Friday, June 6, 2014

Korea Day 2 : Nami Island & Namsan Tower


Assalamualaikum,

kita sambung travelog day 2 di Korea. haa, lame mak jemah amik mood nak tulis tau, tu pon siap encik am tanya nape tergantung entry? ni ha nak buatla ni yo. okey, untuk hari ke-2 kitorang kat sane, seperti yang di planning kan target utama Nami Island. Oleh sebab jauh dari guesthouse kitorang, so kena bangun awal pagi. rugilah kalau pergi tempat orang bangun tengah hari rembang oiii.

sebelum nak mulakan pengembaraan, mestilah beli minum susu pisang dulu. benda ni la yang dok idam-idamkan dari mesia lagi tau. sedap sangat, rasa macam susu bandung yang ada perisa pisang. ade jugak flavor lain macam stoberi, honey dew dan lain-lain tapi aku hanya beli susu pisang jugak. memang superb arrr.

aku tak faham ape yang die tulis yang pasti 
this is banana milk yang shedapp


NAMI ISLAND
Line subway :Hyehwa (Line 4) ----> exit Dongdaemun (Line 1)
dari Dangdaemun station pergi ke Line ITX (Train)
Line ITX : Cheongryangi (Jungang) ----> Mangu (Gyeongchon) ----> exit Gapyeong (Gyeongchon)

haa, 2 jam lebih jugaklah nak sampai ke Nami Island ni. yang na tergelaknye boleh slumber je kami naik ITX tanpa membeli tiket dulu. ingatkan boleh pakai t-money. tibe-tibe kondukter datang mintak tiket. kami tunjuk je t-money. die cakap "no t-money, ticket here". nasiblah die bawak mesin tiket tu sekali, so bayar on time la kat die. total 10200won untuk 2 orang. mahal jugak ek. then, bila dah sampai, kena beratur pulak tunggu transport bawak pergi ke jetty. wahhh, rupanya jauh jugak, kalau jalan kaki mau peluh ketiak, lenguh betis kott. so kitorang decide naik teksi sebab yang lain-lain bas sume beratur panjang. total tambang teksi 3200won. tu pon die berhenti jauh sebab kalau masuk ke jetty jalan jam. terpaksa menapak lagi. haha, memang laju jalan tau. zemangat zemangat. then, beratur beli tiket feri pulak. harga 16000won untuk 2 orang. perjalanan naik fery hanya 5 minit je pon. haha. nasiblah kami pon pandai rebut bersama-sama korean. sebelum naik feri kite beli lagi susu pisang dan jajan. yang peliknya, kami boleh berjalan dari pagi sampai ke petang tak makan, tapi tak lapar wehhhh..percaya tak?

panas mentari memancar tapi sejuk nyaman jek. kalau tak dah lama bukak jaket tuh. 
ramai giler orang, bukan tourist tapi orang local. memang time cuti diorang nih.

Welcome to Naminara Republic
Nami Island ni bentuk die half moon shape. 
tak terlalu besar tapi penat jugakla jalan. 

ate dah nama pergi 2 orang. selfie sendiri la yek korang. nasib ade monopod murah. jadi ler..
nampak tak ramai ke tak ramai manusia. 

kudap-kudap dulu

teringat pokok-pokok dalam winter sonata.
semua serupa jer aku tengok

hai jun sang dan yoo rin. kite pon best couple in de world.







mintak maaf si gemok tumpang berposing yer..jangan muak tengok..ngeee..

setengah hari jugaklah dok pusing-pusing di sini. sampai tak larat mak dah nak berposing dan berjalan kau. tapi gagahkan diri jugak sebab lepasnih tak datang dah kan. cari patung snowman yang jun sang dan yoo rin buat tuh tak jumpak. aiyakkk sedih. then, dah keras betis kitorang decide nak balik, sebab next nak pergi tempat lain pulak. nasiblah kitorang cepat, que sikit punya panjang nak balik naik feri. tapi salute la diorang memang bagus tak rebut beratur walaupon que panjang. balik naik teksi dengan harga 4400won dan train ke namdaemun 6800won. so next adalah Namsan Tower.



NAMSAN TOWER
Line ITX : Gapyeong (Gyeongchon) ----> Mangu (Gyeongchon) ----> exit Cheongryangi (Jungang)
Line subway :Dongdaemun (Line 1) ----> exit Hoehyeon (Line 4) / Namdaemun Market

jauh perjalanan luas pemandangan kan. next adalah Namsan Tower. jadual kami memang pack sebab travel sendiri kan. so, dari Namdaemun tuh kami naik teksi lagi. banyak naik teksi kan sebabtu duit habis cepat. hahaha. sampai kat station cable car tengok que dah panjang. cepat-cepat beratur. haiyooo, sejam gaklah beratur baru dapat naik cable car. tobat mak tak datang dah sini. tiket naik cable car 12000won. total harga semua aku bagi untuk 2 orang yek. pandai-pandai korang kira untuk sorang yer. bila dah sampai, habis pulak bateri kamera encik am. terpaksalah bergambar dengan henpon ajo.

view dari cable car. cuak mak naik nih, tawakal ajer.
dahlah kecik tapi die sumbat dekat 40orang sekali naik. 
redha dan pasrah je mak.

Seoul Tower

eh eh sweetnye couple nih. 
gambar tak best sebab cahaya matahari memancor.

view dari atas Seoul Tower nih. wooow Subhanallah cantek yang amat. sejukkkkk.


Padlock Love
"ku kunci cintamu di dalam hatiku"

Teddy Bear Museum

dear, where's next station?
Namsangok Hanok Village?

okey cukuplah buat hari ke-2 di sana yang totally penat giler kau. memang berjalan sakan. then memasing dah kepenatan so baliklah dulu yer makan berehat. esok jauh lagi perjalanan kite tau. on the way balik singgah GS25 beli nasi. panaskan dalam microwave dan makan dengan sambal ikan bilis. memang perggh. lapor tahap gaban. memang jalan tak ingat dunia dan balik baru kebulor. haha. 

okbai, xoxo.


kalau rajin bace sini 

No comments:

Post a Comment