728 x 90

Saturday, February 23, 2013

Tips Menjaga rumahtangga dan perkahwinan


Assalam,
aida nak kongsi dengan kawan-kawan yang dah kawen mahupon juga yang akan berkawen kan. semua pasti nak kawen kan, jadi semualah patut baca. takde masalah. entry kali ni lebih kepada knowledge untuk tempuh alam perkahwinan yang kian mencabar. hak3. yelah, nowadays, kita banyak dengar pasal kes penceraian yang kian meningkat. YaAllah, takutnya dengan semua tu. Moga rumahtangga kita semua aman, makmur sehingga ke jannah. Amin. 

Tips Menjaga rumahtangga dan perkahwinan

1.) Fokus pada tanggung jawab, bukan menuntut hak.
- ramai dari kita yang selalu memikirkan hak, sedangkan yang paling utama adalah tanggungjawab. 
utamakan tanggungjawab anda dulu sebagai isteri atau suami. dan apabila kedua-dua berjaya menjalankan tanggungjawab dengan sempurna, insyaAllah hak masing-masing akan terjaga. 

2.) Sering berdamping dengan orang yang positif.
- sentiasa cuba untuk memperbaiki kelemahan diri. bagi si isteri yang tidak pandai masak mungkin boleh belajar dari mak, mertua, laman web dan sebagainya. semuanya mudah yang penting rajin dan mahu. bagi suami pula cuba untuk memperbaiki ilmu agama dengan ustaz-ustaz atau imam supaya dapat membimbing si isteri ke jalan yang diredhai.

3.) Jadikan sekarang masa paling gembira.
- setiap hari adalah hari yang baru untuk semua. jangan dikenang perkara yang dah berlalu. lupakan segala pahit dan cuba kecapi hari yang mendatang dengan ceria. jangan terlalu kuat merajuk macam aida, nanti diri sendiri yang rugi. dari situ aida belajar supaya menahan emosi supaya tidak terikutkan perasaan sangat. nikmati hari-hari dengan bahagia. pasti seronok!

4.) Cari jalan untuk mengatasi stres.
-seandainya ada masalah, cuba kongsikan dengan pasangan. jangan terlalu memendam dan akhirnya suami atau isteri menjadi mangsa. seeloknya cuba dekatkan diri dengan Tuhan dan banyakkan berdoa, berzikir. Mungkin boleh ambil sedikit masa yang ada untuk pergi bercuti bersama keluarga supaya dapat juga mereleasekan tension yang bersemak di kepala itu. he.

5.) Jangan terlalu serius.
-haha, yang ni kadang-kadang jadi juga. sebaliknya lebih bersabar dan bersederhana. jangan ambil serius setiap perkara. jadi jangan ingat pula semua perkara tak perlu serius. maksudnya dalam hal-hal yang tertentu. mungkin gurauan atau percakapan yang sekadar hanya untuk bergurau tapi telah disalah anggap.

Tudia sedikit tips yang aida dapat kongsikan dengan kawan-kawan. semoga kita dapat menjaga tanggungjawab masing-masing dengan baik. InsyaAllah. 


doa suami isteri bahagia





No comments:

Post a Comment