Friday, February 27, 2015

Cucuk kancing gigi ATT


Assalamualaikum,

minggu ni pergi checkup klinik kena cucuk kancing gigi ATT Anti Tetanus Toxoid untuk kali kedua. dos yang pertama masa 27 weeks dan yang kedua ini 31 weeks. macam aida, untuk anak first kena cucuk 2 kali, dan untuk anak yang seterusnya nanti sekali je cucuk.
mase dos pertama dulu memang tak rasa sakit ke kebas ke, tapi yang kali kedua nih, yaAllah sampai-sampai rumah terus rasa lenguh kebas je tangan. tang tempat cucuk tuh sakit sangat. rase berat je nak angkat tangan. memang rasa tak larat nak buatapa. nasib baik jugaklah tak demam kena cucuk kan. he. tulah belagak lagi tak rasa pape. haha.


Apa tujuan cucuk Att nih:-

  • Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh mengakibatkan maut disebabkan oleh racun yang dikenali sebagai Clostridium tetani. Jadi suntikan anti-tetanus ni untuk mengurangkan kebarangkalian terkena jangkitan kuman tersebut.
  • Kuman ni boleh masuk melalui luka. Luka untuk wanita hamil ialah jika bersalin normal, akan ada luka pada faraj (luka episiotomy).
  • Dulu-dulu hospital tak banyak. Kebanyakan wanita yang bersalin hanya bersalin di klinik, disambut oleh bidan tradisional. Peralatan yang digunakan dikhuatiri tidak bersih. Jadi WHO & Kementerian Kesihatan Malaysia mewajibkan suntikan tetanus pada ibu hamil - mencegah kadar kematian bayi dan ibu.
  • Vaksin ini melindungi ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Antibodi yang dibentuk dalam badan akan dihantarkan pada bayi untuk melindunginya sehingga beberapa bulan selepas dilahirkan. Juga mengelakkan kelahiran bayi pramatang.
  • Kehamilan pertama: Dua suntikan diberi. Suntikan pertama pada awal kehamilan, suntikan kedua selepas sebulan atau dua bulan selepas dos pertama.
  • Kehamilan kedua: Jika jarak kehamilan kurang dua tahun dari kehamilan pertama, satu suntikan booster dos akan diberikan.
  • Suntikan tetanus sudah menjadi tidak relevan sekarang kerana sudah banyak hospital dibina. Peralatan yang digunakan juga bersih dan dibasmi kuman.
  • Suntikan ini juga boleh mendatangkan effect seperti demam dan adakalanya allergy. Sebab tulah ramai gynaecologist di hospital tidak memberikan suntikan ini.
  • Tetapi hospital kerajaan masih mengamalkannya - mengurangkan risiko jika ibu hamil itu tinggal di kawasan pedalaman.



Pendapat Dr Zubaidi:
Saya sendiri tidak menegah jika ibu yang hamil itu menolak suntikan ini jika yakin akan melahirkan bayi di hospital dan sanggup menanggung risiko.

Tetapi manalah tahu tanpa dirancang, seorang ibu boleh melahirkan anak di dalam kereta, di lif bangunan dan sebagainya. Jangkitan kuman boleh berlaku. Jadi lebih elok saja menerima suntikan itu lagi pula ia diberikan secara percuma di klinik kerajaan.



xoxo.



Monday, February 23, 2015

Panas badan semasa mengandung


Assalamualaikum,

sejak-sejak masuk trimester ketiga  nih, badan makin menjadi-jadi panas. kalau duduk atas sofa kat rumah tu macam baru balik jogging 1500meter kau. basah habis. belom tengok kalau time tido, tengkuk, dada, baju dah lenjun dengan peluh macam main futsal encik am cakap. haha. memang panas tak tahan sangat. dulu dengar kawan-kawan dok mengadu panaslah, rase nak bogel jela, nak pasang aircondla sekarang aku dah rasa dah macam mana. huh. memang panas die lain macam. encik am nak dekat-dekat pon i tolak die pegi jauh sikit. panas badan die lagi la rimas. memang macam tu ye ibu mengandung?

Fakta:
  • Tubuh wanita tengah mengalami banyak perubahan termasuk perubahan hormon. Kadar metabolisme jadi semakin bertambah apabila mengandung sampai tubuh badan wanita akan rasa panas. 
  • Keadaan bayi yang semakin membesar juga menyebabkan tubuh ibu cepat berasa panas. Penghasilan hormon progesteron akibat meningkatnya suhu tubuh  janin dalam kandungan boleh menyebabkan rasa panas.  
  • Peningkatan peredaran darah semasa hamil membuatkan ibu sering berasa panas.Peningkatan aliran darah berlaku apabila hormon progesteron membuka lebih banyak saluran kecil darah di dalam permukaan kulit. Kapilari yang dipenuhi darah inilah yang membuatkan tubuh wanita hamil panas.
  • Kebiasaannya tubuh wanita hamil akan rasa panas apabila kandungan masuk 6 minggu dan rasa menjadi semakin kuat apabila kandungan berusia 32 minggu. Dalam situasi serius, kadangkala kepanasan ni boleh menyebabkan ibu2 pitam dan pengsan.

Oooh,,,sebabtulah panas sesangat. sekarang nih kalau tido kadang-kadang berkemban je. tak selimut dah. siap pasang air cooler kat tepi tu pon masih basah lagi bile bangun. hee, sabar jela, dah tak lame dah. hehe. bertabahlah wahai aida demi anak. 

kbai, xoxo.

Friday, February 13, 2015

Scan 3d/4d untuk si kecik


Assalamualaikum,

bagi first mommy macam aida ni memang keterujaan nak dapat baby nih super duper excited la kan, lagik-lagik yang tunggu bertahun nak dapat nih kan. mane taknya kalau boleh tiap-tiap minggu nak scan nak tengok baby sehat ke tak, nak tengok perkembangan baby, rindu baby lah, kadang bukan ibu die yang rindu lebey tapi abah yang over rindu tau. ngee. tapi normalla kan, rasanya kalau orang lain pon mesti akan macam tu jugakkan. tapi selalunya anak first lah. bile dah masuk second third dah kurang excited dah sebab dah rasa pengalaman semua tuh. betol tak?

macam kitorang boleh kate tiap-tiap bulan mesti akan pergi scan. kalau setakat 2d tu je kitorang akan pergi Klinik Maria ataupon Klinik Lita Alis. tapi bagi i better korang pergi klinik maria lah sebab mesin scan die lebih clear dari lita alis. ngee. harga sekali scan around rm45-rm50.

tapi naklah jugak scan 3d/4d kan untuk si budak kecik dalam perut ini kan. waktu yang sesuai untuk scan nih dalam 24-30weeks. kalau lebih takot dah sempit. bukanlah tujuan nak tahu jantina tu sangat sebabnya kalau scan biasa je pon boleh nampak gender tapi nak tahu keadaan baby kan. yang penting sehat dan cukup sifat. sekurang-kurangnya persediaan mental dan fizikal sebelom kelahiran kan. kalau ada problem boleh detect awal. dan kalau tahu gender pon its bonuslah sebab senanglah nak shopping baju baby.

so, banyaklah google cari kat mana best nak scan yang murah dan service thorbaek kan. haha. dan ramai yang aida baca suke dengan service sonographer miss jezlyn. so kalu nak tahu boleh pergi fb scan3d/4d malaysia atau website diorang scan3d/4d malaysia. boleh juga kalau nak buat detail scan, tapi seeloknya 22weeks ke bawah kot kalau tak silap. dan details scan nih harga die mahal sikit.

disebabkan tak sabar sangat kan, masuk je 26weeks aritu terus booking appointment dengan scan 3d/4d malaysia. kalau korang nak scan tak boleh terus main redah je. kena booking dulu dan kalau nak miss jezlyn yang scankan kene pilih date and time dan klinik mana yang sono tu bertugas. sebab ada ramai sonographer dan banyak klinik yang diorang buat service sekitar kl nih. macam aida aritu, pilih Poliklinik An-Nisa dekat Seri Kembangan. klinik lain macam jauh sangat dari rumah. booking hari khamis malam, kena booking awal takot full house jek. service dengan diorang best, sebab kalau tak nampak muka baby tak payah bayar. tapi sono miss jezlyn nih akan scan sampai nampak jugak sebab die pandai pujuk baby. lembut je orangnya. kalu susah jugak dia akan suruh kita keluar jalan-jalan dulu bagi baby pusing. ngee.


bukan gambar baby aida nih..sekadar hiasan
insyaAllah akan share nanti yer..hehehe..


masa booking tak payah buat bayaran apa-apa. nanti bila dah datang appointment dah scan baru bayar. harga yang aida kena bayar untuk 3d/4d scan rm120. dapat cd, sekeping gambar scan 2d dan sekeping gambar 4r scan 3d. dalam cd tuh ade beberapa video 4d dan gambar-gambar scan 3d yang lain. agak berbaloilah juga dengan harga dan service yang diorang bagi. very recommended pada ibu-ibu yang nak scan 3d/4d nih. 

em gender, seperti yang tahu mase scan biasa, memang sama jugak. hehe. ibu dengan abah tak kesah boy ke girl, yang penting baby sehat dan kuat, Alhamdulilah syukur. masa nih baby masih lagi songsang, air ketuban okey, berat baby 800gram ++. baby marah sebab die tengah tidor kena kacau. hehe..sory baby. tapi ibu sayang kamu sangat-sangat yer. duduk dalam tuh baik-baik yer. 

psstt: ikut ibu ke ikut abah tu?? hehe


ok bai, xoxo.



Thursday, February 12, 2015

Mengidam mee sampan di Boat Noodle, Publika


Assalamualaikum,

weekend sudah bosan-bosan cuti dok kat rumah, so encik am teringin pulak nak makan best-best.
maka die pon memetik je boat noodle. kalah ibu yang mengandung selera mengidamnya. haha, ibu mengandung nih relax aje. mengidam pon tak tahu macam mana. muahaha. tengah hari tuh pon, keluarlah rumah tanpa menggoogle kat mane tempatnya terus on waze taip boat noodle. die tulis boat noodle kl, lalu ikut mex. memang betol-betol ikutla. tak tahu pon tang mana. alih-alih sampai dekat publika. inilah first time sampai publika. sebelom nih tanya encik am kat mana pon die tak tahu. lebih kurang cam open shoppin complex tapi around die banyak sangat kedai makan yang best-best. tak rugi datang sini kalu nak try makan macam-macam. parking depan-depan kedai valet parking  rm15. parking basement murah sikit. diorang kate dekat publika nih ade 2 boat noodle, satu yang halal dan satu yang non halal. yang non halal tuh thai boat noodle, yang halal boat noodle aje. jadi jangan silap yer.


inilah rupa kitchen boat noodle, semua staff lelaki.


memang ramai sangat orang sampai kene que.


menu yang ada dekat boat noodle.
yang femes mestilah yang 4 jenis tuh. prathumthani dan ayuthaya beef dan chicken.
wajib try ye. semangkuk rm1.90, bolehlah 2 3 suap. 
sebab tulah bermangkuk-mangkuk orang makan sebab tak cukup kan semangkuk. 
dan ka num tuay die sedap sangat macam tepung pelita. harga rm1.00.


percubaan pertama order 4 mangkuk je seorang. 
nak rasekan. encik am lerrr yang excited lebey.
baby pon sibuk kicking ibu.


tak faham napelah diorang serve dalam mangkuk yang pecah-pecah sumbing serpih nih.
tapi thai tea ice die so sedapp. 


amek kau bertingket-tingket mangkuk.
last-last die repeat order lagi 4mangkuk seorang. 
jadiknya 16mangkuk semuanya. haha.


harga yang perlu dibayar setelah kekenyangan.
takde service charge lagik ke korang dah plus plus siap-siap.
ape-apepon, saya bagi 4 bintang. hehe.


apelagi kalau belum try mee sampan nih, pergilah cepat. sedap juge. oklah bai.

xoxo



Monday, February 9, 2015

Minum air gula MGTT & BSP


Assalamualaikum,

actually aida kena minum air gula ataupon MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) masa 18weeks. cepatkan, sebabnya selalu dalam 24-28weeks baru minum air gula nih. tujuan minum air gula ni sebabnya nak tahu paras gula dalam darah ibu mengandung sama ada normal ataupon GDM(Gestational Diabetis Mellitus) iaitu diabetis semasa pregnant.



kalau dulu bawah umur 30tahun kalau tak silap tak payah minum air gula. tapi sekarang umur 25tahun ke atas dah kena minum air gula. tambah-tambah macam aida kena minum awal ni sebab ade history diabetis. mak memang ada kencing manis. dan kakak-kakak aida pon mase mengandung semua kena gdm nih. jadi takde maknela nak escape minum air gula  nih.

GDM ini terjadi semasa pregnant saje, ini sebab hormon yang dikeluarkan oleh uri menganggu kerberkesanan proses insulin. so that why paras gula dalam darah meningkat. selalunya gdm ini akan hilang selepas bayi dilahirkan.


inilah rupa air gula yang kena minum tuh.
kalau dekat KKP9 nih perasa blackcurrant.
kalau datang awal, air die suam-suam lagi baru bancuh.
paling nasib baik boleh pilih yang paling sikit..kekeke..


nak minum air gule nih korang kena puasa malam hari tuh bermula pukol10 malam sampailah esok pagi. dalam pukol 8 datang kk untuk ambil darah bacaan sebelom minum air gula. dan lepas 2 jam minum air gula kena datang balik nak ambil darah untuk bacaan selepas 2jam. haha, aida sekali teguk jer minum air gula tuh, takdelah teruk sangat macam yang pernah dengar tuh. tapi memanglah agak nak memuntahkan balik sebab air gula tu pekat kot kan. tapi tahan jela. kalau korang termuntah mau kena repeat balik, sanggup ker?? lepastuh boleh jer kalau nak minum sikit air masak kalau nak hilangkan rasa mual tuh.


Bacaan normal
FBS (puasa) : 3.5 - 5.3 mmol/L
2HPP (2 jam lepas makan) : 4.0 - 6.7 mmol/L

Result MGTT:
FBS (puasa) : 6.2 mmol/L
2HPP (2 jam lepas makan) : reject (tak tau pasai apa)

kesimpulannya, pagi saja pon dah nampak sangat ada gdm, dah sampai border line dah pon. uuwwaa. dan secara rasminya bermula episod cucuk BSP pulak. tett.

apa pulak BSP nih? banyak mende kena tahu sepanjang pregnant nih, macam-macam prosedur dan singkatan. faham-faham sendirilah. BSP ialah blood sugar profile. BSP ini buat 2 minggu sekali. 4 kali darah diambil dalam masa sehari. Malam macam biasa kena puasa. Bacaan diambil pagi(puasa), selepas breakfirst, selepas lunch dan selepas makan malam. sakit dah jari-jari nih kena cucuk tauu.

dalam masa yang sama kena juga buat HBA1C. apa pulaklah HBA1C nih? HBA1C merupakan ujian makmal yang mengesan purata glukosa darah untuk jangkamasa 3 bulan yang sebelumnya. dan keputusan ujian ni adalah Normal.

Ok. Xoxo.