Wednesday, February 27, 2013

Yeay, pet baru


Assalam,

ahahaha, pet baru lagi. bukan kau dah ade pet ke sebelum nih? ye, aku bace entry kau sebelum nih, jangan nak nipu hokey.
hokey hokey, aida tak tipu yer. memang ade tucin dah sebelum nih, dah lama siap buat entry tetamu baru yang datang tak akan balik-balik lagi, last-last sekarang ko dah ade pet baru pulok. ape kes?
yelah, pengakuan sebenar aida, tucin-tucin aida yang comel lagi nakal sebelum nih telah diadopt kepada seorang kawan encik am. die yang nak sangat-sangat. tipu jer. sebenarnya kami yang nak bagi sebab ketidaksempatan kami menguruskan mereka yang sangat perlukan perhatian dan kasih sayang itu.
Jadi terpaksalah dengan hati yang sedih dan tidak sampai hati, tapi bagi jugak kepada die.
setelah diteliti dikaji kepada calon-calon adopter, nampaknya beliau tersangatlah paling layak untuk
diserahkan memandangkan beliau seorang insan yang baik sangat yang telah mempunyai bukan satu bukan dua tapi empat belas, what 14? giler banyak kan. so, memang takde keraguan lagi terus kami bersetuju. lagipon beliau tinggal di rumah teres, kami pulok dok apartment jer.

okelah, semalam kami pegi pasar malam. then lepas dah beli makan bagai, setelah tak jumpe gerai roti isteri pakcik yang buat. hehe. aida paling suke pakcik nih sebab mulut die tak henti-henti puji bini die. baguskan.
em, dah nak balik dah ni. tibe-tibe terpandang booth jual ikan. haha.

terus teringat balang hantaran kat rumah tu yang berhajat nak buat akuarium. apelagi terus je menonong pegi belek-belek ikan. almaklumla tak pandai bela ikan sangat. encik am pon sama. tula apa-apapon knowledge ni penting. samalah jugak macam kalau beli ikan tapi balang takde kan. erk. mula-mula ingat nak beli ikan gapi pastu tengok takde pon yang cantik yang kaler-kaler tuh. takpela. terus terasa nak bela ikan emas.
sebab kalau tengok tv pon banyak orang bela ikan emas dua ekor je dalam balang. cantik plak.
so terus grab dua ekor ikan emas, rm10, klorin rm1.50 dan makanan ikan yang mahal sikit bak kata abang yang jual tuh rm1.50. mahal ker? maka, berpindah miliklah ikan itu dan menjadi hak kami. lalalalala.

kalau dulu bela tucin boleh pegang-pegang sembang-sembang. bela ikan acane lak?
emmm, dalam kereta ade gak borak-borak say "hi" tapi haha manela ade respon.
sampai jek rumah terus pergi amik balang yang dah berhabuk tuh, basuh, lap-lap terus masukkan mereka berdua.
waaaaaaaaah....teruja-teruja. tanya encik am nak bagi nama apa? hehe, encik am cakap "macam-macam" ikan pon nak nama ke? okelah terus bagi nama "tom" and "jerry". haha. kelakar tak?

haha..inilah die balang hantaran yang dah jadi balang ikan..
weeee..kosong jek takde mainan pon kat diorang, sian ;(

balang ni bulat, susah nak amik gambar tom & jerry ku ini. 
bila dekat-dekat die jadi besar nampak tak cantiklah.
yang ini je sempat snap. aida kan tak pro amik gambar. 


p/s: aida dah enable kan balik right-click. jadi kalu ade nak copy ke nak open link in new tab ke kan 
senang. ahahaha. maap.


xoxo.





12 comments:

  1. kita tak boleh nak bela2 ikan... nt klau nk blk kg ssh....=(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau balik kejap takpe, tapi kalu balik lame2 susah jugak..he

      Delete
  2. mase kat kolej dlu qiela pernah bela ikan..sekali warden dtg..abis semua ikan-ikan comel 2 kena tangkap! haish~ sedih tul =_="

    ReplyDelete
    Replies
    1. lorr..kesiannye qiela..abistu warden buatapa dengan ikan tuh?

      Delete
  3. la..suka sgt nak bela ikan cm gini..tp amy malas..so xleh la..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..bela ikan xpe lagi bg makan jer..kalu tucin die poo poo mmgla tiap2 ari kene bersih..

      Delete
  4. mana nak cari balang ikan mcm tu ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat kedai barang hantaran mesti ada..

      Delete
  5. salam. macam mana u jaga ikan mas ni tanpa menggunakan oxygen? boleh u share tak? i baru je beli 2 hari lepas tak tau mcm mana nak jaga sebenanya. takut mati pulak nanti. hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..aaaa..lupe nk update pasal ikan tu xdapat bertahan lama la yank..lebih baik pakai oksigen..
      lpas ikan emas ni mati sy bela ikan biase yang seakan-akan ikan emas..mmg tahan xpakai oksigen dekat setahun jugakla tp sekor-sekor mati tiap kali balik kg mgkin sbb kelaparan..huhu..
      selamat membela..

      Delete