Friday, January 4, 2013

Tetamu baru rumah kami


haiyakk,
hari ini dah masuk 6hari rumah aida ade tetamu baru. aha, bukan tetamu yang datang pastu balik, ni tetamu yang datang tinggal terus tau. hehe, bukan 1 tapi 2.
ahad lepas baru jer pegi amik dekat afyf, photographer kitorang mase prewedding dulu.
tahu pon sebab die post gambar dekat fesbuk. pastu gatal tangan pergi komen nak.
terus die nak kasi sebab die ade banyak.

haaaa nak tahu ape siape tetamu tu.....???? jom tengok gambar kat bawah niiiii

nampak tak kat atas seat tu..belom ape2 lagi dah memanjat

alololo muke kesian sebab kena kurung..belajar behave dulu yer

hai, nama saya angelo, boleh panggil jelo
tuan saya berkenan dengan hero dalam Pangako sayo

saye pulak ichigo boleh panggil chigo
ini pulak sebab tengok citer strawbery cinta..hehe

Chomel tak mereka berdua ini. alamak, teringat pulak dekat my late miyu. 
sob sob sob..

aida dengan encik am memang suke giler-giler dengan kucing nih sebab mereka ni comel sangat. dulu pon dah penah bela kucing, ingat tak dekat miyu. tapi sayang die dah takde. jadi mereka ni pengganti miyu kami.
seronok bila ada kucing ni, bila balik keje penat-penat tengok gelagat diorang hilang stress.
bagi makan, bagi mandi, cuci rumah die dah jadi rutin seharian.
dan kalau aida tak tahan dengan bau poo poo mereka, jadi encik am lah yang akan menyetelkannya. hehe,
pandai tak pandai tak. nasib encik am oke.
nak bela kucing ni kena pandai manage. diorang pon macam kita. ada time makan, time tido, time nak main, nak uk uk. jadi kena faham bila mereka nak semua-semua tuh.
nak jaga kucing jugak kena ada kesabaran. macam jaga budak-budak kecik kan. hehe.

paling penting yang perlu ada nak bela kucing nih,
mesti ada rumah utuk diorang tido dan lepak-lepak,
pastu letaklah tilam ke kain alas untuk diorang tido, kucing ni suka suasana yang panas suam-suam kuku, janganlah biar je tido atas besi tu, sejuk, kesian diorang kan kan.
sediakan mangkuk makanan dengan air, pastu on time kena tambah makanan dan air. aida bagi diorang makan friskies. sedap diorang cakap. ahaha tipu.
selalu bagi air kosong jer, kalau bagi susu takut diorang chery bery pulak kang.
tak pasal-pasal kena cuci mak.

diorang pon kena mandi walaupon spesies diorang ni memang takut air. haha. macam kambing.
tak pasal -pasal kambing dapat nama. haa
so beli jugak shampoo khas untuk cat brands friskies gak.
biasanya kucing kalau uk uk kan atas tanah pastu diorang akan kambus tanah tu kan nak tutup poo poo diorang. so, kalau kat rumah flat mana nak carik tanah,
belilah pasir khas untuk diorang uk uk dan letak dalam satu bekas. aida lupa ape jenama pasir yang aida guna, lupa plak nak snap. jadi biler diorang nak uk uk diorang akan pergila kat bekas pasir tuh.
and then kite just cuci bekas tuh.
kitten ni macam budak-budak kecik yang keje nak main jer. jadi sediakanla bola ke hape ke untuk diorang
main-main.

emm, afyf ade cakap pasal nak mandulkan kucing ni memandangkan nak kawal bilangan mereka.
yelah, kalau dah beranak pinak sampai sepoloh sebelas kau sapa yang nak bela kan.
sanggup ker? kalau sanggup takapa.
kalau tak tu yang jumpe kucing kena buang, terbiar, bersepah kat merata-rata tempat.
ai dah macam kes orang buang bayi pulak, sleknye diorang ni binatang.
bukan kita nak ubah kejadian semulajadi tapi kite nak mengawal dari segi itulah. kesian kalau tengok yang terbiar kat tepi-tepi jalan tepi kedai,
dengan selekehnye, berkurap, aida pon tak sanggup, so uolls sanggup?

mungkin tunggu besar sikit baru nak bawak pergi veterinar untuk mandulkan mereka. ye ar satu jantan satu betina. japgi bila dah besar kan tak pasal-pasal ichigo bunting pulak. kes naya ni. hihi. gelak jahat.


emmm, apela yang diorang buat kat rumah tu yer. sekarang dah pandai memanjatla pulak, pastu nak turun takut. haha. risau mak dibuatnya.

xoxo.


1 comment:

  1. comelnya....

    p/s: salam kenal dan follow sini..

    ReplyDelete