Wednesday, May 8, 2013

1st appointment @Hospital Putrajaya



Salam,

harini adalah temujanji aida yang pertama di Hospital Putrajaya.
pergi sorang-sorang pulak tuh, hehe, eleh, orang lain pergi sorang-sorang tak heran pon.
biasela kan, dah namanya budak gedik, mesti nak kene encik am teman.
tapi disebabkan haritu encik am dah cuti, jadi tak dapatlah encik am nak temankan.
redha pergi sendiri. belajar berdikari katanya. hikhik. insyaAllah.

appointment pukol 9, keluar rumah pukol 7, boleh lagi singgah rumah kawan yang keracunan makanan.
moga cepat baik yer, saje meninggah kot-kot memerlukan bantuan.
then pukol 8 baru keluar rumah die dan terus pergi hospital.
nih yang leceh ni, bab parking. dekat setengah jam cari parking tau tak.
hoho, rasa menyesal, rasa nak naik bas, rasa nak naik motor, panas semua ada.
payah kot parking kat hospital nih.
alih-alih blok kete orang dan tinggalkan number. alahai, nasiblah.

amik no giliran terus no naik terus pergi kaunter letak buku dengan surat dalam bakul temujanji pukol 9 -10.
yelah, aida nih mana biasa semua tuh, tengok orang jela dan buat-buat pandai. ngee.
kira boringlah jugak sensorang. then nurse panggil, timbang berat dan tunggu no naik.
dekat 2 jam jugaklah menunggu dengan penuh kebosanan. line tepon pulak jap ade kejap takde. 

tunggu punya tunggu sampailah jugak turn. dengan senyum sampai ke telinga terus masuk bilik jumpa doktor.
ngee. orang jakun memang cenggini kan. then, sembanglah dengan doktor bla bla bla a sampai z. semuanya doktor tulis dalam komputer die. he. pastu kenala pulak buat pap smear, scan perut dan lagi sekali scan dari bawah. huuu, macam tak percaya first day appointment kena buat semua itu. redha. sebab mula-mula ingat sakit, tapi tak sakitlah. janji kena relaks dan tarik nafas. doktor tuh yang ajar. lupa nak bagitau nama doktor yang sangat baik itu ialah cik puan khaliza. hee. oleh sebab tak boleh nak buat conclusion lagi, jadi doktor suruh pergi amik darah untuk buat 6 ujian. untuk fsh, lh, estradiol, sr. progesterone, tft dan prolactin. ntah ape pon aida tak pasti tapi yang tahu rasanya semuanya berkait dengan hormon. dan next appointment aida lagi 2 bulan dan doktor pesan suruh bawak encik am sekali. kekeke.

hasil daripada scan yang dibuat, doktor ada inform sesuatu. tapi aida tak terkejut. mungkin bagi sesetangah orang tak boleh terima dan terkejut. tapi aida okey boleh terima. sebab aida dah pernah baca dan banyak baca pasal tanda-tanda ini. itu salah satu sebab mengapa period aida ting tong kan. tapi aida tak mau down atas sebab-sebab macam nih. aida kena positifkan diri. sebab semua apa yang berlaku atas kehendakNya.
kita cuma manusia. benda tu boleh datang dan pergi. dan mungkin boleh jadi salah. dan mungkin aida belum ada kekuatan dan kudrat untuk cerita segala permasalah apa yang berlaku dalam belog. mungkin suatu hari nanti. InsyaAllah. doakan yang terbaik buat aida yer.


xoxo





2 comments: