Sunday, March 24, 2013

Bergedil cara Ku



Resipi Bergedil@Berdegil



Bahan-bahan:

5-6 biji kentang
1/4 tiub daging cincang Ramly
sedikit daun bawang ( dihiris halus)
garam secukup rasa
sedikit lada sulah
2 biji telur (untuk menggoreng)

Cara-cara:

  1. goreng kentang sehingga garing, rangup dan empuk.
  2. angkat, toskan minyak dan sedia untuk dilenyek sementara masih panas dan lembut.
  3. masukkan daging cincang dan daun bawang dan gaul rata.
  4. untuk rasa, masukkan garam dan lada sulah.
  5. bila dah sebati, bentukkan bulat-bulat mengikut kreativiti anda.
  6. dah siap, celup bergedil dalam telur dan goreng. Siap.

Sedap dimakan bersama soto atau pon bihun sup. Selamat mencuba. peace.


xoxo.


No comments:

Post a Comment