728 x 90

Wednesday, July 31, 2013

Mari mengenal Omega Guard?

Assalamualaikum,

hari ini kita nak bercerita pasal Omega Guard. Kite study sikit-sikit yer produk shaklee nih. nak ingat semua memang takla kan. okey.

Apa itu Omega Guard Shaklee?

Kalau sebut Omega Guard Shaklee mungkin tidak ramai yang kenal. Kalau sebut DHA mungkin lebih popular kerana dalam Omega Guard Shaklee ini juga mengandungi DHA yang sangat baik untuk otak.

Apa pulak Omega-3?

Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.


Fungsi EPA
  • Mencegah kanser
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Menghindar tekanan perasaan
  • Mencegah penyakit darah tinggi                


Tugas DHA
  • Mencegah asma
  • Meningkatkan daya seksual
  • Mencegah sakit kulit
  • Mengelakkan kanser payu dara
  • Mengelak kanser prostat
  • Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
  • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan


Kebaikan Omega Guard Shaklee

Melindungi Jantung Anda

Omega Guard Shaklee membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Satu penyelidikan yang menyokong fakta tersebut tetapi bukan muktamad menunjukkan bahawa pengambilan asid-asid lemak omega-3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari. 
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Tambahan lagi, omega-3 dapat memelihara kesihatan otak, penglihatan dan fungsi-fungsi sendi.

Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal

OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.





Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*

Siapa yang Perlukan Omega Guard Shaklee

Ibu Hamil
  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
  • Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
  • Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil

Ibu Menyusu
  • Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
  • Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu

Kanak-kanak
  • Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
  • Memperkuat sistem imunisasi badan


Mereka yang mengalami masalah berat badan

Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.

Sering dilanda masalah kesihatan
  • Batuk berkahak, selesema berterusan
  • Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
  • Sakit Stroke

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure , dibuat dengan begitu sempurnapenyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik. 

Jom kita dapatkan Omega Guard Shaklee ini untuk kegunaan sekeluarga.



Berminat nak cuba Produk Shaklee boleh hubungi saya untuk harga istimewa..

Sms / wassap : 017-5493685
Email : idida163@gmail.com
ID SHAKLEE : 912703
Trust SHAKLEE Trust Me.



xoxo






Monday, July 29, 2013

Peraduan Teka Kuih Raya, Menang Duit Raya!


Assalamualaikum,
hye korang, nak dapat duit raye tak? senang jer tak payah susah-susah pon, 
just korang kena teka je pastu kalu nasib korang baik korang dapatlah duit raye nanti.
macam mane? ha, tengok kat bawah nih.

Klik Banner untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini.

Apa yang korang perlu buat cume teka je berapa banyak kueh dalam bekas kat bawah nih, 
jawapan sape yang hampir-hampir tepat atau paling tepat akan dapatlah hadiah-hadiah yang ditaja.

Jawapan berapa banyak keh raye :  135 bijik


Ha, lepas tuh, sila-silalah korang like semua peng'sponsor' hadiah di bawah yer..

Peraduan ini telah di sponsor oleh...

 

 









-----------------------------------------------------------------------------------------

LIKE THEM FIRST!! :)

This is how we show them the appriciate!


-----------------------------------------------------------------------------------------


Peraduan bermula dari hari start dielah sampai tengah malam 3 Ogos 2013. 
Keputusan akan dibagitahu pada 4 Ogos 2013.
Hadiah akan dipos pada 5 Ogos 2013 sebelum raye.

Ha, tunggu apa lagi, cepatlah join. bukan susah pon mane tahu korang menang ker kan? 
hadiah pon menarik. nak tahu hadiah klik sini
Alhamdulilah.


xoxo




Wednesday, July 24, 2013

Ape persiapan raye korang??


Assalamualaikum,

haha, baru 15 hari puasa dah sebok tanya persiapan rayenye?
posenye cukup ke? terawihnye pergi tak?
ahak, tokono den..
ala bukan hape, kat opis nih dah sayup-sayup dengar lagu raye ntah sape pasang ntahla.
dari tadi tak henti henti malah makin meriah jadinya. haha, layankan aje.
syok gak dengar, tambah-tambah semua muke seposen je kan.
hagak-hagakla korang kan, mentang-mentang bulan pose, keje-keje kat opis pon pose ke?

arini baru rase nak update belog. dari hari ke hari dok nak update citer pasal menu berbukala,
menu bersahurla tapi satu gambar pon tak snap. satgi citer korang tak percaya pulak yang aida yang masak.
haha. takpelah, memang sengaja tak nak bagi korang terliur dan tergoda di bulan pose yang mulia ini.
banyakkan amal yer. sambil tu bolehla tengok dan salin resipi ape nak masak kat laki malam nih. ngee.

nak citer persiapan raye aida. nak kate prepare giler-giler tu takadelah.
ala kadar je mak. kalau citer bab kueh raye dan kerepek raye, banyak yang aida dah order
dari kawan-kawan, tunggu kueh sampai baru nak bayar. nak bawak balik rumah mak dengan mertua lagi. lepastuh, ade beberapa kueh aida dengan encik am nak buat.  ala, buat backup kueh-kueh kat rumah, manela tau tibe-tibe ade bebudak kuarters ketuk pintu, adela jugak kueh nak hidangkan kan. *padahal tak pernahnya ada budak datang rumah bujang nih. haha. lagipon sebab dah terbiasa dulu hidup dengan mak, mesti buat macam-macam jenis kueh. jadi amalan tu dah jadi tradisi turun temurun, tapi skill nak buat kueh yang hebat lagi ohsem je tak turun-turun. adoyai.

bab baju raye, aida dah ade sepasang baju kurung moden tapi yang tu belah umah sendiri, baju untuk belah mertua tak ado lagi. macam mane nih. tu pon dah puas pusing jalan tar dan pkns. baju melayu encik am pon belum carik. biasalah kami, beli yang ready mate je senang. payah nak tempah-tempah nih, sebab dah banyak yang aida kurang puas hati. jadi beli siap jugak yang senang. tuh hah kat rumah tuh ade 2 pasang kain cotton yang tak jahit lagi. bile nak tempahnya pon tak tahu. kasut raye, handbag raye, tudung raye minggu nih baru nak carik. minggu nih kena setel semua sebab nak kena bajet duit.

duit raye, hah, yang ni awai-awai dah cop kat tiela, opismate aida yang memang tiap-tiap diela ejen tukar duit baru kami. haha. mak, ayah, mertua, adik-adik, anak buah-buahan, mak oiiii banyaknya nak kena hulur. dah bertambah-tambah anak buah den oi. kiki. adik-adik dah siap wasap dah suh sediakan duit raye, eee tak malunye.

untuk rumah kat sini, rasenye tak ade nak tukar, sebab semua masih baru-baru. lagipon, semua orang putrajaya raye balik kampung la oi. haha, mane orang nak datang raye kan. jadi umah menten jer. tapi totap sediakan balang-balang kueh raye kat atas meja. manelah tahu kan ade tetamu mengejut kan. yang pasti rumah mesti kena kemas dan tersusun cantek.

ape lagik yer persiapan raye korang??
tahun nih, tahun kedua aida beraya dengan encik am, tapi masih berdua.
hope tahun depan beraya bertiga la pulak yer. amin. hehe daaa



xoxo




Monday, July 22, 2013

Amalan di bulan Ramadhan


Assalamualaikum,

Amalan di bulan Ramadhan





1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)

2. Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka segera berbuka puasa.” (HR Bukhari & Muslim)

3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Turmudzi dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak ditolak doa mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya.”

4. Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu, apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar/berteriak. Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendaklah ia berkata:
“Sesungguhnya aku sedang berpuasa””. (HR Bukhari & Muslim)

5. Bermurah hati dan banyak menderma.
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu ‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni keTIka ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran. Maka Rasulullah sallAllahu alaihi wasallam lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup. (HR Bukhari)

6. Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
(Hadith Ibnu Abbas di atas menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus (mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)

7. Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu. (HR At Turmudzy)

9. Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)

10. Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu ‘anha berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)

11. Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)



xoxo





Tuesday, July 16, 2013

Pinky Shoppy Update


Assalamualaikum,

harini nak update kat korang my online shop, Pinky Shoppy. 
boleh klik sini kalu nak tengok details yer..
banyak produk baru untuk kesihatan dan kecantikan. 
InsyaAllah dijamin halal dan mendapat kelulusan KKM.
Kalu takde kelulusan aida pon sendiri tak berani nak syor kan dekat kawan-kawan.
Takut, nak cantik memang nak cantik, tapi biarlah guna produk yang berkualiti dan ada jaminan kan.
ape-ape pon jangan lupa bagi support korang dekat online shop aida yer. tenggsss..


macam-macam ada


Jom dapatkan produk kecantikan dan kesihatan dari Pinky Shoppy..
macam2 ada. pm atau wassap for best price tau. jangan malu-malu jangan segan-segan yer..


• Aurawhite 
• Auraslim 
• Auraslim gel body shaping 
• Maixara c
• Shape plus
• Kopi cuppocino 
• Felinna lotion
• Fellina vitamin
• Felinna beauty x-loss(pure teaberry juice)
• Set vitamin e collagen
• Bella formula sinus care
• Bella formula b slim
• Tabita skincare set
• Labisia plus capsule
• Ferwhite fereena
• K-colly
• Bedak arab
• Bedak magic pakharyta
• Bedak tanaka
• Radiglow
• Glutacell
• Mama gorgeous
• Red pomegranate whitening lotion
• Bamboo suit
• Sauna belt
• Waist trimer (bengkung)
• White light teeth



boleh tanya sebelom order..


xoxo



Monday, July 15, 2013

Kebaikan Multivitamin Vita-Lea


Assalamualaikum,

Multivitamin menyokong keperluan zat dan nutrisi pemakanan harian untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Pengambilan multivitamin terbaik membantu menguatkan sistem imun dan menggalakkan kesihatan jangka panjang. 

Memilih multivitamin terbaik menyokong diet harian kerana makanan disekeliling kita dipenuhi makanan yang telah diproses daripada sos, kicap dan makanan segera. Jadi sangat sukar bagi kita untuk mendapatkan 5-9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.





Vita-lea Shaklee Adalah Multivitamin Terbaik

Merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin dan mineral kritikal dalan jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan sistem imun dalam jangka masa panjang.

2 kali lebih antioksidan untuk mencegah 
   kerosakan fungsi imun berpunca daripada 
   radikal bebas
2 kali lebih kalsium untuk pembinaan 
   tulang
2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan 
   rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
2 kali lebih Beta karotenauntuk membentuk 
   vitamin A yang lebih biopotent
3 kali lebih selenium untuk melindungi 
   paru-paru, kolon dan prostat
3 kali lebih vitamin K untuk menyokong 
   proses pembinaan tulang
6 kali lebih boron untuk menyokong 
   kesihatan tulang
10 kali lebih Biotin yang menyokong 
   proses pengeluaran tenaga


Multivitamin terbaik Vita-Lea Shaklee juga menggunakan Sistem Penyerapan Bioaktif berpaten  eksklusif untuk Shaklee untuk meningkatkan penyerapan asid folik iaitu nutrien penting untuk kesihatan keseluruhan sel.


Vita-Lea Shaklee menjalani 349 ujian kualiti yang paling ketat untuk menjamin keaslian dan keberkesanan produk.


Siapa Memerlukan Multivitamin

- Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang.
- Individu yang tidak lengkap diet hariannya.
- Individu yang ingin meningkatkan sistem imun.
- Remaja yang sedang membesar.
- Wanita yang mementingkan kesejahteraan kesihatan mereka.
- Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki.
- Individu yang menopous.
- Wanita yang baru bersalin.



Berminat nak cuba Produk Shaklee boleh hubungi saya untuk harga istimewa..

Sms / wassap : 017-5493685
Email : idida163@gmail.com
ID SHAKLEE : 912703
Trust SHAKLEE Trust Me.


xoxo


Friday, July 12, 2013

Khasiat Oste aka Ostematrix shaklee


Assalamualaikum,



Ostematrix! Bukan sekadar kalsium…

Ostematrix mengandungi gabungan sempurna “batu bata-dan-mortar“ untuk membina tulang yang kuat dan sihat.

  • 1,000 mg (100% DV) kalsium unsur dari sumber alam semula jadi yang paling yang concentrated dan mudah diserap.
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan membantu menguatkan tulang.
  • 400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium.
  • Boron dalam jumlah yang disokong secara klinikal untuk membantu metabolisme tulang.
  • Vitamin K membantu mengikat mineral untuk membentuk tulang.
  • Mangan, copper, dan zink - co-factor yang mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang.


OsteoMatrix juga membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengurangkan gejala PMS .Ia juga membantu dalam pengecutan otot dan transmisi saraf.

Kenapa anda perlu pilih Ostematrix Shaklee?

  • Nutrien pembinaan tulang yang lengkap
  • Terbukti secara klinikal
  • Mudah ditelan dan mudah diserap badan
  • VITAMIN SEMULAJADI!

Siapa yang perlu mengambil OsteMatrix Shaklee?

  • Mereka yang kurang mendapat zat2 membina tulang dari pemakanan harian.
  • Mereka yang mengambil berat tentang pembinaan tulang dan mengekalkan tulang yang sihat untuk jangka masa panjang.
  • Mereka yang merokok, pengambilan alkohol yang tinggi, atau kerap minum minuman ringan - tabiat gaya hidup yang boleh mengehadkan atau mengganggu penyerapan kalsium.
  • Wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas, remaja dan warga tua.
  • Ibu hamil dan menyusukan anak.
  • Wanita yang mengalami gejala PMS.
  • Mereka yang mengambil berat tentang tekanan darah yang normal.
  • Sekiranya anda sukar menelan kalsium dalam bentuk lain.


Good news - Ostematrix Shaklee sudah tentu TIADA SILIKA GEL !

Supplemen kalsium dikenali sebagai Ostematrix, gabungan Calcium Magneisum lengkap dengan vitamin D. Sebiji OsteMatrix membekalkan 250mg Kalsium dan 100IU Vitamin D. Maka, untuk mendapatkan 100% nilai harian Vitamin D dan Kalsium, anda perlu ambil sebanyak 4 biji OsteMatrix setiap hari..


Testimoni Pengguna








Berminat nak cuba Produk Shaklee boleh hubungi saya untuk harga istimewa..

Sms / wassap : 017-5493685
Email : idida163@gmail.com
ID SHAKLEE : 912703
Trust SHAKLEE Trust Me.



xoxo




Thursday, July 11, 2013

Pemanggang ajaib la sangatt


Assalamualaikum,

end last months, aida pergi training dekat Langkawi. mase mula-mula tahu kena pergi sana,
memang dalam kepala dah terbayang pemanggang ajaib. bukan sebab kat sini takde, tapi
pasai kat sana murah. haa, free zon la katekan. lagi satu dah melayang-layang segala mak nenek
coklat. tapi sebenarnye niat aida lebih nak beli periuk ajaib. periuk ni dalam sikit dari pemanggang tuh,
tengok rancangan kat tv yang hos die zaibo tuh, macam best jer siap boleh buat kek lagi.

hari kedua kat sana baru dapat pergi jalan. jadi target utama nak capai pemanggang ajaib dulu.
coklat kemudian. drebar pulak bawak pergi idaman suri. haaaa, apelagi, sorong bakullah.

ni gambar pemanggang yang ada kat idaman suri. murah giler kan. ada lagi satu yang small size harga die rm37.90.




dua-dua aida grab, satu for me satu lagi for Melor. my bestie awai-awai dah pesan. tapi kan, kat idaman suri nih, cuma ada warna hitam jer. merah takdak. wuuu. kalu dekat haji ismail group warna merah, cuma ada satu pilihan dan harga rm55. gambar lupe nak snap.

okehh, meh tengok apa yang dah jadi kat pemanggang ajaib tuh.

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
taraa
sila terbalikkan tengkuk anda


dah siap grill ayam dan daging pown..


xoxo.



Fadilat Malam-malam Terawih


Assalamualaikum,

semalam aida just kongsi malam pertama dan kedua kan, 
arini aida selonggok kan semua sekali, senang, bereh.
hajatnye nak update hari-hari, cume takut tak terupdate je kang. haha.

Fadilat Malam-malam Terawih 

Malam 1:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2:
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3:
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy’ supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4:
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5:
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6:
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
Malam 7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi’raun dan Hamman.
Malam 8:
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9:
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.
Malam 10:
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.
Malam 11:
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12:
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13:
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14:
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15:
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.
Malam 16:
Allahsubhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17:
Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18:
Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
Malam 19:
Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20:
Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21:
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22:
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
Malam 23:
Allah subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24:
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
Malam 25:
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
Malam 26:
Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27:
Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29:
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30:
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: “Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar”.”


xoxo