Friday, March 29, 2013

Dah buat appointment


Salam,

yeah, semalam aida dengan encik am amik cuti dan menghabiskan cuti sehari dengan jayanya.
haha, hebatkan, semalam memang dari pagi sampai ke petang semua hal yang tergendala sejak
beberapa jaman telah disetelkan. alhamdulilah. dan yang paling penting aida telah pon mereferkan
nama kat hospital putrajaya untuk checkup problem yang aida alami sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
mudah-mudahan ikhtiar yang kali ini berjaya, amin.

pagi-pagi lagi kami dah pergi hospital hantar surat refer, nasiblah urusan tak lama.
pas dapat tarikh appointment bulan 5 akan datang, terus pergi sarapan kat mamak.
pastu terus pergi kompleks E, nak amik borang study encik am. unfortunately, salah tempat la pulak.
bukan kompleks e, tapi presint 16lah. so heading kesana dan nasib baik prosesnya mudah sajo.
alhamdulilah.terus pergi pejabat pos kat kompleks b pulak nak beli setem hasil dan wang pos.

pastu terus pegi cyberjaya, nak hantar borang ujrah ptptn untuk mati setem. dah mati setem pergi pulak
presint 5, kementerian pengajian tinggi, kat situ ada kaunter ptptn, so boleh serah by hand kat situ je, tak payah susah-susah nak pos. tapi kat sinilah yang paling spoil sebab bila sampai turn no giliran kita, boleh pulak sorang minah ni terkinja terus duduk. what the ****? malas nak citer betapa geramnya kat pompuan sampai dekat sejam darah naik. ok pulstop.

dah habis tuh terus perut lapor dan seperti dirancang pergi ikea menghabiskan duit. yiihhaa.
itulah kerja untuk mereleasekan tension tadi. waaa..
apa yang aku cerita nih.
padahal nak cerita pasal dah buat appointment dengan hospital jer.
ok bai.


mode:sakit kepala.

xoxo.


2 comments:

  1. hehehehe...mula2 baca ok je...last statement tu wat saya tergelak...
    "padahal nak cerita pasal dah buat appointment dengan hospital jer."
    hehehehe

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..inilah entry kalau tak tau nak cerita apa..

      Delete