tapi die suke makan kuah laksa dengan bihun. banyak orang banyak ragam kan. tapi, okelah kerana permintaanmu ku tunaikan sayang. cheewaahhh..kui3..mula-mula ingat nak pakai ikan kembung tak pon ikan kayu, last-last encik am nak sardin dalam tin. layankan ajer.


Bahan-Bahan:-
1 tin Sardin  (saiz besar)
3 biji bawang besar (dikisar)
4 biji cabai burung (dikisar)
2 senduk cili boh
2 liter air
Bunga Kantan
Daun Kesum

Asam keping dan Garam ( secukup rasa)

Aksesori:-

Bihun/Laksa
Telur Rebus
Timun

Salad
Bawang Besar
Cili Merah

Limau nipis
Fish cake 
Telur mata

Cara-cara:-
1. Tumis bahan kisar seperti bawang besar,cabai burung , cili boh dan sos sardin(asingkan sos 

    dengan ikan).
2. Masukkan daun kesom dan bunga kantan yang telah dihiris.
3. Masukkan air dan ikan sardin yang dikisar atau dicarik-carikkan jika suka isi ikan timbul.
4. Biarkan mendidih untuk seketika. 

5. Lepas tu masukkan asam keping dan garam secukup rasa.


Aksesori penambah selera, cuma yang kurangnya takde nanas, 
encik am tak bagi kite makan nanas..huwhuwhuw


Taadaa, haha jangan main-main, sedap hingga menjilat lengan kau.
kelas kau jah. *perasan sendiri.
hidangan untuk diri sendiri guna laksa ajer..

Okey, boleh cuba dirumah yer..senang sajer. kalau rajin buat mesti jadi punye.

xoxo.


Saturday, February 23, 2013

Tips Menjaga rumahtangga dan perkahwinan


Assalam,
aida nak kongsi dengan kawan-kawan yang dah kawen mahupon juga yang akan berkawen kan. semua pasti nak kawen kan, jadi semualah patut baca. takde masalah. entry kali ni lebih kepada knowledge untuk tempuh alam perkahwinan yang kian mencabar. hak3. yelah, nowadays, kita banyak dengar pasal kes penceraian yang kian meningkat. YaAllah, takutnya dengan semua tu. Moga rumahtangga kita semua aman, makmur sehingga ke jannah. Amin. 

Tips Menjaga rumahtangga dan perkahwinan

1.) Fokus pada tanggung jawab, bukan menuntut hak.
- ramai dari kita yang selalu memikirkan hak, sedangkan yang paling utama adalah tanggungjawab. 
utamakan tanggungjawab anda dulu sebagai isteri atau suami. dan apabila kedua-dua berjaya menjalankan tanggungjawab dengan sempurna, insyaAllah hak masing-masing akan terjaga. 

2.) Sering berdamping dengan orang yang positif.
- sentiasa cuba untuk memperbaiki kelemahan diri. bagi si isteri yang tidak pandai masak mungkin boleh belajar dari mak, mertua, laman web dan sebagainya. semuanya mudah yang penting rajin dan mahu. bagi suami pula cuba untuk memperbaiki ilmu agama dengan ustaz-ustaz atau imam supaya dapat membimbing si isteri ke jalan yang diredhai.

3.) Jadikan sekarang masa paling gembira.
- setiap hari adalah hari yang baru untuk semua. jangan dikenang perkara yang dah berlalu. lupakan segala pahit dan cuba kecapi hari yang mendatang dengan ceria. jangan terlalu kuat merajuk macam aida, nanti diri sendiri yang rugi. dari situ aida belajar supaya menahan emosi supaya tidak terikutkan perasaan sangat. nikmati hari-hari dengan bahagia. pasti seronok!

4.) Cari jalan untuk mengatasi stres.
-seandainya ada masalah, cuba kongsikan dengan pasangan. jangan terlalu memendam dan akhirnya suami atau isteri menjadi mangsa. seeloknya cuba dekatkan diri dengan Tuhan dan banyakkan berdoa, berzikir. Mungkin boleh ambil sedikit masa yang ada untuk pergi bercuti bersama keluarga supaya dapat juga mereleasekan tension yang bersemak di kepala itu. he.

5.) Jangan terlalu serius.
-haha, yang ni kadang-kadang jadi juga. sebaliknya lebih bersabar dan bersederhana. jangan ambil serius setiap perkara. jadi jangan ingat pula semua perkara tak perlu serius. maksudnya dalam hal-hal yang tertentu. mungkin gurauan atau percakapan yang sekadar hanya untuk bergurau tapi telah disalah anggap.

Tudia sedikit tips yang aida dapat kongsikan dengan kawan-kawan. semoga kita dapat menjaga tanggungjawab masing-masing dengan baik. InsyaAllah. 


doa suami isteri bahagia





Friday, February 22, 2013

Terima kasih Abg Man


Assalam,

harini pergi keje muka ada senyum,
ahaha yelah encik am dah balik dari pd..mestilah seronok. rindu oooo..
ni kalau encik am bace nanti mesti kena perli sebab rindu pon nak tulis dalam belog bagi semua orang tahu..
hehe, tapi nak tulis jugak even ade orang bace ke tak sebab belog ni dah macam diary kan.
apa saja nak luah tulis je dalam nih.

pagi-pagi lagi seperti yang aida cerita dalam entry sebelum-sebelum nih, yang abg man ade belikan something untuk aida dari mekah, waa really-really excited tahap gaban. sonok sangat. dan pagi nih dah dapat.
dan tak terfikir pulak abg man akan belikan bende nih. hehe, nak tahu apa..
ce teka ce teka??.............................................



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

buah zuriat


terima kasih abg man, sayang abang man macam ayah-ayah.
hehehe..semoga aida mendapat berkat 
dan 
semoga tuhan saja yang membalas jasa baik abg man.
terima kasih sangat-sangat.
insyaAllah akan diusahakan.


xoxo



Thursday, February 21, 2013

Bersabarlah...


Assalam,

dah empat hari encik am pegi outsation dekat pd. die ade kursus rehab die. jadi empat hari dahla tak tatap wajah encik am. tapi hari ini encik am balik. weehuu. huhu, aida ni dahla spesies yang tak boleh kena tinggal, penakut bagai jadi encik am pesan suh tidur rumah kawan kalau tak berani. ngee.
orang kata sayang bini ditinggal-tinggalkan. waaa meraung. dengar-dengar macam awal bulan depan encik am ade kursus lagi. maknenye kene tinggal lagilah nanti. huahua. *persediaan mental.

jadi dah empat hari jugak rindu encik am. huhu, encik am sibuk kursus sampai malam. tapi die tetap wassap dan call. cume semalam, terasa sedih sangat mase encik am call terus nangis. encik am kalau aida nangis mesti die dah risau. die cakap esok kan abang balik.

bukanlah meraung sedih bagai, cuma tak tahulah perasaan lately nih macam-macam rasa. sedih, rindu,
dan kadang-kadang rasa macam lost. aida rasa macam mood jauh ke laut. tak tahu kenapa? mungkin sebab dengan keadaan diri, mungkin sebab keadaan persekitaran. stresskah aida? dan yang buat aida menangis tuh sebab encik am tiada kat sisi saat-saat ini. tak tahu nak gambarkan macam mana diri ini sekarang. tak tahu.

akhir-akhir ni jugak, badan rasa lemah jer, nak bangun pagi pon tak sesegar dulu. datang keje pon kusut jer.
malam-malam rasa macam nak demam. cepat mengantok, letih. kadang-kadang beserta dengan batuk.
bila bangun pagi jer, sakit tekak. woooo, rasa tak selesa sangat-sangat. macam nak cuti pon ada.

duhai aida, bersabarlah yer...






Alkisah buat kad maybank


Assalam,

bulan lepas aida dengan ofismate pergi buat buka akaun maybank. actually dah lama rancang sebab
selamani gaji masuk dalam bank lain dan nak buat untuk masukkan claim jer dalam akaun ni. mana taknya,
asal claim je mseti lambat masuk, kalau maybank cepat jer. hehe, tapi dulu aida dah penah dah ada akaun maybank. mase tuh tingkatan empat, mase mula-mula jinak bekerja kilang cari duit poket. tu pon kilang yang suruh buat. kalau tak memang takde akaun lagilah. mase tuh kad maybank kaler kuning hitan tuh. ade lagi dalam simpanan.

 yelah, time sekolah dulu celah mana duit nak masukkan.
adepon dulu mula-mula simpanan dalam bank bumiputera. haha. ingat tak. yang bila die datang sekolah, kite semua pon syok-syok bawak duit tabung yang dah penuh tuh pastu suruh diorang bukakkan akaun. pastu
dapatlah tabung, puzzle, buku cerita dan sebagainya. itu jelah sebenarnye tujuan kita. hehe.

alkisahnya, dah semangat pergi Maybank kat Presint 2 tuh, sampai kaunter terus cakap nak bukak akaun. then receptionist tu pon bagilah borang suruh isi. dah isi die mintak ic dengan pas keje. nasiblah bawak pas masuk opis. bagi jelah yang tu. then baru die bagi nombor giliran. nasiblah maybank dah asingkan kaunter keluar masuk duit dengan hal-hal lain. jadi takdelah bersesak sangat. so, lebih kurang 10 lagi nombor kami.
dahla seat tak cukup terpaksa berdiri sekejap sementara tunggu orang bangun.

then, nombor kami pon naik. kaunter lain-lain. sampai dekat kaunter tuh kena isi form lagi. kalu tak silap ade dua form. so, isilah detail-detail peribadi kan. then, tanyalah pada kaunter, saya nak buat maybank2u macam mana yer. sekali die jawab, ambik dekat kaunter pertanyaan. what the? okey, takpela. bla bla bla sign dan die suruh tunggu kat tepi masukkan duit dekat nombor akaun yang die bagi dan bagi resit dekat kaunter sebelah untuk ambik kad. tanya jugak berapa kena masukkan? die cakap minimum rm50. okey, bawak rm250 sebab selalu rasa bukak akaun maybank kena banyak tuh. agaknya mungkin sebab staf gomen dan tunjuk pas keje tadi tak?





so, aida pon masukkan duit dan ambik resit, tapi kaunter tuh masih ade pelanggan lain, so tunggu sekejap. pastu tanyalah receptionist pasal maybank2u. so, die bagi sekeping kertas cara-cara nak register maybank2u dengan tac. oke fine, mungkin diorang nih dah tak larat kot nak cakap. after dah dapatkan kad, terus pegi mesin atm balik nak register maybank2u tuh. oke success. tapi untuk bahagian nombor telefon dan tac tak lepas. memang blur dan tak clear die punya proses. so abaikan dan terus balik.

once dah dekat ofis, terus register maybank2u. dah masukkan pin sementara tadi yang register kat mesin atm tuh terus dah boleh login dan tukar password. okey, berjaya. dah boleh tengok akaun info. terus tutup dan sambung keje. yeah.

nak dijadikan cerita, satu hari tuh, terasa nak try topup pakai maybank2u. selalu pakai cimbclicks jer. aida lebih selesa dengan cimbclicks. so, dengan konfidennye terus ambik reload untuk maxis. tekan je tac, adoii, tac have not been registered, sudah. aritu masa daftar dah bagi no telefon. sebabnya opismate aida, kaunter sebelah tu dah daftarkan nombor telefeon dia untuk tac. so aida bajet die akan daftarkan sekali untuk aida. huhu, punyala tensen, dahla tak boleh register online, dekat mesin atm pon tak boleh. kena pergi kaunter maybank jugak nak register. huhu, teriak mak.

terpaksa pergi maybank dengan hati yang tabah. sampai-sampai tanya kaunter pertanyaan tuh balik.
then die suruh isi form terus die daftarkan nombor telefon. adoi, mudahnya, kenapa tak dari haritu kau terangkan dan kau buat. kenapa menyusahkan orang untuk pergi dua tiga kali ke bank. mengapalah tidak mesra pelanggan. ingat customer always right yer. kikiki..okelah sedikit luahan sebab penat nak ulang pergi maybank.


xoxo.


Wednesday, February 20, 2013

Segmen : Ucapan Selamat Hari Lahir buat 'Si Gule' pada 19 Mac


Okey, arini tergerak hati nak join segmen:  Ucapan Selamat Hari Lahir buat 'Si Gule' pada 19 Mac nih. Dah lama rase tak join any giveaway ke ape, bukan apa malashhhkan. tapi arini rajin sikit yer.

Kalu korang nak tahu lebih lanjut sila klik sini yer..
sebab ada syarat nak join segmen nih. aida malas nak tulis panjang-panjang kat sini just nak bagi ucapan yang tak seberapa kerat ye. kalu korang dah buat apa semua syarat yang ditetapkan, silalah tinggalkan link dekat komen box entry die. cepat ye sebab tarikh tamat 19 Mac nih. oke, chaiyuk..


Ucapan Selamat Hari Lahir buat 'Si Gule' pada 19 Mac

Assalamualaikum Si Gule, kalau tak jawab dosa tau, kalau jawab tanda sayang. i love you Gule. Sempena ulangtahun kelahiran awak, saya nak wish kuat-kuat "Happy Birthday to You". OK, dengar tak? kalau tak dengar jugak meh sini nak bisik kat telinga tuh. Ngee. Sempena birthday awak nih, saya nak doakan agar awak sentiasa di bawah lindungan Tuhan yang Maha Esa. Semoga dipermudahkan segala urusan. Redha, sabar dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku dan yang mendatang. Usaha, tawakal dan doa jika inginkan sesuatu. Jangan cepat putus asa nanti dah tak comey. Jadi cantik-cantik selalu untuk saya yer. Daa.






Pemain bola no 21


Assalam,

arini pagi-pagi lagi dah dengar experience ofismate aida, abg man, pergi umrah.
semalam jer baru balik, arini dah masuk keje. hebat.
YaAllah, tuhan sajalah yang tahu betapa terujanya aida dengar cerita-cerita die,
walaupon ada yang faham dan tak faham, ada yang boleh bayang dan tak dapat bayangkan,
tapi hati memang excited ingin pergi. "encik am, mari kite pergi nak?"
abg man siap tunjuk gambar-gambar die kat sana lagi. memang best. aida suke dengar.
yelah mana tau suatu hari nanti dijemput tuhan untuk pergi kat sana,
ade jugak orang yang boleh direfer nak ditanya-tanya. kan.
lagipon encik am dah bagi hint-hint jugak pasal umrah nih. insyaAllah, kalu sampai masa kami
akan pergi jugak ke sana. Amin. masinlah mulutku ini.
teringin sangat nak sembahyang betul-betul mengadap kaabah, pergi jabal rahmah, raudah, cium hajarulaswad em macam-macam la. mudah-mudahan berkesempatan.
kumpul duit cepat-cepat dari sekarang.
ehem, abg man cakap die ade beli something untuk aida..tak sabar nih..
ape yer?

okey, berbalik kepada tajuk entry kite arini. hehe, saje nak bagitau korang-korang
yang mase zaman-zaman sekolah menengah dulu pernah ada sorang mamat nih syok suke-suke la kt aida.
tapi masalahnye aida kan pemalu jadi jenis tak layan. cume tahulah sapa budak lelaki itu.
die budak asrama dan juga wakil sekolah dalam takraw. memang die and the gang ni superbla dalam takraw.
banyak harumkan nama sekolah. kite amik tahu sikit-sikit jer pasal die. haha. sebabnya aida sekolah situ sampai tingkatan 3 jek. malas citer detail-detail, malu. :)

dan beberapa hari yang lepas, sedang bergolek-golek atas sofa, sengaja lah scroll balik friend request
kat fesbuk. banyak lagi yang aida tak approve. bukan apa, kalau yang tak kenal tuh memang aida malas sikit nak approve. sebagai langkah berjaga-jaga. hanya akan approve kawan-kawan yang dikenali sahajo.
bukan sombong tapi, nakkan privacy. scroll punye scroll sampailah dekat bahagian suggested friend.
tengok sorang-sorang sampailah kat satu nama ni. uiks, muka dah tak berapa familiar tapi nama macam biasa ku tahu. tapi di mana ya. emmm, trylah view profile tengok.

oooooooooooooooo..ni lah budak lelaki itu. haha, macam tak sangka, memang dah lupa langsung pasal tuh,
tapi dah takdir nak ketemu dalam fesbuk. kan. mutual friend ade jugak 2 3 kawan sekolah. tapi...tapi
yang peliknya, bukankah masa zaman sekolah dulu die budak takraw. kenapa dalam album die semua gambar main bola plak? uik.

belek punya belek, lorr, rupa-rupanya die pemain bola sepak pahang la. haha, macam tak caya pon ada.
tanya encik am pernah dengar tak nama ni. h***z k***l. die cakap pernah dan die kenal. haha, okey,
flashback balik kenangan kat encik am. boleh plak cakap "ni kalau kawan lagi nih, mesti orang kawen dengan pemain bola sepak kan" haha ayat poyo dan tak boleh blah dari mulut bini encik am nih. oke, abaikan kepoyoan itu ye...,


kalau nak tahu sapa, pandai-pandailah google sendiri. tak mau mention takut-takut orang goggle ke search nama die naik pulak belog gue. kantoi..,okbai

xoxo.




Tuesday, February 19, 2013

Cara nak dapatkan BE dari encik Nuffnang



Assalam,
hai  korang semua. buatapa tuh? okey, harini topik kita macam mana nak dapatkan BE dari nuffnang.
bagi blogger yang sememangnya tegar, bagi mereka memanglah senang je, kacang je. tapi,
bagi blogger yang baru je buat belog, baru nak naik tuh mesti susah skitkan. terutama sekali macam aida nih. haha. takpe-takpe, usaha tangga kejayaan kan. baru je lagi kot, takkan nak putus asa dah kot. so meh sini pakat-pakat belajaq cara-caranya no...

1. rajin-rajin update belog 
    ha, yang ni kalau korang rajin lagi bagus. paling malas sekali pon sehari satu entry. tapi kalau seminggu
    satu entry pon susah nak post, jangan haraplah Be nak muncul kan. die pon segan dengan orang yang  
    penyegan tapi mahu. haha.

2. maintainkan traffic korang 
    ha, yang ni korang kena maintainkan tak pon up kan lagi traffic view korang. macam-macam cara korang
    boleh buat nak promot belog korang, postlah dalam fesbuk ke twitter ke tak pon dalam group-group
    blogger tiap kali ada entry baru, sure traffic naik munyer. strategi kena pandai ye.

3. update survey kat nuffnang
    lepas dah rajin dan maintain kan, rajin-rajin kan pulak pergi update survey kat  encik Nuffnang yer.        
     pandai-pandailah korang jual diri korang yek, mudah-mudahan nuffnang bermurah hati nak bagi be          
     tuh.

4. submit ticket ke nuffnang help desk     
    okey, dah teruk-teruk korang buat semua tuh,   
    pergilah hantar notice kat nuffnang. email ke dioranglah. hope diorang singgah   
    tengok belog korang yer. 


okelah, cube tau jangan tak cube..xoxo.


Monday, February 18, 2013

BerdramaKing di Trick Art Museum, iCity


Assalam,
semalam aida dengan encik am pergi 3d museum, ala trick art museum kat icity tuh.
orang lain dah lama pergi kami baru nak pergi..hehe biase tak up to date.
mujurlah encik am jenis yang senang di ajak.
sebut je nak pergi terus suruh pergi siap cepat.
mak aiii, tak payah nak pujuk-pujuk ke merajuk ke.
macam dekat je icity tu sebelah rumah je kan.
okey kasi layan gambar-gambar di sana.

inilah leonardo di kedai vincci

eeeeeee..tak malu bukak seluar orang

encik am jugak budak baik pakaikan balik, malu budak tuh

hehe, batu tembok nak jatuh pon boleh senyum lagi, 
memang faillah, tapi suke tengok sebab encik am chomel. wink wink 

ohhh nooo...nooo..dont come closer..
ohhh, my dream prince where are you? come save me.

dah ala ala angel plak..

dushhh, hebatlah encik am ini..

kite minum dulu

nah, terimalah bunga tangan ini.

nak jugak bergambar berdua, nasib ade amoi sorang yang 
layan snap sorang-sorang. mintak tolong amoi, manyak cantik lor.






haha, muntoh jahatlah korang tengok gambar-gambar cantik nih.
tujuan pergi adalah untuk berseronok-seronok sambil ambik gambar dua tiga ketoi ni.
bayaran rm5 seorang. then diorang akan bagi sekeping pass untuk dua orang. 
dan perlu bayar deposit rm5 dan bila nak balik pulangkan balik pass dan diorang akan pulangkan balik 
deposit. kat sini tak kira game ape yang korang nak main ke tengok ke semua pakai kad.
jadi masa beratur nak beli pass tu cakap tengok siap-siap apa yang korang nak enjoy kat situ
dan bayar siap-siap.
just sediakan duit sajo lor. okbai.

xoxo.



Sunday, February 17, 2013

Riadah


Salam,

dah dekat 9bulan kot kawen, badan pon makin hari makin membesar dengan sehat.
alhamdulilah, ini bermakna cukup makan dan pakai suamiku encik am bagi sampai jadi begini.
encik am pon sama naik jugak. haha. kesian tengok.

tapi encik am takpe jugak sebab setiap malam rabu die akan pergi berfutsal.
sekurang-kurangnya ada juga bersukan.
ni ha, aida langsung takdak. harapkan nak pergi erobik dekat opis setiap hari rabu pon
malas-malas jer. banyak alasan. baju tak bawak. kasut tinggal la. hape lah.

tapi dah disebabkan badan macam dipam-pamkan, jadi aida pon bertekad mesti jugak excercise
paling tak pon seminggu sekali atau dua. kan kan.
barulah badan sehat dan cergas. sebabtulah dah tinggalkan baju dekat opis, kasut dalam kerete.
in case ade erobik atau nak pegi gim dah takde alasan lagi kan.

so, aida dengan encik am kalau hari minggu mesti pergi joging ataupon berbasikal.
dari duduk rumah tengok encik am main game tengok bola. baring-baring jer. lebih baek bersukan kan.
banyak jugak faedahnyer. sambil tu bolehla cuci-cuci mata kan. hehe. selalu kitorang pergi Taman Botani je.
senang. so, korang-korang pon janganlah malas-malas nak bersenam yer. ambik masa 10 atau 20 minit dua ke tiga kali seminggu buat exercise.

aida ada beli tali skipping tu tapi gunanya tak pernah. hahaha. zemangatla sangat.

hak bermain hak kami


xoxo.


Saturday, February 16, 2013

Interframe seketol Memori Cinta Terindah


Assalamualaikum,
hai kengkawan, whatsup? buatapa tuh? sehat?
ahaha, dah kenapa dengan kau ni aida? demam ker? uh watever.
okey-okey, perbuatan diatas adalah semata-mata nak menutup malu kepada 
entry yang akan dimenunjukkan atau ditayangkan dekat uolls.
okey, plisshh jangan gelak jahat yer. 

ni kalau bukan sebab Madihah Md Ali ni memang aida laki bini takkan tahu la
yang gambar kami berdua keluar dekat Majalah Persona Pengantin Edisi Mac.
Diha ini memang kepochi sikit orangnyer hehe jangan marah. 
by the way thanks sebab bagitau yer nanti i belanja makan angin yer. hik.


actually, dah lama dah aida hantar sikitlah pasai personal sebab kawan aida la yang promot.
si Afai lah, sapa lagi. dan aida pulak memang jenis yang tergedik-gedik mencari publisiti mencari glamour,
glamourlah sangat tuh terus hantar gambar gambar dan sepatah dua kata.
tu pon depa dok kata jiwang habis dah. aaaaaaaaa tidakkkkkkk.
itu bukan aku yer. biasalah aku bagi dua baris je ayat yang ntah hape hape,
mestilah diorang tokok tambah bagi jadi lagi manis dan sedap iye kan.
apepon thank beribu lemon yer. pasai gambaq kami cantek. terbaekla.
meh nak tunjuk sikit kat hampa no.




mintak tangan encik am pegangkan jap nak amik gambar.

nah seketoi je kat muka surat 285.

okey, artikel diblurkan untuk menutupi kejiwangan yang terserlah itu.
kalau nak tahu sila pergi beli Majalah Persona Pengantin Edisi Mac Bil 141.

xoxo



Friday, February 15, 2013

Puding Roti & Sos Kastard


Salam Jumaat,

menggeliat jap sebab nantok sikit..ekeke, mane taknye semalam buang tebiat pukul 12.15 tengah malam buta lapaq mee goreng mamak. sebut je dekat encik am memula sekadar memain je, pastu encik am laju je "JOM". haiiii, bagai orang mengantok disorongkan bantal busuknya, sepuluh ribu kali tanya balik encik am, betul ke ni? siyes? betul ke? sampai encik am malas nak jawab. hehe. terus siap. kami rempit jer pergi kedai mamak dekat simpang hujung jalan rumah. slumber je dengan selekehnye pergi makan. walaupon dah tengah malam tapi still ramai orang lagi.

okey, arini zemangat berkobar-kobar nak bagi resipi terbaru yang jadi dari dapur kecilku. alhamdulilah, berjaya jugak mencuba. idea nak buat puding ni datang sebab pergi rumah sister in law, die jamu puding roti dengan sos kastard. sedap la pulok. he, pastu terus teringin nak buat sebab tahu resipi die memang senang. lagi-lagi encik am kempunan tak sempat rasa. tuh, yang rajin tuh. nak tambat hati laki mestilah dengan air tangan bini kot. cheewahh.

dapur kecilku tempat bermulanya masterchef bini encik am
alamak, pinggan tak susun lagi..malu seh


RESIPI PUDING ROTI & SOS KASTARD

Bahan-bahan untuk puding:-
7 keping roti gardenia
1/2 cawan gula
2 biji telur
1/2 tin susu cair/susu segar
1 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar butter
kismis untuk hiasan

Cara-cara:-
Potong roti comel-comel dan susun cantik-cantik dalam loyang. kemudian tabur-taburlah kismis atas  roti serata tempat.
kemudian, dalam kuali, panaskan butter, gula, susu cair, susu pekat, telur dan esen vanila. kacau hingga sebati.
tutup api dan tuang ke atas roti. make sure sume bahagian roti kena, sebab kalau dah bakar nanti bahagian yang tak kena akan keras macam roti bakar. he.
biarkan roti kembang sekejap dan masukkan dalam oven bakar dengan suhu 180'c lebih kurang setengah jam.

Bahan-bahan sos kastard:-
1/2 tin susu cair
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:-
Panaskan semua bahan atas api yang sederhana sehingga semua sebati. jangan terlalu lama, takut tepung tu akan jadi likat dan berketul. tutup air dan biarkan sejuk. simpan dalam freeze dan makan sejuk-sejuk pon sedap tau. hee.

penuh kesenian memotong roti

make sure semua kena, tu ada yang tak kena tu dik oi


zemangat kau bako

taadaa dah siap..yummeh..

omnomnom sedapnyer..lapar pulak..alamak sos terover pekat..so tak mao tunjuk

okey, ini resipi yang paling simple lah yang aida buat. bahan pon mudah dan jimat. 
selamat mencuba.

xoxo.





Thursday, February 14, 2013

Geram dengan astro


Assalam,

lama tak update belog, baru jer azam nak update tetiap hari, bila dah tinggal mulalah malash gitu.
hee, tapi nak rajin-rajinkan jugak tangan ni taip sikit.
takde mende cuma teringat aritu memang nak tulih dah entry nih.
tapi sebab ditangguh-tangguh dengan entry lain terus luper.
asalnye sebab geram sangat dengan astro nih.

first sekali yang aida geram sangat kan sebab bil tak dapat tapi dah call mintak
suh bayar cepat-cepat. aiiih mane tak geram kan, nak jugak tengok bil dulu baru proceed bayar kan.
yelah, bukan tak boleh tapi selalu mesti kite nak bukti bil dulu, maybe ade tertunggak ke terlebih ke takpe tapi kalau terkurang? hmm, dah tu, bila dah bagitau bil tak sampai lagi, tup-tup esok lusa terus sampai bil.
aik macam tu pulak ker? bila komplen baru sampai. kalau tak komplen?

pastu yang aida bengang nombor duanya, heh, last month adelah sorang minah astro nih
call menggoda dan mengoffer pakej superpack trial. bukan main lagi cakap manis,
pujuk-pujuk suruh try superpack yang hanya rm125 untuk sebulan atau dua bulan pon boleh.
okelah fine bab tu. so, aida terima dan siap cakap saya hanya nak try untuk sebulan sahaja!
dan die explain punye explain yang pakej die offer ni takde kontrak dan takde cas untuk hd
dan
die janji akan call balik dalam sebulan untuk konfirmkan balik nak sambung atau nak stop superpack tuh.
okey.

then, bila dah cukup sebulan, sampai 12 aida tunggu tak call-call jugak, last-last aida call.
tapi punyelah hampeh tahap gaban, haram die angkat fon die. uiiissshhhh hati dah bara dah ni.
mase nak suruh orang subscribe bukan main terhegeh lagi call,
bile dah orang call haram tak angkat, kalu enggaged tu lainla cerita.
last-last sorang mamat ni call dari astro tanya dah bayar ke belum bil?
sabar jelah, last-last kene jugakla mamat tuh sedas dua. amik kau. terus-terus die cakap nanti die cek dulu.
then tak lama lepas tuh, die call balik, ingatkan nak setelkan dah, last-last die pon suh call customer service.
cinabeng punya astro. kau tahu jela kalu call customer service tuh, kena layan mesin dah setengah jam. ini semua poyo arrrr.

then, dah call, dapat dekat sorang kakak nih, tapi takpe, hati masih boleh cool. cakap baik nih. hehe.
kakak tu minta no akaun dan cek. so die cakap nak terminate superpack dan continue pakej lama. oke, i cakap yes. hu. boleh pulak die cakap kena cas rm10. adoii, aritu takde mention pon kena cas kalu nak potong. giles arr. die sambung kalau nak subscribe balik dah tak kena cas. yelah tuh, nanti potong balik cas balik. sudahlaaaa faham sangatlah cara korang tindas pengguna nih. banyak sangat cas yang tersembunyi yer. tak tengok ke tiap-tiap bulan kami bayar tax yang beringgit-ringgit tuh, tapi service hampeh. asik ulang cerita yang same jer memanjang. fenat aku woi bayar mahal-mahal baik beli tiket wayang lagi best.

okelah, dah panjang berleter bla bla bla bla stop, dalam masa 24 jam akan terminate. balik rumah tak sampai berapa jam dah kene potong. bab potong memang laju yer korang. bab pasang macam siput seduttttt.

nak dijadikan cerita, bil bulan lepas aku sampai. alangkah terkejutnya beruk-beruk kat zoo bila bil aku mencecah 3ratus ringgit. woow hebat sungguh kami menonton astro. dahla dikatanya bil kami tertunggak, oke fine, mungkin sebab bil dah keluar dulu baru terima payment. cool lagi. tapi yang tak puas hatinya kenapa bil superpack kena cas dua kali maaaa. apa pasat? haiyooo..
macam mana buat kira-kira astro sayang? selalu bil keluar dari tarikh sekian sampai tarikh sekian. kenapa kali ni dua bulan sekali pulak. tamak betul kamoo.
hati dah bara lagi terus call walaupon cuti hari wilayah. hah. nasib ade orang angkat. bla bla bla bla bla punyalah bla die cakap sebab mase terminate superpack dah masuk bil lain. dah tu apasal tak tunggu bil lagi satu jer baru masuk. adoiii sabar jela. istighfar3x. oke fine.

dan satu lagi nak geramnyer, dulu bulan 6 mase musim bola euro tuh, baru i tambah pakej sport dan learning.
boleh pulak extra cas rm50 sebab ingat pasang semata-mata euro. apedehal sukahati orangla. bukan ko pon yang bayar. tapi sebab kate nak refund balik bulan 1 kalau still guna walaupon dah abis euro. fine.
ni dah bulan 2 apsal tak refund balik? jawab jawab. janji macam mana wei? then bila call, customer service boleh cakap kena tunggu dua bulan lagi baru diorang akan refund balik. sudahhhh. macam mana korang buat kerja. tak update sistem ker? tak buat coding baru ker? tengok lagi dua bulan macam mana pulak. hmmmmmmmm sabar sabar sabar jelah!

xoxo.

entry ni bukanlah nak memburukkan mana-mana pihak tapi saje nak lepaskan geram. kbai.





Thursday, February 7, 2013

Jom shoppin di Tesco

Hye,

korang selalu pergi shoppin kat mane? Pavilion? Mid Valley? One Utama? KWC? Jalan Tar? Petaling Street?
ahh, bukan tanya korang shoppin baju ke mende. aida tanya korang shoppin barang rumah tula
yang tiap-tiap bulan mesti masuk dalam bajet korang yang ciput tuh.
ye ar, aida golongan berpendapatan sederhana, jadi shoppin pon ala kadar jek. haha. ini semua poooyooo.

aida dengan encik am selalu pergi shoppin dekat Tesco. sebab apa? tu pon sebab aida dah jadi memberclub tesco card. alah, dulu tak heran sangat pon dengan kad tesco tuh. macam takde bende jer.
ye ar, buat kad pon free, sebab tulah, buat tak kesah je.

dan, sejak dua menjak kawen nih, pola aktiviti telah berubah. tiap-tiap hujung bulan jer mesti akan pergi tesco beli barang rumah. pasai apa? pasai murahla. tapi yang paling bestnyerrrr, encik am tersangatlah sporting. sebut jer tesco mane yang aku tak pernah di benua key el nih. haha. yang paling jauh nun sampai shah alam sana. haha, hebat.

mulanya, kami tak kesah shoppin mana-mana pon sehinggalah suatu hari balik kampung, aida terima surat cinta dari tesco. rupa-rupanya dapat baucer lah. huiyoo. blink* blink* mata. tak banyak mana pon. cume rm2.50. tapi korang taula keterujaan aida macam mana kan. pernah tengok orang jakun??

then, sejak-sejak dari tulah, kami laki bini decide barang rumah saja mesti dan harus beli di tesco. hehe.
bermulalah aktiviti mengumpul point ganjaran. wow wow. cara die senang jer,
first, korang kenala jadi memberclub card dulu tau. aida tak sure kalu nak jadi member kena cas berapa sebab masa i buat free uolls. ahak. kemudian korang belanja lah berapa banyak korang nak belanja.
yang pasti korang kena swap card korang tula mase bayar nanti. jangan lupe plak. kalu tak rugi la point yang terlepas tuh.
ha, tengok sini lagi senang. belanja, kumpul dan jimat.

inilah contoh surat cinta yang aida dapat setiap 4bulan kalau tak silap. kalau sampai jer surat ni, mesti tergedik-gedik bukak konon ingat dapat baucer dua tiga juta la. padahal, belanja ciput aje tetiap bulan. jadilah dari takde langsung kan. 

contoh baucer tunai yang aida dapat. baucer ni die ikut jumlah point yang kite ade. kalau 100 bersamaan RM1.00. so makne point aida ade 400 lebih lew tew tu yang dapat 4ringgit setengah tu. alhamdulilah. jimat.

bukan sahaja dapat baucer tunai tapi dapat jugak kupon diskaun barangan yang tertentu. macam aida dapat kupon ni ikut jenis barang yang aida selalu beli. contoh macam nuget marina, downy, pewangi glade, pencuci pinggan mangkuk hayun  glo, maggi dan macam-macam lagilah. semuanya barang yang memang aida harus beli dan guna tiap-tiap bulan. kat situ dah ade penjimatan yang hebat biarpon seringgit ke dua ringgit ke, oke ape. sape nak bagi kan? 

yang best dan paling spoil lagi yelah, kupon jimat rm25 nih dengan setiap pembelian rm250 ke atas. punyalah zemangat tau pergi shoppin dengan encik am dan bertekad mencukupkan belanja sampai 250 untuk jimat 25ringgit. haha, last-last masa bayar bagilah perabis semua kopun yang ada dalam tangan. dan tak lupa bagi clubcard sekali. tup tup budak tuh pulangkan balik kupon ni. "dah, expired kak". err what the h***?? valid sampai 27januari 2013. tengok-tengok arini 1 februari la encik am. waaaa menangis tak berlagu. aku lah yang terrugi 25ringgit. waaa, tapi takpe, dengan shoppin melebihi 250 pada 1hingga 3 februari customer boleh dapat 1000 points dengan percuma. weehuu. tak sabar tunggu surat cinta yang seterusnya. apelah yang akan dapat dari tesco pulak lepas nih. verangan jap.


xoxo.