Thursday, July 3, 2014

Dapur Pinky : Karipap Roti Sardin


Assalamualaikum,

hai hai hai, ape menu berbuka korang harini? haiiishh nak berbuka pon pening kan fikir nak masak apa. nak sahur pon same. hari-hari mesti tanya encik am nak makan apa, nak buka apa, nak sahur apa? huh.
okey rini mak jemah nak kongsi resipi side dishes yang sesuai nak buat berbuka atau sahur yek. haha.
korang pernah makan tak karipap roti? haaa, kalau aiskrim goreng tu pernahlah kan.


KARIPAP ROTI SARDIN

Bahan-bahan:-
  • roti gardenia
  • sardin atau telur racik (untuk inti)
  • pengepit karipap
Cara-caranya:-
  1. Letakkan roti diatas pengepit roti ditengah-tengahnya.
  2. bubuh inti tadi secukupnya.
  3. kepitkan kuat-kuat.
  4. dan siap!!
  5. Goreng di atas api yang sederhana.


ni haa, hasil kepitan kuasa kuda.

taraaa goreng pon sodap. okey. selamat mencuba. dap dap.

xoxo



4 comments: