Friday, May 30, 2014

Korea Day 1: Hello Kitty Cafe, Dongdaemun & Itaewon


Assalamualaikum,

haaa,, ritu aku ade janji kan nak buat entry pasal pengembaraan aku dengan encik am ke korea ke kita kan. sebenarnya tak sempat nak taip nak pilih-pilih gambar, iolss tersangatlah bizi. erk. alasan. memang tengah cari masa nak taip tapi tau-taula insan yang paling rajin ini macam mana kan. so, arini aku nak taip-taip dulu, masuk draft dulu pastu carik gambar baru publish. boleh. ahahaha. what the?? #birdypinkykekorea

okeylah tak perlu kita merepek lagi, kita terus intro. okey, edisi ke korea ke kita yang kami plan akhirnya menjadi pada 4 hingga 7 mei haritu. kami pergi selama 4 hari 3 malam. semuanya idea encik am. iols tak pernah terfikir pon nak pergi sini. kalu fikir pon cume dalam angan-angan. macam lagu raja ema tuh "angan-angan". hiks. then, i folo. tiket flight semua encik am yang uruskan. die yang tetapkan tarikh. kami beli tiket Air Asia X, waktu ni memang takdak promotion pon, tapi dah kenapa encik am nak jugak pergi tarikh ni pon aku tak tahu. apesal tak amik tarikh anniversary ek? so, total return tiket kami termasuk makan RM2306 untuk 2 orang. kira kalau divide by 2 sorang jatuh RM1153. kire okeylah jugak sebab aku ade terbaca yang beli tiket promo pon return rm900++. tak jauh bezakan. dan ni merupakan first time aku dengan encik am naik AA, sebab selamani aku hanya biasa naik MAS jek, tu pon orang yang uruskan, so macam perghak sikitlah masa dekat LCCT harituh. mase tu tak sempat lagi nak merasa KLIA2. so maybe next. tetttt.

tiket kami pergi time 01:00am waktu malaysia dan estimated sampai jam 08:30am. nak jadi cerita, flight weolls delay ke pukul 2:00am actually, tapi rupanya diorang scheduled pulak lagik ke pukul 5:00am. haiyoo, memang geram giler kott. sabar-sabar. rugi time tau. sebab perjalanan 6 jam 30 minit. so kitorang boleh tidur sepanjang flight dan sampai pagi boleh terus jalan. memang untungla kalu time nih. alih-alih delay, pastu sampailah dalam 11:30am. waaah,,memang sedikit frust lah, sebab dah larik time yang kitorang planning. but its oke, weolls gamble aje. weee, best tak best tak kitorang. okey, selama atas angin, kejenya adalah tidur makan dan tidur.

so, kitorang jejak kami di Incheon Airport buat pertama kalinya dalam hidup dan tak tahu akan come back ke tak lagi lepas nih, wallahualam. startlah jakun dan perhaknye datang. waaaaaa,, perkara pertama yang kitorang carik ialah pintu keluar. haha, sebabnya dah plan nak naik bas dulu untuk pergi ke guesthouse sebab dapat enjoy pemandangan Seoul yang nan indah lagi cantik. serius tak tipu. last-last tak jumpe. terpaksa cari information counter, nasib ada, dan pakai cakap omputih kan. so, naiklah bus no 6011. jangan risau memang banyak bas kat situ, nak naik subway pon boleh, tapi kami nak naik bas dulu. beli t-money kat airport mahal sikit, 3000won sorang.topup 20000won, dan habis 10000won untuk tambang bas. guesthouse kitorang dekat Jongnu-gu, jadi kena stop dekat Sung Kyunkwan University.

perjalanan lebih kurang sejam, around 2pm kitorang pon sampai, payah jugak nak carik guesthouse nih, sebab kene masuk dalam-dalam belakang kedai bagai. untuk backpackers gamble cam kitorang nih memang zero la. kitorang stay dekat Korea Central Backpakers. klik link kalu nak tahu. booking melalui Hostelworld.com dengan harga 25000won semalam. nanti ade mase kita review guesthouse nih yerk.

oleh sebab jadual dah larik, so sampai-sampai terus siap mandi dan terus keluar. lapar dan sejuk yang amat. sekali bila angin tiup memang sampai ke tulang. so, destinasi pertama #birdypinkykekorea ialah Hello Kitty Cafe. hahahaha, memang target utama iolss lah yer. tempat lain i tak kesah pong. okey, untuk ke situ kami naik subway. memang jakun baq hang.



HELLO KITTY CAFE
Line Subway : Hyehwa (Line 4) ----> Dongdaemun History Culture Park (Line 2) -----> exit Hongik University

setelah sesat beberapa kali, meredah hujan, terpaksa membeli payung berharga 2500won sebab air hujan macam ais, akhirnya sampai jugak. punyalah susah nak tanya orang situ, ade yang tak faham cakap apa, geleng kepala..macam2 lorr.


punyalah ramai orang sampai takdak tempat duduk, memang timing kitorang salah la, sana pon skool holiday gak lah, alahai, nasib-nasib., nasib cik kitty baek, amek seprem dulu. mak jemah pakai baju 4 lapis..nampak tak minat tak minat baju mak pon hello kitty tau..


meal yang ada kat sini, wafer, kek and pizza
yang paling feveret dah tentulah hello kitty fresh waffle 


tengoklah cantek ke tak cantek dalam kedai die, semuanya pink,
rasa macam nak makan jer..so sweet, iolls rase excited giler kott


kitorang order hk fresh waffle, caffe latte and caffe mocha
share dua orang, nak rase-rase jek pon..
caffe late 4500won + caffe mocha 5500won+hk fresh waffle 4500won = total 14500won

haaa, amek kau noks, licinnn. lapaq punya pasal. janji sampai jugak aku kat sini.

okey, belanja muke puas hati laki binik berjaya sampai hk cafe.
encik am beli cap dengan harga 15000won sebab hujan gerimis-gerimis bagaikan salji. erk.


DONGDAEMUN
Line subway : Hongik Unviersity (Line 2) ----> City Hall (Line 1) ----> exit Dongdaemun

lepas dah kenyang-kenyang (tak berapa kenyang sebenarnya) hahaha, kami gerak ke dongdaemun saje nak riki-riki kawasan, tengok-tengok sebab dah petang sangat dah. survey-survey tempat souvenier murah-murah kot, barang murah. tapi tak beli lagik pon harini, tunggu last day baru nak beli. boleh.








malashh taip caption, korang scroll jela tengok gambar ek, mak jemah dah penat..muahaha..


ITAEWON
Line subway : Dongdaemun (Line 4) ----> Samgakji (Line 6) ----> exit Itaewon 

bile  dah malam memasing lapor tahap singa sebab waffle tadi dah hadam jadi bahan kumuh kot. so, nak cari makanan halal yang senang dah tentulah kat Itaewon. so, bergegaslah kita ke sana. then, bila dah sampai, apesal lah bangunan kat sini semuanya sama je kat mana-mana pon. memang adventure habaq hang nak carik kedai makan nih. kat sini memang banyak restoren halal, tapi kena pandai carilah yek. dengan gamble macam kitorang ni memang penatlah sikit. gaduh-daduh gaklah carik. last-last jumpe kedai makan arab da. tak kesahla bedal sajalah. arab ke india janji halal dong.

delhi darbar, lokasi itaewon, lorong-lorong kedai

jauh-jauh pergi korea, last-last makan arab, rare gitu? phuiii..
ini sebab lapo dan penat menapak, kalu tak gigih lagi carik..

kiri kanan kau pork, jangan salah masuk sudahla..iiyerrk..

time to balik tidur, penat dah berjalan, sakit tapak kaki mak tau..
esok nak naik teksi sonata pulak..kerlas kau jah..

itulah dia, perjalanan hari pertama kat Seoul. memang best giler kot sebab kena menapak jauh dari satu station ke line yang lain. banyak naik tangga turun tangga. tapi naik subway memang murah. tambang dalam 1050won je. boleh kurus kalau lelama dok korea nih. semua jalan lelaju langgar-langgar orang tau. kitorang je yang jalan paling lambat. sakit betis dibuatnya. kalau tau pakai pakai pakej tourist kau. tapi syok gak gamble sendiri. barulah adventure dan survival namanya. tak gitu. apepon tu experience yang kami dapat bila pergi negara orang.


xoxo.



No comments:

Post a Comment