728 x 90

Tuesday, April 30, 2013

Batuk yang teruk


Salam guys,
Dah berapa hari rasanya aida menyepi kan. Nak kata sebok em sebokla sikit,
Tapi yang lagi seboknye jelah, alahai cik demam dan kak batok datang menyerang.
Demamnya adalah dua tiga hari hanya terdampar di atas katil dengan kepala yang sakit yang hamat hokeh. Redha dengan ujian dariNya. Sakit yang menghapuskan dosa.
Okeylah dapat jugak mc sehari dari klinik Maria. Tenkiu tenkiu. Tak mintak pon tapi die yang baik hati bagi. Maceh. Hik.

Walaupon demam dah baek, tapi kak batok ni degil yang hamatlah pulak. Huhu. Cian tau titew berkong kong pagi petang siang malam. Dahla kite ni suspek semput pasai keturunan ada yang lelah. Waaa, seksa tau uolls. Memang dari dulu lagi paling-paling tak suke dengan batok.
Dulu time sekolah, asal time exam jer demam batok. Asal demam batok jer exam. Boleh korang bayangkan tak, suasana sepi dalam dewan exam, tiba-tiba dengar bunyi kong kong kong yang berterusan selama 5minit dan lepas tuh bila ko pandang semua mata sedang tengok kau. Rase macam nak letak muka bawah meja jer kan. Wooohoo cukup-cukup malu dan seksa oii.
Dahla aida ni jenis kalu batok jer 10minit pastu lengkap dengan pakej nak muntah bagai. Haha. Lagi satu yang jijik lagi kalau batuk berkahak. Memang kalau aida dengar orang pon geli doll. Kalau batok kat rumah rncik am mesti suh pi buang. Yelah, kadang-kadang sesetengah orang sayang nak buang kan. Eeeuuuwww. Disebabkan batok yang tak henti nilah aida el semalam. **alasan**

2minggu bukan tempoh yang kejap wei. Bayangkan nak tahan batok tuh, seksa kau. Bape jenis ubat kot aida telan, ubat batok klinik maria, ubat klinik kesihatan, ubat kaklin bagi dari klinik qistina, tambah demgan ubat yang ada kat peti ais rumah, ubat batok cap kelapa laut aprika. Semua pon ya hadoi tak jalan.

So, aida pon menanya dekat pakcik google macan manalah nak hilangkan batok yang teruk lagi sadis nih pakcik oi,
Berikut merupakan jawapan yang pakcik google bagi.

~ perah beberapa bijik limau kasturi dan campur dengan kicap, sukatilah kicap apa yang ada kat rumah, dahtu hirup hidup-hidup sekaligus. Yang ni pernah emak buatkan untuk aida. Mashammm tapi sedak gak.
~cara lain amik lemon potong-potong buh dalam bekas yang ada madu dan buh sikit halia. Simpan biar sebati dalam peti ais pastu tiap-tiap hari amik satu sudu makan atau bancuh dengan air pon boleh. Madu boleh mencairkan kahak tau.
~amik sebijik bawang putih, cucuk dengan garfu dan bakar atas api dalam 2minit dan tenyeh dengan sedikit minyak masak pastu sapu dekat dada.
~cara aida sapu dada dan tengkuk dengan vicks jer. Huhuhu.
~amik sebijik oren sunkist belah dan makan sambil dicicah dengan garam. Arrrgh nikmatnya masam masin tapi sodap. Cubalah.

Ada lagi cara yang aida google tapi makcik lupo la..hehe, apeapepon korang trylah buat kalau nak hilangkan batok kong kong tuh. Alhamdulilah batok kong kong aida dah beransur baik. Alhamdulilah, terima kasih ya Allah.

Xoxo.




Friday, April 26, 2013

Timbalan Pengarah Kastam Maut Ditembak



PUTRAJAYA: Timbalan Pengarah Kastam, Datuk Saharuddin Ibrahim maut selepas ditembak dari jarak dekat oleh penyerang tidak dikenali ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh mengesahkan insiden itu.
Menurut sumber, maklumat masih tidak jelas tetapi beliau telah dikejarkan oleh pemandunya ke Unit Kecemasan Hospiral Putrajaya sebelum pukul 9 pagi.

Polis kini sedang mengambil keterangan daripada pemandu beliau untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.



Info terkini. Pada 26.4.13 jam lebih kurang 0840hrs, caw. Pusat Kawalan IPD Putrajaya telah terima panggilan Tim. Peng. Kastam II Putrajaya Dato Hj Saharuddin ditembak di lampu isyarat Leboh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya pagi ini oleh penunggang bermotorsikal.

Beliau dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Putrajaya. Rakaman cctv sedang diperiksa oleh pegawai bertugas dan disahkan ocpd putrajaya mangsa telah meninggal dunia. Takziah diucapkan.



Tuesday, April 23, 2013

Pandorable Hoping


Assalamualaikum,

lately nih, asyik terbayang-terbayang jer bracelet pandora tuh.
mane taknya bila tengok si LJ aka liyana jasmay dapat hadiah besday pandora,
lagi-lagila teruja. wink wink.

sebenarnya dah lama tahu pasal pandora.
tapi memang dah begitu kot manusia nama aida nih lambat sikit keterujaannya.
tiba-tiba sekarang pulak nafsu die naik. haha.
kelmarin ade kecek-kecek dekat dengan am pasal pandora.
encik am cakap menatang apa pandora tuh.
haha,,,,,,pandora tu kedai jewelrylah.
titew nak gelang pandora..huhu..
siap google bagai tunjuk kat encik am.
explain sampai berbuih-buih ntah masuk telinga ke tak tak tahula.
tapi tengok dari riak muka macam berminat jer. keke..

siap cakap, takpe beli gelang je dulu.
nanti bulan-bulan ke ade event ke anniversary tambahla satu-satu charm die.
teehee..memula je tuh..
ayat belum dapat, kalau dah dapat nanti tak taula macam mana kan. ahaks.
titew tunggu jela kalau encik am kesian kat titew. keke.

meh layan gambar pandora yang titew berkenan yang dah tunjuk kat encik am.



titew nak yang simple-simple jer yang penting ade kaler pink hokey.

p/s: nak ajak encik am pergi riki-riki dululah kat Alamanda. weehuu.

xoxo.






Monday, April 22, 2013

Terima kasih encik Nuffnang, cpuv yg ke8


Assalamualaikum,

dah lama nak buat entry nih, asyik bertangguh jer,
bukan ape, cuma entry thanks you kepada encik nuffie sebab sudi bagi aida cpuv.
sekarang dah empat dah kredit dan empat on going.
empat tuh baru je masuk minggu lepas. macam tak percaya jer.
terima kasih lagi sekali encik nuffieku nuffnang.
nanti bagi banyak-banyak lagi yer..


Thursday, April 18, 2013

Gwiyomi yang cute


Kalau stress ke tensen ke bosan ke boleh layan sini:-



Melawat baby Melor


Assalamualaikum,

sabtu lepas, habis je keje di opis terus aida pickup encik am kat rumah dan terus pergi rumah my bestie dekat presint 5, sapa lagi kalau bukan Melor. hee. aida dan melor friend since kitorang dari poli lagi walaupon dulu tak berapa nak rapat tapi dah dok sini ini jela sedara mara yang ada sebab tuh jadi rapat.
kami sama-sama kawen bulan 5 tapi rezeki melor dulu dari aida. dan jumaat lepas, melor dan selamat pon melahirkan baby boy yang sangat chomeell dan tecik. tahniah. ngee. suke suke suke. ibu aida tumpang seronok dan gembira yer. semangat pergi dengan encik am melawat.


ahmad aakif nama diberi.
kecik je boboy nih, berat die mase lahir 2.4kg.
senang umi die bersalinkan die.
moga besar jadi insan yang berguna.

ibu aida pon tumpang nak dukung-dukung 
sebab pasni baby dah balik kampung berpantang..hahaha
lambat lagi nak jumpe..see you lagi 2 bulan..






Wednesday, April 17, 2013

SPR Memang Bersih


Assalamualaikum,


imej yang dekat atas nih aida amik dari facebook Pakatan Rakyat Supporters.
yang KONONNYA
data dari orang yang sama
disebabkan 
nama sama, tarikh lahir sama, no kp lama sama, 
cuma tempat mengundi yang lain yang bezanya cuma 45 minit sajo.

dan daripada apa yang mereka siasat itu, terus cop
SPR tak bersih. macam tu jer. senang sangat kan orang nak menuduh nak tunding jari 
tanpa usul periksa. 

dan untuk makluman, SPR sendiri telah mengesahkan bahawa kedua-dua data di atas 
adalah milik orang yang berbeza yang secara kebetulan ada banyakkkkkkk persamaan kan.
dan ini juga telah disahkan dengan JPN. 
SO,
saper yang bersih dan saper yang tak bersih.
Kalau boleh sebelum keluarkan artikel sebegitu, siasat terlebih dahulu. boleh refer pada JPN 
kalau tak nak berurusan dengan SPR. takde masalah.

okey, entry ini bukan memihak kepada saper-saper, cuma tempias SPR tuh terkena jugak pada staff. mohon faham sendiri.


xoxo.




Thursday, April 11, 2013

Maap yer


Salam,

kengkawan, sori sangat-sangat.
tahu-tahu jelah kan pilihan raya dah tak lama dah.
jadi bizi sikit banyak keje.
jadi memang tak sempat nak karang entry tau.
so, jangan majok yer, hik.
nanti dah habis pru13 nih kite update kaw-kaw.
adios.

xoxo



Wednesday, April 10, 2013

Kena saman bodo-bodo


Assalamualaikum,

harini aida kena saman. namanya saman bodo-bodo.
sebab saman parking atas rumput depan kompleks c,
sebab parking blok c6 dan c7 kena tutup untuk media,
sebab parking berbayar kat luar dah penuh dan berdable-dable,
sebab harini tak datang naik motor dengan harapan ada parking,
sebab pagi tadi balik pergi tukar baju,
sebab harini silap mix dan match baju,
sebab dah nak kena saman bodo,
sebab tulah kena redha jela.

okey, fine takpe,
cume kalau mereka-mereka ada otak mesti saman tuh tak kena.
cubalah berfikir secara rasional sikit.
tahu tak rasa bertimbang rasa tuh macam mana.

okey,
terbayang-bayang muka abang perbadanan yang saman tadi tuh.
saya cuma menjalankan tanggungjawab!

xoxo.





Tuesday, April 9, 2013

Pesanan SPR: Penggunaan Dakwat Kekal PRU-13





Jangan Ragu-ragu.. APA YANG PERLU ANDA TAHU tentang DAKWAT KEKAL :

  • Dakwat kekal dibenarkan Syarak dan telah diluluskan oleh Majlis Fatwa, Tidak menghalang air ke kulit ketika wuduk, Hukum Harus .
  • Laporan dari Jabatan Kimia Malaysia bahawa dakwat ini adalah kekal pada kulit jari dan kuku serta tidak kalis air/ telap air.
  • Kementerian telah merumuskan bahawa bahan yang digunakan dalam dakwat kekal ini tidak memudaratkan, tidak mengakibatkan alahan serta jangkitan kulit.
  • Tempoh luntur dan warna berbeza untuk pengundi pos/awal dan pengundi biasa.
  • Warna dirahsiakan oleh SPR untuk mengelakkan penipuan.
  • KERING KIRA-KIRA SEMINIT SELEPAS DICALIT.

xoxo



Monday, April 8, 2013

KEPUTUSAN ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN ABPBH 2013



BINTANG PALING POPULAR - Shaheizy Sam 


Image from google

                                                          Tahniah kepada abg sam..:)



Artis Baru Lelaki Popular - Aiman Hakim Ridza
Artis Baru Wanita Popular - Wawa Zainal
Artis Duo/Berkumpulan Popular - Black dan Malique
Penyanyi Lelaki Popular - Hafiz
Penyanyi Wanita Popular - Shila Amzah
Pelakon TV Lelaki Popular - Aaron Aziz
Pelakon TV Wanita Popular - Nabila Huda
Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam
Pelakon Filem Wanita Popular - Yana Samsudin
Artis Komedi Lelaki Popular - Zizan Razak
Artis Komedi Wanita Popular - Didie Alias
Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail
Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana 



Sumber : Berita Harian


xoxo


Sunday, April 7, 2013

Friday, April 5, 2013

3 serangkai


Salam,

adoi 3 serangkai datang menyerang, rasa tak daya nak buat keje.
sakit gigi, sakit pinggang dan sakit perut.
woot woot.

sakit tapi aida ni type yang suke tahan sakit sebab tak suke makan obat.
hai obat, kenapa kau tak sedap. kalu rasa macam skittles ke cadbury ke kan sedap.
kalau sedap dan manis bukan ubat namanya kan.

takpe, sakit ni tanda Allah sayang pada kita.
sakit ni kan penghapus dosa-dosa kita.
mungkin yang lebih besar erti dia bahawasanya
Allah merindui kita menadah tangan dan bermohon kesembuhan daripadaNya.
kita ni kadang-kadang bila susah saja cari tuhan,
bila senang lupa dan lalai.
seharusnya, kite perlu lebih istighfar dan muhasabah diri.
setiap apa yang berlaku ada sebab musababnya sendiri.
jangan lupa minta pada Tuhan.


p/s:semoga aida cepat baek dan dapat kabar baek. Amin.


xoxo.


Thursday, April 4, 2013

Kawan drop kawan


Salam,

aida paling-paling tak shuke dengan kawan yang suke drop kawan.
kamu kan kawan, nape yang nak drop kawan kamu tuh.
drop tuh macam kamu jatuhkan air muke die depan orang lain lah yer.

agak-agak kamu kan, kalau orang drop kamu depan orang lain macam mane?
kamu pon hangin jugak kan. macam tulah dengan kawan kamu ini.
semua orang shuke cakap pandai.
tapi tak pandai fikir apa yang die cakap tuh.
jangan ingat kamu seorang je yang pandai.
orang lain pon pandai jugak tapi tak bangga dan meninggi diri.
tahap sampai mana kamu belajar bukan ukuran kepandaian yer.
jangan ingat yang cikai-cikai pegang sijil ke diploma nih tak pandai.
mungkin ada sebab napa die tak sambung belajar.
tapi tu tak menentukan yang iq die tak genius okeh.

lagipon yang sambung belajar tinggi-tinggi dapat pointer tinggi tu pon
bukan atas sebab kamu pandai, kamu pon baru belajar.
itupon baru teori belum praktikal kan.
kalau setakat copy paste kerja orang ke,
select all dari yang kamu google dalam internet ke, markah group ke,
itu bukan bukti yang kamu nih pandai.

bila kita bercakap soal ini,
pernah tak bila bercakap tuh kita fikir hati kawan atau orang sekeliling.
memang mulut tuh takde insurans kan.
laser aje kamu tembak orang lain. kalau orang lain laser kamu melenting.
aduhai, dunia dunia.

cuma apa yang aida nak nasihatkan dekat sini,
sebab mulutlah kita banyak berdosa.
sebab tuh kadang-kadang lebih baik diam dari bercakap.
takut nanti tersalah cakap, silap cakap, ada yang kecil hati, ade dosa yang dibuat tanpa sedar.
wallahualam, berbalikla beristighfar. Astaghfirullahalazim.

xoxo.




Wednesday, April 3, 2013

Video Pengumuman Pembubaran Parlimen 2013




Finally, Parlimen officially BUBAR



Parlimen bubar hari ini


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak diiringi timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Beliau mengumumkan pembubaran itu menerusi siaran langsung khas semua stesen televisyen di seluruh negara. - Foto TV3

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan pembubaran Parlimen berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). 

Beliau mengumumkan pembubaran itu menerusi siaran langsung khas semua stesen televisyen di seluruh negara. 
Sebelum itu, Najib menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah jam 8.25 pagi dan meninggalkan istana kira-kira 45 minit kemudian. 


Perdana Menteri kemudian mempengerusikan mesyuarat Kabinet terakhir di Jabatan Perdana Menteri, di Putrajaya, jam 9.30 pagi.

Hadir sama ketika pengumuman itu adalah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kabinet.

Dalam pengumumannya, Najib berkata, beliau sudah menghadap awal pagi tadi dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi pembubaran Parlimen ke-12.

Perdana Menteri juga mengumumkan semua kerajaan negeri dinasihatkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing; kecuali Sarawak berkuat kuasa pada tarikh sama, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak. 

Sementara itu, empat negeri di bawah pentadbiran pembangkang iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor sepakat membubarkan DUN masing-masing serentak dengan Parlimen.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) difahamkan akan mengeluarkan kenyataan media hari ini dan dijangka bermesyuarat beberapa hari lagi bagi menetapkan tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian.

Setakat ini, hanya DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac 2013 apabila tempoh mandat lima tahunnya berakhir tengah malam sebelumnya, sekali gus mencatat sejarah pembubaran DUN pertama secara automatik di Negara ini.

Pembubaran itu berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri di bawah Fasal 5(3) yang menyatakan Dewan Negeri berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama dan kemudiannya dibubarkan kecuali dibubarkan terlebih dahulu.


Sumber : Berita Harian



Tuesday, April 2, 2013

Parlimen bubar esok?



Parlimen bubar seawal esok

Parlimen bubar seawal esok

Perdana Menteri dijangka buat pengumuman selepas mesyuarat terakhir kabinet

Kuala Lumpur: Parlimen dijangka dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan. 
Ini berikutan pengedaran surat daripada Jabatan Perdana Menteri meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir pada mesyuarat itu lengkap berpakaian lounge suit berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah untuk sesi bergambar. 

"jika Parlimen dibubar esok, SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat  mungkin untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi” Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR

Mengikut amalan sebelum ini, Ahli Jemaah Menteri akan bergambar bersama Perdana Menteri dan timbalannya pada mesyuarat terakhir Kabinet sebelum pengumuman pembubaran Parlimen selepas mesyuarat.

Difahamkan sesi bergambar diadakan sebelum mesyuarat Kabinet esok dan Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang media bagi mengumumkan pembubaran Parlimen selepas itu. 

Mengikut kelaziman, Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Kabinet bagi memohon perkenan pembubaran Parlimen.

Beberapa Menteri yang dihubungi mengesahkan menerima surat itu dan tidak menolak kemungkinan Najib mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mesyuarat Kabinet esok seperti kelaziman sebelum ini. 
Tempoh 60 hari adakan PRU-13

“Saya sudah menerima surat dan mungkin ini adalah mesyuarat Kabinet terakhir penggal ini kerana mengikut tradisi Perdana Menteri sebelum ini, Parlimen dibubarkan selepas itu,” kata seorang Menteri kepada BH semalam.

Jika Parlimen dibubarkan esok, ia genap empat tahun Najib menerajui negara selepas dilantik menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009. 

Tempoh satu penggal atau lima tahun Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) akan berakhir pada 30 April ini dan Parlimen akan terbubar secara sendiri jika tidak dibubarkan sebelum tarikh itu.

Selepas itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh 60 hari sehingga selewat-lewatnya bulan Jun untuk mengadakan PRU-13 bagi membentuk kerajaan baru.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan menjadi negeri pertama terbubar secara automatik pada Khamis lalu dan kini ditadbir kerajaan sementara yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sementara itu Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata jika Parlimen dibubarkan esok SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan beberapa perkara dasar seperti daftar pemilih, watikah kepada pegawai SPR, tarikh penamaan calon tarikh mengundi.


Sumber : Berita Harian


Monday, April 1, 2013

Bermanja di Thebroma Chocolate Lounge, The Curve


Salam,

macam biasa kalau hari minggu tak jalan memang tak sah laki bini dua orang nih.
bosan kot duduk rumah. yolah, rumah takde baby lagi memang macamtuh.
so jomla kite jenjalan menghabiskan jaman-jaman bujang berdua. nanti dah tak sempat kot
nak bermanja-manja kan. betul, kalau dah ada anak, tak dan nak manja-manja dah uweek uweek kan.
haha, ye kan aje. belum ado rejeki macam itulah. *pray for aida ye kengkawan.

so, sunday yang bosan, duduk rumah rilek-rilek kemas apa yang patot, makan apa yang patot,
pastu abis tengok ulangan fear factor barulah terkedek-kedek pegi mandi siap-siap nak gi jalan.
dari sabtu lagi dah tergedik nak pegi mid valley. cari ape ntah aida nih. dok ingat nak cari kedai baju siam
yang murah depan carefour tuh. hak. tapi sayang, tak hado. pastu, terus ajak encik am balik.
encik am cakap, "penat kaki tekan klac cari parking tadi pon tak habis lagi", haha terukkan bini encik am nih.
okeylah okeylah, kite tengok cd dulu di speedy. belek punya belek dekat setengah jam, dapatlah dua bijik dvd, gangster celop dan dvd korea. okey, cukup untuk bulan nih.

pastu jalan-jalan lagi dah tade tujuan, terus ajak encik baliklah. lagipon memang ramai giler orang.
naik ponin den. so, dah kuar pulak tak tau nak pegi mana. hmm, dok terfikir-fikir sambil tangan sibuk
scroll-scroll instagram. tengok-tengok one of my friend, jajalee, post sesuatu yang sangat shedap yang
memang dah lama aida teringin dan nak dan pernah cakap dengan encik am. hah, terus tunjuk dekat
encik am "nak nih, nak buah cicah coklat". hehe. main order je ko kan. encik am suh google kat mana. google punya google, lounge die cuma ada dekat pavi, one utama dan the curve. aloss, sume jauh-jauh kot.

masa tuh dekat bangsar, so kesian la pulak dekat encik am sebab macam jauh. pastu google lagi memang
takde yang dekat dah. takpela, tanak susahkan encik am. tapi encik am sibuk jugak cari jalan entah tak tahu nak pergi mana. aida pon ikut saje. aida tak berapa tahu jalan kl nih, sikit-sikit bolehlah, kalau takat taman permata tuh memang terorlah. ngee. pastu tengok encik am laju je damansara. uiks, betul ke encik am nak pergi nih. macam tak caya jer. last-last kete masuk jugak ke the curve. yeayyyy. cayam encik am cangat-cangat. :)

first  time nih pergi, memang tak pernah tahu kat mana. men redah sajo. last sekali jumpo jugak. yeayy lagi.
Thebroma Chocolate Lounge.

sweet jer kedai die dan kami pilih duduk diluar di bawah kanopi berdepan dengan street market,
street market tuh ala-ala yang jual baju-baju siam tuh.

amik gambaq seketoi,
muka belemoih yang amat, muka yang seronok sebab dapat sampai sini jugak

encik am macam biasa sibuk jak dengan game die
kat mana saja bila-bila masa memang gamers betoi

pesan air dulu, fresh orange and ice lemon tea
banyak lagi air yang sedap, terutama chocolate
tapi sebab nak makan stoberi cicah coklat lagi jadi amik air yang tak bercoklat sajo.


chocolate affair
ha inilah dia buah cicah coklat nih, 
menu untuk dua orang ade stoberi, kiwi, orange dan pisang.
ohh pisang tak nampak, maybe malu kot. 
ini encik am yang tangkap yer..

gambar dari atas haaa baru nampak pisang kan
harga bagi set chocolate afair untuk 2 orang nih = rm29.90


sampai licin tuh, memang shedaap. 


Encik am cakap biasa jer, dah lenkali kalau nak makan kita buat kat rumah jer. potong buah honey dew ke
apple ke celop dengan coklat masakan pon sodap. siap boleh panggil kengkawan lagi datang rumah makan.
ngee. okeylah, saje nak merasa. kuikuikui. terima kasih suamiku sebab selalu menggembirakan hati ini.
apa saja yang aida inginkan, dia cuba tunaikan. terima kasih suamiku dunia akhirat. amin.


xoxo.