Dakwat kekal:
Kesilapan mungkin punca petugas SPR tidak goncang botol
KUALA LUMPUR - Dakwaan dakwat kekal yang dicalit pada jari seorang pengundi
awal mudah hilang dengan membasuh jarinya mungkin disebabkan kegagalan
sebahagian petugas Suruhanjaya Pilihan Raya mematuhi cara penggunaan dakwat
itu.
Setiausaha SPR Datuk
Kamaruddin Mohamed Baria berkata ekoran dakwaan itu, SPR membuat beberapa ujian
semalam dan hasilnya jari mereka yang telah dicalit dengan dakwat kekal yang
botolnya digoncang lebih kekal dakwat itu di jari mereka dibandingkan dengan
botol yang tidak digoncang.
"Walau apa pun kesan
dakwat kekal itu, SPR ingin menegaskan bahawa setiap pengundi awal yang telah
selesai mengundi pada 30 April 2013 tidak boleh mengundi sekali lagi pada hari
pengundian biasa kerana nama mereka tidak wujud dalam daftar pemilih pilihan
raya bagi pengundi biasa yang akan mengundi pada 5 Mei 2013," katanya
dalam satu kenyataan yang dikeluarkan tengah malam tadi.
Oleh itu, SPR akan meneruskan penggunaan dakwat kekal pada 5 Mei 2013
selaras dengan kehendak undang-undang yang sedang berkuat kuasa. Beliau berkata SPR telah menerima maklumat berlaku penyebaran gambar
melalui laman sosial mengenai pendedahan oleh seorang pengundi awal bahawa
dakwat kekal yang dicalit pada jarinya mudah hilang dengan membasuh jarinya.
Kamaruddin berkata SPR juga menerima maklumat bahawa satu laporan polis
telah dibuat oleh seorang pemimpin parti politik berkaitan perkara itu. Ujian yang dilakukan oleh SPR semalam adalah terhadap pegawai-pegawai SPR
yang telah mengundi secara pos dengan sebahagian daripada mereka dicalit dengan
dakwat kekal yang botolnya tidak digoncang dan sebahagian yang lain pula
dicalit dengan dakwat kekal yang botolnya digoncang.
Ujian ini dibuat berdasarkan kepada cara penggunaan dakwat kekal sebagai
mana yang dikehendaki dan dinyatakan pada kotak dan botol dakwat kekal,
katanya.
Beliau berkata SPR ingin memaklumkan bahawa SPR membuat beberapa kali ujian
terhadap dakwat kekal itu sebelum ia dibekalkan untuk digunakan dalam Pilihan
Raya Umum ke-13.
"Terbukti daripada ujian-ujian itu, dakwat itu kekal bagi tempoh lima
hingga tujuh hari," katanya.
SPR akan mengadakan demonstasi kepada wakil media esok untuk menunjukkan
perkara itu.
Sumber : Sinar Harian
selamat mengundi ^_^
ReplyDeletedone follow # 368 # jemput j0in segmen blogger pinkish and purplish ;)
http://zafirahzarrae.blogspot.com/2013/04/segmen-blogger-pinkish-and-purplish.html
pergilah mengundi..
Deletetunaikan kewajipan pada negara..