Friday, March 8, 2013

Anggota pasukan negara yang terkorban dicacatkan oleh penceroboh



Sumber :- Astro Awani

Anggota pasukan negara yang terkorban dicacatkan oleh penceroboh

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia telah meluahkan perasaan terkejut serta  jijik dengan tindakan tidak berperikemanusiaan penceroboh Sulu di Sabah yang dilaporkan telah mencacatkan anggota pasukan keselamatan negara yang terbunuh dipertempuran di Kampung Sri Jaya Siminul, Semporna.

Tindak balas ini lahir selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menceritakan urutan peristiwa serangan hendap pada 2 Mac yang mengorbankan enam anggota, dengan lebih terperinci dalam laman Facebooknya.

Pengguna Facebook Norhaidar Hashim berkata: “Mereka tidak menghormati yang mati mahupun yang hidup.”

Veronica Amy Ba'et berkata: "Kejam sungguh, saya ingat berita berkaitan pencacatan anggota tidak benar."

Putra Yussoef berkata:  "Mereka mencacatkan polis di Semporna? Bunuh pengganas-pengganas itu dan ekstradisikan ketua pengganas dari Filipina!”.

Emma Ahmad Tanjizi pula berkata ia adalah wajar untuk  berita pencacatan anggota itu ditangguhkan.

"Jika berita itu dilaporkan sebelum ini, ia akan membuat rakyat Sabah panic. Itulah taktik musuh  untuk memecahkan semangat tentera dan polis kita, “ kata Emma.

Apa yang berlaku di Kg Sri Jaya Siminul?

Polis mendedahkan bahawa mereka terpaksa menghantar pasukan penyelamat ke kampung itu untuk menyelamatkan yang cedera dan memungut mayat rakan-rakan lain yang terkorban.

Pada mulanya, sepasukan polis yang terdiri daripada 60 anggota telah masuk ke Kampung Sri Jaya Siminul untuk menyiasat laporan mengenai kehadiran penceroboh bersenjata di kampung itu.

"Setibanya di Kampung Simunul, pihak polis telah diserang oleh penceroboh.  Enam anggota polis telah dikorban manakala dua lagi cedera. Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh oleh pihak polis.

“Pihak polis telah menghantar pasukan penyelamat untuk memungut mayat wira-wira negara dan menyelamatkan anggota yang terperangkap di Kampung Simunul. Pasukan itu berjaya melaksanakan misi.

"Mayat anggota-anggota polis itu telah dicacatkan dengan kejam oleh penceroboh," kata kenyataan tersebut.

Enam anggota polis yang telah meninggal dunia ialah, Supt Ibrahim Lebar, ASP Michael Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Abdul Aziz Sarikon, koperal Salam Togiran dan Lans Korporal Mohd Azrul Tukiran.

Berita pembunuhan kejam ini yang merebak di kalangan penduduk kampung dan telah dipetik oleh media, tetapi Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar enggan mengesahkan laporan ini.

Kronologi peristiwa polis

12 Feb 2013: Kira-kira 150 orang penceroboh bersenjata menceroboh masuk ke Felda Sahabat, Lahad Datu. Polis kordon kawasan itu dan perintah kumpulan itu untuk meletakkan senjata mereka dan menyerah diri .

14 Feb – 28 Feb: Rundingan telah dijalankan dengan penceroboh, yang dikenal pasti dari Selatan Filipina dan mendakwa keturunan  Kesultanan Sulu.

Rundingan telah dilakukan beberapa kali untuk mengelakkan pertumpahan darah.

Penceroboh disuruh meninggalkan kawasan itu sebelum 24 Feb  dan rundingan diteruskan untuk membolehkan mereka pulang.

1 Mac: Kejadian tembak-menembak pertama di Kampung Tanduo, Lahad Datu yang mengakibatkan dua anggota keselamatan Malaysia terkorban. Seramai 12 penceroboh bersenjata ditembak mati oleh polis.

Polis turunkan risalah dan pesanan dari helikopter untuk penceroboh yang  berkurung di Kampung Tanduo untuk menyerah diri.

PM Najib memberikan amaran kepada penceroboh untuk menyerah diri dan sekiranya  gagal pihak berkuasa akan mengambil tindakan. Presiden Filipina Benigno Aquino III juga menggesa penceroboh untuk menyerah diri tanpa syarat.

2 Mac - Insiden tembak-menembak di Kampung Simunul, Semporna mengakibatkan enam pegawai polis terkorban dan enam lagi penceroboh terbunuh.

Satu lagi penceroboh bersenjata, dibunuh di Kampung Sinalang Lama oleh penduduk kampung selepas penceroboh itu cuba Menculik mereka sebagai tebusan.

3 Mac: - Polis menyelamatkan orang yang  terperangkap dan mengangkut mayat.

4 Mac: Angkatan Tentera tiba dikerahkan ke Sabah dalam pasukan tujuh battalion. Kampung Tanjung Batu dan Kampung Tanjung Labian telah diisytiharkan sebagai "zon merah" berikutan laporan pendaratan penceroboh bersenjata.

Penceroboh dilabelkan sebagai "pengganas" selepas mesyuarat antara Menteri Luar Malaysia dan setiausaha Filipina di Kuala Lumpur (Perkara ini tidak disahkan oleh Manila).

5 Mac:  Najib berkata, pasukan keselamatan telah melancarkan 'Ops Daulat' untuk menamatkan keganasan di Kampung Tanduo serta untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan negara.

6 Mac: Satu pengganas bersenjata ditembak mati ketika cuba menyerang  pasukan keselamatan negara Malaysia. Kawasan operasi diperluaskan dan keselamatan di bawa dalam kawalan.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 07, 2013 21:34 (MYT)


2 comments: