728 x 90

Friday, February 15, 2013

Puding Roti & Sos Kastard


Salam Jumaat,

menggeliat jap sebab nantok sikit..ekeke, mane taknye semalam buang tebiat pukul 12.15 tengah malam buta lapaq mee goreng mamak. sebut je dekat encik am memula sekadar memain je, pastu encik am laju je "JOM". haiiii, bagai orang mengantok disorongkan bantal busuknya, sepuluh ribu kali tanya balik encik am, betul ke ni? siyes? betul ke? sampai encik am malas nak jawab. hehe. terus siap. kami rempit jer pergi kedai mamak dekat simpang hujung jalan rumah. slumber je dengan selekehnye pergi makan. walaupon dah tengah malam tapi still ramai orang lagi.

okey, arini zemangat berkobar-kobar nak bagi resipi terbaru yang jadi dari dapur kecilku. alhamdulilah, berjaya jugak mencuba. idea nak buat puding ni datang sebab pergi rumah sister in law, die jamu puding roti dengan sos kastard. sedap la pulok. he, pastu terus teringin nak buat sebab tahu resipi die memang senang. lagi-lagi encik am kempunan tak sempat rasa. tuh, yang rajin tuh. nak tambat hati laki mestilah dengan air tangan bini kot. cheewahh.

dapur kecilku tempat bermulanya masterchef bini encik am
alamak, pinggan tak susun lagi..malu seh


RESIPI PUDING ROTI & SOS KASTARD

Bahan-bahan untuk puding:-
7 keping roti gardenia
1/2 cawan gula
2 biji telur
1/2 tin susu cair/susu segar
1 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar butter
kismis untuk hiasan

Cara-cara:-
Potong roti comel-comel dan susun cantik-cantik dalam loyang. kemudian tabur-taburlah kismis atas  roti serata tempat.
kemudian, dalam kuali, panaskan butter, gula, susu cair, susu pekat, telur dan esen vanila. kacau hingga sebati.
tutup api dan tuang ke atas roti. make sure sume bahagian roti kena, sebab kalau dah bakar nanti bahagian yang tak kena akan keras macam roti bakar. he.
biarkan roti kembang sekejap dan masukkan dalam oven bakar dengan suhu 180'c lebih kurang setengah jam.

Bahan-bahan sos kastard:-
1/2 tin susu cair
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:-
Panaskan semua bahan atas api yang sederhana sehingga semua sebati. jangan terlalu lama, takut tepung tu akan jadi likat dan berketul. tutup air dan biarkan sejuk. simpan dalam freeze dan makan sejuk-sejuk pon sedap tau. hee.

penuh kesenian memotong roti

make sure semua kena, tu ada yang tak kena tu dik oi


zemangat kau bako

taadaa dah siap..yummeh..

omnomnom sedapnyer..lapar pulak..alamak sos terover pekat..so tak mao tunjuk

okey, ini resipi yang paling simple lah yang aida buat. bahan pon mudah dan jimat. 
selamat mencuba.

xoxo.





1 comment: