728 x 90

Wednesday, January 4, 2012

My wishlist for 2012


Morning peps,
tahun baru dengan azam baru semangat pon baru der.
even orang cakap tiap2 tahun set azam baru tapi xpenah nya capai. ape orang cakap hangat-hangat tahik ayem jer. hangit. biasela tu kalu takde disiplin. takde ape? Disiplin.

since 1 aribulan lagi aida dah buat wishlist untuk tahun ni. InsyaAllah akan try cube, dah try nak cube lagi untuk penuhi impian harapan dan angan2.

my wishlist for 2012

1. jimat dan simpan duit sebanyak mungkin
this not mean sebelum ni tak simpan duit. simpan dalam tabung bapak ayam tapi bile dah sengkek mesti korek pastu baling kedinding, bile ade duit lebih beli pulak tabung bapak gajah. no no no. aida akan cube simpan sebanyak mungkin sebab banyak duit nak pakai nanti untuk hari2 gemilang itu. nak beli itu ini lah, kalaulah daun2 kat tepi jalan tu boleh buat duit kan best.

2. diet untuk kurus dan sihat
memandangkan badan ni dah naik dekat 10kg hanya dalam masa setahun 4 bulan, so aida dengan ini merasmikan pendietan badan ini bermula dari sekarang. tettttttttttt. haha. aida xmaula terlampau nak berdiet sampai sakit2 tuh. aida bukanlah dalam kategori gemuk sangat cume berisi bak kata orang bahagia. ngeh. so, nak amalkan diet yang seimbang. kurangkan makan nasi, banyakkan roti, buah2an dan minum air putih bergallon sehari yer. jangan lupe pegi bersenam dan erobik juge. malas betol!

3. happy kan mak ayah sebelum jadi bini orang
oooh..ini la menjadi 1 kerisauan padaku sebab nanti bile dah jadi isteri orang aida dah semestinya kurang masa dengan mak ayah. sedih jugak nanti tanggungjawab lebih kepada suami. aida kalu ikutkan xmau macam tu. sayang dengan mak ayah. nanti kehilangan anak yang manja ni. uh sayangnya masa2 yang ada ni bersama mak ayah. mum dad i love u . jom kite jalan2 makan angin ye. mak ayah jangan risau walau pon sudah bergelar isteri orang, anakmu ini tak akan lupa jasamu sampai mati.

4. nak jadi baek xmao gadoh
haha..sekarang pon dah baek cume nak jadi lebih baek dari semalam. bukan gadoh2 juge tapi gadoh manje kuat majok2 weee xmao2 dah. sudah besar kena jadi budak besar ye. cik tunang sila tolong saya mengawal perangai saya ye.

5. nak buat wedding yang smooth dan sempurna
korang tahu kan wedding aida dalam tahun ni juga, so pliss doakan majlis aida berjalan lancar. permudahkan urusan aida dan cik tunang yer. hope segala preparation aida sempat buat dengan baik. xmao kelam kabut kalut2 aida xsuke macamm tu.

6. jadikan kerja sebagai 1 ibadah
walaupon aida xberapa suke dengan kerja sekarang, tapi kerja tetap kerja. jangan jadi malas2. buat kerja elok2 jangan curi tulang. ingat rezeki yang kite dapat tu hasil dari kerja kite. baek kerja kite baekla rezeki kite.

7. nak beli rumah
aida dah lama bercadang nak beli rumah tapi bukan dekat sini dekat kampung. sebab lambat laun kalu pencen nak balik kampung jugak kan tanam jagung. he. so dah lame jugak survey 2 sekarang nih rumah mahal dah kan. memandangkan tak sah jawatan lagi terpaksa dipendamkan saja hasrat itu dahulu. insyaAllah ye.

8. nak tukar kereta
kete yang sekarang nih dah abis bayar. kalaula ade duit lebih sikit nak pakai kete besa sikit. sedap sikit bawak balik kampung. tambah2 kalu dah kawen nanti banyak barang dah sebab berdua. he, tu belum tambah dengan anak2 lagi.

9. nak bukak butik
insyaAllah juga kalu ade durian runtuh aida teringin sangat nak bukak butik. aida minat kerja2 macamni. tak suke yang terikat dan perlu penin kepala bile balik umah fikir kerja untuk esok. jual baju, beg, kasut, makeup,salun ke dan paling cantik jual bunga. he.

10. jadi isteri dan anak yang solehah
InsyaAllah aida akan persiapkan diri untuk menjadi isteri yang soleheh yang dapat membahagiakan suami. Aida jugak nak bahagiakan mak dan ayah. Itu janji Aida.

InsyaAllah, akan aida cuba untuk capai impian dan harapan ini. Amin.


2 comments:

  1. byk nyer wishlist dia..mashi doakan apa yang awk hajati akan tercapai.. amin...
    dh follow..
    jom BW & follow blog mashi semula..
    http://hatiberbungaros.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. hehe..kena ada banyak impian kena ada banyak usaha..

    ReplyDelete