728 x 90

Monday, December 26, 2011

E-day :My Engagement Day

Salam,

setelah berapa hari berhempas pulas, berpenat lelah siap semput lagi, tak tidur malam bersengkang mata
menyiapkan barang hantaran untuk pertunanganku dengan cik abang. Dan semalam, tanggal 25 Disember 2011 jam 1.30 petang, dengan ini aku sah menjadi tunangan cik abang ku. ehek. sambil tersipu-sipu malu dah macam kupu-kupu rupanya.

Actually, kami dah bertunang pada 19 March 2011, tapi disebabkan tiada majlis rasmi sekadar pertemuan
dua buah keluarga jadi kami tunda sampailah semalam. Dengan ini barulah saya dengan yakin dengan segala bukti yang kukuh, mengumumkan, im officially Ahmad Khairil Amry fiance. berlagak siot. bukan! kalu nak diikutkan perancangan keluarga yang dah ditetapkan, aku dah 9 bulan 6 hari menjadi tunang cik abang cume sebab tak buat kenduri jadi tak ramai yang tahu. Nak diceritain pula tiada bukti. Jadi majlis semalam sebagai bukti yang kami sudah bertunang.

Untuk tidak menjadi fitnah orang sekeliling, sebab sebelum ini ada jiran Puan Mak yang terkejut dengar aku dah bertunang. Dialognya berbunyi begini:

Makcik M: dah berisi ye siti (nama manjeku).
Puan Mak: yela, orang senang hati dah bertunang.
Makcik M: aik, bile bertunang, tak tahu pon, bile kendurinya?
Puan Mak: haritu, tak buat, diorang mai merisik terus bertunang.
Makcik M: ohhhhhh....

begitulah dialog yang berlaku antara Puan Mak dan Makcik M. disebabkan itu, kami semua terasa yang hal ini akan menjadi buah mulut orang. Jadi majlis ini sebagai penutup mulut orang sekalian. Wallahualam.

gemuk kan shaye

Setelah bergadoh berdebat bertumbuk berbincang dua buah keluarga, maka termeterailah tarikh yang ditetapkan. Maknanya aku dengan cik abang hanya ada beberapa bulan saja lagi untuk membuat persiapan. YaAllah, permudahkan urusan kami. Amin.


cik tunang dan me. cik tunang in brown me in purple
ikut kaler hantaran masing2..

No comments:

Post a Comment