728 x 90

Monday, December 29, 2014

Tanda-tanda Mengandung


Assalamualaikum,

macam mana nak tahu yang diri korang tu pregnant? tambah-tambah bagi yang first pregnancy kan.
meh kite share sikit tanda-tanda kehamilan dari babycenter.com.


10 tanda-tanda kehamilan yang perlu anda tahu.

1. Mengidam
Ya, bunyinya seperti klise, tetapi mengidam kadang kala boleh jadi satu tanda kehamilan. Janganlah bergantung kepadanya sebagai simptom yang pasti (ia mungkin hanya di kepala anda, atau mungkin juga tanda bahawa badan anda kekurangan nutrien tertentu), tetapi jika mengidam itu diikuti dengan beberapa simptom lain dalam senarai ini, mulalah mengira hari daripada hari pertama haid terakhir anda.
**nak kata mengidam tu tak taula kan, tapi nafsu nak makan macam-macam boleh tahanla. nak itu la nak ini lah. tambah-tambah nasik, memang selera la ko.


2. Warna areola menjadi gelap
Jika kulit di sekeliling puting payudara anda menjadi lebih gelap, ini mungkin bermakna proses persenyawaan telah berjaya. Walau bagaimanapun, ini mungkin juga tanda ketidakseimbangan hormon yang tidak berkaitan dengan kehamilan, ataupun bekas daripada kesan kehamilan terdahulu.
**yang ini mungkin lambat sikit perasan. dalam sebulan dua pregnant baru nampak gelap.


3. Pendarahan atau kekejangan akibat implantasi
Kira-kira lapan hari selepas ovulasi, anda mungkin mengalami pendarahan implantasi, iaitu terdapat tompok-tompok darah berwarna merah jambu atau coklat, serta sedikit kekejangan. Ini disebabkan telur membenam masuk ke dalam lapisan endometrium. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama menjelang kedatangan haid anda.
**takde pulak pendarahan, tapi perut cramp jugak cam nak senggugut kot. maklumlah tak berapa tahu macam mana rasa senggugut tuh.


4. Kerap membuang air kecil
Sebaik sahaja embrio melekat dan mula menghasilkan hormon human chorionic gonadotropin (hCG), anda mungkin mendapati anda perlu membuang air kecil lebih kerap.
**kerap jugak buang air kecil, sampai tak larat berulang ke toilet. nak kata minum banyak tak jugak. mak ni jenis susah nak telan air masak, air manis lajulah.


5. Keletihan
Berasa letih? Bagaimana kalau sangat letih? Tahap hormon progesteron yang tinggi boleh membuatkan anda berasa seperti baru selesai berlari maraton sedangkan anda hanya bekerja seharian di pejabat. Keletihan adalah tanda penting awal kehamilan, walaupun ia mungkin bukanlah simptom yang pasti tanpa kehadiran simptom-simptom lain.
**haha, kalo dah dasar pemalas kan, selalu je letih dan tak larat. alasan kan tak nak buat keje rumah. haha.


6. Payudara melembut dan membengkak
Sebelum kedatangan haid, payudara anda mungkin menjadi begitu sensitif terhadap sentuhan, dan jika anda hamil, perkara yang serupa akan berlaku, tetapi pada tahap yang lebih sedikit. Apabila badan anda telah biasa dengan peningkatan hormon ini, kesakitan akan hilang.
**aaa..rasa breast macam lembut-lembut je tapi bengkak, tapi memalam yaAllah sakit yang amat macam kene penyek tuh.


7. Deria rasa berubah
Anda mungkin perasan perubahan pada deria rasa anda. Sesetengah wanita mengatakan mereka merasa sedikit payau di mulut, dan sesetengah yang lain mengatakan mereka tidak dapat tahan rasa kopi, teh atau makanan yang biasanya mereka suka.
**kadang-kadang macam rasa ade besi dalam tekak nih,,,eeeuuww tak sedap sangat.



8. Mabuk hamil pagi
Jika anda bernasib baik, anda tidak akan mengalami mabuk hamil pagi (morning sickness) sehingga beberapa minggu selepas persenyawaan. (Sesetengah wanita yang sangat bertuah tidak mengalaminya langsung.) Tetapi seawal dua hari selepas persenyawaan, anda mungkin mula berasa loya dan tidak sedap perut. Dan ini bukan sahaja berlaku pada waktu pagi. Loya akibat kehamilan boleh jadi berlaku pagi, petang atau malam.
**yang ni memang takde langsung, cume bile petang-petang je rasa mual tapi angin je, takde muntah-muntah bagai.


9. Tidak datang haid
Jika haid anda biasanya teratur dan kini ia lambat, elok juga jika anda buat ujian kehamilan. Tidak datang haid ialah tanda kehamilan yang paling pasti bagi seorang wanita yang telah baligh dan yang mempunyai kitaran haid yang teratur.
**seharusnyalah kan, i setahun tak period kot, memang susah nak detect.



10. Ujian kehamilan yang positif
Jika anda telah menunggu untuk membuat ujian kehamilan sekurang-kurangnya sehingga hari pertama anda tidak datang haid dan garisan biru kelihatan dalam kotak alat penguji, anda sangat pasti akan menjadi seorang ibu. Buatlah temu janji dengan doktor anda untuk memastikan berita baik ini, dan tuju terus ke bahagian kehamilan kami. Tahniah!
**yang ni banyak kali buat baru boleh kompom yang i pregnant. Alhamdulilah.


tapi setiap orang tak sama rasanya. ade yang takde rasa langsung, tup-tup pregnant. ade yang teruk sampai kene drip air bagai, tak boleh buat keje, tak boleh bau itu ini. macam bau itu, aida sikit-sikit je macam perfume encik am, bau goreng-goreng tu buat jadi peninglah. hehe.


oklah, bai, xoxo.


Tuesday, December 23, 2014

Kronologi Mengandung


Assalamualaikum,

Lame tak hupdate kan, jangan ingat alahan ibu mengandung  pulak pasai pertama kali mengandung  ni takde alah-alah sangat. Cume biasela letih tak larat, pening, cramp perut. Semua mild-mild jer. Alhamdulilahla kan. Tak tahula kalau 2nd 3rd nanti cemane kan. Aha..bagi lepas sorang ni dulu yer. Lain orang lain experience  die ye dak. Diam tak diam dah 5bulan lebih dah baby dalam perut nih. Alhamdulilah tak banyak ragam, dah semakin kuat kicking and boxing, semoga jadi anak yang baek ye sayang. Syukur diberi peluang untuk merasa moment yang indah ini. Amin. Tiap hari adalah kenangan-kenangan yang kalau boleh dibukukan akan jadi satu epilog cinta. Eewaahh.
Oklah, aida nak story kronologi-kronologi  mengandung yang diusahakan sepanjang 2tahun 2bulan sebelum disahkan pregnant.

  • start makan asid folic dari lepas kawen. Lame dan banyak jugak makan sampai badan pon naik. Orang kate makan asid folic memang badan naik sebab lebih kurang ubat hormon kan. Lepastu terus stop sebab tak lekat-lekat even dah amik dari beberapa ibu mengandung. Kekonon amik berkatla. Tapi tak jalan. 
  • lepas 2bulan kawen period tingtong balik. Ingatkan dah lekat, beria la test upt bagai, last-last kuciwa. But its oke, pergi klinik maria dan doc bagi duphaston untuk turun darah dan marvelon for 3cycle untuk betolkan period. 
  • minum jus delima gulsan setiap hari.
  • try pergi berurut dengan ustaz halim di batang kali sebab kawan pergi berubat dengan die berjaya pregnant. Jangan risau ustaz ni berlapik dan husband pon die ubatkan sekali. Cume kami tak berulang pergi berubat sebab jauh sangat. Ngee.
  • period tetap tak cantek datang bila makan ubat sajo. Doc maria suh continue pil hormon lagi tapi i refuse  sebab cukup-cukupla badan ini naik dan berisi giler. Siyes dari 55kg naik sampai 65kg. So no hormone pills anymore!
  • cube pulak perubatan darulsyifa kat bangi. Bila ustaz scan katenye  takdepape cume hormon je tak stabil. So die bagi air penawar sapu di perut dan minum. 
  • tak puas hati lagi, orang kate cube homopati plak. Homopati dokter hassan di Pkns bangi. Dah scan tangan dapat ubat bijik-bijik 3botol. Ade syarat nak makan dan time die. Tapi period tetap tak datang dan cara ni tak jalan. 
  • start treatment dekat hospital putrajaya setelah disuggest oleh dokter lita alis. Buat surat refer di klinik kesihatan dan terus dapatkan appointment  kat hospital putrajaya. 
  • cube minum susu kambing higoat premium. Berkotak jugakla.
  • encik am belikan qaseh gold. Satu untuk kekanda satu untuk adinda. 
  • google punye google jumpe satu website jual macam jamu kot. Name die WSR. Women secret recipe. Yang ni banyak testimoni  berjaya. Ubat die macam buah keras kot tapi bende ni kalu google memang tak jumpe sebab syarat die orang lelaki tak boleh tengok. Nanti ubat tu boleh rosak. Wallahualam. 
  • beli jamu seri pengantin, tapi makan tak sampai berapa bijik je dah stop. Encik am tak bagi makan jamu-jamu sembarangan. 
  • Berurut dengan mak opismate, 3kali jugaklah berulang. Sakit noks. Tapi mungkin tak serasi. 
  • Sambung treatment hospital putrajaya. At first buat pap smears dan tvs, detect pcos, tapi tak bagi jugak ubat. Pastu amik contoh semen suami. Then kena xray kepala. Amik darah entah berapa ribu kali, last baru suspect hyperprolactin. 
  • Buat mri scan kat hospital  pantai ampang. 
  • Start makan bromocripthine 2biji seminggu untuk 3bulan.
  • Buat hsg.
  • Lepas 3bulan, dokter tambah dos bromocripthine 2biji sehari.
  • Try biodex tapi amik 2 jenis je liquid prune dan women lobata.
  • Dan lepas sebulan hsg dan bromo dos tinggi, berjaya pregnant.
Sebenarnya ade banyak lagi yang aida dan encik am buat tapi banyak dah tak ingat. Ni mane yang teringat dari segi ikhtiar perubatan dan urutan. Kalau yang rohaniah tu nanti kite share lagi yek. Kalau ade lagi nanti kite tambah ye. Tapi memang sebulan dua sebelum pregnant, tak tahula nak cakap macam mana. Tapi memang tekad sangat masa tu, yakin semacam. Memang banyak istighfar dan sedekah. Pastu amalan-amalan untuk dapatkan anak tuh memang betol-betol buat, tak putus-putus doa dan mungkin jugak berkat bulan ramadhan kan. Alhamdulilah. 

Buat kawan-kawan yang ttc tu, apa yang aida tulis nih adalah satu semangat dan panduan untuk terus berusaha. Saya juga faham sebab saya juga laluinya. 

Doakan aida selamat melahirkan anak pertama ini. Terima kasih.

Okbai, xoxo