Salam,
hai, korang suke makan laksa tak? laksa apa yang korang pernah makan dan yang korang suke?
laksa penang? laksa kuale? laksa johor, sarawak, laksam? ikut selere koranglah yer.
mood di hari minggu, nak makan makanan selain daripada nasi okey.
tanya encik am nak makan apa? nak laksa tak? taknak, nak bihun laksa.
haha, nilah orang peliks sikit. orang makan dengan laksa, tapi die suke makan kuah laksa dengan bihun. banyak orang banyak ragam kan. tapi, okelah kerana permintaanmu ku tunaikan sayang. cheewaahhh..kui3..mula-mula ingat nak pakai ikan kembung tak pon ikan kayu, last-last encik am nak sardin dalam tin. layankan ajer.
Bahan-Bahan:-
1 tin Sardin (saiz besar)
3 biji bawang besar (dikisar)
4 biji cabai burung (dikisar)
2 senduk cili boh
2 liter air
Bunga Kantan
Daun Kesum
Asam keping dan Garam ( secukup rasa)
Aksesori:-
Bihun/Laksa
Telur Rebus
Timun
Salad
Bawang Besar
Cili Merah
Limau nipis
Fish cake
Telur mata
Cara-cara:-
1. Tumis bahan kisar seperti bawang besar,cabai burung , cili boh dan sos sardin(asingkan sos
dengan ikan).
2. Masukkan daun kesom dan bunga kantan yang telah dihiris.
3. Masukkan air dan ikan sardin yang dikisar atau dicarik-carikkan jika suka isi ikan timbul.
4. Biarkan mendidih untuk seketika.
5. Lepas tu masukkan asam keping dan garam secukup rasa.
Aksesori penambah selera, cuma yang kurangnya takde nanas,
encik am tak bagi kite makan nanas..huwhuwhuw
Taadaa, haha jangan main-main, sedap hingga menjilat lengan kau.
kelas kau jah. *perasan sendiri.
hidangan untuk diri sendiri guna laksa ajer..
Okey, boleh cuba dirumah yer..senang sajer. kalau rajin buat mesti jadi punye.
xoxo.
No comments:
Post a Comment