728 x 90

Thursday, December 1, 2011

Shhhttt..untuk perempuan aje..

Salam..

Topik kite arini untuk pompuan2 aje. he. Mungkin ramai yang tahu mungkin juge ada yang tak tahu tapi saje nak story juge untuk knowledge aje. Period. Waktu2 honey moon bagi manusia yang bergelar wanita setiap bulan. Every month tapi ade juga yang tidak teratur, macam aku..ngee..

Berapa lama ye 1 kitaran haid tu?
Selalunya berpanjangan sehingga 28 hari tetapi ia bergantung kepada individu tertentu. Sumtimes ade jugak kitaran yang 21 hingga 35 hari itu normalla. Hari pertama kitaran bermula merupakan hari pertama kamu datang haid. Ia akan berakhir sebelum haid kamu yang seterusnya bermula.
 
Ape yang terjadi setiap bulan semasa kitaran?
Setiap bulan, selepas penghujung period, otak akan menghantarkan signal kepada telur yang disimpan di dalam ovari, untuk memberitahunya agar mula berkembang. Antara beratus-ratus telur yang disimpan di dalam ovari, hanya satu yang akan dibebaskan setiap bulan. Telur ini kemudiannya bergerak masuk ke tiub fallopio di mana ia menunggu untuk bersatu dengan sperma. Proses ini dipanggil persenyawaan. Sekiranya persenyawaan berlaku, maka terjadilah kehamilan. Jika tiada persenyawaan, telur itu akan pecah.
Pada masa telur bergerak melalui tiub fallopio, lapisan uterus sedang disediakan oleh ovari sekiranya berlaku sebarang kehamilan. Hormon yang dibebaskan oleh ovari kemudian menebalkan lapisan uterus dan meningkatkan bilangan dan saiz pembuluh darah bagi menyediakan uterus untuk telur yang telah disenyawakan. Sekiranya tiada persenyawaan berlaku, lapisan uterus yang tebal ini akan runtuh. Period akan bermula apabila lapisan yang telah pecah ini melalui serviks dan terus ke vagina.

Berapa lama ye period?
Normally period around 3 - 8 hari, but it depends pada badan seseorang jugak. Berbeza bagi setiap wanita. Sumetimes ada juge yang tak datang berbulan2 dan ada pula yang datang berhari2, unnormal. tapi semua tuh sebab badan kite mula nak menyesuaikan diri dengan umur dan tubuh kita. Jumlah darah yang keluar ketika haid mungkin berbeza antara wanita. Nampak macam banyak je darah tapi biasanya ia cuma 2 hingga 5 sudu besar atau pun 30 hingga 80ml darah. Aliran darah mungkin lebih banyak dalam masa dua hari pertama dan semakin berkurangan pada hari seterusnya. So bagi yang aliran darah yang banyak tu, rajin2 tuka pad untuk kebersihan dan elak jangkitan kuman. Love urself k.

Tuala Wanita
 
Haha, citer bab tuala wanita plak, skang ni macam2 brand tuala wanita kt market tuh. whisper, laurier, carefree, intimate ah macam2 lagila..pilih je nak yang mahai ke murah. i prefer kotex than others coz bile basuh bersih. tak suke yang pakai gel punye. nowadays, macam2 jenis ada, overnight, wings, maxi, slim pilih aje ikut kadar aliran haid kamu sume. Macam me, lebih suke yang selesa, tak terlalu tebal dan lembut macam kotex.
Nak tahu info lebih lanjut pasal tuala wanita especially kotex nih, klik sini.
 
 
Info ni ciplak dari laman web kotex. juz nak sharing dengan kawan2.
 

Kalu period sedikit dan jarang?
Apabila mengalami aliran haid yang sedikit yang berlaku setiap 35 hari atau lebih, dan mungkin mendapat oligomenorea. Ia mungkin disebabkan oleh:
  • Hormon lelaki berlebihan dalam tubuh yang disebabkan oleh sindrom ovari polisista
  • Tiada telur yang dibebaskan oleh ovari (tiada ovulasi)
  • Tekanan emosi
  • Pemakanan yang kurang disebabkan diet keterlaluan
  • Aktiviti fizikal yang terlalu keras

Kalau period kerap?
Sekiranya didatangi haid setiap dua atau tiga minggu, anda mungkin mengalami
polimenorea. Pendarahan haid ini berlaku kurang dari selang 3 minggu. Ia mungkin di alami
semasa dua tahun pertama selepas period kali pertama. Ia juga mungkin disebabkan oleh:
  • Tiada ovulasi
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Tekanan emosi
  • Pemakanan tak seimbang
  • Aktiviti fizikal yang terlalu banyak
Senggugut?
Korang penah senggugut tak? Me jarang sekali. Senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea. Ia merujuk kepada kesakitan yang dialami semasa permulaan period. Ia mungkin lebih teruk semasa 2 hari pertama dan tidak semestinya akan dialami setiap kali period. Ade yang sakit teruk dan ade yang biasa2 je.


Opps..banyak lagi nak tulis..nanti sambung ye..banyak keje..huhu..psssttt..rahsia perempuan..he..

No comments:

Post a Comment