728 x 90

Wednesday, April 9, 2014

MRI - Magnetic Resonance Imaging


Assalamualaikum,


PEMERIKSAAN MRI

1. Apakah itu pemeriksaan MRI?
MRI adalah ‘Magnetic Resonance Imaging’ yang dapat membantu Pakar Radiologi dalam mendiagnosa penyakit. Ia menggunakan medan magnetik, frekuensi radio dan computer untuk menghasilkan imej organ dalaman dan merupakan pemeriksaan yang bebas daripada sinaran radiasi.

2. Apakah prosedur yang berlaku semasa pemeriksaan MRI?
Pesakit diminta menukar pakaian dan meninggalkan kesemua barang kemas dan logam di dalam loker. Anda akan diminta untuk berbaring di atas meja MRI dan tidak dibenarkan bergerak semasa pemeriksaan dijalankan. Semasa pemeriksaan, bunyi bising akandihasilkan oleh mesin MRI. Anda akan dibekalkan ‘headphone’ dan‘earplugs’ untuk mengurangkan ketidakselesaan semasa pemeriksaan.

3. Adakah pemeriksaan MRI selamat dijalankan?
Secara umum, ia adalah selamat bagi semua pesakit dewasa, kanak-kanak termasuk juga ibu yang mengandung.

4. Siapa yang tidak boleh menjalani pemeriksaan MRI?
Pesakit yang menjalani pembedahan implan surgical seperti‘pacemaker’, eye implant’,‘hearing aid’, pesakit yang takut berada dalam ruang yang sempit (‘claustrophobia’) dan sebarang jenis pembedahan yang lain. Pesakit diminta memaklumkan kepada staf semasa janjitemu bagi perancangan yang rapi.

5. Adakah pesakit perlu berpuasa bagi semua pemeriksaan MRI?
Kebanyakan pemeriksaan MRI tidak memerlukan anda berpuasa. berbaring di atas meja MRI dan tidak dibenarkan bergerak semasa‘earplugs’ untuk mengurangkan ketidakselesaan semasa janjitemu bagi perancangan yang rapi.

6. Apakah risiko MRI?
• Implan surgikal seperti logam yang tidak dapat dikesan/ diketahui dalam badan pesakit adalah merbahaya dan mungkin boleh memudaratkan pesakit.
• Pesakit yang mengandung pada trimester pertama (0-3 bulan) tidak digalakkan menjalani pemeriksaan ini.
• Pesakit yang mempunyai ‘pacemaker’ dan implan telinga /mata TIDAK dibenarkan menjalani pemeriksaan MRI.
• Risiko terhadap kehilangan pendengaran. Oleh itu, pesakit tidak dibenarkan menanggalkan ‘headphone’ dan ‘earplugs’ semasa pemeriksaan dijalankan.

7. Berapa lamakah pemeriksaan MRI dijalankan ?

Biasanya pemeriksaan MRI mengambil masa 45 minit tetapi ia bergantung kepada jenis pemeriksaan yang dijalani. Untuk maklumat lanjut sila berurusan dengan pegawai di kawasan pemeriksaan.



No comments:

Post a Comment