Wednesday, July 2, 2014

HSG setelah setahun appointment


Assalamualaikum,

selamat berpuasa kepada semua. tahun nih tak pasti masih berpuasa penuh atau tak. sebab dah 4 tahun kot iolls puasa penuh kau sebab miss p tak datang. waaa, seronok memang seronok tapi dari segi kesihatan tu dah tentulah tak seronok sebab darah kotor tak keluar dari badan. yang bestnye tak payah ganti puase la. tapi tulah manusia macam aku nih tak pernah bersyukur kan, dah Allah bagi puasa penuh nak pulak ABC Allah bagi cuti kenn. adatlah manusia nih tak ada yang perfect. banyakkan doa di bulan yang penuh keberkatan ini mudah-mudahan doa dimakbulkan. Amin.

sebenarnye iolls takde rase nak share 'our journey to have a baby' nih kat sini. entahlah lebih suke bace dari belog ttc lain untuk info. dah hampir 2 tahun jugak buat treatment dan appointment dengan Hospital Putrajaya. nasiblah diorang layan kan. kalau LPPKN mau lima tahun baru nak layan. and haritu i ade buat entry pasal mri scan kan. ingat tak? tapi tak cerita details just explain apa itu mri je. actually bulan 4 yang lepas aida buat mri scan ni di Hospital Pantai Ampang. kenapa buat dekat situ sebab kalau tunggu appointment dekat hospital putrajaya maunye setahun. lama kot. so alternatif keluar duit sendiri pergi scan dekat swasta. total damage mri scan kat situ rm790++. tu pon dah hasil survey mane lagi murah. kalau kat kpj tak silap i around rm1300++. sebab i call banyak hospital tanya rate. dan rasanya hospital pantai pon okey jugak.

iolls buat mri ni sebab masalah hormon. hormon prolaktin mak terlebih-lebih dalam badan nih. thats why miss p i tingtong. badan i tak dapat nak berlaku ovulasi sebab otak konfius bile hormon prolaktin tinggi. hormon ni selalunya banyak untuk ibu menyusu. hormon yang hasilkan susu. sigh. dah kenapa dengan badan i nih? pelik tak pelik x? gynae pon pelik, so dari klinik o&g, mak kena refer ke medical pulak untuk investigate kes hormon nih. so, bila dah dekat klinik medical doktor suggest buat mri sebab selalunya bila hormon prolaktin tinggi kemungkinan ada ketumbuhan dalam otak di bahagian kelenjar pituitari. otak dah set kan badan ni seolah-olah sedang dalam penyusuan yang menyebabkan miss p tak datang berbulan-bulan lamanya. bila dah dapat result baru diorang nak kasik ubat. so, kalau nak tunggu hospital kerajaan ni memang lambatlah. satu-satu appointment pon makan masa sebulan dua. waaa, nak nangis mak rasa.

so discuss dengan encik am, kami prefer buat kat swasta. takpelah keluar duit sikit janji tahu macam mana badan nih kan. demi satu insan yang bernama anak, kami sanggup ya Allah. takut jugak memula nak buat mri tu. dok dalam mesin dalam 30minit dengan bunyi mesin gedung gedang yang kuat dan menakutkan, nasiblah diorang pakaikan headfon dengarlah lagu maher zain habis satu album. haha. tapi korang-korang jangan takut, tak ade ape pon sebenarnye. baring je kat situ. nak tidor pon boleh, cuma tak selesa sikitlah sebab bising.

okeylah, nak review pasal hsg nih. hsg nih pulak dah lama dah aida dapat appointment untuk buat tapi disebabkan miss p tak datang jadi setahun tertangguh tau. hoomai lame tak lame miss p tak datang. stress mak tau. kalau nak buat hsg kena hari ke 10 selepas period means dalam waktu subur. last months first day miss p datang terus i call hospital buat appointment. yess, memang i nak buat dan tekad nak buat. redah je selagi ape yang boleh buat i akan buat. tapi sebelom-sebelom tuh memang dah banyak bace dan google pasal hsg nih, memang 18sx kau. hahaha. nak tahu lebih bace bawah nih.

Apa itu HSG?

HSG adalah ujian yang digunakan untuk mengesan kesihatan rahim dan salur peranakan. Ia mengunakan teknologi x-ray yang dapat memberikan gambaran bentuk rahim dan salur peranakan. Semasa ujian ini, dye berwarna akan disuntik kedalam rahim dan ia akan mengalir kedalam salur peranakan dan seterusnya kedalam ruang pelvis. HSG akan memberikan maklumat kepada pakar radiologi untuk memastikan samada terdapat kerosakkan pada sistem peranakan anda.

Apa yang boleh dikesan oleh HSG?

Secara umumnya, HSG digunakan untuk mengesan ketidaknormalan pada rahim dan salur peranakan. Ia boleh mengesan kerosakan dan penyumbatan pada pada salur peranakan dan juga boleh memberikan maklumat tentang bentuk dan saiz rahim anda. Walaubagaimanapun ia juga boleh mengesan fibroid atau polip dalam rahim dan juga memberi idea tentang kewujudan parut disekitar ruang pelvis

HSG dan kehamilan

Disamping berupaya untuk mencari masalah salur peranakan dan rahim, ia juga didapati meninggikan kadar kehamilan bagi sesetengah wanita. HSG kadang-kadang menolong menghilang debu dan penyumbatan tidak serius pada salur peranakan. Ini membolehkan mereka yang mengalami masalah infertili menjadi hamil selepas HSG.

Prosedur HSG

  1. Anda akan berbaring diatas meja x-ray dengan lutut membengkok keatas.
  2. Spekulum akan diletakan didalam faraj untuk mendedahkan serviks ( pangkal rahim)
  3. Satu tiub plastik akan dimasukkan ke dalam rahim melalui liang serviks.
  4. Dengan perlahan-lahan dye akan disuntik melalui tiub tadi kedalam ruang rahim
  5. Beberapa gambar x-ray akan diambil semasa proses aliran dye tersebut.
  6. Untuk proses terakhir, anda akan di minta untuk mengiring dan gambar x-ray akan diambil sekali lagi.
Selepas x-ray terakhir diambil, anda akan diminta untuk berbaring selama beberapa minit. Mungkin anda akan terasa sedikit kejang pada perut tetapi tidak lama. Selepas beberapa minit, anda akan diminta untuk menukar pakaian dan keputusan selalunya akan tersedia 15-20min selepas itu.


inilah prosedur hsg yang seram dan menyeramkan..hahaha



Alhamdulilah berjaya melalui treatment ini akhirnya. apa yang i rase. em, rasanya kalau korang pernah buat pap smear, memula rasa macamtula ye. then bila tiup yang dimasukkan tu dikembang macam belon kat dalam uterus, terus rasa senak. rasanya macam period pain macam senggugut jer. masih boleh tahan. tapi lain orang lain rasanya. sebab ada yang baca sakit sangat-sangat, ada yang biasa-biasa. tapi bagi i sakit biasa je masih boleh tahan. then bila dah selesai akan ade bleeding tapi tak banyaklah. takat spot sikit-sikit untuk 2 3 hari. dan haritu i dapat mc. doktor bagitahu yang dua-dua tiub takde blocking dan rahim normal. Alhamdulilah sangat-sangat.

gambar scan hsg normal
nampak cecair mengalir ke kiri dan kanan tiub


so lepastu balik rumah rasa tak larat sangat-sangat dan perut rasa cramp, jadi kejenye baring sampai ke petang. lepas dah bangun iolls terus okey jer. hee. itulah sedikit sebanyak pengalaman buat hsg nih untuk panduan korang ye.


oklah, bai.

xoxo.


3 comments:

  1. Nak wat gak la...

    ReplyDelete
  2. qemmal tak pernah buat apa apa treatment lagi. dont know how to start. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. aida start treatment dgn alasan period xdtg. kalu alasan nk anak mesti diorg xlayan. rsenye start bulan mei 2013 kot, step by step diorg cek kesuburan, scan, tvs, pap smear, amik darah, tu pon appointment lmbt berbulan2. dekat setahun baru dpt ubat. suami pon diorg cek sperm jugak tau. aida dptkan surat dr klinik utk refer ke hospital. cube qemmal pergi klinik tgok..

      Delete