728 x 90

Wednesday, December 28, 2011

E-day :Hantaran for tunangan


Salam,
today, wednesday baru masuk opis since petang khamis lagi dah cabut balik kampong. semngat berkobar2. penat drive tak hilang lagi. yela, orang tade hubby nak drivekan. ahak. ayat yang selalu aku sebut dekat cik tunang. ahak. dulu cik abang sekarang cik tunang secara official.

pepagi begini tengok gambar tunangan 3hari lepas buatku tersenyum sendiri. yelah, majlis yang sebelum ini xmungkin buat untuk kali ke2 tup tup buat jugak. thanks puan mak kerana berjaya merealisasikan impian tunangku walaupon secara sederhana.

mari kite review hantaran tunang yang dideco sendiri oleh aku, kakak, adik dan puan mak.

barang-barang mentah

semua bahan-bahan deco dibeli kat kedai bunga depan giant tu. ape ntah name kedai nya. idea nak buat bekas tu pon dicurik dari contoh-contoh yang ada. halalkan ideamu kedai.

bekas hantaran yang siap dideco-deco bersama eric akak

untuk majlis haritu, puan mak dah suh sekalikan saje hantaran untuk kawen jadi nanti kawen dah tak payah bawak hantaran. melenggang jela makcik2 yang datang cume bawak bunga telur ja. aku xmau. nanti kosongla majlisku. he. ketegaq nak mampos. dulu mase kakak2 sume macamtu, tapi kali ini aku bertegas, janji takkan susahkan puan mak. Promise! he. jadi untuk hantaran tunang hanya manisan sweet2 saja. sebagai pemanis mulut dan memaniskan darah yang sudah manis ni. nyamuk pon suka darah manis ni. keke.

memula aku dan cik tunang bincang nak bagi 5 berbalas 7..tutp tup jadi 11 berbalas 13. mau gelabah aku dibuatnya nak bagi cukup. pegi supermarket main capai ja apa yang boleh. bedalla sajalah.
balik umah deco cantek jugak. hah.

antara hantaran dari pihak perempuan kepada lelaki

hantaran dari cik tunang untuk belah perempuan

purple blue versus gold brown..cantik juge kan. cik tunangla orang yang paling relax semua kakak yang buatkan. hamboii bertuah badan ye. so, semua tu antara hantaran yang ditukar. banyaknya coklat, kek, bahulu dan puding. simple but so sweet. i like hasil dari tangan sendiri. jimat pon jimat.

haha..lepasni nak penin pale sambil hentuk pale kat dinding sebab nak fikir ape pulak idea untuk hantaran kawen yang akan menyusul. go aida go. take your good time untuk cari barang-barang serba satu.





 

No comments:

Post a Comment