728 x 90

Friday, May 30, 2014

Korea Day 1: Hello Kitty Cafe, Dongdaemun & Itaewon


Assalamualaikum,

haaa,, ritu aku ade janji kan nak buat entry pasal pengembaraan aku dengan encik am ke korea ke kita kan. sebenarnya tak sempat nak taip nak pilih-pilih gambar, iolss tersangatlah bizi. erk. alasan. memang tengah cari masa nak taip tapi tau-taula insan yang paling rajin ini macam mana kan. so, arini aku nak taip-taip dulu, masuk draft dulu pastu carik gambar baru publish. boleh. ahahaha. what the?? #birdypinkykekorea

okeylah tak perlu kita merepek lagi, kita terus intro. okey, edisi ke korea ke kita yang kami plan akhirnya menjadi pada 4 hingga 7 mei haritu. kami pergi selama 4 hari 3 malam. semuanya idea encik am. iols tak pernah terfikir pon nak pergi sini. kalu fikir pon cume dalam angan-angan. macam lagu raja ema tuh "angan-angan". hiks. then, i folo. tiket flight semua encik am yang uruskan. die yang tetapkan tarikh. kami beli tiket Air Asia X, waktu ni memang takdak promotion pon, tapi dah kenapa encik am nak jugak pergi tarikh ni pon aku tak tahu. apesal tak amik tarikh anniversary ek? so, total return tiket kami termasuk makan RM2306 untuk 2 orang. kira kalau divide by 2 sorang jatuh RM1153. kire okeylah jugak sebab aku ade terbaca yang beli tiket promo pon return rm900++. tak jauh bezakan. dan ni merupakan first time aku dengan encik am naik AA, sebab selamani aku hanya biasa naik MAS jek, tu pon orang yang uruskan, so macam perghak sikitlah masa dekat LCCT harituh. mase tu tak sempat lagi nak merasa KLIA2. so maybe next. tetttt.

tiket kami pergi time 01:00am waktu malaysia dan estimated sampai jam 08:30am. nak jadi cerita, flight weolls delay ke pukul 2:00am actually, tapi rupanya diorang scheduled pulak lagik ke pukul 5:00am. haiyoo, memang geram giler kott. sabar-sabar. rugi time tau. sebab perjalanan 6 jam 30 minit. so kitorang boleh tidur sepanjang flight dan sampai pagi boleh terus jalan. memang untungla kalu time nih. alih-alih delay, pastu sampailah dalam 11:30am. waaah,,memang sedikit frust lah, sebab dah larik time yang kitorang planning. but its oke, weolls gamble aje. weee, best tak best tak kitorang. okey, selama atas angin, kejenya adalah tidur makan dan tidur.

so, kitorang jejak kami di Incheon Airport buat pertama kalinya dalam hidup dan tak tahu akan come back ke tak lagi lepas nih, wallahualam. startlah jakun dan perhaknye datang. waaaaaa,, perkara pertama yang kitorang carik ialah pintu keluar. haha, sebabnya dah plan nak naik bas dulu untuk pergi ke guesthouse sebab dapat enjoy pemandangan Seoul yang nan indah lagi cantik. serius tak tipu. last-last tak jumpe. terpaksa cari information counter, nasib ada, dan pakai cakap omputih kan. so, naiklah bus no 6011. jangan risau memang banyak bas kat situ, nak naik subway pon boleh, tapi kami nak naik bas dulu. beli t-money kat airport mahal sikit, 3000won sorang.topup 20000won, dan habis 10000won untuk tambang bas. guesthouse kitorang dekat Jongnu-gu, jadi kena stop dekat Sung Kyunkwan University.

perjalanan lebih kurang sejam, around 2pm kitorang pon sampai, payah jugak nak carik guesthouse nih, sebab kene masuk dalam-dalam belakang kedai bagai. untuk backpackers gamble cam kitorang nih memang zero la. kitorang stay dekat Korea Central Backpakers. klik link kalu nak tahu. booking melalui Hostelworld.com dengan harga 25000won semalam. nanti ade mase kita review guesthouse nih yerk.

oleh sebab jadual dah larik, so sampai-sampai terus siap mandi dan terus keluar. lapar dan sejuk yang amat. sekali bila angin tiup memang sampai ke tulang. so, destinasi pertama #birdypinkykekorea ialah Hello Kitty Cafe. hahahaha, memang target utama iolss lah yer. tempat lain i tak kesah pong. okey, untuk ke situ kami naik subway. memang jakun baq hang.



HELLO KITTY CAFE
Line Subway : Hyehwa (Line 4) ----> Dongdaemun History Culture Park (Line 2) -----> exit Hongik University

setelah sesat beberapa kali, meredah hujan, terpaksa membeli payung berharga 2500won sebab air hujan macam ais, akhirnya sampai jugak. punyalah susah nak tanya orang situ, ade yang tak faham cakap apa, geleng kepala..macam2 lorr.


punyalah ramai orang sampai takdak tempat duduk, memang timing kitorang salah la, sana pon skool holiday gak lah, alahai, nasib-nasib., nasib cik kitty baek, amek seprem dulu. mak jemah pakai baju 4 lapis..nampak tak minat tak minat baju mak pon hello kitty tau..


meal yang ada kat sini, wafer, kek and pizza
yang paling feveret dah tentulah hello kitty fresh waffle 


tengoklah cantek ke tak cantek dalam kedai die, semuanya pink,
rasa macam nak makan jer..so sweet, iolls rase excited giler kott


kitorang order hk fresh waffle, caffe latte and caffe mocha
share dua orang, nak rase-rase jek pon..
caffe late 4500won + caffe mocha 5500won+hk fresh waffle 4500won = total 14500won

haaa, amek kau noks, licinnn. lapaq punya pasal. janji sampai jugak aku kat sini.

okey, belanja muke puas hati laki binik berjaya sampai hk cafe.
encik am beli cap dengan harga 15000won sebab hujan gerimis-gerimis bagaikan salji. erk.


DONGDAEMUN
Line subway : Hongik Unviersity (Line 2) ----> City Hall (Line 1) ----> exit Dongdaemun

lepas dah kenyang-kenyang (tak berapa kenyang sebenarnya) hahaha, kami gerak ke dongdaemun saje nak riki-riki kawasan, tengok-tengok sebab dah petang sangat dah. survey-survey tempat souvenier murah-murah kot, barang murah. tapi tak beli lagik pon harini, tunggu last day baru nak beli. boleh.








malashh taip caption, korang scroll jela tengok gambar ek, mak jemah dah penat..muahaha..


ITAEWON
Line subway : Dongdaemun (Line 4) ----> Samgakji (Line 6) ----> exit Itaewon 

bile  dah malam memasing lapor tahap singa sebab waffle tadi dah hadam jadi bahan kumuh kot. so, nak cari makanan halal yang senang dah tentulah kat Itaewon. so, bergegaslah kita ke sana. then, bila dah sampai, apesal lah bangunan kat sini semuanya sama je kat mana-mana pon. memang adventure habaq hang nak carik kedai makan nih. kat sini memang banyak restoren halal, tapi kena pandai carilah yek. dengan gamble macam kitorang ni memang penatlah sikit. gaduh-daduh gaklah carik. last-last jumpe kedai makan arab da. tak kesahla bedal sajalah. arab ke india janji halal dong.

delhi darbar, lokasi itaewon, lorong-lorong kedai

jauh-jauh pergi korea, last-last makan arab, rare gitu? phuiii..
ini sebab lapo dan penat menapak, kalu tak gigih lagi carik..

kiri kanan kau pork, jangan salah masuk sudahla..iiyerrk..

time to balik tidur, penat dah berjalan, sakit tapak kaki mak tau..
esok nak naik teksi sonata pulak..kerlas kau jah..

itulah dia, perjalanan hari pertama kat Seoul. memang best giler kot sebab kena menapak jauh dari satu station ke line yang lain. banyak naik tangga turun tangga. tapi naik subway memang murah. tambang dalam 1050won je. boleh kurus kalau lelama dok korea nih. semua jalan lelaju langgar-langgar orang tau. kitorang je yang jalan paling lambat. sakit betis dibuatnya. kalau tau pakai pakai pakej tourist kau. tapi syok gak gamble sendiri. barulah adventure dan survival namanya. tak gitu. apepon tu experience yang kami dapat bila pergi negara orang.


xoxo.



Tuesday, May 27, 2014

Happy 2nd Anniversarry My Dear


Assalamualaikum uols,

last sunday, its about two years of our marriage. 25/05/12 - 25/05/14. so how fast time flies. rase macam tak percaya je dah dua tahun kan. macam baru je lagi. kenapa cepat sangat masa berjalan nih. boleh tak stop sekejap tunggu dulu. masih nak bercinta-cinta lagi nih,,eewaah..rasenya dah time kot nak jadi mak mak ayah ayah..haha..amin..***mintak2 masin mulutku..

sempena 2 tahun ini, makanya dah 2 tahun tua, berharap agar hubungan kami suami isteri kekal berpanjangan hingga ke syurga. ditetapkan iman dalam hati, diberikan kesihatan yang baek, rumahtangga yang bahagia, kasih sayang yang takkan pernah berubah. moga tahun ini diberikan keberkatan yang rezeki yang melimpah ruah yang tak disangka-sangka., rezeki zuriat, moga dikurnikan zuriat yang soleh solehah hendaknya. juga doa buat suami, agar sentiasa menjadi iman yang terbaik buat diriku, dan anak-anak kami nanti. amin.


Love in Everland


xoxo.




Monday, May 19, 2014

Bibimbap at Bulgogi Brothers


Assalamualaikum,

oleh sebab mase dekat korea haritu kitorang failed bab cari makanan halal dan cari kedai makanan korea yang halal, memang rase sangat down pergi sana tapi tak dapat. memang kitorang dah cari dengan gigih tapi agak sukar nak cari dengan keadaan tempat yang baru, agak sibuk dan padat dengan kedai-kedai. so, dah balik tempat jatuh ni kan, apelagi aktiviti kamik laki binik, cari kedai makan korean la. ahhhh..balas dendam tuh. mane boleh dah pergi korea tapi makanan korea harem tak tahu tak cube tak terai kan. harusss. walaupon bukan kat sana. so google punye google banyak jugak kedai makan korea kat sini rupanya. tapi Bulgogi Brothers dekat Paradigm Mall jugak jadi pilihan sebab menu die memang memukau you!!

menu yang femes kat sini dah tentula Bulgogi
Bulgogi = savory dish = fire meat
maknenye ni meat dishes yang korang boleh grill-grill lah..
macam menarik tapi mungkin next time kite cube yek..

side dishes dari menu bibimbap yang kitorang pilih
ade bayam, ubi keledek, ubi teratai, kimchi, kankung, sengkuang, jagung dan kacang buncis.

yihaaa,,ini dia saya punya chicken bibimbap 

ini encik am punya, beef bibimbap

muke puashati dan kelaparan tahap gaban memasing
kekonon feel makan very de korean lew tew..pirraahhh

ini rupe bila dah digaul-gaul semua sekali.
dah macam kena goncang kan nasik tuh sebab tuh dipanggil nasi goncang..erkk?


okeylah, nak story benda tu aje pon, yang penting dah berjaya balas dendam makan. because because kitorang kuat kuat makan. yiiha..andre andre..yiibaa..memang sedap sangat uolls, tak caya boleh terai..saya bagi 5 bintang..tapi ikut mulut korang la kalu rase boleh telan..macam encik am die komen tak sesuai dengan tekak die..orang kampung..haha..alah, bukan hehari nak makan korean nih..okbai..

xoxo..




Sunday, May 18, 2014

Sambut belated birthday abang acap dan adik apitt


Assalamualaikum,

last week kami pergi berubat dekat darul Quran di kuala kubu baru. dah alang-alang sampai sane, singgahlah rumah kakak dekat tanjung malim. so, jauh-jauh lagi nih dah call kakak cakap suruh masak nasik sebab encik am nak beli kepsi datang rumah die. ahahaha, ade ke makan kepsi dengan nasi. ini semua encik am punya idea. habis buncit aku dibuatnya. alih-alih kakak kate nak buat besday anak die. oh okey sangatla tuh. saje makan-makan family sebab ade kek. kalau ikutkan nak sambut dengan mak sekali minggu lepas. tapi disebabkan beberapa sebab maka tak sempatla. **mak tunggu alang balik kite sambut sesama yer.


ni muke abang yang baru bangun terus disuruhnya sambut besday. 
bangun-bangun terus suruh duduk depan kek, kemudian kitorang nyanyi lagu 'hepi bestday'
tiup kek dengan muke ketat je, haha, sebabnya dah tak sabar nak bukak hadiah yang alang kasik.


dua-dua bestday boy baru bangun tido. dua-dua muke sememek jer. 
tengok alang dukung apitt dengan seksi sekali. 

HAPPY BELATED BIRTHDAY TO BOTH MY LOVELY BOY
ACAP TURN 3 YEARS OLD
APITT TURN 1 YEARS OLD

dengan ucapan
"semoga menjadi membesar dengan sehat, anak yang soleh dunia dan akhirat, 
alang sayang korang ketat-ketat, amin".


xoxo.


Friday, May 16, 2014

Tips melancong ke Seoul, South Korea


Assalamualaikum,

dah hampir seminggu lebih jugak kot aku dan encik am balik dari korea. penat pon dah hilang, tapi macam cinta ku tertinggal di korea lah. huu. serious, really miss korea so much. trip aku kalini selama 4 hari 3 malam bermula 4 mei hingga 7 mei 2014. aku pon tak terfikir akan datang seoul. memang pernah berangan nak datang sini tapi bila fikir-fikir duit, memang tak kan la. bajet aku ciput jer selalu kalau bab-bab travel nih, kalau boleh dapat murah lagi murah aku nak. ahaha, dasar kedekut kan. ikutkan memula plan nak pergi bandung ataupon bali, pastu dok balah-balah nak pergi singapore pulak, last-last korea yang dipilih encik am. so sebagai isteri yang mithali, ewahh, aku pon on jela. sejak dari itu, kami laki binik mula menyukai channel ke korea ke kite? ahaks. okeylah, bab-bab tempat yang aku pergi sepanjang aku merantau kat sana, aku tulis lain hari ye. ini kali nak bagi tips kat korang.


1. Tukar duit korea
macam aku dengan encik am, kami tukar siap-siap duit kat money exchange kat malaysia je senang. sebabnya yelah kami kan first time pergi sane, risaulah jugak kalau-kalau tak jumpe money changer ke, ataupon lagi mahal ke kat sana kan. so inisiatif tukar siap-siap kat sini. tapi bawak jugak duit malaysia in case kalau terlebih belanje ke urgent ke nak pakai duit kan boleh exchange kat sana je. masa kami tukar duit tu lebih kurang 1000 won korea bersamaan rm3.17. itu bukan harga currency semasa ye. tu harga money changer tu jual. korang kena tengok we sell yek bukan tengok we buy. itu first time kami tukar dekat The Mines. tukar rm1400. then, seminggu sebelum kami terbang kami tukar lagi rm1000 dekat PKNS Bangi. adoyai, dah naik lorr, kami rugi sikit, nilai 1000won bersamaan rm3.24. banyak jugak kami rugi. ceh bajet kot-kot lah turun, rupanya makin naik. waaaa. tapi dari ape yang kami survey, kalau nak murah dan untung tukar dekat money changer dekat Mid Valley atau dekat Jalan Masjid India. tapi kitorang type yang malas nak bersesak, so rugi sikit. 





2. Aktifkan International account
aku aktifkan kad debit/kredit maybank aku untuk kegunaan international. takut jugak kan, pergi berdua je dengan encik am, kalau apa-apa terjadi, lets say kena rompak ke, duit hilang, sakit ke senanglah nak cekau duit. kalau tak nak mintak sape bagi kan. tak kan nak pergi menyanyi kat kaki lima macam mior dengan wak doyok kot. oke. caranya korang boleh call maybank customer service sendiri mintak die aktifkan international banking korang dalam masa bila sampai bila ataupon just simply pergi atm machine pastu pilih menu atm plus dan aktifkan sementara akaun korang. boleh juga pilih aktifkan permenant. korang kena masukkan no ic dan tarikh pergi dan balik. senang je.

3. Charger international 
ahaa, jangan lupe bawak plug kaki 2 ni tau. plug kat sana tak sama dengan malaysia. jadi lebih baik beli siap-siap kat sini senang korang nak cas handset dengan kamera korang tu kan. kat sana banyak plug, even dekat kaki lima pon ado soket plug nih. 




4. Bekalan makanan yang secukupnya
okey, bab makan ni lah yang paling susah sekali. sebabnya memang susah-susah sangat nak cari makanan ataupon restoren halal kat korea nih. ade tapi dengan kawasan seperti itaewon memang banyak tapi agak bergantung jugak dekat mana hotel atau guesthouse anda. jadi kami bawak bekalan siap-siap untuk 4 hari. yang senang dan mudah nak masak dan makan macam mee segera, biskut, minuman 3 in 1, sambal dan serunding, makanan dalam paket atau tin. kalau korang travel lame bolehla kalau nak bawak periuk belanga bagai, tapi kitorang beli nasi segera kat 7e, balik bilik panaskan je dan ngap. 


stok makanan sepanjang kat sane, belum tambah sambal ikan bilis lagik


5. Pakaian sejuk
kitorang travel time musim bunga, tak bermakna tak payah bawak sweater jaket bagai. suhu dalam 10-20*c jugaklah. bawaklah long john, sweater, jaket. mafle, winter coat takyah kot melainkan korang datang time winter. macam aku, memang kulit nipis kan, so sejuk macamtu memang dah menggeletar beb. tak cukup selapis, 3 lapis aku hentam. orang lain takde pakai glove bagai, aku je yang over sejuk siap mafle lagi. mak tak tahan okey! so, sila amik tahu musim ape korang travel yek.


nampak tak yang plastik kuning tuh, namanye pocket warmer, beli kat daiso saje
boleh guna untuk panaskan badan, just koyak label dan tampal dalam poket.
rase suam-suam panas kuku jek.


6. Beli T-money
uhmm..kat sane, sampai-sampai je jangan lupe beli t-money yer kengkawan. bagi yang gamble macam aku laki binik, memang public transport kenderaan kami lah sepanjang kat sana. naik subway ke, teksi ke bas ke, sume boleh pakai t-money. t-money ni lebih kurang macam touch n go la. boleh beli dekat 7e, gs25 atau storymart dengan harga 2500-3000won satu. then topupla ikut kegunaan. jangan risau mesin topup ni bersepah kat sana, topup kat 7e pon boleh. 





7. Ambik peta Seoul
jangan lupe amik peta seoul supaya senang korang bajet nak pergi mana, nak tahu korang ada kat mana, nak tahu stesen mana korang kena amik. boleh amik dekat airport ataupon dekat tempat korang menginap. peta line subway pon penting yang amat, sebab subway tersangat banyak line dan station. harus faham dan tahu nak naik yang mana satu. sila study.

8. Bawak air botol 
tandas kat sana memang tak ada AIR. so kalau korang nak terkincit ke terberry ke silalah bawak sebotol air ke mana saja korang pergi supaya senang nak cuci dan senang nak refill. ingat tu, kalau tak pandai-pandaila korang nak berinstinjak macam diorang. ahaha. 

9. Solat
kat sana awal sejam je dari malaysia. so waktu macam tak lari banyak. kan boleh jamak. korang goggle waktu solat time korang pergi. tempat nak solat agak susah, so pandai-pandaila korang cari tempat yang sesuai nak solat yang penting bersih dan pakaian korang sesuai. macam perempuan tak payah telekung bagai, islam kan mudah, janji pakaian korang cukup tutup aurat. nak lebih info klik sini.

10. Rancang itinerary
kalau korang bijak mesti korang plan korang punye schedule sepanjang kaat sane. jangan sampai korang lost mana nak pergi sudah. penting planning preparation nih supaya smooth je percutian korang. google tempat-tempat yang nak pergi, jalan dan cara nak pergi. macam aku, banyak bace belog-belog diorang yang dah pergi pergi, so amik ilham buat itinerary sendiri. 

11. Booking flight
bagi yang memang kaki travel memang tau jelah time-time promo air asia kan. laju jek diorang. so kalau nak murah, belilah time promo. booking awal kalau nak murah. pilih tarikh yang sesuai senang korang nak apply cuti ek. aku ni pon encik am yang booking kan. iolls ikut sajo. 

12. Booking hotel 
booking siap-siap dari sini hotel ke guesthouse ke rumah tumpangan ke kan dari sini senang, supaya nanti sampai tak terkial-kial kan. kitorang booking through hostelworld.com, just pilih guesthouse yang sesuai untuk backpacker macam kitorang nih. nak tido aje pon. 

13. Passport
last jangan lupe tengok passport korang, dah expired ke belum, kalau dah, sila pergi renew yek. kalau belum buat sila buat ye. rm100 untuk 2 tahun. dan korea tak payah visa ye. 


14. Install application subway kat fon korang
aku instal seoul subway dan seoul map senang tak payah nak bukak map besar-besar alam tuh sampai menggangu orang sebelah kot. 



korang just setkan departure dan destination nanti die akan bagi detail.
tengok senangkan, line berapa ke line berapa 
then estimate time dan kos tambang subway pon ade sekali.



15. Bekalan ubatan
haa, jangan lupe ubat-ubatan jugak yer, senang jimat bawak yang kit pon takpe. tak payah nak beli kat sane kan kot kalau sakit perut ke pening ke kan. jangan lupe lip balm takut nnt bibir kering kan balik mesia pecah-pecah pulak, maklumla kan sejuk.

tengok haa, detail ke tak detail mak jemah nih,
hand sanitizer, eye mo, minyak kapak, vicks, minyak gamat, deep rub, panadol, phiciket, lotion, vaseline...apo yang takdo laie sume lengkap den kasi..haaa beg marykay lagi, berguna gak beg nih..
ni kalau kaksya tengok nih kembang..


aku rase dah berjela kot aku explain kat korang. kalau tak cukup jugak korang google la lagik yek. kalau aku ingat aku tambah lagi. tu pon kalau rajin la kan. rasenye macam err..harap berguna untuk korang. so, kalau de pape boleh tanya, yang boleh aku jawab aku jawab ek. k bai.

xoxo.




Thursday, May 15, 2014

Mak, Selamat hari emak..


Assalamualaikum,

selamat hari ibu especially kepada emak yang tercinta, Hatijah binti Hassan, buat my sister along, angah dan kepada semua ibu-ibu di dunia ini tak kira la title ape pon, mak, mama, mummy monster, ummi, ibu, amma, omma, semuanya tetap ratu di hati kita kan, betol tak?

jasa dan pengorbanan yang emak curahkan pada kami adik-beradik sangat besar dan tiada tanding nilainya. tak terbalas jasa mak kat dunia nih. melahirkan, menyusukan dan membesarkan bagai menatang minyak yang penuh. Alhamdulilah kami membesar dengan sehat dan menjadi orang yang berguna mak. Terima kasih mak, i love you mak.

ohhh, really miss my mom, dah sebulan tak jumpe, hujung bulan nih, alang balik kampung ye mak. promise. hik.



She used to be my enemy and never let me be free

Catching me in places that I knew I shouldn't be

Every other day I crossed the line, I didn't mean to be so bad
I never thought you would become the friend I never had
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes
All that you did was love
Mama, I love you, Mama, my friend
You're my friend
Every little thing you said and did was right for me
I had a lot of time to think about, about the way I used to be
Never had a sense of my responsibility
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes
All that you did was love
Mama, I love you, Mama, my friend
You're my friend, you're my friend
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes
All I can give you is love
Mama, I love you, Mama, my friend
Mama, I love you, Mama, I care
Mama, I love you, Mama, my friend
You're my friend, you're my friend
Ooh, my Mama my love
And love is true and guaranteed


Back then I didn't know why
Mama, I love you, Mama, I care
I didn't want to hear it then but, I'm not ashamed to say it now
Back then I didn't know why
Mama, I love you, Mama, I care
But now I'm sure I know why
Mama, I love you, Mama, I care
Ooh, my Mama my love
In love in you, in love in me




xoxo.


Friday, May 9, 2014

Stuck at TheAtmosphere Equine


Assalamualaikum,

minggu sudah pergi ke giant seri kembangan untuk beli barang rumah sikit, pastu lalu depan the atmosphere nih terus suruh encik am singgah. sebab dah banyak kali nak bergambar kat sini. banyak jugak art kat dinding-dinding kedai nih. macam biasalah kena cari sampai jumpalah ye..hehe..dan macam biasa kalau dah namanya suka bergambar kan mestilah nak jugak kan. encik am ikut saje. cantek-cantek juga art nih, kalah trick art museum kat icity yang kena bayar tuh..kiki..so meh layan gambar kat bawah..boo..







kalau korang nak pergi, direction die belakang giant equine seri kembangan.
nama bangunan : the atmosphere.
masuk : free of charge
time: ikut suke korangla

ok bai, xoxo.



Thursday, May 8, 2014

Eat.Pray.Love di Batu Ferinngi, Penang


Assalamualaikum,,,

wahhh fenatnye baru balik dari bercuti, akan direview nanti satu persatu..sekarang nak story pasal ikut encik am berkerja sambil bercuti di Feringgi. wah wah tajuk tak hagak-hagak kan. padahal perginye bulan 4 arituh..dah basi baru nak kongsi kan..ah macam biasalah blogger yang tak tegar nih kan. pulstop.

actually tak dirancang pon nak ikut encik am datang sini buat kerja. balik kampung lagi besttt..tapi encik am tak bagi die suh ikut jugak..so..ikutla jugak..ngee..kire percutian 3 hari 2 malam gakla kat sane. kalu ikutkan bukan kerja rasmi encik am tapi dapat kebenaran dari bos die dan dapat cuti tanpa rekod, i nih terpaksa korbankan cuti rehat i tau..huh..

encik am dapat bilik di Bayview Beach Resort tapi disebabkan kena berkongsi dan i ikut so kenala cari hotel lain. makanya kami dok di Hotel Continental yang ceritanya salah pilih hotel daa..rupa-rupanya bayview hotel ade 2 di penang, satu di Feringgi satu lagi di Georgetown. Dan hotel kami jarak die setengah jam jugaklah dari Feringgi. hahahaha. okey takpe dah namanya jalan-jalan kan.

okey..sempat melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang. 3tahun study dekat Penang, serius aku cakap memang tak pandai berjalan mana pon. rugi sangat kot duduk jauh tapi tak explore negeri orang. okey cakap pon tak gune bende dah lepas, mane taknye asal cuti sabtu ahad je balik ipoh, so bile masenye nak berjalan. kawan-kawan pon kaki homesick gak cam aku. muahaha. so time-time ade pakwe halal macamnilah nak berjalan balik. dah banyak perubahan penang. banyak dah lupa. sempatlah jugak pergi Queensbay Mall sebab mase study dulu mane siap lagi bende alah nih.

view dari bilik..,penang mostly like kl..
busy and jam, but malam sentiasa hidup..
pergilah padang kota dok tepi malam, memang ramai sangat orang
nak fefeling romantik cintan cintun pon best..tengok kapal-kapal..lampu-lampu

okey, jangan bosan ye tengok model sambilan nih..
model untuk pakwe aku jelah sebab dielah photographer peribadi aku..muahaha..
ape ntah nama tempat nih, lupe tapi nak masuk kena bayar, aku tak bayar sebabtuh
bergambar depan pintu ajo..tett

korang abaikan manusia yang nampak cam gemok ntah hape-hape tuh k,
tengok street art tuh lagi cantek..muahaha..
know what, bukan main susah nak carik art-art nih..
sumenye berselerak kat dinding-dinding kedai lama kat Armenian Street..
kena parking somewhere dan berjalan keliling area nih..
kalu malas jalan boleh naik beca..sekali pusing rm30 kalu tak silap.

encik am jugak yang pandai posing..aku cam kayu jek..

cat..cat..i love cat bery muchx..panas so jangan lupe bawak payung dan spec oke..
penang memang panas..berpeluh mak..

"pau..pau..sape nak beli pau, ade kaya, kacang hitam, ayam dan daging, lai lai"
jerit apek yang gelap itu..:p

ini jelah yang kami jumpe, cari yang naik moto tuh ntah mana ntah, perut dah lapor dah..

last day sebelum balik baru sempat singgah feringgi..sebabnya encik am busy dengan keje..
ulang alik feringgi dengan georgetown..rindu sangat dengan laut..tapi tak mandi pon..


so, seronoklah jugak pergi penang, singgah jugak gurney plaza teringat moment-moment dulu-dulu..cheewaahh..psssttt..nak makan nasik kandaq beratur dengan line clear tak sempat..lenkali yukk.


oklah, bai, xoxo.